Showing posts with label Kamunting. Show all posts
Showing posts with label Kamunting. Show all posts

Restoran Hadramawt Tower - Kamunting

Yang ini tak ada dalam perancangan. Dalam dok biasa jalan ke Tesco Taiping boleh tersesat. Dalam jam 2 tengahari, dah la sesat ditambah dengan lapar maka terlintas dihadapan restoran ini. Terpampang signboard yang besar, maka dibuat pusingan U kesini. Haaa sampai ke Restoran Hadramawt Tower. Kali ini bersantap dengan masakan arab pula.
Restoran Hadramawt Tower - Kamunting

Parking di hadapan kedai masih lapang. Kami masuk sahaja kedalam. Ada lebih kurang dua meja yang menjamu selera disini. Tapi dengan saiz restoran yang luas mungkin ada masa-masa tertentu pengunjung ramai. Kami pilih sahaja meja mana yang suka.

Masa sampai, ada satu dua famili yang menyantap disini. Bersih dan kemas. Surau pun ada.

Pelayan pun datang dengan menu, memang muka arab. Apa lagi pilih menu yang diberi. Ada a la cart dan juga set. Lihat menu, seperti lain-lain resoran arab. Masakan-masakan yang sama sahaja. Cuma sedap dengan tidak, saiz hidangan dan harga sahaja yang membezakannya.


Set untuk beberapa orang dan juga a la cart disediakan.
Berbagai menu nasi Arab ada.




Mula-mula nak oder set tetapi oleh kerana nak mencuba maka kami pilih a la cart sahaja. Kami ambil Nasi Kambing Maqlubah dan Nasi Kambing Madghout, setengah kilo setiap satu dan air sejug.
Nasi Maqlubah kambing 1/2 kilo.

Nasi Madghout kambing 1/2 kilo.

Nasi datang dengan kuah / sup dan juga sambal tomato sahaja. Tak diletakkan apa-apa salad seperti timun, cabai hijau atau bawang, cuma ada hirisan terung panggang sahaja. Maka kami tambah salatah.
Salatah atau salad Arab.

Bagi citarasa aku, masakan arab disini biasa-biasa sahaja. Kambing di masak lembut dan nasi pun terasa rempah-rempahnya. Layanan memang terbaik ditambah dengan suasana restoran yang luas amat selesa dan bersih. Surau juga disediakan. Harga pula boleh kata sama sahaja dengan nasi arab di restoran lain.
Bersebelahan kaunter ada barangan dari Timur Tengah di jual.

Kepada yang datang ke Kamunting atau Taiping hendak merasai nasi Arab bolehlah datang kesini. Dibawah aku letakkan sedikit info:

Alamat:
Restoran Hadramawt Tower
No 24, Taman Happy,
Jalan Kamunting,
Kamunting, Perak

No Telefon:
011-1119 0565

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 12 .00 malam.

GPS dan lokasi dari Google Map:
4°52'14.7"N 100°43'42.1"E
4.870760, 100.728358





Warung Kari Ikan Sembilang & Udang Galah Menggelupoq - Kamunting

Tuuuu dia panjangnya nama warung aku nak kena buat short form, Warung Kari Ikan Sembilang & Udang Galah Menggelupoq. Warung ini dekat sahaja dengan Tol Taiping Utara. Selepas  keluar tol jumpa lampu isyarat belok kiri dalam  setengah kilometer akan jumpa warung ini disebelah kiri, betul-betul tepi jalan.
Warung Kari Ikan Sembilang & Udang Galah Menggelupoq, 

Kami sampai kesini dua kali. Makan tengahari masakan ala lampung. Berbagai masakan ada seperti kari, kurma, sambal tumis, kicap dengan lauk ikan, sembilang, daging, udang, sotong, kambing dan sebagainya. Ulam-ulaman beserta sambal pun ada.


Makan dihidang macam katering rumah kenduri.

Yang menjadi masakan pembunuh / killer ialah gulai semilang dan juga sambal tumis udang galah. Yang ini mesti cuba bila sampai kesini.
Sambal anak udang galah

Kari sembilang.

Ikan sembilang aku tak berapa suka, jadi aku tak boleh komen. Tapi sambal udang galah memang terbaik, rasa sedap bukan kerana udang tu sahaja tetapi kuah sambal tu memang sedap rasa manis-manis pedas ditambah dengan rasa udang memang terbaik. Tak makan udang tak apa, tapi kuah tu yang boleh lajak 2 pinggan nasi.
Sambal udang galah. Ini killer, kuah sedap.
Satu lagi yang aku suka ialah kurma kambing. Dia punya kuah pekat melekat memenuhi citarasa aku.
Kurma kambing. Yang ni aku suka, kuah pekat melekat.
Masak lemak siput sedut.

Selain dari makanan yang menarik disini ialah suasana dalaman warong. Kerusi dan meja dibuat dari kayu seperti kayu terpakai dan ada ruang yang boleh pengunjung makan bersila atas lantai. Dibelakang warung pula ada sungai mengalir, bolehlah layan pemandangan sungai waktu makan.
Alhamdulillah, sedap.

Kalau nak bersila ada ruang disediakan, haaa boleh bersila macam kat rumah.

Sebelah tu boleh layan sungai.

Harga makanan jika pilih lauk biasa-biasa sahaja bagi aku harga berpatutan. Jika ambil udang galah, kena paham-pahamlah. Tanda harga udang galah dan ikan sembilang di letakkan.
Harga sembilang dan udang galah dibagi tahu.

Warung ini bagi aku bersih dan ditambah dengan tokey kedai yang ramah. Kepada yang nak merasai makanan ala kampung dan nak merasa sambal udang galah dan kari ikan sembilang boleh datang sini, tak mengecewakan. Dibawah maklumat warung.

Alamat:
Warung Kari Ikan Sembilang & Udang Galah Menggelupoq,
Kamunting
(Selepas Tol Taiping Utara jumpa lampu isyarat belok kiri dan jalan dalam setengah kilometer)

Waktu operasi:
Buka hari Rabu hingga Isnin dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang
Tutup hari Selasa

Telefon:
011-1303 2523

Lokasi GPS dan Google Map:

4°53'58.9"N 100°40'15.3"E
4.899697, 100.670913




Ikan Bakar Parit Gabis - Cawangan Kamunting

Nama kedai pun macam bank juga ada cawangan. Seperti biasa outing dengan M Ammar. Hari ini nak istimewa sedikit, isteri aku nak belanja sempena birthday boy, akulah tu. Makan tengahari istimewa. Selepas ke STRATAS ambil Ammar kami patah balik ke Kamunting. Sampai di The BBQ Garage, pekerja disitu baru nak buka kedai. Alamakkk tak jadilah. Malas nak carai tempat lain, kami terus sahaja ke atas lagi dan berjumpa Akan Bakar Parit Gabis (Cawangan Kamunting). Jadi kona masuk sajalah ke situ.
Ikan Bakar Parit Gabis Cawangan Kamunting

Selalu bila lintas dihadapan kedai ni, orang boleh kata ramai juga dengan asap bakar ikan berkepul keluar. Tapi masa kami sampai orang tak ramai, mungkin dah lewat sedikit. Parking mudah disini sebab disebelah kedai ada kawasan pakir yang luas.

Menu lauk disini taklah berderet-deretlah banyak. Tapi bagi aku OK, janji sedap.  Disini ada kari, pajeri, masak kicap, sambal, masak lemak, kerabu, ulam dan yang menarik ada berbagai juadah bakar seperti ikan talapia, keli, cencaru, merah dan sebagainya. Nampak macam biasa-biasa sahaja. Ini yang kami ambil.
Ikan talapia bakar bersama air asam mabeles.

Keli bakar

Ayam bakar.
Nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi lepas makan disini, perghhh... memang sedap. Masakan ala kampung disini memang terasa masakan kampung (apa aku cakap nie??? suka hatilah). Ikan bakar dia memang terasa perapan rempah-rempahnya dan yang paling sedap ialah air asamnya. Air asam lain dari yang lain, kalau setakat lihat memang macam tak berapa menyelerakan dengan warna yang kelam dan serabut. Tapi setelah dicicah dengan ikan bakar, terasa nak minta bungkus bawak balik.

Terima kasih iateri aku belanja, alhamdulillah sedap, Tolong abaikan perut yang termasuk dalam gambar.

Warung ini dibuka untuk makan tengahari, jadi kepada yang hendak datang sini, dibawak aku bagi sedikit maklumat:

Ikan Bakar Parit Gabis Cawangan Kamunting
Jalan Kamunting Lama.
(Keluar Tol Taiping (Utara), jumpa simpang empat terus sahaja ke arah Kamunting/Taiping. Dalam 1.5KM, kedai berada di sebelah kiri)

Waktu operasi:
Setipa hari : 12.30 tengahari-5.00 petang

Telefon:
014 - 2506659

Lokasi GPS dan Google Map:

4°53'59.4"N 100°40'53.9"E
4.899827, 100.681634