Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.




Selamat sejahtera semua. Roti sarang lebah ni dah lama glamer di Malaysia. Tapi saya baru nk cuba buat roti sarang lebah ni.. memang tertinggal keretapi.haha. Resepi ni saya amnil dari blog kak malina. Teratak Mutiara kasih. Memang gebu rotinya. Jom lihat resepi. 

BAHAN UNTUK DOH ROTI

2 cawan tepung gandum
½  sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak sun flower
½  cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (optional)


CARA PENYEDIAAN:


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas  baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Bakar dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.

*Mamadee guna bread maker untuk uli. So just masukkan semua bahan basah dan kering kedalam bread maker. Setelah doh siap diuli terus ke step nombor 5.

RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:

½  cawan brown sugar
½ cawan whipping cream
Sedikit garam
½ st  vanilla essence
25g butter

Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream  perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.




Anda suka bersarapan dengan roti? Jika ya, make sure anda mencuba resepi yang lazat ini. Biasanya french toast disediakan dengan mencampurkan telur dan susu. Di Perancis French toast dipanggil 'pain perdu' atau maksudnya 'lost bread'. Sejarahnya, French toast ini adalah makanan orang miskin dimana apabila roti mereka menjadi keras dan basi  , mereka terpaksa merendamkan roti tersebut didalam susu dan roti dan membakarnya sebelum dimakan untuk lebih senang dikunyah. Ada banyak versi mengenai sejarah French toast ini. 




Kali in saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Saya campurkan calciyum perisa vanilla dan telur. Walla!! memang sedap. French toast ini mempunyai rasa yang lebih lemak dan harum dengan wangian vanilla. Bagi saya, memang sangat kena dengan selera saya. Saya menggunkan roti sandwich yang sedikit tebal dari roti sandwich biasa untuk menyediakan french toast ini. 


Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
2 keping roti sandwich
1 bekas kecil calciyum perisa vanilla
1 biji telur
1 sudu besar butter
Sedikit gula


Cara-cara
1. Panaskan non-stick pan
2.Campurkan telur, calciyum dan butter dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati dengan menggunakan garfu/ whisker.
3. Celupkan roti dalam campuran tadi.
4. Bakar roti di atas non-stick pan. Taburkan gula di atas roti tadi ketika membakarnya.
5. Anda boleh menghidangnya bersama sirap maple ataupun dengan madu.
Salam sejahtera semua. Siapa di sini yang gemar makan pisang? Saya memang suka makan pisang, tak kisah lah pisang goreng ke, cekodok pisang ke, kek pisang ke, apa-apa je yg berasaskan pisang memang favourite saya. 

Ada pernah saya terbaca, pisang juga dapat menangani stress kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang akan ditukar menjadi serotonin yang berfungsi menjadikan badan relax, membaiki mood dan membuatkan kita merasa gembira. Selain dari itu, pisang juga kaya dengan vitamin B-6 yang dapat meregulasi kadar glucose dalam darah yang dapat mempengaruhi mood seseorang. Jom apa lagi, yang sedang stress tu, boleh la makan pisang banyak-banyak..haha.

Untuk meredakan stress kerja saya, data collection research yang tak siap lagi ini, untuk sarapan pagi, saya menyediakan roti bakar yang disapu nutella dan dimakan bersama pisang dan madu. Nah.. memang tak stress terus saya pagi itu. 

Bahan-bahan
Dua keping roti sandwich
Nutella
Madu 
Pisang

Cara-cara
1. Bakar roti sehingga garing
2. Sapu nutella pada roti
3. Susun pisang yang telah dipotong kecil-kecil
4. Curahkan madu di atas pisang.





Selamat pagi semua. Sarapan apa  pagi ini? Dah lama saya teringin nak makan roti titab yang terkenal di Kopitiam Kita Kota Bharu.
Hidangannya sebenarnya ringkas sahaja, roti bakar yang disapu mentega dan kaya dan disajikan bersama telur separuh masak. Gabungan yang memang terangkat. Saya makan roti titab ini bersama kopi o panas. Fuh..sangat sedap. Jom lihat cara-cara menyediakan roti titab


Bahan-bahan
Roti bata yang dipotong (jadi lebih tebal dari roti sandwich biasa)
1 biji telur separuh masak
Mentega
Kaya


Cara-cara.
1. Sapu mentega pada roti dan bakar roti sebentar.
2. Kemudian letakkan kaya di pepenjuru roti yang sudah siap dibakar tadi.
3. Pecahkan telur separuh masak di atas roti tadi. Sedia untuk dinikmati.
Assalamualaikum semua. Ini merupakan post yang dah lama tertangguh. Hari ini baru sempat nak update blog..hu2.  Tak silap saya, dua minggu lepas saya buat piza homemade ni kerana mengidam nak makan piza ala2 pizza hut. Nasib baik ada bread maker, so tak ada la letih sgt nk menguli doh roti. Saya ni pula tak la begitu pandai bab uli menguli.

Resepi roti pizza ini saya ambil dari blog che mat gebu. Mmng gebu rotinya.  Sosnya pula saya buat sendiri. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan sos
 5 sudu besar sos tomato
1 sudu teh oregano 
1/2 labu bawang besar dipotong dadu

Bahan-bahan aksesori
200g ayam kisar
Nenas kiub dalam tin
Sosej
Cendawan butang dihiris nipis
Keju parmesan+mozarella+cheddar yang diparut (saya beli je campuran keju yang dah siap2 dipaket untuk ditabur atas pizza)
1/2 labu bawang besar kuning dipotong bulat
Capsicum dipotong dadu



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
  3. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  4.  Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Cara membuat sos.
1.  Tumis bawang besar, masukkan sos  tomato dan daging ayam kisar dan oregano. 
2. Jika kurang masin, tambahkan garam.
3. Biarkan sehingga ayam masak.








Salam hari Jumaat semua. Saya rasa semua pasti pernah menikmati kesedapan roti john. Roti john sangat popular terutamnya di pasar malam. Setiap kali saya melewati gerai yang menjual roti john di pasar malam, pasti kecur air liur disebabkan aromanya yang memikat selera.

Setahun berada di Brisbane, setahun juga lah saya tidak menikmati roti john (walaupun disini ramai yang bernama John, tetapi tiada roti john dijual disini ye. :P).

Sebenarnya senang sahaja hendak menyediakan roti john ini. Sesuai juga untuk dimakan waktu sarapan pagi.Saya ambil resepi dari blog Ha Sue. Jom lihat resepinya.



Bahan-bahan ( 4-6 orang )

250gm daging cincang
 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telur
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)

Cara-cara
  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telur dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Letak inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka