Pages

Showing posts with label lintah. Show all posts
Showing posts with label lintah. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Budak terkejut lintah masuk dubur



MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.
"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sunday, May 13, 2012

Lintah masuk dalam dubur

KOTA BHARU - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.
Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.
"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II.
"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.
Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:
'via Blog this'

Wednesday, June 8, 2011

Lintah raksasa serang kampung Jawa Tengah




SEORANG pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo menunjukkan seekor lintah raksasa yang melekat pada tangan kirinya di Desa Timbol Sloko, Demak, Jawa Tengah semalam.


DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.
Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.
Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.
Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.
Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.
Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.
"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sunday, June 6, 2010

Terkejut temui lintah gergasi





MOHD. IZMAN mengukur panjang lintah yang dijumpai dalam parit Kampung Semandong, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR – Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.
Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.
“Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
kredit : kosmo.com.my

Friday, April 16, 2010

Kangkung(Bahaya nie...Mesti baca)]



ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji,
ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang
besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung
menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali
tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. [download]

Thursday, March 18, 2010

Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur

Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur


2010/03/11 (Berita Harian)


Siti Nazirah Abd Kadir



JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.