Pages

Showing posts with label kapak. Show all posts
Showing posts with label kapak. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Petani kapak budak tadika

BEIJING: Seorang petani yang menghadapi masalah mental, membunuh enam orang termasuk dua kanak-kanak dengan kapak ketika mereka dalam perjalanan ke tadika, semalam.
Ia merupakan kes terbaru yang melibatkan serangan ganas ke atas kanak-kanak oleh mereka yang mengalami gangguan mental di China.
Pakar menyalahkan peningkatan pesat ekonomi yang menyebabkan perubahan sosial yang mendadak.

Petani yang berusia 30 tahun itu melakukan serangan itu di Wilayah Henan, tengah China.


Seorang kanak-kanak dan tiga dewasa mati serta merta di tempat kejadian manakala seorang lagi kanak-kanan dan seorang dewasa, mati di hospital.

Dua orang kanak-kanak perempuan itu berusia antara satu dan empat tahun.

Menurut penduduk tempatan, suspek, Wang Hongbin mempunyai sejarah gangguan mental dan pernah ditahan polis. - AFP 

Wednesday, September 7, 2011

‘Kapak terbang’ melayang

AMPANG: Sekumpulan empat remaja lelaki bertindak samseng dengan menumbuk dan membaling kapak ke arah bapa seorang daripada rakan mereka selepas berang tidak dibenarkan berjumpa rakannya itu, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, tindakan pantas lelaki berusia 45 tahun itu mengelak berjaya menyelamatkan dirinya daripada terkena kapak ‘terbang’ berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang sedang tidur di dalam rumahnya di Pandan Jaya, di sini, terkejut sebaik mendengar bunyi bising dari luar rumah.

“Kumpulan remaja berusia 17 tahun itu yang juga rakan sebaya anak lelakinya datang ke rumah dan memaksa anaknya keluar melepak. Namun, anak mangsa enggan keluar.

“Mangsa kemudian menasihati mereka supaya pulang dan tidak memaksa anak lelakinya itu terbabit dalam kumpulan berkenaan,” katanya.

Malangnya, seorang daripada kumpulan itu secara tiba-tiba naik angin lalu menumbuk muka mangsa.


“Bukan itu saja, seorang lagi daripada mereka pula membaling kapak ke arah mangsa. Bagaimanapun, mangsa yang menyedari tindakan itu sempat mengelak,” katanya.

Berikutan tindakan itu, mangsa yang berang dengan tindakan itu dikatakan mengejar kumpulan terbabit, namun tidak berhasil.
Menurutnya, isteri mangsa yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.

Difahamkan, kumpulan berkenaan dipercayai menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anak mangsa dengan mengugut mahu membunuhnya jika membuat laporan polis.

Mangsa yang bimbang akan keselamatan keluarganya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Tuesday, June 15, 2010

Tukang kapak, Munkar & Nangkir ( mesti baca )



Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang
dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi
separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada ana k- ana k semua
adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. 


Lantas menjawab ana k, m ana mungkin 
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya
diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu. 


Akhirnya sam pai jugalah hari di m ana jutawan tersebut kembali ke
rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di
dalam t ana h yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. 


Pada waktu yang sam a seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah
mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah
dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. 


Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau
dan hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun mak ana n disediakan. 


Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut
untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya. 


Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun
mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak
tu pun ikut sekali turun ke dalam t ana h ber sam a kapaknya. 


Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan t ana h perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. 


Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya baha wa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir.. 


Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata. 


Apa yang kau buat di sini? 


Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya. 


Apa harta yang kau ada sekarang? 


Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. 


Dari m ana kau dapat kapak ni? 


Aku membelinya. 


Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur
tersebut. 


Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni? 


Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual. 


Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni?
Kat hutan m ana ada orang punya pokok. 


Adakah kau pasti? 


Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat. 


Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sam a untuk dijual? 




Aku potong cincai-cincai je, m ana boleh ukur sam a rata lalu hilang dan
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sam a berkisarkan kapak tersebut. 


Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi
bertemu dengan Tukang Kapak tersebut. 


Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku ber sam amu buat
seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri
ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur
tersebut. 


Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sam bil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi. 


Se sam pai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di m ana kah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut. 


Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta
aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaim ana dapat aku menjawabnya.