Pages

Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Berat Badan Akan Turun Bila Tidur 9 Jam

Beberapa penelitian telah mengungkapkan bahwa kurang tidur bisa memicu obesitas. Karena, kurang tidur dikaitkan dengan penurunan kadar leptin (hormon yang mengontrol berat badan dan metabolisme tubuh) dan peningkatan kadar ghrelin (yang berperan dalam meningkatkan nafsu makan). Sebaliknya, jika Anda ingin langsing sebaiknya Anda tidur lebih banyak dan lebih teratur. Masalahnya, seberapa banyak tidur yang kita butuhkan agar berat badan kita menjadi turun?
Sebuah studi yang melibatkan 1.088 pasang kembar menemukan beberapa gen yang dikaitkan dengan obesitas, dan mengamati bagaimana kaitannya dengan pola tidur. Gen-gen ini memengaruhi bagaimana tubuh menggunakan energi, bagaimana lemak disimpan di dalam tubuh, perasaan kenyang setelah makan, dan seberapa cepat gula digunakan.
Dari pengamatan ini ditemukan, semakin kurang waktu tidur Anda, gen-gen ini semakin banyak memengaruhi tubuh. Pengaruh genetik pada indeks massa tubuh ternyata dua kali lebih besar pada orang yang tidur kurang dari tujuh jam, dibandingkan dengan yang tidur sembilan jam semalam.

"Hasilnya menunjukkan, kurang tidur menimbulkan lingkungan yang lebih permisif terhadap ekspresi gen yang terkait obesitas. Atau mungkin tidur yang lebih lama itu melindungi dari tekanan ekspresi gen yang terkait obesitas," papar Dr Nathaniel Watson, pemimpin studi ini.

Hasil penelitian ini menurutnya memang baru merupakan pendahuluan, namun bisa menunjukkan bahwa penurunan berat badan akan menjadi paling efektif ketika pengaruh genetik pada obesitas dikurangi dengan cara tidur lebih lama.
Untuk Anda yang selalu dihadang kesibukan, cara ini mungkin tergolong sulit dilakukan, karena tidur tujuh jam saja mungkin sudah merupakan kemewahan untuk Anda. Namun jika Anda memang berniat menurunkan berat badan dengan cara bermalas-malasan, maka hasil penelitian ini layak untuk dicoba.
sumber

Tuesday, August 16, 2011

Sebulan dibuai mimpi

LONDON: Seorang pelajar semalam menceritakan bagaimana dia terlepas menyambut hari jadinya dan peperiksaan universiti kerana tidur.
Lily Clarke, 21, menghidap sindrom Kleine-Levin yang menyebabkan dia boleh tertidur kira-kira sebulan dalam satu-satu masa.

Dia hanya jaga kira-kira sejam sehari untuk makan dan minum sebelum tidur semula.

Sepanjang tiga tahun lalu dia mendapat rawatan daripada tujuh pakar perubatyan dan menjalani pelbagai pemeriksaan.

Ibunya, Adele, 47, hanya menyedari penyakit yang dihidapi Lily selepas membaca satu kes serupa dalam akhbar Daily Mail pada Februari tahun lalu.

Menurut Adele, Lily mula berdepan dengan masalah itu selepas bermain luncur ais pada November 2007. “Dia mengadu pening. Selepas bermain, kami ke restoran dan Lily tidur tanpa menyentuh makanan. Dia enggan meninggalkan katilnya selama sebulan dan tidak berminat untuk makan atau minum. Dia akan tidur 23 jam sehari dan tidak boleh mendengar bising atau cahaya. Dia bangkit sebelum Krismas tetapi tidak boleh mengingati apa yang berlaku pada dirinya.
Kira-kira sebulan kemudian, Lily yang sepatutnya menduduki peperiksaan, mengalami episod sama. Dia terlena selama tiga minggu lagi hingga ibu bapanya terpaksa membatalkan majlis sambutan hari jadinya.

Keadaan itu berulang beberapa kali dan meskipun berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, dia ketinggalan dalam pelajarannya dan pernah tidak menduduki peperiksaan kerana tertidur. - DM, utusan

Tuesday, August 9, 2011

Dipecat kerana rakam bos tidur

DARRELL WELSH merakamkan gambar bosnya sedang tidur.

BRIDGWATER, Britain - Seorang pegawai keselamatan, Darrell Welsh dipecat kerana dia merakamkan penyelianya sedang tidur pada waktu bekerja sebelum menyiarkan klip video tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebaliknya, penyelia itu dibenarkan untuk terus bekerja selepas wanita berkenaan memberi alasan kepada pihak atasan bahawa dia bukan tidur ketika bertugas di bilik kawalan tetapi cuma 'merehatkan' matanya yang letih.
Darrell, 28, merakam klip video selama 30 saat itu dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika bertugas syif malam di sebuah gudang di sini, England, baru-baru ini.
Dia didapati bersalah kerana salah laku yang serius oleh syarikat VSG yang merupakan majikannya.
"Anda tahu dia sedang tidur dengan melihat gerak badannya," kata Darrell.
"Hukuman ini langsung tidak adil," tambahnya kepada akhbar The Sun. - Agensikosmo

Sunday, June 19, 2011

Sukar tidur jejas pasangan

Kajian dapati suami isteri payah lelap mata tunjuk kesan negatif

MINNEAPOLIS: Apabila pasangan bergaduh, tidur mereka sering terjejas dan satu kajian terbaru membuktikan bahawa andaian itu adalah benar. Tidak kurang benarnya ialah sesiapa juga yang berpasangan dan tidak mendapat tidur yang cukup akan menjejaskan hubungan.

Kajian yang dibentangkan dalam persidangan SLEEP 2011 di Minneapolis mendapati, isteri yang berdepan dengan masalah untuk tidur sering kali melaporkan interaksi negatif dengan pasangan mereka pada hari berikutnya.
Suami juga terjejas, menjadikan interaksi pasangan terbabit kurang positif pada waktu siang selepas isteri mereka resah dan bergerak ke kiri dan kanan di ranjang kerana masalah tidur.

“Saya tidak fikir ia amat mengejutkan; saya rasa kita melihatnya sendiri,” kata Lauren Hale, pakar tidur dan profesor madya perubatan kawalan di Stony Brook School of Medicine di Stony Brook, New York.

Hale membuat kajian itu bagi WebMD, tetapi tidak terbabit dalam penyelidikan berkenaan. “Kebanyakan kita menyedari mengenai sebaliknya. Jika anda betul-betul tidak cukup rehat, anda akan menjejaskan orang lain.”

Keputusan lain mendapati bahawa pasangan itu mungkin mengenali: Pada hari di mana suami melaporkan lebih banyak interaksi positif dengan isteri mereka, suami mendapat kurang tidur.
“Masa tidur yang pendek sendiri tidak semestinya bermakna bahawa anda tidak cukup tidur,” kata penyelidik kajian, Wendy Troxel, pembantu profesor psikiatri di University of Pittsburgh.

“Pasangan mempunyai interaksi lebih positif ketika waktu siang mungkin akan terbabit aktiviti lain di atas katil pada waktu malam,” katanya.

Bagi kajian itu, penyelidik mendapatkan 35 pasangan berkahwin sihat dan meminta mereka memakai alat memantau pergerakan selama 10 malam. – Agensi
Berita Harian Online | Sukar tidur jejas pasangan

Monday, June 13, 2011

Kurang Tidur Punca Pelbagai Masalah Kesihatan


tidur_sakan


  1. Sistem imun lemah: Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
  2. Kencing manis: Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
  3. Kegemukan: Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
  4. Susut berat badan: Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  5. Kanser Payudara: Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  6. Stres: Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
  7. Cepat Tua: Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka.. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, golongan akan lebih cepat kelihatan tua.
  8. Murung dan enggan bergaul: Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  9. Letih: Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih.
  10. Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Kurang tidur juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
  11. Usia menjadi singkat: Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
  12. 70% risiko mati muda: Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.
Jurnal Malaysia - Kurang Tidur Punca Pelbagai Masalah Kesihatan

Tuesday, May 17, 2011

Kurang tidur cetus naik berat badan


NEW YORK: Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan. 


Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.
“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya.

Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga.

Bagi mengenal pasti mekanisme sebenar yang mana kekurangan tidur mungkin mempunyai kesan sebegini, Benedict dan rakannya meletakkan 14 pelajar lelaki universiti melalui beberapa siri ‘keadaan’ tidur. – Reuters , bharian

Wednesday, January 26, 2011

Tidur bantu perkuat daya ingatan





2011/01/25

PARIS: Cara terbaik untuk mengingati puisi, helah kad atau algebra adalah dengan tidur seketika, menurut kajian sekumpulan saintis. 

Dalam uji kaji, penyelidik di Jerman mendapati, otak berada dalam keadaan lebih baik ketika tidur berbanding ketika sedar dari segi menyekat sesuatu ingatan daripada bercampur aduk atau menjejaskan memori terbaru.
Kajian mereka yang disiarkan Nature Neuroscience, memberi pandangan baru terhadap proses kompleks cara kita menyimpan dan mengesan maklumat yang diterima dalam waktu singkat.
Kajian menunjukkan memori segar, tersimpan sementara di satu ruang otak yang dipanggil hippocampus, bertahan lama. 

Ia juga diketahui pengaktifan semula memori selepas belajar memainkan peranan penting dalam proses menyalurkannya ke tempat simpanan kekal ‘pemacu keras’ otak atau neocortex. – AFP 

Tuesday, December 7, 2010

Dah nak tidur ke?

Dah nak tidur ke? Jap la, meh baca ni dulu.. (^_*)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.

Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)
2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang  keempat,  tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..
Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yangtidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Falaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Baca doa tidur

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

dan Doa bangun tidur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.

Thursday, December 2, 2010

Jalan sesak pemandu tertidur

KOTA BHARU: Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.

Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya.

Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.

Orang ramai yang melihat keadaan itu berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan mengetuk cermin kenderaan berkenaan berkali-kali, tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit yang enggan dikenali itu tiba-tiba menurunkan tingkap kenderaannya sambil memohon maaf kerana tertidur sebelum beredar dari situ.

Tuesday, August 3, 2010

Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja




oleh Khairunneezam Mohd. Noor

Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.


Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Kajian Sarjana

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Waktu Tengahari

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Menyihatkan

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Perspektif Islam

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Amalkan di Pejabat

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.


Lagi info tentang TIDUR di sini.
sumber
Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja | SIHAT SELALU

Monday, August 2, 2010

Mukjizat dan Nikmat tidur


http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_00.JPG

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan ….

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_01.JPG
Dalam studi baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahwa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahwa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisien dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.
Oleh karena itu para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahwa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahwa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.
http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_06.JPG
Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah sebuah mukjizat yang layak direnungkan dan dikaji lebih dalam karena ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahwa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“ dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”. Surah Al-Rum 23.

Terlebih tidur hadapi kardiovaskular



WASHINGTON 1 Ogos - Individu yang terlebih tidur atau tidur kurang tujuh jam sehari berisiko dijangkiti penyakit kardiovaskular, penyakit utama yang menyebabkan angka kematian tertinggi di Amerika.
Fakulti perubatan Universiti West Virginia dalam jurnal berjudul Sleep berkata, tidur kurang dari lima jam sehari termasuk tidur sekejap pada waktu siang akan menghadapi risiko lebih dua kali ganda mengalami penderitaan didiagnosa angina, penyakit jantung koronari, serangan jantung dan juga strok.
Manakala tidur melebihi tujuh jam sehari pula boleh menghadapi risiko menghidap penyakit kardiovaskular.
Kumpulan paling berisiko adalah mereka yang berumur di bawah 60 tahun yang tidur lima jam sehari atau kurang. Mereka merupakan golongan utama berisiko diserang penyakit kardiovaskular lebih tiga kali ganda berbanding orang yang tidur tujuh jam sehari.
Kajian menunjukkan, jangka masa tidur yang singkat boleh dikaitkan dengan serangan angina (sakit dada), manakala tidur terlalu sedikit dan terlebih tidur akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam satu kajian yang berasingan yang juga terkandung dalam jurnal Sleep menunjukkan tempoh berbaring yang lama adalah satu kebaikan kepada individu yang kurang tidur.
Ketua pengkaji daripada unit tidur dan kronobiologi Universiti Perubatan Pennsylvania, David Dinges berkata, terdapat 142 orang dewasa yang tidak cukup tidur dan terlebih tidur dalam tempoh lima hari dalam tempoh hari bekerja akan menghadapi tindak balas yang perlahan dan juga mempunyai masalah tumpuan.
"Penambahan satu atau dua jam masa tidur di waktu pagi adalah manfaat sebenar untuk pemulihan lanjutan terhadap perilaku seseorang," kata Dinges.
Para pengkaji dari WVU menunjukkan tempoh tidur yang lama boleh mempengaruhi fungsi endokrin dan metabolisme, dan kurang tidur boleh menyebabkan gangguan toleransi glukosa, mengurangkan sensitiviti insulin dan tekanan darah tinggi.
Amerika Academy of Sleep Medicine pula mengesyorkan setiap orang dewasa perlu tidur yang cukup iaitu tujuh atau lapan jam sehari. - AFP

Friday, June 25, 2010

Tidur awal dapat atasi perubahan iklim

TOKYO: Penduduk Jepun digalakkan tidur sejam lebih awal daripada biasa bagi membantu menyeimbangkan perubahan iklim.
Kerajaan Jepun melancarkan kempen menggalakkan penduduk tidur dan bangun lebih awal bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dalam isi rumah. Kempen Cabaran Pagi dianjurkan Kementerian Alam Sekitar itu dibuat berdasarkan premis yang menjimatkan kegunaan elektrik pada waktu malam dan menggantikannya dengan pancaran cahaya matahari dapat mengurangkan pembebsan karbon dioksida di negara itu.
Berdasarkan kempen, sebuah keluarga mampu mengurangkan pembebasan karbon dioksida sebanyak 85 kilogram (kg) setahun jika setiap orang tidur dan bangun sejam lebih awal. Kuantiti pembebasan karbon dioksida yang dapat dijimatkan apabila sebuah keluarga itu tidur sejam lebih awal bertepatan dengan 20 peratus pengeluaran tahunan karbon dioksida daripada kegunaan elektrik.

“Kebanyakan rakyat Jepun membazirkan elektrik pada waktu malam dengan menonton televisyen hingga lewat malam,” jurucakap kementerian melaporkan kepada The Daily Telegraph. - Agensi

Tuesday, April 27, 2010

Tidur ubat paling mujarab






"SAYA pernah hampir terlibat dalam kemalangan ketika memandu pulang ke kampung kerana mengantuk.
"Saya juga kerap bermimpi seperti lemas dan tiba-tiba terbangun," ujar Zulfikar Ali Bhatto Mohd. Sidik menceritakan masalah mengantuk yang dihadapinya.
Pada awalnya dia menyangka fenomena itu disebabkan dia kurang vitamin dan tidal bersenam. Namun, pemeriksaan doktor mendapati Zulfikar Ali menghidap sleep apnea (nafas terhenti ketika tidur) hingga kualiti tidurnya berada pada paras 30 peratus sahaja.
Dia sering terjaga secara tiba-tiba disebabkan otaknya telah memberikan signal supaya bangun. Jika tidak, keadaan itu boleh menyebabkan maut kerana nafas berhenti untuk tempoh yang lama.
Bagi mengatasi masalah itu, doktor menasihatkan Zulfikar supaya menjalani pembedahan.
Namun, memandangkan Zulfikar mempunyai masalah tonsil, doktor menyarankannya menggunakan mesin tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP) berharga antara RM5,000 hingga RM8,000 bagi membolehkannya mendapat tidur yang berkualiti.



Zul'Aida Zulkifli, 27, pula memberitahu dia baru sahaja mengalami gangguan tidur sejak bulan lalu kerana tekanan bekerja.
"Walaupun mengantuk, saya tidak boleh tidur. Pukul 5.30 pagi baru saya dapat melelapkan mata tetapi kemudian terpaksa bangun pada 7 pagi dan bersiap-siap ke tempat kerja.
"Keadaan itu menyebabkan saya sentiasa sakit kepala selama satu jam sebaik bangun daripada tidur. Pernah juga terdetik untuk mengambil pil tidur bagi mengatasi masalah ini tapi khuatir ia akan mendatangkan kesan sampingan pada badan saya kelak" katanya.
Sepanjang berjaga, Zul'Aida menghabiskan masa dengan membaca buku, melayari Internet dan menonton televisyen.
Tidur merupakan satu-satunya waktu privasi untuk merehatkan badan dan minda. Ia juga satu keperluan asas biologi manusia.
Seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang men cukupi cenderung untuk mengantuk.
Mengantuk bukan sahaja terjadi berikutan waktu tidur tidak mencukupi malah disebabkan gangguan tidur yang dialami oleh seseorang individu.
"Waktu tidur paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan rasa mengantuk.
"Jika seseorang itu masih rasa mengantuk, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali.
Lebih segar
Secara biologinya manusia mempunyai lima peringkat tidur. Peringkat satu hingga peringkat empat dipanggil tidur tanpa gerak mata cepat (NREM) dan peringkat lima dipanggil tidur gerak mata cepat (REM). Ketika REM, mata bergerak-gerak seolah-olah mengikut imej-imej dalam mimpi kita.
Manusia memerlukan tiga hingga empat tahap untuk tidur nyenyak supaya lebih segar apabila bangun daripada tidur.
SLEEP apnea pula berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur.


Tambahnya, ketika peringkat REM, otot-otot badan menjadi kendur. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu berdengkur kerana lidah jatuh ke belakang dan anak tekak bergetar.
Selain otot kendur, seseorang itu akan mengalami mimpi dan gelisah kerana ketika peringkat REM, banyak perubahan fisiologi dalam tubuh berlaku.
"Pada peringkat satu, seseorang itu akan berasa mamai dan hampir tidur. Contohnya ketika khutbah solat Jumaat dan solat Tarawih, seseorang itu akan tersengguk-sengguk manakala peringkat dua pula dikategorikan sebagai tidur yang ringan.
"Tidur mula nyenyak apabila mencapai peringkat tidur tiga dan empat. Pada masa ini, elektroencefalogram (EEG) yang digunakan untuk mengesan tahap tidur mendapati gelombang otak perlahan," ujarnya.
Beliau memberitahu, waktu tidur yang sepatutnya tidak semestinya pada waktu malam kerana ia mungkin terjadi pada siang hari, bergantung kepada tubuh badan seseorang.
Katanya, kerja mengikut syif tidak bagus kerana seseorang itu perlu bekerja seminggu pada waktu malam dan minggu berikutnya pada waktu siang.
Keadaan itu menyebabkan otak menjadi tertekan. Badan menjadi penat, lesu, murung dan sebagainya sehingga mengganggu fisiologi badan.
Keperluan tidur untuk orang dewasa adalah di antara enam hingga lapan jam. Jika jumlah tersebut kurang, seseorang itu akan mengantuk dan jika jumlah tidur melebihi 12 jam ia boleh mencetuskan sakit kepala dan otak jadi malas (tidak cerdas).
PH darah lebih berasid pada waktu malam berikutan penambahan karbon dioksida dalam badan.
Kemalangan
Adakah kemalangan yang berlaku pada dinihari di lebuh raya berpunca daripada mengantuk?
"Pemandu mengantuk adalah salah satu faktornya selain keadaan lebuh raya yang lurus agak membosankan sehingga pemandu memandu sambil lewa.
RAWATAN tradisional akupuntur boleh dicuba bagi mengatasi masalah tidur.


"Sebaiknya jika seseorang mahu memandu jauh pada waktu dinihari, sebaiknya latih diri seminggu lebih awal supaya tubuh dapat menyesuaikan keadaan," jelasnya kopi dan mengunyah gula-gula tidak membantu seseorang mengatasi rasa mengantuk.
Penawar terbaik untuk hilang mengantuk ialah tidur selain mendapat rehat yang mencukupi. Akibat tidak cukup tidur seseorang akan cepat letih, cepat marah, mengantuk dan kurang konsisten manakala pengeluaran hormon stres dan steroid semula jadi meningkat.
Seseorang yang mengantuk pada siang hari disebabkan tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam atas beberapa faktor iaitu atas pilihan sendiri, kemurungan, serangan epilepsi, mengalami gangguan tidur NREM dan REM, sleep apnea dan fatal famillia insomnia.
Raymond memberitahu serangan epilepsi pada waktu malam yang dipanggil sebagai nokturnal epilepsi kerap tidak dapat dikesan dan ia hanya meninggalkan tanda-tanda seperti lenguh otot, sakit kepala, darah pada bantal akibat tergigit lidah, terkencing dan keliru.
"Bagi gangguan tidur NREM yang biasanya dialami oleh orang muda, mereka cenderung berjalan dan bercakap ketika tidur yang mengganggu lena menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.
"Orang tua yang kerap mengalami gangguan peringkat REM, kaki mereka tidak akan berhenti bergerak seolah menendang-nendang," katanya.

MENGANTUK sering dikaitkan sebagai punca kemalangan.


Sleep apnea pula berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur. Apabila bangun, mereka tersedak dan tercekik untuk bernafas.
Keadaan tersebut kerap berlaku pada lelaki dewasa berusia 40 tahun ke atas, gemuk, berleher pendek, dagu kecil, lidah besar dan tebal manakala anak tekak bengkak dan panjang.
Fatal famillia insomnia pula adalah sejenis penyakit keturunan yang berlaku akibat bahagian hipotalamus di dalam otak rosak kerana dimasuki sejenis protein (prion), menyebabkan seseorang itu tidak tidur waktu malam dan siang.
"Mereka yang mengalami masalah ini hanya rasa mengantuk sekejap-sekejap. Penyakit ini berlanjutan selama beberapa tahun sebelum membawa maut kepada semua penghidap.
Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari ialah ubat selesema, ubat epilepsi dan sesetengah antibiotik.
"Selain itu ada juga yang mengalami penyakit senang tidur waktu siang. Penyakit ini disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan organ dan narkolepsi," katanya.
Kegagalan organ
Jelasnya, contoh kegagalan organ yang sering dialami seseorang pesakit ialah ginjal, hepar, jantung dan paru-paru. Waktu tidur mereka yang mengalaminya terbalik daripada sepatutnya.


Narkolepsi pula disebabkan genetik yang dominan dan amat jarang berlaku. Penghidap narkolepsi akan tertidur secara tiba-tiba di antara satu minit hingga lima minit.
"Peringkat tidur mereka tidak bermula dengan peringkat satu tetapi terus memasuki peringkat lima atau mencapai REM dengan cepat iaitu kurang daripada 10 minit jika dibandingkan tempoh normalnya beberapa jam.
"Sejenis ubat perangsang bentuk kimianya mirip enfatamin akan diberikan pada siang hari.
"Ubat ini amat dikawal pengeluarannya oleh doktor kerana khuatir berlaku penyalahgunaan. Penghidapnya juga dilarang memandu," jelasnya.
Selain itu, Raymond memberitahu penyakit bagi kebanyakan orang yang tidak boleh tidur ialah insomnia yang berpunca daripada tidak menjaga kesihatan tidurnya.