Pages

Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Yes im 31.. now completely beautiful...haha

Assalamualaikum wbt

Hihi tajuk bukan main kan. Tapi bukan i say it for nothing tau.. cer tengok keratan paper yang ntah dari mana, menjadi viral sungguh among 31 ladies.. haha lady always act like lady.. kalau husband kita cakap " you are the most beautiful lady i've ever met" sambil hand kiss macam Jack Dawson buat kat Rose Dewitt Bukater dalam Titanic ( my fren said the best film ever!!), terus hati berbunga2 macam ros merah..

Instead completely beautiful ( bunyinya macam baru keluar kepompong je), saya rasa mungkin ada beberapa perkara yang saya should start do, banyak perkara must don't. Moga Allah bantu saya dan korang semua melakukan kebaikan, meninggalkan yang mungkar. Alhamdulillah everyday life saya seems ok ( most of the time a bit huru hara). After 2 years salaryless, syukur pada Allah yang bagi ilham dan kecekalan jadi baker dari rumah.. bekerja sendiri ni terpaksa more pada disiplin, i really force myself lagi bila order banyak sbb im sole baker, marketing officer, despatch etc etc..  tapi bila tengok kek siap dan well constructed & executed, terus rasa nak joget2 happy.. ops 31 year old lady kena behave..haha..

Tapi yelah bila kerja sorang, yield semua saya dapat, tapi i cant do so much.. so currently tengah buat plan sketch untuk my 31 year old birthday wishlist.. atau lebih tepatnya plan kerja kot... macamana nak expand bisnes kepada satu level lagi... Moga tugasan dan rancangan saya lancar dan memberi nilai untuk orang lain juga... Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi thammim bil khayr..

Birthday celebration? Ohhhh saya dah tua nak buat birthday party..hihihi

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #14

Hari ni dan esok saya pergi kursus photography.. dengan another opis mate.. 
*Prof Datuk nak tengok hasil gambar pasca kursus.. ~aku cuak!~


Selalu gambar yang saya rasa perasan cantik tu, peguam yang ambik.. errr ke sebenarnya model dalam gambarnya yang cantik.. *MUNPEL!*

Petang di Morib (masa belum Morib renovate)

Course hari ni tengah hari sampai malam.. harap tak ngantuk dan boleh capture di otak dan gambar2 menarik..

*kalau rasa mmg berbakat barulah berfikir upgrade gadget menembak ni..kalau tak masih setia ngan kamera X dimana ; 
compact<X<DSLR

*Hari ni saya gi course dengan kamera pinjam. kepunyaam Maksu saya..haha

Friday, July 15, 2011

Serahkan padaNya-berlapang dada- bersabarlah..:)


Tawakkaltu 'ala Allah
Ya Rahman, permudahkanlah usaha kami
Ya Rabb, tingkatkanlah kesabaran kami
PadaMu kami bermohon padaMu kami berlindung..

Jangan bersedih, semoga dikurniakan rezeki makan Tutti Frutti dengan lapang dada..:)

19 minggu yang di tunggu-tunggu...sabar eh..^_^

Thursday, July 7, 2011

Mortaliti

Salah satu skop kerja saya ialah memeriksa status mortaliti peserta projek MOSTI di National Registry Department..

Setiap jiwa yang hidup pasti akan mati..

Meh tengok ni..ngeri tak ngeri kalau malas sembahyang..

Ok dah sambung dengar briefing!...

Monday, June 20, 2011

The rules to enjoy macaron

Follow this step to enjoy your macaron..
  • Buy a box macaron from Chocville..~lalalalalalalala
  • Be patient...Place in the fridge for at least overnite. Macaron will taste less sweet if the filling a bit harden.. Macaron should be kept in fridge most of the time unless u wanna eat it.. it's important to prolong their lifespan..
  • Once you feel wanna eat some, take out from the fridge, at let them sit outside for 1/2 and hour..
  • Within that waiting time, please trigger your taste buds and tell them they should start working!
  • The slightly bigger than 50cent should be eaten according to this three steps.
1. Observe the structure and enjoy the color of this ruffle edges burger like cookies.

2. Start a first bite.. taste the crunchiness of the outer part and gooeyness inside of the cookies and also taste the compatibility of the filling with the shell (cookies).

3. Rest of the bite, just follow your normal creature 'desire'..hehe


My next project (regarding macaron)
  1. Experimenting on flavored shell..
  2. Experimenting more on filling varieties..
  3. Sourcing out for labels and packing..
Ada sesiapa nak jadi vendor design and printing sticker untuk saya? (macam la aku offer bisnes juta2 kan..tapi ini soalan serius!)

Wednesday, November 24, 2010

Meraikan Kreativiti

Hari ni saya buat kerja lama..
Kerja mula2 masuk kerja dulu..
Kerja publisiti pasal projek pengumpulan data tempat kerja saya..

Venue aktiviti publisiti kat Stadium Bukit Jalil
Sekarang tengah ada event Festival Malaysia Inovatif 2010
Excited2 pergi konon nak ambik gambar..
Tetiba tak excited bila tengok kamera lupa letak bateri...

Okeh sekian!

p/s : booth opis saya nombor 248 / 249..dekat dengan stage..senang nak dengar cabutan bertuah... cabutan bertuah esok (25/11/10) kereta Satria Neo..

Wednesday, October 20, 2010

Thank you ex-bos

Taking a time reading my old diary.. I feel wow to myself [ hoh perasan!!] coz most of the time i wrote in English..Dusty English u know [ read : berabuk ].. but now seem my English turn out like vegetable finely chopped on the chopping board...  [ hoi ape ni???]

The old diary was actively updated while i'm working in the small company at Shah Alam.. I could say im stressed there and  i don't like the job so much coz i felt i'm not into marketing..  since i'm the only coolie to that company ( other two person inside was the boss and his son), my another role was as a tea lady ...and in the same time i had to multitask myself as admin executive and also a purchaser..

Although the job was so stressful, the working environment there initiate me to put English as my mother tongue since i need to contact the distributor from UK almost everyday..it quite scary at first, as time goes by i feel quite comfortable and confident... but i found out the English people won't laugh at you if you speak or write with little grammar error.. ...poorly Malaysian will ! :p
Hehe suddenly i think bad things ( my own feelings only) contributing to something good eh...:)... Thanks previous boss ..^_^

p/s: hopefully the bad things (again my own feel only) on the pre assesment turn to good output to me..hehe

p/s/s : good luck to our lab on getting ISO MS 15189 accreditation ^_^..

Meow jumpa cicak tokek??

Tahukah anda saya mengarang seharian supaya dapat ayat yang betul menerangkan apa kerja saya sekarang.. last2 orang tak faham pastu saya make the explaination short n sweet saying "saya buat cancer research!"... Tahukah apa natijah dari jawapan sebegitu?? Orang tanya saya balik " Betul ke cicak tokek boleh ubat kanser ngan HIV?"...haihhh pening haku...

Balik2 terus google pasal cicak tokek.. ok bahasa pakar zoologi untuk cicak tokek ni ialah Gecko.. Orang kata ada cicak ni dijumpai di Sabah seberat 64kg.. dan harga jualan ialah RM64m... m tahu!!!! bukan meter tapi million..ok kalau tulis dalam bentuk angka RM64,000,000.00....korang google la sendiri taip aje cicak tokek 64kg  kat google image tu keluarlah gambar cicak tompok2...

Begitu banyak sekali informasi penjagaan cicak tokek, menurut suami saya yang pernah juga ditanya " tau tak sapa2 jual cicak tokek??" punya la paranoia orang yang ada bela cicak ni, sampai ada yang hire pak guard takut orang curi cicaknya... Maklumlah lepas jual cicak jadi jutawan kan... tapi yang jadi jutawan lepas jual cicak tokek tu takde pun nak offer bagi funding wat research... ape la salahnya pinjam sejuta dua buat research pastu ambik la untung lepas pattern ubat..

Tiba2 satu petang yang hening anakanda meow membuat satu kejutan...

Mama, Baba kite dapat cicak tokek.. duit jual beli whiskas banyak2 yeh
 Haha tiada gunanya Baby, cicak tokek yang diingini itu masih hidup okeh..

p/s : tu bukan cicak tokek

p/s/s : miza, kalau kite tangkap cicak gecko masa buat fieldwork entomologi dulu, tak yah susah2 ambik exam ptd erk?

p/s/s/s : saya bukan reluctant to complementary alternative medicine (CAM), tapi kalau perubatan tu tak pasti lagi takut menyusahkan buah pinggang nak tapis toksinnya nnt... [unless dah disebut dalam Quran such as habatus sauda, zafaran dan madu ]

Saturday, October 9, 2010

Hadiah KIta Untuk Generasi Masa Hadapan

I seldomly reveal what institution i'm working with.. Ok actually i'm working with The Malaysian Cohort Project..

What is that????
Projek The Malaysian Cohort ialah sebuah projek kebangsaan yang mengumpulkan seramai 100,000 orang penduduk Malaysia yang berumur 40- 65 tahun sebagai sukarelawan untuk membentuk satu pangkalan data dan bank sampel biologik. Sehingga lepas meeting tadi update sukarelawan kami ialah seramai lebih 55,000 orang. Matlamat awal projek ini sebenarnya ialah mencari penanda awal kanser dan beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetik, hiperkolestrolemia dan lain-lain penyakit.

Apa maksud C-O-H-O-R-T?
Ia bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi ciri yang sama. Dalam projek ini peserta berkenaan berkongsi ciri ; warganegara Malaysia dan berumur 40-65 tahun.

Apa yang sukarelawan perlu buat sepanjang menyertai projek?
Peserta akan diminta untuk menjalani beberapa pemeriksaan ( antropometri, pemeriksaan tekanan darah, ujian biokimia ; glukosa, full lipid profile dan renal profile , ujian fungsi paru-paru, ujian fungsi jantung dan ujian hematologi) dan akan menjalani soalselidik berkenaan tentang sejarah demografik, kesihatan lampau, aktiviti fizikal dan corak pemakanan. Selepas 3 minggu, sukarelawan akan diberikan  keputusan pemeriksaan mereka dan pada setiap interval 6 sekali selama 2 tahun mereka akan dihubungi semula untuk mendapatkan maklumat corak kesihatan mereka sepanjang tempoh itu.

Selain dari keputusan pemeriksaan,apakah faedah untuk peserta?
Secara asasnya boleh dikatakan sukarelawan yang menyertai projek ini hanya mendapat faedah jangka pendek iaitu keputusan pemeriksaan itu sahaja. Walaubagaimanapun melalui pemeriksaan sebegini peserta dapat pendedahan awal tentang tahap kesihatan mereka dan boleh mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Sejajar dengan moto projek iaitu " Hadiah Kita Untuk Generasi Masa Hadapan", hasil kajian dan penyelidikan ini lebih besar impaknya untuk generasi kita akan datang.

Apakah pentingnya untuk mencari penanda awal penyakit?
Pada masa ini, kebanyakan penyakit seperti kanser biasanya ditemui pada peringkat yang telah serius. Oleh yang demikian, kajian epidemologi sebegini dilakukan untuk mengenal pasti pada peringkat manakah sesuatu penyakit berkembang. Dalam Projek The Malaysian Cohort, pendekatan kajian adalah bersifat prospektif ( data dasar adalah dari peringkat sihat dan perkembangan kesihatan sehingga sakit dicatatkan) berbanding retrospektif ( data dasar selepas sakit dan capaian maklumat melalui ingatan pesakit terhadap sejarah kesihatannya).  Kejayaan mencari rawatan sejak penanda awal muncul mungkin boleh membantu kita mengurangkan potensi sesuatu penyakit menjadi serius. Rawatan awal juga bermakna kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih murah berbanding rawatan peringkat akhir.

Sekiranya kami berpenyakit, bolehkah kami mendapatkan rawatan di The Malaysian Cohort??
Projek ini adalah ujian saringan sahaja. Sebarang masalah kesihatan yang dialami perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan atau doktor peribadi masing-masing. Walaupun The Malaysian Cohort menyediakan khidmat nasihat umum oleh pegawai perubatan secara berkala, namun rawatan kesihatan serta ubat-ubatan adalah dibawah tanggungjawab pesakit itu sendiri.

Bagaimana untuk turut serta?
Anda boleh datang terus ke pusat operasi The Malaysian Cohort di Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM, 56000 Jalan Yaacob Latiff, Cheras KL.. Atau boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-2007 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, July 28, 2010

Sup kaki ayam

saya bz... [ ada aku kesah?? ]
kena training baca case note...
lepas baca tolong code macam ni..
to make myself as qualify coders..[ tapi baca tulisan docs ni macam terbayang sup kaki ayam ]

saya jiwa kacau..
luckily i have several companion and angel buddy around..

today is my office english day..
so i should support the campaign by writing in English..
haha that's why the entry is short and sweet today...heee :)

Friday, June 4, 2010

Eton at Summerset Rompin

Ada ape dengan Eton?
Eton tu cantik, baik, gebu :p , bersopan santun... ---> dah..dah.. berhenti menipu..

Ape sebenarnya Eton?
Eton tu ejaan terbalik untuk NOTE ---> kesian betul budak ni.. dah takde idea sangat nak update blog..

Cuba ko cakap betul2, ko nak ape Eton?
Ok ni betul2 bukan cobaan

Si Eton dan E-ton ni berjumpa kat Summerset Rompin.. hehe sebenarnya ride ni bukan la di jalan yang macam ni.. tapi dalam hutan berpaya-paya or pasir2.. hari ni kami sepejabat dok riki tempat nak buat retreat opis..



Trip ni nak tengok keadaan bilik, kawasan percutian dan paling penting menguji rasa makanan tu agar sedap di tekak kami.. hooo ohh.. pada hari ujian sensori ni kami di beri rasa kari kepala ikan (errr ni kat kedai mamak kat kl pun banyak..tapi since free wajib la makan kan???? )

Selain makan, menengok keadaan bilik juga penting sebab nak tau bilik tu cantik atau tidak....


By early July nanti review Summerset Rompin ni akan saya buat secara full sbb lepas program retreat tu nanti baru leh bagi tau best betul2 atau best ala2 je pakej yang Summerset tawarkan kat opis kami ni eh... So buat masa ni tgk la gambar yang bosan ni kecuali gambar Eton yang cantik tu je..huuuuuu

Thursday, May 20, 2010

Melawat

Hari ni hari melawat org yang admit di hospital..Kebetulan kan saya pekerja hospital sebelum kerja tempat lain [perggghhh ayat kondifen tak hengat]...

Masa lunch hour tadi saya pi tgk Alyff Hazz... dia lahir 18/05/2010 hari tu.. 2 hari lepas hehe... lepas jumpa mama n nendanya saya intai dia kat nurseri... hummmm baby has such a gud smell..:) .. Opps he's a boy [lelaki mesti kaler biru oke].. Congrats to Azza & Moro n to baby we welcoming u with lot of love.. to Abang Long Airyll sayang adik ye..^_^

Ptg sket nak p tgk mak boss saya..sebenarnya dah 2 minggu lebih mak boss ini berada di wad... tapi bila tau nak balik baru nak melawat..errr sebenarnya semalam lagi nak gi lawat.. [staff hampeh tul... tapi sbb termembayangkan maknya sama seperti anaknya.. rasa tertangguh2 nak gi lawat..padahal wad warga depan pintu opis je...ITU BUKTI PALING HAMPEHH!!!]

p/s:
  • dah bertahun dok hospital ni.. sebenar i confuse bila waktu melawat... sbb selalu main terjah je.. sungguh tidak berdisiplin!!
  • oh jgn tanya saya wad ini di mana, dan wad itu di mana.. sy mmg tak tau sbb saya ditempurungi lapisan syiling opis saya yang selalu bocor itu sahaja.. yang saya tau wad Warga dan UKM Specialist Centre sahaja.. sungguh kasihan...

Thursday, March 12, 2009

Kursus Pertama in 2009 [11.3.09-13.3.09] : Kursus Penerbitan Buku Panduan Fakulti


Today is my 2nd day in course room..
rupenya ni class designing book..
tapi ada jugak plajaran untuk mengenalpasti kualiti kertas untuk printing...
[agaknya keja pas ni kena byk refer pusat penerbitan kot..]


Agak boring sbb takde geng..sian saya

Saturday, January 17, 2009

kehidupan baru saya

Hopefully saya istiqamah ngan semua kerja [both office n teaching] saya...[errrmm tapi mmg penat juga..hehe]





Hehe terasa kelaka ngan this new living..as i said before, if i being a teacher, saya lebih gelabah study compare while im being a student..[haha sengal]..

Peringkat awal ni saya ambik kelas sekolah rendah dulu...sekolah menengah saya kena ambik masa revise balik, refresh balik otak saya..sbenarnya mengajar [furthermore i dont have pro training ---> William Hung] saya rasa sukar juga..saya kena reset minda saya yang anak2 ini perlu tau basic thing dengan bahasa layman..bukan perlu very detail macam asid deoksiribonuleik study..hehe

Tapi saya okla kot keja baru ni..instead to add income i could improve my english esp communication english yang almost berkarat..hehe..[padahal awal2 blogging dulu saya ckp org putih..skang dah malas kan...]

Wednesday, December 31, 2008

Bila gaji masuk..

baru tgk ewarga ukm..
hoho pekeliling gaji dah keluar..

paling ngeri tgk pada suku tahun yang hujung2 (sept - disember)
nampak cambest gaji awal..hakikatnya.....arggghhhhhhhh

nak upload printscreen ada problem la plak..nah tengok la kat blog narisa ni
secara asasnya saya tak suka gaji awal kerana akan berlaku proses lupe daratan bila tgk berkepuk2 duit dalam bank dimana hakikatnya ia adalah peruntukan hari yang berlainan..tapi nak buat camana, sape tak lupe diri bila tgk duit..hehe

oh ye tak de posting resolusi baru pun kan..walaupun 2 thn baru disambut hampir serentak..resolusi cliche..' nak jadi lebih baik daripada thn lepas'.. ape pun benchmark this year tak meet to 100% lagi..hanya 50% kot...

resolusi secara fizikalnya ada dah tulis masa dalam blog friendster dulu..secara spiritualnya malu nak tulis..aduhai kerdilnya rasa..nikmat nak byk, syukurnya kurang..this side kena byk penambahan kot..

baekklah..saya nak balik umah..this week i had homesick..err logic ker homesick even dah tak sekolah????boleh je la kot..this is the feel deep inside my heart..sedey woo..:'(

Tuesday, December 23, 2008

Kursus..ms iso iec 17025 and iso 15189

Ni dlm blik kursus..ni again introductary since cohort also nk meet the standard requirement..tp sgt ngantuk..
Furthermore gusi tgh sngal..lg la kurang mood..huhu

Monday, December 22, 2008

Kire-kire saya masa makan semalam...

Bolehkah saya menjadi seorang Hajjah sekiranya,

Sebulan : RM250
Setahun (12 bulan) : RM3,000
4 Tahun : 12,000


Sebulan : RM350
Setahun (12 bulan) : RM4,210
3 Tahun : 12,630

Sebulan : RM400
Setahun (12 bulan) : RM4,800
3 Tahun : 14,400

Buat masa ini kemampuan saya hanya pada takat bertulisan bold selebihnya saya terikat dengan komitmen2 lain.

Komitmen saya setiap bulan,
1.kereta
2.Astro umah parents
3.minyak keta
4.touch n go
5.credit card
6.takaful
7.unit trust
8.bil telefon + broadband
9.duit kutu sepejabat

Selain daripada itu syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum saya menjadi Hajjah ialah mendapatkan 'Pak Haji' nya dulu..haha lawak kan..tapi ni hajat mak ayah sebelum mereka pergi perform Haji..sebolehnya diorg nak lepaskan saya kawen dulu..then klu saya nak ikut boleh la pegi ngan bakal suami saya...errr msg ni untuk En. A ke?hehehehe....

Haha tapi bila list down rupenya mmg saya mampu byk tu je unless saya betul2 ikat perut dan tutup mata tak tengok langsung shopping complex... [setakat ni mata saya hanya ditutup ketika melepasi kedai Esprit sahaja]..tapi bila difikirkan sometimes saya ingin merhargai keletihan waktu kerja + kena marah boss dengan memberi reward kepada diri sendiri..errr salah ker?

Ada satu calculation menarik yang dihantar ke email saya..
rm1000 per day x 30 = rm30k/ month
rm30k x 12 mth = rm360k/ year
rm360k x 3 year = rm1,140,000.00 !!

Saya berdoa supaya saya dan En. A mampu untuk memperoleh sebanyak ini nanti...bukan bermakna mendambakan diri menjadi juwatan itu mata duitan, cuma bygkan klu byk duit...hoohoo macam2 boleh buat..

Mengambil Saiful Nang sebagai contoh, saya mmg mengagumi beliau kerana dia berjaya menjadi juwatan dengan bermula RM90, beliau juga juwatan dengan sebuah kamera pinjam, menjadi jutawan dengan hanya satu jenis perniagaan sahaja,beliau juga menjadi juwatan dalam masa lebih kurang tiga tahun..Mengagumkan bukan????

Ya entry kali ni mmg saya sedang berfikir ttg duit..cuma saya masih tak jumpa bagaimana caranya..Tapi mengambil kata2 seorg teman di opis saya..
'Untuk berjaya menjadi kaya bukan dengan bertanya bagaimana tetapi mulakan KENAPA AKU NAK JADI KAYA' [proverb ini asalnya berbahasa Inggeris]..

Errr camana erk? [hisshhhh tanya lagi]... or should be kenapa erk? [erk tu untuk menunjukkan trademark saya johorean...haha]

Sunday, November 16, 2008

weekly and weekend

Sepanjang week (in fact last week lagi) ni Cohort have to work for 5s...wat is 5s???myself don't even fully understand but yg plg penting untuk perlaksaan 5s ni i have to clean up my workstation 1st..hehe [for more info, may surf here http://www.ukm.my/pk/5S/5S.pdf


[Hanya menunjukkan gambar selepas 5S sahaja kerana gambar sebelumnya terlalu horror..tidak sesuai untuk tontonan umu..hehe]

Di cubicle ini juga adakalanya saya view my own blog [sometime update pun] dan selalunya saya akan view link2 pada My Brain Info... i like to view Saiful Nang blog ..http://blog.saifulnang.net/ i've been view his blog since he using fotopages lagi..kekonon that time dah nak kawen sgt n seeking for my wedding fotographer...tapi sekarang ni tak tau la cukup tak duit nak hire SN ni untuk my event soon..^_^



Pada hari minggunya masa diisikan dengan pegi wedding org..tapi dapat snap gambar sebab pengantin2 tak ready lagi...huhu..pas g pengantin pergi tgk cite Madagascar kat TGV Bukit Raja...sebab show start kul 3.30pm, terpaksa la tunggu duduk yang boring2 sambil mkn ice cream famous amos..nak masuk cinema, konon nak beli pop corn..tetiba barisan amat panjang..so kami postpone makan pop corn after habes cite..


sementara menunggu..[i luv the lighting..n him too..hehe]


ini adalah selepas abes cerita..

Sepanjang minggu ini saya juga sedang menjalankan proses detoxification..doc said maybe u have to detox since batuk aku susah nak baik even makan ubat..so i try taking Juvanex [selepas membaca blog Kevin Zahri]..sepatutnya mkn benda ni selama seminggu but i've dragged it maybe to 9 days sbb ada 2 3 hari lupe mkn..huhu.. tapi Alhamdulillah it help n batuk geting slower than before..hehe ada testimoni konon after detox blh loose weight..but case saya cam takleh je sbb saya suka makan2..haha..




[oh ye sebenarnya Juvanex ni ada shakernya tapi botol shaker tu ma da ambik so terpaksa la shaker pakai botol green tea ni...hee~~~..and rasanya not bad..cuma rasa lemon+kulitnya..pas kocak minum derah deh, sbb lambat nanti dia akan merubah bentuk jadi jeli2]

Friday, July 11, 2008

7/7/08- 11/7/08 : works update

As promise i wanted to make my blog as my live update diary (konon2)... Starting this week i wanted to updating my works update..hehe sori yang sahabat2 sekalian.. korang cam benci je baca ke.. suka hati i la..ni kan i punya...hehe

Isnin : ain said she already go through to my Fail Meja ( haha created by me.. ain i've sent to u long time ago, baru sekarang nak cek!! hello byk gile improvisation). After revise process to banyak la benda nak wat sayang... the job description ada yang berubah2...mudah kata i have to look after the 'fail meja' again..huh.. (hehe teringat while orientation course speaker tny " Anda ada fail meja kan?".. wajah teragak2 nak jawab ya!!)

Selasa & Rabu : attending orientation course which might said compulsory to UKM for us to attendd but so-so feel to our boss.. Nak pegi course pun have to made justification to them..... During course we're introduce to the fundamental of UKM and to the main department which most probably we always deal with.. hehe baru la dapat berkenalan ngan nama2 glamer yang kerap kali meniti bibir halus kudus dan mulus kami di opis..^_^.. we're the merrier participant coz we have a large number in group.. time makan bukan main bising (actually we r bising tak kire tempat pun, 24/7..haha). But g kursus ngan rasa risau2 sbb terpikir ada meeting the next day.. (meeting might be scariest thing while working..but dgn bangga to say tiap kali meeting jumpa tokoh penyelidik negara...haha)

Khamis : hehe semangat pas g course.. sbb during course byk hakikat2 yang memukul hidung kami (bengkak la hidung ni).. so pada hari ini semua peserta2 kursus nampak bersemangat n beria2 menyiapkan material meeting... Im amazed to myself sbb pertama kalinya siap agenda meeting 3jam awal.. (padahal selalunya berlaku perebutan printer sbb main printer tu akan prob time nak meeting..dikala begini selalunya akan keluar ayat pujukan printer.. "sayanggg... jgn la buat hal masa ni"..kehkeh).. Masa in meeting room, seperti ada rama2 di dalam perut sementara menunggu turn update pada tokoh penyelidik (luckily he came, klu nak update pada OK, argggh cam useless je ketakutan tu)... Fortunately tokoh penyelidik sedar akan kesukaran my section handling his "guest"...im so thankful to him for being understanding to that problem...

Jumaat : mind resting time..heehe..get rid off semua sumber tekanan.. i love friday after meeting.. surely becoz we can enjoy the solat jumaat gap time gi jalan2..yeay
myfreecopyright.com registered & protected