Showing posts with label Menu. Show all posts
Showing posts with label Menu. Show all posts

Friday, January 14, 2011

YONG TAU FOO

Hati Mamma at Friday, January 14, 2011 8 Tukang Tambah
Semalam orang tak sakit mata mengidam nak makan Yong Tau Foo
Punya mengidam macam la orang sakit mata tak sakit mata
Pikirkan sorga di wajahmu bawah tapak kaki orang tak sakit mata kan ;p
Pastu orang sakit mata buat la ni

Ini
baru 1st time orang sakit mata buat
Nasi
b baik Jadi

Orang tak sakit mata yang 2 orang tu makan tak hengat
Sam
bil2 tu orang sakit mata dapat pujian2 dari orang tak sakit mata kekeke

Yang tak boleh blahnya
Orang sakit mata pun ti
bai ni
Tak pantang dah, siap tam
bah mee hoon lagi dalam ini Yong Tau Foo ;p

Pagi tadi orang tak sakit mata sarapan ni
Le
bih yang semalam punya kekekeke
Orang sakit mata dapat lagi pojian keh keh keh

* Harap korang tak
biol baca entry orang sakit mata hari ni. Arios!

Saturday, November 27, 2010

HARI TERAKHIR DI WONDERKIDS

Hati Mamma at Saturday, November 27, 2010 3 Tukang Tambah
Patutnya entry ni nak post malam tadi
Tapi Mamma dah lalok telan ubat selsema
Tetiba selsema datang dengan lelehan cecair yang sangat maha
Makanya pukul 9.30 mlm sudah melayari bahtera
Jadi entry semalam disambung hari ini

Hari terakhir di Wonderkids
Mamma yang jemput sendiri Kimi dari sekolah
Tapi tak terus balik
Lepak dulu tunggu Kimi puas main dengan kawan2 ;p


Ini sarapan kitorang pagi semalam
Juga bekalan hari terakhir Kimi pergi sekolah
Sebenarnya menu ni banyak je sayurnya
Tapi untuk Kimi dah kena asing siap2
Kalau tak Mamma kena marah nanti
*Motip takut anak sendiri???


Dah nama hari terakhir sekolah
Mamma baru teringat pasal keychain benten ni
Lama dah belinya
Terus teringat kasi je Kimi bawak pergi sekolah
Sodakah kat kawan2 dia ;p
Ada dalam 20 biji *betul ke biji?? ke ketul??
Sekali sampai Wonderkids
Teacher ntah apa nama sambut Kimi
Mamma tak pernah borak dengan Teacher ni
Sekali Mamma nak pesan kat Teacher ni

Ini ada barang ...
*tak habis cakap lagi tetiba Teacher ni potong gua punya cakap

ooOOOOooo kasi kat Teacher ke?

Glurrpppp... a'a eh a'a
Kasi la kat Teacher dia pastu yang lebih kasi kat kawan2 Kimi
*huh lantakla Teacher dapat keychai benten ;p
Yang betul benonya, hadia untuk Teacher takde pun


oooOOoo ok



Suasana balik dari Wonderkids
Sebuk semua parent bersalaman dengan semua guru2

Mamma ada tanya
Untuk budak empat tahun tak ada penyampaian apa2 ke??
Teacher Marry kata budak empat tahun tak ada apa2
Yang ada cuma budak lima dan enam tahun sahaja

Woot wooottt
Weh korang
Ni lah Teacher Marry kesayangan Kimi ")
Dia sangat baik tau
Suka borak dengan Mamma
Masih single dan available dan berumur 32 tahun ")
kekeke


Ini antara kertas kerja Hakimi
Yang lain banyak lagi sebenarnya
Tapi yang ini semalam baru dapat


Ini timbunan buku2 Kimi sepanjang setahun Kimi kat Wonderkids

Gambar kaki mesti nak masuk jugak dalam pic
*motip??

Kalau disusun setinggi ini
Pheww banyak jugak
Tak sedar ko belajar sampai banyak ni bukunya nak ")


Lepas Mamma salam, comolot dengan semua Teacher
Mamma pun blah

Jumpa next year kat Wonderkids Yeahh!!
Untuk next year, Kimi akan tetap berada dalam kelas Teacher Marry "))

Wednesday, November 24, 2010

NASI TOMATO

Hati Mamma at Wednesday, November 24, 2010 7 Tukang Tambah
Semalam pose ganti
Tinggal lagi 7 hari nak kene setel ~phewwww
Pastu teringin nak makan ni

Apalagi, balik kerja terus menggigih kat dapor
Perlu siapkan semua ni sebelom nak berbuka
Dah la berbuka 6.59 ptg
Ada masa 1 1/2 jam nak kene setelkan

Takpe, sebab tekak nak makan
Teruskan usaha sampai siap!

Nasi tomato, Acar Timun, Gulai Daging dengan Salad
Erkkkk alhamdulillah

*Pagi tadi sarapan Nasi Tomato
Sebab semalam buat petang kan, pagi tadi masih panas dalam rice cooker
Erkkkk kenyang lagi sekali ")

Sunday, November 21, 2010

ISTIMEWA EIDUL ADHA - PUN BASI JUGAK DAH!!!

Hati Mamma at Sunday, November 21, 2010 4 Tukang Tambah
Yer laaa!!! citer basi !!!!
Ai tau sangat tapi nak taruk jugak
Apa apa apa ?????
Tak puas hati???????
Meh sini nak tutup mata korang hahahaha

Ni juadah Eidul Adha hari tu
Nasi Dagang Terengganu
Ai buat 2k beras
Mak banyak nak menghabiskan
Tapi tetap jugak la habiskan
Tapi bukan la Mamma cekik sorang2 2kg tu!
Hagak2 la weiiii!!!! ;p

Atas : Nasi Dagang
Bawah Kiri : Acar Timun
Bawah Kanan : Menyelerakan!!!!
*Lupa nak snap kuah nasi dagang dalam peyuk!!! huwa huwa huwa

Juadah untuk Papa
Nasi Himpit sama Sambal Daging

Sangat simple
Kali ni En. Papa tak banyak ragam nak makan itu ini
Mamma nak buatkan serunding daging
En. Papa kata tak payah
Sian kat aku katanya
*Abang sayang Ai yerrr???? hehehe ;p
Semalaman nak buat serunding weh!!!!!

*bila la Papa nak makan masakan timur ni. Adehh

Saturday, November 13, 2010

KAMI BERKERABU LAGI ")

Hati Mamma at Saturday, November 13, 2010 4 Tukang Tambah
Adik kecit kan kat rumah
Dia nak belajar masak nasi biru
Pastu boleh la bajet2 nak gegar Sabah lepas ni kekeke

Teringat ada belen bahan2 nasi biru masa Lady SS dtg rumah hari tu
Jadi mula la projek mega kamiorang berkerabu lagi ")
Macam kat bawah


Untuk Papa tetap tidak dilupakan ")
Sambal sotong
Baby Kailan masak sos tiram dengan ikan goreng

Selamat berhujung minggu korang ")

Friday, November 12, 2010

ENTRY KHAS - RESEPI LAKSAM

Hati Mamma at Friday, November 12, 2010 6 Tukang Tambah
Seperti yang korang mintak kan
Especially Zizi Kota Kinabalu dan Azimah Sg. Mati, Johor
Dan seperti yang aku janjikan
Khas untuk korang

Serius aku cakap
Aku buat tadek sukatan
Main bedal semacam je hehehe ;p
Apa yang aku boleh kasi adalah bahan2 nya
Tapi sumpah dia sangat senang
Dan lagi aku nak menyumpah, dia mesti jadik hahahaha
Percayalah!!!
LAKSAM

Tepung beras
Air

* korang campur tepung beras sama air
* Pastikan adunan tepung beras dengan air tu sangat cair macam korang buat susu baby dalam
botol..camtu lah ;p
* pastu kukus dalam tudung periuk yang di sapu minyak. kejap je dlm 5min masak ;p
* Kukus sampai adunan habis tau

KUAH LAKSAM

Santan kelapa
Isi ikan kembung kukus - amik isi sahaja, tumbuk (jgn byk sgt smpai kuah pekat)
Lada hitam - tumbuk (agak2 la dgn santan, lebih sket tak apa)
Bawang merah - (agak2 jugak bawang dengan santan)
Asam keping - (taruk dalam sekeping 2 je, jgn smpai masam, nak kurangkan rasa lemak je)
Garam & Ajinomoto

* Campor semua bahan di atas
* Masak sampai mendidih
* Jangan sampai pecah minyak

ULAM

Taugeh
Daun Kesom
Timun
Kacang panjang

* Semua di atas dimayang kecuali taugeh dan digaul sekali

SAMBAL BELACAN

Cili blender
Belacan

* Ini ada sambal belacan pantai timur
* Kalau yang sebelah pasar malam ni, dorang bleder cili padi je taruk belacan

LAKSAM - MUNGKIR JANJI !!!

Hati Mamma at Friday, November 12, 2010 4 Tukang Tambah
Semalam Mamma buat Laksam!
Dah lama sangat nak makan
Pergi beli pasar malam haram nak sedapnya!!

Sorri guys
Semalam kata nak up semalam kan pasal laksam
Tapi sebab bz meyopping kat luar nun
Sampai laptop pun x buka bagai
Malam pulak tido awal gara2 tidorkan Kimi
Dengan Mamma sekali jalan! huhuhu
Jadinya ni baru nak up pasal laksam

Sementara adik kecit ada sini kan
Boleh makan sekali dengan dia sambil bergosip kan
Nak makan dengan Papa mana dia nak makan
Jeling pun tak hingin tau!!

Last sekali buat sendiri
Percubaan pertama akhirnya korang boleh tengok di bawah
Sekali makan terus 2 mangkuk! huahuahua

Gila banyak dapat untuk 3/4 bungkus tepung beras

Segala macam ulam-ulaman!

Cili plus belacan
Ini yang paling asyk!!!
Saya orang melayu bang!!! auwww

Setelah di campor campor
Rupanya yang mengujakan!
hua hua hua

Lauk untuk Papa pulak
Sotong masak rempah sama kacang goreng biasa2!


**Sabor mana yang mintak resepi tu
*Nanti Mamma upkan resepinya yerk!

Tuesday, November 9, 2010

INGAT NASI KERABU TANPA LADY SS DAH ")

Hati Mamma at Tuesday, November 09, 2010 7 Tukang Tambah
Ahad lepas Mamma buat ni
Atas pesanan Cik Lady SS kita nak datang Melaka
Pastu singgah rumah Mamma kan ")

Tapi tengahari tu Cik Lady SS kata tak jadi datang pulak
Adehh Nasi Kerabu progress tahap 8 dah tu
Mana tak nya.. sapa nak makan Cik Nab oiii!!!!
Persiapan dari malam tadi kan
Macam nak buat solok lada, perap ayam rempah, kukus ikan bagai

Mamma kontek beliau, SMS beliau
Dengan penuh kehazaban sebab talipon dah sangap sangat2 dah
Patut celup longkang 18 kali pastu terus hukum buang aje!!
**hihihihi berani ke Ai nak buat camtu dalam duit kering kontang nak ganti baru kan ;p

Kalau buat call tak dengar suara
Kalau SMS pagi, tengahari baru sampai

Sekali tah macamana tah
Jadi datang pulak
Mula kata nak datang 3 orang
Sekali 7 orang pulak
Layaaaannn janji nasi kerabu Ai bukan jadi makanan
ayam sudah!

Ni gambar lepas diorang sesah habis-habisan tau
Masa dorang makan Ai lupa nak amik gambar dorang

Lepas dorang makan
Sembang kencang pulak dengan Papa yang sedia cuti untuk tamu kali ni
Bukan takot kena kidnap dengan korang2 yang besar tau ;p

Mamma pulak kat dapor sebuk membungkus
Untuk top up kat korang buat balik apartment
Motip pembungkusan adalah sebab
Cik Lady SS kita tak makan pon "(
Sebab sakit perot melampau siap muntah taik noks!
Siyan ko sayam ")
Selera hilang sudah

Lepas dorang balik
Baru Mamma makan
Nasi di atas adalah habuan Mamma sepinggan cukup2 ;p
Cukup la tu sebab Papa tak makan kan
*bila la nak berubah ni bang!
Yang selebih lagi pergi labur kat jiran tetangga la hehe

Kimi pulak tidur dari dorang sampai
Sampai la korang balik tak kejut2
Tapi lepas korang balik stat pulak dia bangun
Ingat tak bangun dah
Jenuh jalan jengket2 tau tak kasi bising
Rupanya bangun jugak haishhhhh!!

Gambar dengan Cik Lady SS pun tak ambek jugak
Sebab Cik Lady SS kita ni sebuk ngadap jambs tau
Skang ni nyesal jugak tadok gambor dengan beliau

Dah rasa-rasa nyesal tuh
Rasa nak amik je gambar pintu jambs rumah Mamma tau
Tepek kat entry ni
Kenangan gitu ;p
Pastu bayang la Cik Lady SS kat dalam
woo woooo woooooo

** psst Cik Adik Sayam! thanks datang rumah Ai yang tak seberapa tau
Bak kata bapak yu "haihh murahnya rumah ko!!!" kekeke

Wednesday, October 27, 2010

ENTRY KHAS - KEK GULA HANGUS UNTUK AZRIN

Hati Mamma at Wednesday, October 27, 2010 0 Tukang Tambah
Rin!!!! Aku saja je tau
Taruk entry ni kat scheduled entry
Supaya tetap ada bahan nak wat entry kekeke
Sorry la lambat post kan resepi ni

KEK GULA HANGUS

1 cawan planta
3 1/2 cawan gula, dibuat gula hangus
2 1/2 cawan tepung gandum - ayak
15 biji telur gred A
3 1/2 sudu teh soda bikarbonat - ayak
1 tin kecik susu pekat manis
2 cawan air

Cara-cara
- pukul telur satu persatu dengan planta smpai habis
- masukkan susu
- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda tadi sikit2
- campurkan dengan gula hangus tadi
- bakar dengan suhu 150 darjah - 170 darjah selama 60 minit

gula hangus
- taruk gula dalam periuk
- biarkan gula tadi cair semua dan hangus
- masukkan 2 cawan air
- sejukkan

Setel tau ;))
Ni kek kompom jadi yerk
Yang lain kalu nak boleh amik jugak
Dapat pahala kan ;))

Rin
, dah buat tu
Kirim la sepiring dua kekeke

Saturday, October 23, 2010

BACK TO TRADITIONAL

Hati Mamma at Saturday, October 23, 2010 3 Tukang Tambah
Kalu dah nama orang kampong
Mana nak eksyennya makan western hari2 kekeke
Hari ni balik semua ke pangkal jalan ;p
Makan cekodok bawang sama air kupi pekat panas!
Pastu cicah cicah ;))
Sungguh yummy tekak kami orang kampong ni ;)

Tuh orang kampong tu
Nak pergi kerja jap lagi
Siap peace lagi makan menu keturunan nenek moyang!
Punya la suka kan
kekekekeke
Jahat sungguh la Mamma

Friday, October 22, 2010

HARINI TEKAK WESTERN ;))

Hati Mamma at Friday, October 22, 2010 5 Tukang Tambah
Terang lagi jelas
Kami anak beranak selera western pagini

Makan Sosej Keju bakar
Baked Bean
Scramble Egg
Pastu Roti Kismis

Sekali Papa cakap

Kimi, jom kita brekpes kat hotel!!!

Terkejut Ai tauu
Abang perli ke apa ni????

Tengah melahap kami anak beranak
Papa cakap lagi
*tabaik cakap masa makan abang

Iskkk bes betul la bubur semalam ;))

Diam tak jawab
Takut nanti kalu jawab
Ada malam ni makan bubur lagi kekeke
Keji sungguh!

Thursday, October 21, 2010

ORANG DEMAM KENA MAKAN BUBUR ;))

Hati Mamma at Thursday, October 21, 2010 6 Tukang Tambah
Hari ni kan Mamma tak kerja
Cuti Melaka Maju 2010 kekdahnya ;p
Petang tadi tidur je kerjanya lepas boring layan poker
Sekali dapat SMS macam ni :

Abg tgh rehat. Tapi x
makan xde selera
Mata ok tpi bdan lemah jer. Ingt mlm *yela semlman duk layan poker kami laki bini
ayang wat bubur skit utk abg boleh? *blh abang..apa guna berbini kan?? hehehe
Buat smple jer.
Bubur & ikan bilis *xreti ni. bubur ayam boleh??
goreng.

Serius Mamma tak pernah wat bubur
Tambah lagi nak buat bubur bilis urghhh
Tang bilis tu Mamma blur sket
Nak blender hancur ke nak goreng biasa ke atau nak tumbuk
Pastu campak je dalam bubur tu nanti ke cane???
Tapi kalau buat semua2 cara kat atas tu
Macam semua tak kena aje

Makanya dengan sendiri bijak pandai
Terus tukar aje la
Buat bubur ayam aje senang sket
Logik sket rasanya campak isi ayam hiris nipis2 kat dalam bubur tu nanti
Hasilnya

Bubur Ayam Spesel Khas Untuk Papa ;))

Buatnya senang je
Campak isi ayam dengan halia hiris nipis2 je
Tunggu sampai nasi hancur kan
Masukkan garam dan aji sket

Pastu goreng ayam kunyit pastu carik2kan isi ayam tu
Pastu tabur daun sup

Yang bawah ni pulak
Minyak bawang putih
Yang selalu kalau makan bubur kat hotel
Menda ni macam wajib kan??

Nak buat pun senang
Cincang atau tumbuk bawang putih
Pastu goreng sampai kekuningan dalam minyak
Pastu boleh hidang sekali dengan minyak tadi

Makan sekali dengan bubur ayam tadi
Amik sket2 je la
Jangan tuang semangkuk bawang tu

Hidang kat En. Papa
Sekali dia suap
Muka lain terus!
Mamma kata sedap tak??

*Papa
- SEDAP!! :))

*Mamma - Mana sedap dengan bubur bilis yang selalu kakak abang masakkan masa bujang dulu???
*Soalan sangat jahat :D

*Papa - Yang ni lagi sedap
Sebab bubur bilis yang selalu abang makan tu
Bubur tawar pastu ikan bilis goreng makan dengan kicap
hehehehehe
*Stetmen tak kenang budi tauu ;p
Dengar di kakak abang, mampos dia kejor kekeke

Lega
Mamma tak makan sebab dah makan nasi dengan sup sayur petang tadi tu
Makan dengan Kimi
Kimi makan dekat sepinggan orang dewasa
Sekali Papa nak makan dia pun join makan bubur
Kimi Kimi *eleng2 kepala

Kimi tengah meroket bubur lagi!!!!

BURPPPP!!!!
2 pinggang nok orang demam ni makan!!
Selera takde katanya

Korang try la weii
Kalau tak sedap jangan marah Mamma tau
Korang memang tak reti la tu!!!!
Wahahahahahaha :D

Tuesday, October 19, 2010

TAK MASAK

Hati Mamma at Tuesday, October 19, 2010 2 Tukang Tambah
Semalam Mamma sakit perut
Angin yang sangat kuat melanda kat dalam perut
Sampai nak duduk tak kena
Nak bangun tak kena
Last sekali amik keputusan masuk toilet
Memeruk biarpun tak rasa nak ber*k!

Tu yang tergendala
Mood tak mari
Hangin satu badan je
Yang tak bestnya
Sakit perut tu sampai la hari ni
Saat Ai menaip entry ni
Naik pedih dah rasanya ;p

En. Papa pulak dilanda demam
Sudah 3 hari
Suruh pergi klinik tanak
Makan ubat belen2 hari tu je
Sekarang ni
Dua beranak tu dah selamat kat alam mimpi dah!

Semalam En. Papa kata
Esok tak payah masak la
Sebab kami laki bini tak sihat
Ikut tak sihat
Mamma sebenarnya tak sihat dari yang hari tu lagi
Alah hari yang Mamma demam lama
Pastu melarat je
Lepas demam, batuk pulak
Pastu selsema pulak
Pastu ni cirit birit pulak
Sampai turun 4kg nok!

Jauh di sudut hati yang paling belakang rasa seronok gak
Sebab berat turun
Tapi Dekat hati yang paling depan pulak
Sengsara sebab tak larat sangat2 dah

Tu yang malam tadi
Kamiorang makan beli je
Perlakuan yang sangat jarang dibuat kalau weekdays
Biasakan Mamma masak even penat camne pun
Tapi sebab En. Papa demam
Dia tak ada selera sama Mamma
Kami amik keputusan nak makan mee sup aje

Lepas di taruk dalam pinggan
Banyak jugak juadah kami
Yang dalam kuali ada senduk tu
Kuah sup baru lepas panas
Panas2 la baru ada In kan untuk orang tak sihat macam kamiorang ni ;p
Pastu Papa tambah beli roti canai 4 keping
Urghhh banyaknya!
Mamma larat sekeping aje

Kimi pulak sekarang ni
Asyik makan je kejenya
Nampak sangat badan dia dah bulat kalu bogel!
Antara sebabnya
Kat rumah Cik Misa selalu makan kalu time senggang
*Ok la kan, dari Cik Misa tu kemut makanan hehehe

Kalu ikut Mamma
Tak suka makan ngonyeh2 mende ringan2 ni
Sekali makan nasi untuk lunch je terus dah tak makan
Kalu makan pun terus je dinner ;p

Dan esok Mamma tak kerja
Secara langsung dari rumah!
he he he

Tuesday, October 12, 2010

SIAP JUGAK

Hati Mamma at Tuesday, October 12, 2010 5 Tukang Tambah
Nak masak tapi gas pulak habis
Okey terus call tokey gas melayu
Katanya kejap lagi sampai
Masa ni baru pukul 6 lepas balik kerja tadi

1o minit tunggu tak sampai jugak
Okey takpe
Mamma keluarkan udang
Sebab Mamma nak masak ni
Sambal Udang Fresh dari perahu huhuhu
Udang dia besar2 + kecit2


.
.
.
10 minit..
Tak sampai jugak
.
.
.
Okey Mamma masak nasi dulu la

.
.
.
30 minit..
Tak sampai jugak
Sampai nasi masak pun Mamma still tunggu
.
.
.
45 minit..
Okey Mamma potong bawang dulu
Siap blender
.
.
.
Tak sampai jugak
.
.
.
Mula bosam
.
.
.
Apron dah bukak ni
Angin dah naik kepala

.
.
.
Mamma call tokey gas tu

'Hah, dah anta belom gas yang saya pesan tadi?? '
'belom, jap lagi yerk'
'Dah tak payah!!'
'erk, okey'
*dari dialog atas, korang agakla mana satu Mamma

Sejam ko Mamma tunggu gas tu
Padahal bukan jauh pun kedai
Sebelah taman aje pon
Ni lah orang melayu kalau meniaga

Dekat taman depan ada je kedai runcit tapi kedai cina
Tapi niat hati nak tolong sesama bangsa!

Terus cari kunci kuda hitam
Terus je pergi kedai cina depan taman tu jugak

Standby nak naik kuda hitam

Malang sekali lagi
Gas dah habis pulak
huwa huwa huwa

Dah la Kimi tinggal sorang kat rumah
Tak boleh jadi
Balik mandikan Kimi dulu

7.30pm keluar balik cari gas
Dapat ;))

Mula operasi memasak pukul lapan Yuuu!!!!


8.45 mlm siap jugak
Dari atas kanan : asam pedas ahad lepas, sambal udang,
Sayur kacang & ikan goreng
*Suka asam pedas yang lebih 1 hari sbb kuah dia lagi terasa ;p

Ikan goreng tu ingat nak goreng 2 ekor
Tapi dah lewat selera Mamma pun dah katup
Goreng sekor je untuk Papa

Tarik tuala terus mandi

9.00 mlm terus makan
Makan dengan Kimi

Lepas makan nak tidurkan Kimi
Tapi tak lepas sebab masa amik dia tadi kat rumah Cik Misa
Dia tengah tido pulak
Maka bercinta la Mamma nak tidokan dia

Tengah2 nak suruh tido
Dia nak makan lagi dengan Papa yang baru balik kerja
Urghhhhh tensen weh

Tapi sejak dua menjak ni
Kimi sangat kuat Makan
Risau gak ni, sebab takut obey pulak

Hari ahad lepas
Masa Mamma masak Asam Pedas
Tiga kali makan nasi
Apa kes????
urghhh

p/s : Nape aku beriya2 nak masak jugak even dah lewat???
Kalu korang mesti xmasakkan sbb bersusah payah sampai macam tu,
baik makan kat kedai je ork??
~~~~~~Sebabnya aku dah masak nasi tu!!!! Sapa nak makan????
Takkan nak makan nasi goreng lagi pagi esokkk weh
Pagi tadi dah makan nasi gorenggg urghhh

Friday, October 8, 2010

TAK RASA PUN NAK MASAK TAPI

Hati Mamma at Friday, October 08, 2010 2 Tukang Tambah
Ye
Mamma tak rasa pun nak masak
Apatah lagi nak masak kari

Tapi pagi tadi En. Papa ni
Tak ada angin tak ada ribut
Tetiba lak pergi pasar tanpa diugut-ugut ;p

Masa kat PID tak pulak plan nak masak apa2 kan
Lunch tadi balik terus je buka peti capai ikan 2-3 ekor terus siang
*pagi tadi mana sempat nak siang. Pastu belen ikan yang belum siang lagi
tu petang ni la plak ;p


Buka peti teringat santan kotak yang buka hari tu
Ada lagi
Terus tumbuk bawang bagai
Laksanakan kari
Siap macam kat bawah

Itu sambal hakimi sudah dipanaskan
Kari ikan kembong
Sayur goreng kicap
Nasi Ai ready nak kena ngap!
Kesimpulan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Membuktikan Mamma bukan seorang pembazirKenapa ek???
Asal Ai masak je terus selera datang
Bukan nak kata Mamma masak sedap
Bukan bukan bukan
Betul!

Walhal tadi tak rasa nak makan pun
Selalu camtu la
Kalu jiran sebelah kasi
Belum tentu aku nak jamah
Terok rasa perangai cam ni

Kalau orang lain
Sendiri masak tak selera nak makan
Tapi Ai????
hu hu hu

Thursday, October 7, 2010

NASI LEMAK LAGIIII

Hati Mamma at Thursday, October 07, 2010 5 Tukang Tambah
Atas permintaan si bujang teruna ;p
Nak makan sambal bilis macam semalam
Makanya penuh dedikasi kat dapur

Tercipta lagilah Nasi Lemak untuk 2 hari berturut-turut
kekekeke
Mamma makan tiga pat suap je
Sambil2 suap dia

Pastu tanya dia nak bekal tak?
Ingat tanak dah
Sekali

Nak Mamma!!! ;))


Sambal pagi tadi
Mamma buat banyak sket dari semalam
Agak2 boleh tahan untuk 2 bulan
Stok tekak kimi kan??? ;p

Sambal tu memang agak sedap rasanyalah
Rasa dia agak lain sikit
Manis2 bawang
Sebab cara buat ni dapat dari Kak Bibah
Akak yang jaga Kimi 2 org sebelom Kak Misa
huhuhu

Meh nak kasi sket cara buat

Tumis bawang merah/besar semata dalam minyak
Dah garing masukkan cili
Masukkan belacan sket
Pastu goreng sampai cili masak
Kalau nak pekat tak payah masuk air
Kalau nak cair masukkan air sukati
Masukkan bilis yang siap goreng atau bilis x goreng
Masukkan perasa
Tak payah garam sebab nanti lama-lama masin bilis tu serap kat cili
*xperlu bawang putih

Tu saje ye cik-cik puan-paun sekalian ;p

Sampai opis
Ai layan Kek Gula Hangus @ Span
Yang buat hari tu ;p

Ini last dah
Tinggal banyak ni saja
Suruh En. Papa bawakkan untuk mak mentua Ai dia tanak
Ai ngap lah! hahahaha

Cun tak span dia???
Boleh basuh pinggan tau hehehehe

Wednesday, October 6, 2010

NASI LEMAK

Hati Mamma at Wednesday, October 06, 2010 2 Tukang Tambah
Sarapan pagi tadi
45 minit siap makan!
Nasi lemak sambal bilis sama petai kecut
Dibeli hari isnin minggu lepas


Hakimi makan macam biasa
Mamma dia akan dapat poji-pojian la ;))

Suruh dia bawak bekal jugak hari ni
Walaupun Teacher Marry dia pesan tak payah bawa bekal setiap hari rabu
Sebab Wonderkids kasi mee/mee hoon goreng

APA KEHLAS MEE!!!!
kekekeke


Monday, October 4, 2010

KEK GULA HANGUS @ KEK SPAN

Hati Mamma at Monday, October 04, 2010 5 Tukang Tambah
Malam semalam ada open house Taman Pasir Emas
Tempat Ai laki bini berteduh la tu
Rasa nak sponsor Kek Gula Hangus
Malam ni Ai cerita pasal open house plak yer

Tengahari terus pergi beli barang
Termasuk loyang bakar kek
Alah tengahari yang beli basikal Kimi tu jugak la

Dah balik rumah
Yang kata terus tidur kekdahnya
Yang betul nya kan... tak tidur pun pssstt psssstttt
Tak baik ko tau, aku bukan dasar lagi hehe

Operasi dimulakan



Tapi make sure gula hangus dah dibuat dahulu
Kemudian sejukkan yerk


Ni Adunan mentega sama telur yang dah siap putar
Sama gandum


Kemudian campurkan kedua adunan
Sangat banyak okeyy ;)


Ni la loyang yang ai beli
Agak besar sebab adunan banyak
Biasa Mamma buat mesti 2x bakar
Sebab tanak 2x bakar, tu yang rembat loyang ni
Sekali

.

.

.

.

.

.

Hasilnya ini la
Kena buat 2x bakar jugak
Sebab loyang yang ai beli tu besar sangat la pulak
Tak muat oven
Rugi Ai RM18.90 tau
huwaa huwaa huwaa
Lilypie Fourth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
 

OOH HATI MAMMA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting