Pages

Showing posts with label Lamborghini. Show all posts
Showing posts with label Lamborghini. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Lamborghini Aventador berada di pasaran

Lamborghini Aventador berada di pasaranLamborghini Aventador Roadster kini dipamerkan di pusat pameran Glenmarie sehingga Khamis ini.
Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia, JH Italia Sdn Bhd, memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit.
Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye berkata, JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun hadapan.
“Setakat ini kami telah menerima satu tempahan dan penghantaran dijangka pada Mei dan Jun 2013. Manakala, bagi pelanggan yang menempah selepas penghantaran pertama dilakukan, penghantaran seterusnya akan memakan masa kira-kira 18 bulan,” katanya selepas majlis pelancaran Lamborghini Aventador Roadster di Glenmarie, Shah Alam, semalam.
Menurutnya, bagi tahun ini, JH Italia  menjual kira-kira 50 unit model Lamboghini Aventador Coupe dan Gallardo.
Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.

Tuesday, August 23, 2011

Lamborghini tersangkut di padang golf




SEBUAH kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di tepi cerun sebuah kawasan berpasir di padang golf di Monterey, California pada Jumaat lalu.


MONTEREY, California - Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa satu pameran kereta dari Itali sedang berlangsung.
Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.
Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.
Ramai orang yang mengerumuni kereta itu selepas ia tersangkut.
Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan. - Agensi, kosmo

Thursday, May 12, 2011

Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini




KERETA Lamborghini Sesto Elemento.


LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).
Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.
Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.
Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.
Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.
Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi, kosmo