Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

santai berbuka dan sumbangan duit raya lobus stail

sehari sebelum bercuti hari raya. sempat aku dan rakan-rakan guru yang lain berbuka puasa bersama. makanan masak lain-lain makan sama-sama. macam-macam hidangan sampai aku pun tak terlarat nak rasa semua.

menu-menu berbuka puasa

sila jamu selera

jom makan-makan

selepas solat isya' dan solat sunat tarawikh pula diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada murid-murid muslim long busang yang dah pun selesai khatam al-quran sepanjang bulan ramadan ni. tak lupa sumbangan duit raya untuk semua anak-anak muslim.

anak-anak muslim lobus

antara penduduk kampung yang hadir

sumbangan duit raya dan khatam al-quran
majlis ala kadar tapi berjalan lancar. ada moreh ye! =)

sebelum balik kita moreh dulu...

Saturday, January 7, 2012

kenangan daurah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah hampir 2 minggu aku meninggalkan program daurah. masih lagi terasa sampai sekarang ukhuwah antara fasi dan adik-adik daurah.

satu pengalaman yang cukup-cukup bermakna buat aku sepanjang cuti persekolahan yang lalu. dapatlah juga aku tambah ilmu agama aku yang sedikit ni. disamping tu dapat juga mengasah skil mengajar aku insya Allah jika menjadi guru kelak.

terima kasih banyak kepada semua fasi terutamanya ustaz mahmud yang sangat-sangat peka dengan keadaan fasi. tak lupa rakan-rakan fasi rendah bawah yang mula-mula agak suam-suam kuku tapi akhirnya mendapat rentaknya.

harapan agar dapat terus istiqomah dengan jalan Allah. semoga berjumpa lagi insya Allah dalam program daurah yang akan datang.

untuk mengakhiri post ni aku nak share video kami fasi-fasi rendah pada majis penutup daurah penghayatan remaja islam nov/dis 2011.


sekian, wassalam. PAGI! PAGI! PAGI!!! :D

Friday, December 16, 2011

daurah penghayatan remaja islam

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih dapat menaip dan berkongsi luahan isi hati ni. agak lama aku tak update blog ni. sampai terlupa nak cerita pasal majlis perkahwinan kakak aku pada 2 minggu lalu. cepat betul masa berlalu...

selama dua minggu yang telah lalu, aku telah diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fasilitator untuk program daurah penghayatan remaja islam di masjid negeri selangor (masjid sultan salahuddin abdul aziz shah).

program sepanjang cuti sekolah tersebut dianjurkan sebagai mengisi masa cuti sekolah anak-anak dari seawal darjah satu hingga ke tingkatan empat dengan pengisian berbentuk keagamaan selain memupuk jati diri mereka supaya menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

secara jujurnya aku pun rasa tak layak nak jadi fasi untuk program macam ni. tapi tak sangka sokongan dan semangat ukhuwah yang ditunjukkan oleh kesemua fasi buat aku rasa seronok. memang terasalah ukhuwah diantara kami walaupun baru 2 minggu berkenalan. sama-sama belajar dan dalam masa yang sama aku belajar memperbaiki diri.

kebetulan sepanjang program ni aku bersama team fasi yang memegang modul untuk murid-murid rendah bawah (tahun 1-tahun3). perkara ni macam persediaan awal aku nak menghadapi murid-murid jika menjadi guru sebenar kelak. budak-budak anak orang berada yang nakal-nakal. maklumlah fitrah kanak-kanak bersih dan suci. memang kita lah yang dah besar ni bertanggungjawab membentuk mereka ni supaya hitam atau putih kelak. memang cabaran!

insyaAllah program ni aku akan diteruskan sehingga tamat cuti sekolah nanti. rabu depan ada temuduga spp pulak. doakan aku berjaya dalam temuduga ni ek.

Friday, November 18, 2011

11 golongan manusia yg di doakan malaikat

Assalamualaikum...

sejak akhir-akhir ni aku rasa aku dah makin kuat merapu la.. kata nak matang tapi kuat merapu. adeh~ apalah ubat dia ek. ok selingan je ni. kes merapu tu kawan-kawan je yang tau. hehe.. ok lah rasa macam dah lama aku tak post something yang ke arah kebaikan. penting ni!

tadi aku sempat ikut kuliah maghrib kat surau kampung aku. penceramah adalah bekas ustaz sekolah menengah aku dulu (ustaz Ahmadi bin Abas). kuliah dia dari dulu sampai sekarang memang memberi kesan. jadi, aku rasa terpanggil nak kongsi benda ni walaupun mungkin ramai yang dah tau kan. sementara tengah ingat sementara tengah rajin...=)

antara isi kuliah tadi adalah mengenai 11 golongan manusia yang didoakan malaikat:

1. orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
maksudnya disini, sebelum tidur tu sekurang-kurangnya kita ambil wudhu'. jangan pulak asal ngantuk je lelap.. asal lelap je ngantuk. pergi tengok bola sampai pagi tak kisah tapi nak ambil wudhu' tak sampai 5 minit pun selalu berkira (ni aku la.. huhu~)

2. orang yang duduk menunggu waktu solat.
sebagai contoh lepas habis solat maghrib kita tunggu dulu kat surau, baca al-quran ke.. berzikir je.. sebelum masuk waktu isya. tak pun datang awal kat masjid sebelum masuk waktu.

3. orang yang berada di saf hadapan.
ini bila solat berjemaahlah. kalau ikut matematiknya rm27 lagi banyak daripada rm1 kan? kalau kita diberi pilihan nak yang mana? mestilah yang rm27 boleh buat top up. tapi bila bab pahala kita lebih suka ambil yang rm1. huhu~

4. orang yang menyambung saf ketika berjemaah.
cuba tengok selalu kat masjid tu, bila ada saf kosong kat depan mulalah berlaku kejadian tolak menolak. konon hormatlah orang tua tapi alangkah baiknya kalau kita relakan hati isi kekosongan tu. saf tersusun, tiada adegan tolak menolak dan imam pun boleh mulakan solat labih awal. =)

5. mereka yang meng'amin'kan tetika imam selesai baca surah al-fatihah.

6. orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai solat.
sebab ada orang ni habis je solat tanpa doa terus cabut.. alangkah ruginya mereka ni. cubalah ambil masa sedikit untuk berdoa, berzikir dan sebagainya. selama mana kita duduk selama itulah malaikat doakan kita.

7. solat subuh dan asar berjemaah
kita sedia maklum waktu solat ni memang waktu yang critical la kalau bab-bab solat ni. kalau subuh memang beratlah nak buka mata. jam loceng sebelah telinga pon boleh lena lagi. kalau asar pulak masa ni lah ada yang masih membuta, keluar bekerjalah, macam-macamlah aktivitinya.

8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan mereka.
pernah buat tak? ustaz cakap contohnya pernah tak kita doakan imam kat surau secara spesifik? doakan kesejajteraan beliau. doakan orang pahala besar. malaikat pun suka.

9. orang yang suka bersedekah.
bersedekahlah. jangan takut harta kita habis sebab malaikat doakan orang yang suka bersedekah dengan menambahkan rezekinya. doa malaikat makbul..

10. orang yang makan sahur.
orang sekarang ambil ringan bab sahur ni. tipsnya, ibu bapa yang ada anak kena biasakan bangun sahur. nescaya anak-anak akan ikut bila dah jadi ibu bapa kelak. begitulah generasi seterusnya..

11. orang yang melawat orang sakit.
kalau dapat berita orang sakit, usahalah untuk menjenguk mereka. banyak hikmahnya.



sekian sahaja sedikit perkongsian yang aku perolehi tadi. yang baik datang daripada Allah dan segala kelemahan adalah daripada saya sendiri yang memegang watak insan biasa. renung-renunngkan dan selamat beramal! =)

Tuesday, August 2, 2011

puasa jom puasa...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk hari kedua berpuasa. bersyukur sangat dapat berjumpa lagi dengan bulan yang pebuh barokah ni.

perjalanan puasa hari pertama aku macam biasa, kelas penuh sampai petang, petang pulak sempat menemani rakan ke seri iskandar atas urusan sekolah, sempat balik berbuka di ipoh, dan malamnya dapat mengerjakan solat sunat tarawikh berjemaah. rasa begitu terisi hari pertama ramadhan aku. 

minggu ni dah mula kuliah macam biasa. pensyarah pun dah bagi hint pasal kerja kursus untuk semester ini. fuh.. dengan kajian tindakan yang belum settle lagi harap-harap sangat aku dapat selesaikan semuanya dengan lancar.

tak ada apa benda sangat pun nak cerita. so, nak ingatkan diri ni jangan sia-siakan ramadhan kali ni. semoga segala apa yang kita kerjakan dikira sebagai ibadah. jom  kawan-kawan!

Tuesday, December 7, 2010

awal muharram: bermulanya sebuah penghijrahan

Assalamualaikum...

awal muharram atau 1 muharram merupakan permulaan kalendar baru untuk tahun hijrah. bila cerita pasal awal muharram ni perkara pertama terlintas dalam fikiran aku ialah lagu nasyid zaman kanak-kanak aku dulu.

al-ajiba - 1 muharram


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

kepada mereka-mereka yang sezaman dengan aku, lagu ini memang cukup popular aku rasa (bajet dah tua sangat). sampai hari ni pun kita masih dengar lagu ni di kaca tv.

persoalannya sekarang dari segi penghayatan. kalau ditanya mengenai peristiwa awal muharram boleh tak rasa-rasanya kita hayati, fahami dan dari segi amalan pula bagaimana?

adakah sama hijrah pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu dengan hijrah ketika ini? apakah bentuk perubahan yang sepatutnya kita lakukan kini? semoga kita semua sentiasa menjadi yang lebih baik dan sentiasa berada pada landasan kebenaran. insyaAllah...

Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru 1432H!

Assalamualaikum...

di kesempatan ini, aku mohd wakiyuddin bin rosnan, nombor ic 8803031050** ingin mengucapkan selamat tahun baru 1432H kepada seluruh umat islam, rakan-rakan yang mengenali diri ini dan blogger-blogger yang menjadi peneman cuti aku.

semoga, dengan kehadiran tahun baru ini, kita bersama-sama berubah menjadi umat yang lebih positif, buangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. jangan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. ya... andalah! hehe...

Alhamdulillah, sempat juga aku online hari ni, walaupun sekejap namun, hari ni memang hari yang agak sibuk kerana kuat sangat aku berjalan mencari barang rakan. ades~

tapi, bersyukur sebab sempatlah jugak baca doa awal dan akhir tahun tadi. sempat bersama-sama jemaah surau membaca yasin dan sedikit bontrot untuk dibawa pulang. hehe..

baiklah itu sahaja untuk kali ini, salam maal hijrah aku ucapkan dan semoga ceria-ceria selalu. eh jap2.. apa azam tahun baru anda?


(nak cepat sebab ada kawan nak belanja makan sate malam ni. hihi..)

Saturday, December 4, 2010

akibat berblogwalk.

Assalamualaikum...

sebenarnya entri ni aku pernah keluarkan suatu ketika dahulu (bajet dah lama sangat blogging). tiba-tiba rasa teringin nak buat balik entri ni sebab perkara ni pernah berlaku beberapa hari lalu.

biasalah kalau orang blogwalk menjadi kemestian untuk kita meninggalkan link di shoutbox atau chatbox. dan untuk yang lebih rajin akan meninggalkan komen untuk sesebuah entri.

tapi sedar tak korang kalau kita tersilap menaip alamat link, kita akan dibawa masuk ke laman web bible terbesar di dunia iaitu mega bible?

kalau tak percaya cuba korang taip alamat link blog korang tapi tukarkan 'blogspot' tu dengan 'logspot' atau 'blogpsot'. nanti sampailah kat laman web mega bible.

nampak tak? licik bukan mereka? sama ada ianya kebetulan atau memang sudah menjadi agenda mereka, mungkin untuk merosakkan akidah kita. siapa tahu...

bagi kawan-kawan yang sedang asyik berblogwalk tu. pastikan dahulu alamat link korang tu betul dan tak tersilap ejaan dan sebagainya. maklumlah kita kadang-kadang nak cepat. hehe.. amar makruf nahi mungkar... =)

Friday, December 3, 2010

gangguan seksual... aku atau kau?

Assalamualaikum...

bila cerita pasal gangguan seksual ni kebanyakannya kes di malaysia berlaku kepada kaum hawa. ia melibatkan gangguan emosi, tekanan jiwa dan sebagainya. bila orang mengalami gangguan seksual kebanyakan mereka akan mengalami kemurungan dan mempengaruhi prestasi kerja atau pelajaran.

ihsan google
baru-baru ni aku ada berjumpa seorang rakan dan beliau mengeluarkan pernyataan ini "siapa kata perempuan selalu kena gangguan seksual? lelaki hari-hari kena gangguan seksual"

ok kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual.

"gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta..." selanjutnya klik sini.

baiklah kita lihat keadaan sekarang. konsep pemakaian wanita masa kini kebanyakannya berniat untuk menonjolkan diri. bila nak menonjolkan diri, maka 'benda-benda' tu lah yang ditonjolkan. bila aku fikir-fikir balik kadang-kadang benar jugak kenyataan kawan aku tu.

"pakai baju ketat, dedah sana dedah sini, lenggok jalan yang menggoda dan wangian-wangian yang menarik perhatian". kelakuan ni termasuk dalam maksud gangguan seksual di mana kelakuan ini disengajakan dan kami lelaki tidak mengkehendakinya, sama sekali meminta-minta.

selaku insan yang bergelar lelaki, kami juga akan terseksa batin, jiwa meronta-ronta, dan mungkin ada sesetengahnya akan mengalami kemurungan. cuba bayangkan keluar rumah je terima gangguan seksual. bukan kami pinta, tapi perbuatan tu disengajakan.

walaupun aku sedar, sesetengah lelaki memang ada yang suka keadaan ni, tapi kena ingat ada juga sebahagian besarnya mungkin sangat benci keadaan ini. maklumlah, keluar rumah dapat dosa kering tak pasal-pasal.

apa yang ingin aku suarakan pada entri kali ini ialah, kepada wanita-wanita yang aku hormati sekalian, hentikanlah gengguan seksual terhadap kaum lelaki. kembalilah kepada tatacara pemakaian muslimah yang sebenar. kami dah cukup terseksa dengan keadaan ini. tutuplah aurat sebaik mungkin.

wassalam...




*maaf kalau entri ni ada mengguris hati mana-mana pembaca. tujuan aku hanyalah untuk berkongsi pendapat.
*sekadar luahan hati seorang lelaki biasa. yang baik sama-sama ambil iktibar. yang tak baik buang je jauh-jauh.
*sila komen jika ada penjelasan lanjut. =)

Sunday, November 28, 2010

i'm proud to be a muslim =)

Assalamualaikum...

kepada kawan-kawan semua, tak salah rasanya kalau aku curi masa korang 7 minit sambil berblogwalk, blogjog dan sebagainya untuk menghayati video yang aku nak tunjukkan ni.


kadang-kadang kita tak sedar pun betapa betuahnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim. bila tengok video ni sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita. sepatutnya kita bersyukur kerana peroleh hidayah Allah sejak kita mula mengenal dunia. sama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada kita.

mungkin ada sesetengah rakan yang dah pernah tengok video ni. saja aku kongsi kat blog aku ni sekadar ingin menyatakan betapa bersyukurnya aku menjadi seorang muslim =)

Friday, November 26, 2010

jangan pegang-pegang~

Assalamualaikum...

teringat pesanan Ustaz Mohd Kazim Elias dalam ceramahnya yang aku sempat tengok baru-baru ni. beliau ada menyatakan orang zaman sekarang ni ramai yang masih keliru antara hukum menyentuh anjing/babi dan hukum menyentuh bukan mahram.

secara ringkasnya macam ni, hukum menyentuh babi/anjing adalah tidak haram. tapi yang haramnya bila kita makan babi/anjing tu. boleh? pegang je lah babi/anjing tu tapi lepas tu samak la. simple bukan? masalahnya sekarang ni hukum menyentuh bukan mahram yang haram. kenapa nak pertikai orang menyentuh babi sedangkan menyentuh bukan mahram adalah jelas haram?

pernah tak korang alami situasi di mana kita terpaksa memilih sama ada ingin menjaga hati sesama manusia atau menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. contohnya macam ni la, aku cikgu kat sekolah dan anak murid. waktu akhir dan murid-murid nak balik. tiba-tiba mereka beramai-ramai datang ke arah aku dan menghulur tangan. so, untuk menjaga hati aku salamlah.

hukumnya di situ tetap haram, berdosa. walaupun sekadar hubungan antara guru dan murid tetapi hukum berjabat tangan di situ tetap haram. sebab anak-anak murid aku tu bukan mahram aku. apa yang dimaksudkan dengan bukan mahram? ialah orang-orang yang boleh kita jadikan isteri/suami.

ihsan google
sebenarnya perkara ni kita boleh elak. macam mana nak elak? baiklah kat sini aku ada sedikit tips bagaimana nak mengelak dari bersentuhan dengan bukan mahram.

- sebagai contoh ketika konvo atau mengambil hadiah. ada baiknya kalau kita bersedia dengan sarung tangan (glove) kalau nak bersalaman jugak.

- ketika berjumpa sanak saudara. yang ni memang selalu terutama ketika bertemu sepupu-sepapat. apa yang kita boleh lakukan mungkin memberi isyarat awal seperti menyimpan tangan di belakang sambil tunduk tanda hormat.

- atau pun nak nampak protokolnya tangan kanan diletakkan ke bahu kiri sambil tundukkan sedikit badan dan mengucap salam.

- kalau yang perempuan tu ketika keadaan mendesak tarik lengan baju tu panjang-panjang dan salam jugak tapi sekurang-kurangnya berlapislah kan.

- kadang-kadang kita boleh buat dalam keadaan bergurau. sebagai contoh "eh tak boleh, batal air sembahyang aku". tak pun "aku belum basuh tangan lagi tadi tersentuh taik".

- kalau orang yang peka dengan hukum ni mesti faham. tapi kalau dia berdegil nak salam jugak sound je direct "mana boleh salam, kita bukan mahram!". ni kalau kita betul-betul beranilah. yang ni bolehlah gunakan antara guru dan anak murid kat atas tadi. hehe..

itulah sedikit sebanyak tips macam mana nak elak daripada bersentuhan dengan bukan mahram kita. mungkin kawan-kawan ada tips-tips lain yang boleh dikongsi dan bolehlah kita sama-sama amalkan. tapi jangan kita pulak semangat nak mintak salam. haish~

baiklah, kita orang melayu ni terkenal dengan sopan santun dan budi pekertinya, jadi tak berapa eloklah dan maki-maki orang. kadang-kadang kalau tersentuh tak sengaja tu ada baiknya kalau kita mintak maaf. tapi yang haram tu tetaplah haram. kadang-kadang tengok gambar orang peluk-peluklah pegang tanganlah aku bersangka baik jelah... "dah kahwin tu..."

kadang-kadang kita ni tak perasan, atau mungkin kita ni tak tahu, atau mungkin kita ni memang dah tak nak ambil tahu pasal perkara ni. aku harap kita semua lepas ni lebih peka dengan perkara ni dan kalau boleh dielakkan, kita elaklah. renung-renungkan dan jom beramal!

Friday, November 19, 2010

penampakan sosok entiti...

Assalamualaikum...

*entri yang panjang. siap sedia!


tajuk nak gempak. bukan apa, entri aku kali ni memang berkait rapat dengan perkara yang berlaku di sekeliling aku bila musim-musim cuti ni bermula. balik kampung, jumpa sanak-saudara, atuk nenek dan sepupu-sepupu yang memang dah lama aku tak jumpa.

selalu tak korang dengar orang zaman dahulu kuat bekerja? teroka tanah berekar-ekar dalam masa 1 malam menggunakan parang. boleh ke manusia biasa lakukan perkara macam tu tanpa bantuan? dan bantuan pula dalam bentuk apa?

perkara ni berkisar tentang keadaan atuk aku yang agak uzur sekarang ni dan bagaimana kehidupan beliau sebelum ini. Alhamdulillah 'benda' tu dah berjaya dibuang. aku pun tak tahu patutkah aku cerita semua ni tapi sekadar perkongsian dengan kawan-kawan. baiklah taknak cerita lebih-lebih mengenai atuk aku. doakan sahaja beliau cepat sembuh. ameen...

dalam masyarakat zaman dahulu terutama golongan veteran sekarang ini, kepercayaan kepada kuasa-kuasa lain seperti jin dan syaitan sangat ketara. tapi aku tak tahulah kalau masyarakat melayu, tetapi kalau masyarakat jawa memang perkara ni sering berkait rapat. keperluan kepada bantuan seperti jin dan syaitan ni bagi aku hampir semua orang perlukannya dan kebanyakan mereka menggunakan jenis bantuan ini untuk menjaga kebun atau sebagai penguat badan supaya rajin bekerja.

kebanyakan golongan tua jawa yang aku jumpa terutamanya dan kebanyakan mereka sekarang ni mencapai umur 80-90an masing-masing ada cerita mereka sendiri berkait dengan kepercayaan ni. ada yang gunakan untuk kebaikan seperti untuk bekerja yang aku beritahu awal-awal tadi, tak kurang yang gunakan untuk perkara tak baik seperti hantu raya dan toyol? boleh percayakah perkara toyol dan hantu raya ni?

apa yang menarik bila aku balik kampung ialah dapat bersembang-sembang dengan semua ahli keluarga beramai-ramai. masa ni mulalah mak dan bapak aku cerita mengenai perkara ini dan bagaimana mereka perolehi semua 'benda-benda' ni.

pernah dengar saka? pernah tengok movie waris jari hantu? tengah duduk seronok bercerita pasal perihal jin dan syaitan ni mulalah mak aku kaitkan dengan cerita pengalaman orang yang diceritakan kepadanya antara ceritanya.

cerita 1: macan (harimau)
bila mak aku cerita mengenai perkara ni teringat cerita waris jari hantu. jelmaan harimau berbentuk saka dan diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. aku pun tak berapa tahu sangat tapi macam tu lah yang mak aku ceritakan.
baiklah ceritanya macam ni, ada seorang atuk (pemilik saka). satu hari, anak dia datang untuk melawat atuk ni sebab dikatakan telah lama uzur. sampai jenkat rumah tu dia nampak ada macam satu lembaga di atas katil atuk tadi dengan badan berbelang. nak tegur tapi tak nampak muka. jadi anak ni pergi ke dapur menemui kakaknya yang sedang memasak.
"kak, mak mana?"
"mak, kat rumah abang ko kl"
maka adik ni pun tergamam sekejap padahal kakak tadi duduk seorang menjaga atuk tadi.
persoalan siapakah di atas katil tadi? tanpa sepatah kata adik tadi beredar.
setelah diselidik rupanya atuk tadi mempunyai saka yang kuat dan mampu menjelma sehingga begitu sekali. saka yang dibawa telah lama dituruni sejak turun-temurun.
adik hanya menceritakan pengalamannya setelah kecoh perkara tersebut.

cerita 2: ilmu menurun
ilmu ni aku tak boleh pastikan kesahihannya sebab ianya hanya diceritakan dari mulut ke mulut. baru aku tahu rupa-rupanya untuk mendapatkan pendamping ni ada dua cara. sama ada menuntut atau pun 'benda' tu datang mendampingi kita.
menuntut: bila mana kita sendiri mencari 'benda' tu. bila mak dan bapak aku cerita perkara ni mulalah cerita penjaga gunung merapi dan bagaimana ada satu tempat dikawasan gunung merapi tu yang merupakan pusat nak menuntut sehinggakan dengan hanya niat sahaja kita akan memperoleh pendamping. masyaAllah...
macam mana pula dengan yang datang mendampingi? melalui cerita yang aku dengar kalau 'benda' ni datang sendiri ni lebih kurang dia syok kat kita. sebagai contoh pendamping tu datang dengan sendiri dalam bentuk wanita tua (ikut suka dia lah) menemui orang yang diminati dan mengajar ilmu-ilmu sebagai contoh ilmu kedukunan dan mengurut.

itu sahaja yang boleh aku ceritakan sebab kalau nak ikutkan memang banyak perkara yang boleh aku ceritakan lagi tapi takut banyak mengarut. tujuan aku ceritakan semua ini bukan sebab nak takutkan siapa-siapa tetapi sekadar ingin berkongsi. sesungguhnya bagi aku, perkara-perkara seperti ini tergolong dalam perkara-perkara syirik. nauzubillah...

bagaimana kita lebih mengharapkan kekuatan selain daripada Allah? kadang-kadang bila pergi berubat dengan dukun atau bomoh bahkan pergi ke hospital menerima rawatan doktor kita sering menyatakan terima kasih kepada ubat, terima kasih kat doktor, terima kasih kat dukun atau bomoh. bukankah kita patut berterima kasih kepada Allah? ubat, dukun dan bomoh hanyalah ikhtiar. sedarkah perkara-perkara kecil macam ni pun boleh membawa kepada syirik? inikan pula meminta tolong dengan jin dan syaitan?

"Dan janganlah kamu memohon kepada selain Allah, yang tidak dapat memberikan manfaat dan tidak pula mendatangkan bahaya kepadamu; jika kamu berbuat (hal itu), maka sesungguhnya kamu, dengan demikian, adalah termasuk orang-orang yang zhalim (musyrik)." (Yunus: 106)

setakat itu sahaja perkongsian aku hari ni. tiba-tiba teringat pesan seorang pensyarah sebelum memulakan salah satu kuliahnya semester lalu. "dua jenis ilmu yang orang melayu kita zaman ni suka cari. pertama ilmu seks dan yang kedua ilmu sihir." sejauh mana kebenarannya kata-kata pensyarah ni aku rasa anda semua boleh menilai sendiri dan ada pengalaman masing-masing. renung-renungkan dan jom beramal!

Saturday, October 30, 2010

umur bertambah atau berkurangan?

Assalamualaikum...

kadang-kadang bila bosan aku suka keluarkan status kat facebook untuk membuat pemantauan (survey). tapi kadang-kadanglah sebab selalunya aku suka mengarut je bila keluar status kat facebook tu. haha...

semenjak dua menjak ni aku rasa macam hari-hari aku ni panjang sangat sebab memang tak buat apa. banyak masa aku habis kat depan netbook baca entri baru dalam blog orang (aku je malas keluar post baru), tengok artikel-artikel baru laman web ustaz-uztaz yang best, blogwalk dan facebooking. ikutkan hati aku memang nak balik rumah je sementara nak tunggu exam minggu depan. tapi "commitment to the game" la katakan.

kalau nak diikutkan musim-musim exam ni kenalah struggle sikit baca buku tapi entahlah mood exam aku tak sampai lagi ditambah pulak dengan jumlah paper exam yang sikit (3 paper je) semester ni.

tiba-tiba beberapa hari ni aku mula terfikir satu perkara.

"umur kita ni bertambah ke berkurang ek?"

untuk mendapatkan jawapannya aku post la status kat facebook "setiap tahun umur kita bertambah ke berkurang?" lepas aku post je status ni adalah dua tiga rakan yang like dan ada juga yang bagi komen masing. ada rakan yang reply gaya main-main pun ada (aku pon selalu tak serius. padan muka! haha...) dan ada jugak yang reply dengan serius.

antara jawapan yang kawan-kawan aku bagi boleh tengok kat gambar bawah ni.

klik untuk tumbesaran


2 komen last tu adik aku dan anak murid aku

melalui survey yang aku dah buat tu (eceh..), ada beberapa orang yang cakap makin bertambah, ada pula yang cakap umur kita semakin berurang dan tak kurang ada yang cakap kedua-duanya sekali. masing-masing dengan alasan masing-masing kenapa mereka memilih sedemikian.

tapi baru-baru ni jugak aku sempat membaca sebuah buku bertajuk "munajat malam: bimbingan lengkap ibadah malam" oleh Yusni A. Ghazali yang dihadiahkan oleh adik junior sekolah aku dulu (ehem2.. i'm still single k) dan dalam buku ni dia cakap pasal umur manusia. sedikit potongan ayat yang aku ambil dari buku ni:

"Saudaraku, ramai ulamak mencela tawa ria secara berlebihan. ini adalah kerana jika manusia dapat merenungi dirinya dan segala amalan perbuatannya, sudah tentu mereka akan menangis. mereka akan memikirkan tentang dosa yang kelak akan dibalas dengan seksaan. Malah semakin hari, dosa semakin bertambah sedangkan umur semakin berkurangan [semakin tua]. Kesempatan untuk berubah dan menghapuskan dosa pun semakin berkurangan..."

kalau ikutkan ayat kat atas ni memang umur kita berkurangan atau nak sedap lagi makin hari makin tua. sedar tak? walau sejauh mana pun korang awet muda, secomel mana pun korang, walaupun kulit korang tegang, walaupun korang hensem/cantik dan sebagainya, hakikat sebenar anda dah makin tua. betul tak? maknanya masa hidup dah kurang. masa nak bertaubat pun berkurangan. masa yang dekat apa? kematian...

jadi aku selaku yang tak berapa pandai berhujah ni pun nak nasihatkan anda semua termasuklah diri aku sendiri supaya sering ingat ni. umur biologi (betul ke?) kita semua memang bertambah tapi hakikat sebenarnya umur kita sebenarnya semakin singkat. kita makin dekat dengan mati dan mati itu pasti. agak-agak mampukah bekalan yang kita ada sekarang ini untuk dibawa ke akhirat kelak? itu kita sama-sama renungkan sendiri. aku menulis atas dasar kesedaran yang tak tahu lagi sampai bila boleh bertahan (biasalah iman manusia ni naik turun). jadi ada kesempatan eloklah aku kongsi betul tak?

apa pulak pandangan korang semua pasal umur kita ek?

Friday, October 29, 2010

mencari yang halal adalah wajib...

Assalamualaikum...

Diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani, dari Abdullah bin Masud radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Mencari rezeki yang halal itu adalah wajib selepas perkara-perkara fardhu yang lain".

isu halal haram terutamanya dalam pengambilan makanan telah lama diperkatakan di malaysia. tetapi bagi aku pengambilan makanan yang berunsurkan yang haram masih dianggap enteng oleh sebahagian besar rakyat malaysia (termasuk akulah tu).

baru-baru ini seorang rakan ada menceritakan yang beliau telah dihadiahkan coklat cadbury sempena hadiah ulang tahun kelahiran beliau. seterusnya timbul isu sama ada ingin makan atau pun buang sahaja coklat tu. aku selaku penasihat yang tak bertauliah ketika itu pun mencadangkan supaya coklat tu di buang sahaja.


"tapi rasa tak sampai hati pulak nak buang je."
"buanglah masa dia tak nampak"
"kalau bagi kat anak jiran sebelah boleh tak?"
"ish, anak jiran tu melayu ke cina?"
"betul gak ek. zalim pulak."

lebih kurang macam tu lah dialog kami. keputusan akhir adalah buang je coklat tu tapi di luar pengetahuan kawan yang memberi tadi. kesian... tak dapat makan coklat cadbury.

secara jujurnya aku pun tak tahu yang coklat cadbury tu mengandungi emulsifier atau nama comelnya lemak babi. dengan sedikit perasaan ingin tahu aku pun meminta rakan ni meng'emel'kan senarai kod emusifier yang terdapat dalam bungkusan makanan ni. tak lama lepas tu aku dapat mesej kat facebook "senarai kod lemak babi" ada baiknya kalau aku kongsi kod-kod emulsifier untuk semua pembaca.


E100 E110 E120 E140 E141 E153 E160
E161 E210 E213 E214 E216 E234 E252
E270 E280 E300 E301 E325 E326 E327
E334 E335 E336 E337 E422 E430 E431
E432 E433 E434 E435 E436 E440 E441
E470 E471 E472 E473 E474 E475 E476
E477 E478 E481 E482  E483  E491 E492
E493 E494 E495 E542 E570 E572 E631
E635 E904 E920


kesemuanya ada 59 kod emulsifier babi/lemak babi yang yang sering digunakan dalam produk makanan. ingat! tak semua kod emulsifier yang ada E tu mengandungi lemak babi. hanya yang tersenarai di atas sahaja yang menggunakan lemak babi. kalau tak ingat satu-satu senarai ni ada baiknya anda print buat nota kecil masuk dalam dompet masing-masing. tak pun bila dah beli barang tu cek balik kat blog aku ni (malas ngat aih...). tapi rugilah sebab kena buang sebab dah beli.

"itu haram, ini haram, habis tu nak makan apa?
"mana JAKIM?"

sesungguhnya kita memang senang menuding jari kepada puhak lain. aku rasa kita tak bolehlah nak hidup dalam keadaan yang terlampau selesa dan hanya tunggu untuk disuap sebelum melakukan sesuatu perkara. tahu tak berapa puluh malah ratusan ribu produk makanan dan keperluan harian yang ada kat pasaran sekarang ni. entah dari mana datang dan kilang mana yang bungkus produk tu. bagi aku kita sendiri kena peka dengan keadaan ini. JAKIM memang menjalankan tugas mereka tapi mungkin ada sesetengah perkara berada di luar bidang kuasa mereka.

sebelum aku post entry ni, aku sempat google kat internet untuk mencari artikel-artikel lain yang berkenaan. antaranya yang au perolehi adalah melalui blog berita harian online (link) yang menyenaraikan produk-produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya. risalah yang tersebut diedarkan oleh DR. Rasheed Mos, UM, persatuan pengguna malaysia, majlis agama islam malaysia dan jabatan kastam malaysia. kalau ragu-ragu baik tinggalkan sahaja.

kadang-kadang bila aku fikir-fikir balik, berapa banyak agaknya unsur-unsur haram yang dah masuk dalam badan aku ni ye? patutlah payah sangat nak buat benda-benda baik. aku harap lepas ni kita semua lebih peka dan ambil berat perkara ni. semoga kita semua mendapat keampunan Allah.

mari kita sama-sama mencari produk yang halal!

Tuesday, October 19, 2010

halwa telinga...

Assalamualaikum...

sesungguhnya setiap hati-hati itu pasti pernah merasai kegusaran, kecelaruan, kekeliruan dan sebagainya. islam sentiasa menyediakan medium terbaik untuk mengubat hati-hati yang sakit ini. aku sebagai insan biasa tak terlepas dari penyakit-penyakit hati. sebagai halwa telinga, sama-samalah kita menghayati bait-bait lirik lagu ini.

opick - tombo ati



Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi








*video dinyanyikan oleh kumpulan raihan.
*lirik copy paste kat internet.
*aku suka lagu ni.
*kepada yang dah dengar, tahniah!
*kalau nak cari sendiri.
*wallahualam...

Monday, September 27, 2010

have faith...

Assalamualaikum...

terasa agak lama jugak tak menjenguk blog aku ni. maklumlah musim-musim assignment ni, dengan mood raya yang belum ada tanda-tanda nak habis, sibuk dengan kehangatan pilihanraya kampus (hangat ke? hurm...) dan macam-macam lagi la. fokus utama sekarang lebih kepada menyiapkan apa yang tak siap lagi ---> assignment.

hari ni terpanggil pulak aku untuk berkongsi satu video yang aku tengok kat facebook baru-baru ini (kawan yang post video tu.) yang bertajuk "does Allah exist? a story of a barber and his client". video ni ambil dari youtube dan ternyata sangat memberi kesan kepada jiwa dan sanubari aku terutama sebagai seorang muslim. saksikan...


baik secara ringkasnya video kat atas ni menceritakan tentang tukang gunting rambut dengan pelanggannya. tengah syok menggunting rambut tiba-tiba tukang ni keluarkan kenyataan "aku tak percaya ada tuhan." apa lagi bermulalah kisah dan hujah sehinggakan pelanggan tadi habis memotong rambut. apakah kesudahan cerita ini? kenalah tengok sampai habis ye.

apa-apa pun kesimpulan yang dapat aku ambil daripada video ini adalah apakah kayu ukur keimanan kita terhadap kewujudan Allah? kehidupan sehari-hari kita penuh dengan maksiat walaupun kita sedar akan kewujudan yang maha esa. Allah... bila fikir-fikir balik kita ni banyak membelakangi tuhan bila nak melakukan sesuatu. akhir kata aku harap kita semua mengambil iktibar daripada video yang ringkas tapi bermakna ini. sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang.

wassalam... (^-^)/

Monday, August 16, 2010

tawaran hebat!!

KARNIVAL IBADAH


Hadiah bonus lebih hebat 10 malam terakhir Ramadhan.

Tarikh : 01 – 30 Ramadhan 1431 H

11 Ogos – 09 September 2010

Masa : 24 jam

Tempat : Dataran Allah (Bumi Allah)


Aktiviti Menarik

· Solat Fardhu

· Puasa wajib

· Bersahur

· Berbuka puasa

· Zikrullah

· Qiamullail

· Zakat Fitrah

· Menuntut ilmu

· Sedekah Jariah

· Iktikaf di Masjid

· Tadarus Al-Qur'an

· Dan banyak lagi!!!


Hadiah dan Bonus Hebat

· Keredhaan Allah

· Keampunan Allah

· Balasan Syurga

· Tingkatkan Taqwa

· Potongan 100%

· Jimat Belanja

· Sihat Tubuh Badan

· Rezeki Mencurah

· Do'a Dimakbulkan

· Malam Lailatul Qadar

· Dan Banyak Lagi!!!


Syarat Tawaran

· Muslim

· Baligh dan Berakal

· Ikhlas

· Ikut peraturan

· Percuma


Rebutlah tawaran paling lumayan dari ALLAH S.W.T ini selagi stok umur masih ada! Jangan ketinggalan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Al-Qur'an, Hadith, dan Ulama' berhampiran anda


(artikel di copy paste dari facebook. share untuk kebaikan bersama...;). credits to the person who tagged my name.)

Thursday, August 12, 2010

anda memang bernasib baik...

Assalamualaikum...

bila masuk bulan ramadhan mesti teringat bazaar ramadhan, jual kuih-muih juadah berbuka, shopping mall yang sarat dengan pengunjung yang membeli-belah, hari-hari yang rasa panjang dan panas dan tidak kurang dendangan lagu-lagu raya yang rancak disetiap pelusuk kedai-kedai yang ingin melariskan jualan mereka walaupun baru beberapa hari berpuasa. indahnya berpuasa di malaysia.

tapi anda dah lupa ke? tak ingat ke saudara-saudara kita di gaza? adakah sama suasana ramadhan mereka dengan kita? dengan tekanan yang begitu kuat dari israel laknatullah, dengan embargonya, ditambah pula dengan masalah ketiadaan bekalan elektrik akibat kehabisan bahan api di tengah kepanasan kota gaza. Allah... sebak bila mengetahui penderitaan saudara-saudara kita disana.


tapi satu perkara yang aku lihat, walaupun tekanan dari pelbagai sudut melanda, mereka tetap berserah dengan kekuasaan Allah. betapa mereka inginkan ramadhan, tapi apakan daya krisis yang melanda menyebabkan kebanyakan warga palestin mengalami ketakutan berlakunya bencana kemanusiaan akibat ketiadaan bekalan elektrik yang terlalu lama.

di bulan ramadhan yang mulia ni sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di palestin. berdoalah agar hari esok lebih baik untuk mereka. bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi ketika ini. anda memang bernasib baik.

Wednesday, August 11, 2010

bilangan solat tarawikh...

Assalamualaikum...

bila masuk je bulan ramadhan antara perkara yang mula-mula terlintas dalam kepala kita adalah solat tarawikh. ingat lagi kalau kat kampung buat 20 rakaat lepas tu baca laju-laju. huhu... kat ipoh pulak kebanyakan surau atau masjid hanya akan buat 8 rakaat. macam-macam versi. tapi mana satu yang betul?


aku sempat melihat blog-blog ustaz kat internet dan melihat sendiri pandanga mereka. oleh sebab aku pun tak pandai sangat nak ulas benda ada baiknya kalau korang pergi kat link ini. kat sini ustaz asri ada menjawab persoalan yang sering terlintas dalam diri umat islam kat malaysia ni terutama mengenai jumlah rakaat solat tarawikh yang sebenar.

tak kiralah 20 atau 8 rakaat yang penting kita buang perasaan malas, jemu, jelik, bosan dan sebagainya ketika sedang bertarawikh. sebab ada diantara kita walau pun baru rakaat ketiga sudah timbul perasaan ini. lemah sangat ke iman kita? seperti kata seorang ustaz semalam, perkara-perkara ni yang selalunya menjadi penghalang kita untuk mencapai makam taqwa.

sekadar berkongsi bacaan dengan kawan-kawan. mantapkan ilmu kita tentang ramadhan. bersama-sama mencari keredhaan Ilahi... insyaAllah...

Tuesday, August 10, 2010

ahlan ya ramadhan...

Assalamualaikum...

datang mu dinanti, pergi mu ditangisi... Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan bulan yang amat dinantikan yang padanya dipenuhi seribu barakah dan keberkatan. sama-samalah kita memanfaatkan bulan ramadhan ni dengan amalan-amalan sunat dan bertadarus al-quran. insyaAllah madrasah ramadhan tahun ini membawa seribu satu keinsafan dalam diri kita semua... insyaAllah...

setiap kali datang ramadhan aku selalu teringat lagu ni. sebak je rasanya... sama-sama hayati kawan-kawan.


selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak!