Archive | August 2008

Ramadhan Kareem

Bismilahhirahmanirrahim

Suka saya dengan artikel di bawah. Bait-bait yang tersusun dengan baik. Benarlah mata pena itu lebih tajam daripada pedang.

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

 

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan – setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah – Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Andai ini ramadhan yang terakhir untuk kita, maka kita yang perlu manfaatkannya. Ramadhan Kareem untuk para pengunjung!

Harapan Ramadhan

 

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Lagi beberapa hari kita bakal menyambut ramadhan. Yang pasti, ianya mungkin ramadhan yang terakhir buat kita semua. Pelbagai peristiwa penting yang berlaku menyebabkan kita seakan-akan lupa bahawasanya bulan penuh barakah itu bakal menjengah kita lagi.

Beberapa kali saya memutar semula mp3 lagu ini.

Menghayati dan mencari pengertian lirik lagu Harapan Ramadhan yang dinyanyikan oleh Man Bai dan Raihan.

Harapan Ramadhan
(Man Bai & Raihan)

Ku mengharap Ramadhan kali
ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan
sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu
membelenggu diri tiada
henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang
lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
dengan Rahmat Mu oh
Tuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
Album : Maafkan – Raihan 1999

 

p/s : semoga dengan kedatangan bulan ramadhan mampu menjadikan kita hamba yang lebih dekat padaNYA

Kemenangan itu milik semua

Tahniah untuk DSAI

Saya petik petikan daripada blog Yb Nurul Izzah.

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 Ogos 20008

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat

Cabaran baru bermula untuk DSAI. Membawa suara rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Yang pasti saya juga mahu melihat beliau terus melangkah dalam arena politik ini.

P/S : fokus sekarang kepada Ramadhan yang menanti! Ya ALLAH mOga ku temui ramadhanMU ya ALLAH.

Pilihanraya : Permatang Pauh satu penentuan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah, lagi beberapa jam satu lagi sejarah politik Malaysia akan berubah.

Seluruh dunia menghalakan sportlight kepada piihanraya kecil yang bakal dijalankan di Permatang Pauh. Penentunya ialah pengundi-pengundi di permatang pauh yang terdiri daripada 50 000 lebih pengundi yang berkelayakan. Tentunya kerusi permatang pauh kerusi panas. Sehinggakan masyarakat Malaysia seakan-akan lupa kita bakal menyambut merdeka 31 Ogos nanti malah peristiwa yang paling penting kedatangan Ramadhan yang amat dinanti oleh seluruh masyarakat Islam khususnya. Mahasiswa harus cakan isu politik negara. Bahkan anda juga bakal mengundi dan menentukan pemimpin anda.

Inilah penangan pilihanraya permatang pauh

Melusuri latar belakang salah seorang calon di permatang Pauh. Lebih malang ialah pemimpin yang karier politiknya bermula daripada penjara (ISA) , kemudian menjadi menteri kabinet, mendapat sokongan ahli parti dan rakyat sehingga memegang jawatan nombor dua tertinggi negara iaitu Timbalan Perdana Menteri. Setelah jawatan itu disandang beberapa ketika, dilucutkan jawatan dan kembali semula ke penjara. Demikianlah yang dilalui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jujurnya, saya mengikuti perkembangan beliau semenjak di bangku sekolah lagi. Kekuatan mana yang diambil sehingga masih mampu untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang politik? Bertimpa-timpa dihujani fitnah dan ujian-ujian. Sekali lagi beliau muncul esok di pentas yang sama permatang pauh. Itu uniknya pilihanraya kali ini. Ibarat sirih pulang ke tampuknya.

Pilihanraya kampus

Simulasi dan adaptasi bagi pentas mahasiswa bermulanya daripada pilihanraya kampus. Seharusnya bergerak dalam acuan yang penuh intelektual apatah lagi di kampus universiti yang bakal melahirkan bakal pendidik ini. Selepas sahaja tamatnya fasa permatang pauh, sudah tentunya mahasiswa-mahasiswi akan beralih tumpuannya kepada pilihanraya kampus. Tidak dapat tidak, saya gusar iainya bakal mengulang prk lepas apatah lagi diri sendiri pernah mengalaminya. Ramadhan bulan tarbiyah. Maka seharusnya ianya mengajar kita semua menjadi lebih dekat kepadaNYA apatah lagi mencari keberkatan di celah-celah kesibukan gerak kerja.

P/s : Kita akan menyaksikan sejarah sekali lagi tercipta esok. Sudah pasti, penyerang-penyerang gol sudah bersedi menyumbat gol ke gawang yang tepat. sama-sama kita saksikannya!

العطلة

Bismillahirrahmanirrahim

ما رايك عن عطلة لهذه المرة

(Apa pandangan nti mengenai cuti kali ini?)

Kalau dahulu sering kali apabila buka cuti sekolah, guru bahasa melayu akan menyuruh menulis pengalaman mengenai cuti sekolah masing-masing.

Saya menyahut seruan sahabat saya untuk cuba menulis dalam bahasa arab. Itu ayat pertama. Biarpun hanya mengambil bahasa arab rendah di peringkat PMR. Ayat yang berkisar mengenai pengisian cuti mid sem. Itu juga yang ditanya oleh sahabat saya.

Saya mengambil masa untuk menulis semula disebabkan laptop yang menuntut untuk diformat dek kerana serangan virus-virus yang tidak diingini.

Cuti mid sem

Sempat saya menziarah masjid al-aqsar, masjidil haram dan banyak lagi masjid dalam masa sehari. Alhamdullilah, ziarah saya di pelbagai pelusuk dunia. Afghanistan, palestin, iraq, china dan 21 lagi negara lain.  Penuh manfaat dan informasi. Melihat kepada sejarah disebalik pembinaan masjid menyingkap kembali kegemilangan umat islam khususnya. Apatah lagi sambil menikmati musabaqoh tilawah al-quran peringkat antarabangsa di pulau wan man, terengganu. Sempat saya berjumpa dengan beberapa artis yang turut sama menziarah masjid di taman tamadun islam. Itu ziarah ad hoc hasil perancangan bonda saya. terima kasih bonda dan ayahanda!

Debat Kemerdekaan

Tatkala melalui Universiti Malaysia Terengganu, banner yang mempromosikan debat kemerdekaan yang berlangsung bermula 21-25 Ogos, lantas saya menghantar pesanan ringkas kepada team UPSI untuk membawa balik kejayaan. Sempat juga saya menyaksikan perlawanan debat perpaduan di televisyen.

Kelantan Air Force

Ziarah saya juga ke akademi yang menempatkan bakal-bakal juruterbang. Baru pertama kali menjengah kaki ke sana. Itupun menemani bonda menziarah sepupu saya yang belajar di sana. Mendengar yuran pengajian yang mencecah RM250 000 sudah cukup saya menganggarkan semua yang berada di sana merupakan insan-insan yang bertuah. Dan mereka semuanya di kalangan lelaki. Jumlah yang perlu dikorbankan sebelum bergelar pilot.

Ceramah hari Jumaat

Sekian lama saya tidak berkunjung di dataran mendengar kuliah agama yang disajikan kerajaan negeri. Juga ajakan bonda, adinda dan juga kekanda yang penat oncall sepanjang malam. Perlukan rehat katanya. Dan santapan rohani bisa memberi terapi minda untuk golongan-golongan bekerja. Saranan untuk mereka di luar sana juga!

Tatkala melihat senarai tajuk-tajuk yang diberikan oleh moderator yang mengendalikan ceramah pada hari ini, semuanya berkisar mengenai ramadhan. Hakikatnya ramadhan kian hampir. Persedian kita bagaimana?

Itu serba sedikit mengenai cuti ringkas saya. Saya masih mencari rentak menggunakan laptop yang baru diformat. Agak pelik ikon-ikonnya. Alhamdullilah, semoga ianya menjadi suntikan baru untuk meneruskan perjuangan di bumi kampus kesayangan rakyat. InsyaALLAH

Analisis gerak kerja

Jumaat, 15.08.2008

Bismillahirrahaminirrahim

ALHAMDULLILAH, atas rahmat dan kasih sayangNYA, masih lagi mampu saya meneruskan penulisan dalam kesibukan menyusun rentak dalam politik kampus di universiti kesayangan rakyat.

Ya Rabb, moga kita semua tidak penat dalam mengorak langkah melakukan gerak kerja di jalan ALLAH. Yang pasti suka saya mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa membetulkan niat dan meletakkan kebergantungan penuh kepada ALLAH dalam melaksanakan gerak kerja.

Saya menulis semula tazkirah yang disend oleh seorang sahabat melalui email untuk tatapan bersama. Ini untuk menilai semula sejauh mana penanda aras yang kita letakkan dalam gerak kerja kita. sejauh mana kita manfaatkan usia muda kita?

Versi yang diedit semula oleh saya.

Adakah kita berani mengatakan gerak kerja kita ini semata-mata untuk ALLAH?

Belum seluruh harta kau infakkan seperti Abu Bakar.
Belum seberani Ali bin Abi Tholib,
yang menggantikan jasad Rasulullah saw ketika beliau dikejar-kejar musuh-musuh Allah.
Belum setangkas Khalid bin Walid,
yang senantiasa bergegas menyambut seruan jihad di medan laga.
Adakah kita bazirkan masa kita untuk mencari kesibukan di celah-celah masa yang sedia sempit?
Tentu sekali jawapannya tidak
Ingat,
Sebab kewajiban kita lebih lebih banyak dari waktu yang tersedia.
Sebab panji-panji itu telah terbai’at dari jiwa yang setia.
Sebab engkaulah singa yang siangnya berjihad tak kenal lelah.
Sebab engkaulah rahib yang malamnya padat dengan munajat.
Sebab engkaulah Abu Bakar itu!
Engkaulah Khalid bin Walid!
Engkaulah Shalahudin Al-Ayyubi!
Gerak kerja PMS
Persatuan Mahasiswa Sains akan mengendalikan perasmian ESD yang merupakan program Fakulti Sains & Tenologi . Dengan persediaan yang diberikan agak singkat, selepas ditolak tambah, kami punya masa 4 hari sahaja untuk menyelesaikan jemputan dan benda-benda tektikal yang lain. Yang pasti, team PMS akan berusaha yang terbaik.
Cuti mid sem
Cuti harus dimanfaatkan sepenuhnya. Segala assingment yang diberikan menuntut hak-haknya untuk disiapkan. Peperiksaan mid term yang menuntut untuk ditelaah isi-isi pengajian sebelum dijawab. Itu pasti. Perlu dicover aspek-aspek ini.
Muhasabah diri
Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak didengari. Dan aku berlindung denganMU daripada kefakiran, kekufuran, kefasikan, perpecahan, suka memperdengarkan amalan dan suka berlaku riya’.
Ya Rab, janganlah Engkau menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah daku di atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah daku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.
Semoga diri ini tetap dijalanMU.
P/S :Countdown balik rumah.

Kadar Pinjaman PTPTN turun 1 peratus

Bismillahirrahamnirrahim,

Capaian pantas saya gunakan. Berita yang patut diketahui oleh mahasiswa khususnya.

mungkin ramai tersenyum puas ketika membaca berita ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kadar baru pengiraan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) ialah satu peratus mulai 1 Jun lalu.

Mengumumkan demikian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar satu peratus itu adalah kadar rata ke atas semua pinjaman peringkat pengajian.

Katanya, ia membabitkan semua bakal peminjam, peminjam sedia ada dan peminjam yang sudah tamat belajar tetapi belum selesaikan pinjaman.-berita harian

Warna-warni hiburan konvokesyen di UPSI

Bismillahirrahmanirrahim

Tangan saya masih lagi memegang flyers edaran MPP UPSI.

‘Tayangan Perdana DIGI’

Sempena Pesta Konvokesyen ke-10

DUYUNG

CICAKMAN

BUDOK KELANTAN

Ajak kawan-kawan & ahli keluarga untuk merasai kemeriahan pesta konvo bersama DIGI

Dalam masa itu, tangan saya menyelak semula flyers Kempen Semarak Islam Persatuan Pendidikan Islam UPSI. Baru lagi tarikhnya 5hb OGOS.

Jom Tutup Aurat

Persatuan Pendidikan Islam UPSI

Wujudnya pertentangan dalam dua flyers ini. Tentu sahaja daripada konsep pembawaannya. Satu ‘flyers kuning yang mengajak ke arah kebaikan’. Dan satu lagi ‘flyers ORANG KUNING mengajak melihat tayangan’.

Tak tahu antara dua. Pilihan yang sama menarik. Satu mengajak ke arah hiburan sementara di dunia, satu mengajak hiburan berkekalan di akhirat. Sifir mudah. Tepuk dada tanya iman.

Saya kira, sudah hangat diperkatakan dalam forum UPSI portal mengenai pesta konvokesyen UPSI yang sudahpun berlangsung sekarang. Sungguh, saya gusar dengan kelulusan program-program yang berbentuk hiburan. Ada 3-4 filem yang saya lihat edaran flyersnya belum termasuk iklan kedatangan dina and da geng.

Di mana letaknya nilai intelektual kita selaku mahasiswa apatah lagi bakal guru? Program-program berbentuk demikiankah yang mampu memenuhi keperluan JERI (falsafah pendidikan kebangsaan yang melahirkan insan kamil yang memenuhi jasmani, emosi, rohani, intelektual)?

Mahasiswa Vokal

Tindakan sahabat saya menghantar surat terbuka untuk menegur di ruangan portal UPSI menimbulkan pelbagai respon. Amat mengecewakan apabila orang Islam sendiri mempertikaikan tidak salah sekiranya wujud percampuran dan hiburan yang melampau.

Perlu dilihat kepada sensitiviti mahasiswa yang beragama ISLAM kerana majoriti pelajar di UPSI adalah beragama ISLAM. Apabila wujudnya bantahan maka perkara ini perlu dinilai semula sebelum dilaksanakan pada hari kejadian. Sudah pastinya MPP juga beragama Islam. Perlu wujud nilai sensitiviti mereka terhadap pendapat pelajar.

Andai dahulu pernah UPSI menganjurkan tunjuk rasa bantahan kepada filem FITNA menentang belanda, kenapa perlu memberi ruang kepada program-program yang bercorak hiburan ini bebas masuk ke dalam universiti sekaligus mencemari nilai-nilai seorang bakal guru? Inilah unsur-unsur yang sememangnya mengundang barah kepada para pelajar UPSI.

Ya Rabb, UPSI bukannya Universiti Pencarian Suami Isteri. Ianya merupakan Universiti Pentarbiyahan Siswazah Islam, itu yang sewajarnya.

Peranan mahasiswa

PPI telah mengambil langkah menghantar petisyen bantahan kepada program-program ini. Kini tanggungjawab kita untuk sama-sama mencorakkan kembali konvokesyen di UPSI dengan warna-warni keintelektualan mahasiswa. Berhibur tiada salahnya, cuma kena pada masa dan caranya. Mahukah kita turut sama terlibat mengumpul saham di akhirat nanti? Teringat masa muda kita yang mungkin sahaja singkat dan pinjaman ALLAH semata-mata. Sungguh, saya tidak mahu bakal generasi saya akan datang dididik oleh guru-guru yang terdedah dengan didikan hiburan yang melampau.

See Ya!

P/S : Jujurnya saya ngeri melihat maskot orang kuning DIGI sekiranya ianya berkeliaran di sekitar kampus 🙂

Sudden message

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH,

Sedikit sebanyak syndrom homesick melanda saya

1 message received,

From : MOM

Hanis, bagi url blog kamu, mak nak bukak.

Reply text message

Itu bonda saya. Seusia 53 tahun. Saya tahu bonda seorang yang amat suka membaca. Dan sedikit sebanyak saya dan adik-beradik yang lain seperti dia.

Rindu sebenarnya suasana rumah. Memblogging bersama bonda menggunakan broadband.

Malamnya saya menerima call dari bonda, usai membaca blog katanya. Meminta penjelasan dan penerangan lanjut mengenai entry-entry yang ditulis.

Saya pasti, sekarang mungkin bonda tengah melawat blog saya juga. Itu pasti.

Abah,

Lelaki yang berusia 55 tahun.

Saya rindu mengkritik di hadapan televisyen bersama dengan abah mengenai debat-debat yang keudara dan juga ‘jangan lupa lirik’ di  ditelevisyen.

‘So bad’. Itu antara ayat-ayat yang digunakan untuk memarahi kami anak-anaknya. Yang pasti, abah akan menggunakan bahasa inggeris apabila memarahi kami.

Muhasabah diri

‘Ya ALLAH, Engkau ampunkanlah dosa mak dan abah, Engkau kasihanilah mereka seperti mana mereka telah mengasuhku dan mendidikku semenjak aku masih di alam ruh lagi. Ya ALLAH, Engkau lindungilah mereka. Engkau kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku’ Ameen.

AUKU :Ke arah membentuk Mahasiswa seimbang

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Sempat saya membaca entry yang dipetik daripada Malaysiakini.com. Antara carian pantas yang menjadi kegemaran saya. Kali ini membincangkan isu AUKU yang telah lama diperkatakan. Reaksi yang diterima positif apabila roadshow mengenai pindaan AUKU telah dilakukan di seluruh IPTA.

Inilah yang sewajarnya dilakukan. Bukan bermakna pelajar dibenarkan berpolitik, namun diberi kebebasan untuk bersuara dan berbincang mengenai politik. Politik memang tidak dapat tidak diasingkan dalam kehidupan seharian. Hatta sekalipun ketika saya menulis entry ini saya sedang berpolitik dengan para pembaca. Hal ini yang diperlukan oleh mahasiswa untuk melahirkan individu yang seimbang.

Gerakan mahasiswa dan gerakan politik adalah sesuatu yang berbeza. Kita bergerak dengan acuan yang dibentuk oleh intelektual yang tinggi. Ini yang gagal difahami sesetengah pihak apabila melabel puak yang lain sebagai pembangkang.

Jujurnya saya sendiri pernah dicop pembangkang.

Berbakti pada universiti sebagai bekas pendebat dengan membawa label universiti, menjadi jawatankuasa mahasiswa kolej yang menyajikan mahasiswa dengan pelbagai aktiviti, mendapat anugerah tokoh maal hijrah UPSI 07/08, bergerak dalam persatuan mahasiswa Sains semuanya tetap melabelkan saya pembangkang?

Yang pasti atas kecintaan kepada UPSI, maka saya masih meneruskan perjuangan di bumi kampus kesayangan rakyat.

Berikut adalah entry yang saya petik daripada malaysiakini.com. Ayuh kita nilai bersama.

AUKU: Pelajar dibenar berpolitik
Aug 2, 08 6:36pm
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

“Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran,” katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

“Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja,” katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.