Pages

Showing posts with label pelarian. Show all posts
Showing posts with label pelarian. Show all posts

Friday, March 11, 2011

250,000 pelarian tinggalkan Libya

Berita Harian Online


2011/03/11

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Lebih 250,000 pelarian meninggalkan Libya menuju ke negara jiran sejak pemberontakan menentang Moamar Gaddafi tercetus, pertengahan bulan lalu.

Pejabat Hubungan Kemanusiaan pejabat PBB (OCHA) dalam satu kenyataan berkata, lebih 137,400 sudah menyeberangi memasuki Tunisia, 107,500 ke Mesir, 5,400 ke Algeria dan 2,200 ke Niger. - AFP"

Thursday, March 3, 2011

Itali bimbang dibanjiri pendatang

myMetro


ROME: Menteri Dalam Negeri Itali, Roberto Maroni semalam mengulangi amaran, sebahagian daripada kira-kira 1.5 juta orang yang cuba meninggalkan Libya mungkin menuju ke negara itu.

“Ada di kalangan mereka yang melarikan diri ke barat (Tunisia) dan ada yang ke timur (Mesir). “Tetapi selepas ini, saya menjangka mereka akan menuju ke utara, ke arah Itali,” kata menteri itu kepada Parlimen.


Lebih 100,000 orang sudahpun meninggalkan Libya bagi mengelak keganasan di negara itu yang setakat ini meragut sekurang-kurangnya 100,000 nyawa, mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Maroni, anggota Parti Liga Utara yang antipendatang, sebelum ini memberi amaran serupa ketika bermesyarat dengan Menteri Luar Kesatuan Eropah minggu lalu.


Terdapat peningkatan dalam kedatangan pendatang di Itali sejak revolusi di Tunisia bermula Januari lalu dan pemberontakan yang melanda Mesir pada Februari.


Itali sudahpun membenarkan kemasukan 6,000 pendatang dari Tunisia sejak awal tahun ini. - AFP"