Saturday, January 31, 2009
al-Fatihah utk Pak Man@Pak Ndak
Friday, January 30, 2009
We Will Not Go Down
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Welcome Acik
Thursday, January 29, 2009
MC
Tuesday, January 27, 2009
Menjamu Selera Sblm Pulang ke Asrama
Sian Alin...
Pagi tadi aku call klinik. Alhamdulillah klinik UKM buka. Terus kami bergegas ke sana. Dr kata miungkin jangkitan virus. Agaknya dr En. Abah kot... Tapi kini Alhamdulillah Alin nampak makin sihat dan ceria... cuma... esok dah minta MC dari skool... Alahai Alin...
Kenapa Begini??
Friday, January 23, 2009
Selamat Pulang ke Rumah
Thursday, January 22, 2009
Alin oh Alin
Sejak Isnin lalu, Alin asyik nangis tika dihantar ke sekolah.. Cuti seminggu mungkin menyebabkan Alin rasa lebih seronok tinggal di rumah.. Puas kupujuk..nak bawa ke taman la, bawa ke kedai la namun masih macam tu jugak...Alhamdulillah wa Syukur Lillah
Tuesday, January 20, 2009
Abah yang Ku Kenali

Abah yang ku kenali merupakan seorang amat sabar, merendah diri dan amat menjaga batas-batas agama. Jarang aku dimarahi walaupun ketika kecil, aku agak lasak. Manakan tidak, hampir setiap ptg bermain bola sepak, tuju tin, rounders dll bersama abg2, dan sepupu2 yg lain. Abah jarang meninggikan suara memarahi aku dan andak (ketika itu hanya kami berdua di rumah- yg lain melanjutkan pelajaran). Paling tidak aku lupakan abah menghantar aku ke sekolah rendah dengan mengayuh basikal tuanya. Waktu itu, aku belum diberi kepercayaan utk menunggang basikal sendiri. Kenangan paling aku tidak akan lupa sewaktu sekolah rendah ialah abah hadir ketika aku menerima piala pusingan Bahasa Inggeris terbaik dlm peperiksaan darjah 5. Kata abah, ni kali pertama abah dtg tengok anak terima hadiah. Bukannya abg2 dan kakcik tak pernah terima hadiah, tapi may be aku anak bongsu, abah pergi juga la ke SKTG. Cukup terharu waktu itu kerana kehadiran tersebut menjadi kehadiran kali pertama dan penamat anak-anak abah di sekolah rendah.
Ketika kecil, aku sering mengikut abah dan emak ke bendang. Tlg cabut anak padi. Kemudian bawa anak padi guna sampan tikar plastik ke petak sawah. Tanam balik anak padi tu. Kalau penat minum bekalan mak bawa kat batas ... yg paling seronok main selut la... Dah besar sikit abah bg mengail ikan. Abah tolong buat pancing... umpannya anak katak atau udang kertas. Kalau dpt ikan bg kat aruah Lang utk disiang dan dimasak. Sekali sekala abah bawa ke batas paip utk jenguk bendang abah kat sana. Masa ni seronok tangkap anak katak kat perigi wan nak buat umpan. Adakalanya kami ikut abah p bendang kat Gunung dgn menaiki bas. Bestnya berehat kat dangau, menikmati makanan dgn tiupan angin yg segar... nostalgianya.
Melangkah ke sekolah menengah, berdasarkan keputusan darjah 5, aku ditawarkan ke Sek. Men Sultanah Bahiyah dan pd masa yg sama mendapat tempat di Maktab Mahmud. Emmm.. mana satu nak pergi ni... Utk memastikan pilihan yg tepat, abah menunaikan solat istikharah (mana la aku pandai nak buat istikharah waktu tu..). Pilihannya MM. Aku ikut je cakap abah walaupun abah membenarkan aku membuat pilihan sendiri. Tiap-tiap pagi abah atau mak akan menemankan aku dan andak menunggu bas Kubang Pasu di tepi jalan besar utk ke sekolah. Bukan mcm sekarang tunggu depan rumah je. Bila Andak dpt lesen, kami ke sekolah menaiki motosikal berdua... Tapi tak la jd mat rempit....

Dgn keputusan SPM yg agak baik, aku ditawarkan tempat di Pra AI di Nilam Puri. Alahai sedihnya waktu tu kena berpisah ngan abah dan emak. Walaupun dah besar panjang tapi rindunya Tuhan yg tahu... Walaupun dah belajar di Nilam Puri, aku masih menduduki Syahadah di Maahad. Alang-alang dah bayar, ambil je la Syahadah. Tapi resultnya Maqbul je. Mana tak teruk... 5 bulan tak belajar. Kat NP silibusnya berlainan. Balik amik exam je. Mlm exam baru baca..tu pun banyak yg tak faham. dgn result syahadah, aku kena buat pilihan nak ke Mesir atau terus pengajian di AI. hati teringin ke Mesir nak lihat negeri org tapi nampak mak agak keberatan nak lepaskan ku ke sana. Mungkin mak risau sebab anak pompuan walaupun Andak dah ada kat sana. Abah.. macam biasa suruh aku buat keputusan sendiri. Abah yg ku kenali tak pernah memaksa anak-anak... Cuma hanya memberi pandangan beliau sahaja. Akhirnya aku nekad meneruskan pengajian di AIUM sebab bagiku ilmu dapat kita tuntut di mana-mana sahaja.
Berkat doa yang tak putus2 dr abah dan emak aku bejaya memperoleh ijazah Kelas Pertama dalam pengajian. Waktu konvo pula, aku dah berkahwin dgn En. abah. Namun aku minta abah dan emak masuk ke Dewan utk saksikan saat-saat tersebut. Bukan En. abah tak penting namun kehadiran En. Abah dalam hidup hanya bermula ketika aku akan menduduki final exam utk tahun akhir. So abah dan emakla insan paling layak utk menyaksikan saat-saat tersebut. Tahun 1999 aku menerima ijazah sarjana. Sekali lg abah dan emak masuk ke Dewan utk menyaksikan aku menerima ijazah tersebut. Abah kata dia dah tak larat nak duduk lama-lama dlm dewan tapi abah tak lupa mencatat waktu pukul berapa aku menerima skrol dr Raja Nazrin. Abah yg cukup teliti dan terperinci dalam semua hal...
Tahun 2003, aku menunaikan Haji bersama En. Abah, mak, abah dan Kak Ma. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan rukun haji kelima bersama-sama. Ketika di Mekah, abah membasuh baju sendiri walupun berkali aku minta utk membasuh bajunya. Kata abah bukan banyak pun... Ada sekali tu, abah mengajak aku naik ke bumbung (ampaian ats bumbung hotel) sebab abah tak jumpa baju yg telah diampai. Puas juga aku dan abah mencari tapi tak jumpa sebab tali ampaian bersirat2 kat atas tu. Tapi keesokan harinya abah bagitau yg dah jumpa pun baju... abah pi cari juga. Masa kat Mekah, ada org minta tolong abah beli cincin. Sanggup abah berjalan kaki utk menunaikan hajat tersebut. En. Abah masa kat Mekah pantang jumpa kambing. Abah pula kena berpantang dari makan kambing sebab darah tinggi. Tapi kalau aku tegur bila abah mkan kambing, abah jawab "tak pa sikit ja..rasa ja...". Masa di Madinah, waktu nak bersiap nak balik ke Malaysia, abah simpan semua kain baju sendiri. Kami nak tlg simpan dia tak bagi. Tengok2 beg abah siap berjalin dgn tali rapia lg..beg kami ja yg dogiang... Hehehe itulah abah...
Abah juga rajin melayan keletah cucu-cucunya yg ramai. Kami adik beradik tak berani nak main-main dgn kepiah putih abah tp cucu-cucu boleh gosok-gosok kepala wan lg. Sebab tu org selalu kata.. org tua2 ni dgn cucu apapun boleh. Emm... ada benarnya. Teringat ada sekali tu masa angah masih kecil, dia ternampak wan tanggalkan gigi palsu. Naik hairan angah mcm mana gigi boleh tercabut keluar dari mulut.. Abah apa lagi asyik keluarkan gigi palsunya nak menyakat angah jer....
Abah yg ku kenali sering memakai kepiah putih dan baju pagoda. Dari aku kecil hingga kini, abah masih seperti dahulu. Kini apa yg ku perhatikan, baju pagoda memang menjadi pilihan anak2 lelaki kecuali abg Z. Malahan berjangkit pula kepada 2 org menantu lelaki abah. Bila time raya, kalau lipat kain, masing-masing dok membelek saiz baju pagoda utk elakkan bertukar... tapi baju abah ada 'tanda' tersendiri. Benang merah hasil jahitan mak.

Abah yang ku kenali tidak betah utk menyusahkan org lain waimma anak-anak. Kalau berkunjung ke rumah anak-anak, lama sikit je, abah dah mula gelisah. Kalau ke rumah aku, abah berkurung je dlm rumah. paling tidak buka pintu belakang, tolong cabut rumput. Ataupun tolong asah pisau kat dapur yg dah tumpul... Dua tiga tahun kebelakangan ni kesihatan abah makin merosot.. namun kalau kena admitted, abah minta balik awal. Katanya tak nak menyusahkan anak-anak..... Aku masih ingat masa abah di serang stroke kali pertama pd tahun 2006, aku nak tlg pakaikan butang baju dan kain utk abah, tapi ditolak oleh abah. Semuanya abah nak cuba buat sendiri walupun hakikatnya ketika itu tgn abah dah paralysed sebelah. Itulah abah......
Kini, abah terlantar di KMC sejak Isnin yg lalu diserang stroke kali kedua. Alhamdulillah kesihatan abah makin pulih dan sudah boleh menggerakkan bahagian yg diserang angin ahmar.... namun ingatan abah sedikit terganggu... Adakalanya abah dpt mengenali orang yg dtg berkunjung dan adakalanya abah tak mengenali anak sendiri... Namun satu yg sangat aku pasti.... walaupun dalam keadaan skarang, abah masih nak melakukan segalanya atas usaha sendiri. Itulah abah yang ku kenali.... Sejak kecil sehinga kini....
Monday, January 19, 2009
Seminggu Yang Amat Panjang
Saturday, January 10, 2009
Sabtu Pertama
Hari ni merupakan sabtu pertama angah di asrama. Alhamdulillah kami melihat perubahan pada sikap angah. Lebih ceria utk menjalani kehidupan di FISOL. Aku dan En Abah bersyukur kerana angah kini lebih tabah dan lebih bersedia utk berdikari. Rasa berbaloi penat lelah kami berulang ke FISOL setiap sabtu dan ahad. Utk menjenguk anak dan juga utk meringankan perasaan rindu pada anak2. Aku mungkin garang dgn anak2 tapi aku juga merasakan sebahagian diri hilang ketika abg mula melangkah ke asrama. Setahun kemudian angah pula menyusul. Anak2 yang selama ini berada di depan mata kini hanya dpt ditatap wajah mereka seminggu sekali.

Walaupun memang memenatkan berulang alik setiap minggu, tapi kami lakukan utk anak-anak tersayang. Malah aku dan En. Abah telah bersetuju hanya membenarkan anak-anak ke sekolah asrama yg dekat dgn rumah sahaja. Walau sesibuk mana En. Abah, kami pasti melawat anak-anak. Walau seketika sahaja jika En. Abah kena outstation sebelah ptg, kami tetap akan ke sana. Walau hujan lebat dan dentuman petir di langit, kami tetap ke sana. Demi memberi semangat utk mereka. Demi rindu pada mereka berdua...
Nyamannya udara di pagi hari

Dlm pkl 7 kami bertolak ke Tasik Cempaka. Alhamdulillah cuaca baik sekali sebab masa keluar td TBR ujan. Udara pagi sungguh nyaman sekali. Maklumla masih pagi hari. Pencemaran udara masih belum ketara. Aku sebenarnya bukannya joging bebenor. Lebih kepada jalan-jalan je sebab kena babysit Alin. Tapi jalan-jalan pun jauh gak utk sampai ke favourite spot Alin. Anak-anak memang suka benar joging kat sini. May b pemandangan yang menyejuk mata dan juga bersemangat melihat penjoging (ada ka word ni?) yg lain menjadi tarikan utama.
Aku pula suka ke sini sebab lepas joging boleh pekena roti canai dan teh tarik mamak. Ni kakak the dietician mesti dah ngomel. hmmmm lepas joging makan roti canai????? Nak buat camno...suka banget...
Adik manis ..kasi roti tulur satu, teh tarik satu... kaw punya tau............
Friday, January 9, 2009
Yang Tersirat
Malam tadi melayan Citra di tv2 yg mengisahkan sepasang suami isteri yg ingin ke Mekah tetapi kos perbelanjaan belum mencukupi. Lalu si ibu meminta untuk 'berhutang' drpd anak2 tetapi harapannya tidak tertunai....endingnya si ibu meninggal di Mekah tetapi masih memaafkan perbuatan anak-anak...Kini Alhamdulillah, berkat doa dan didikan abah dan emak, aku dan adik beradik yg lain telah berjaya dalam bidang masing-masing. Dan walaupun telah mempunyai keluarga sendiri, namun mak dan abah tetap bertahta di hati. Sesungguhnya aku amat menyayangi mak dan abah....
Wednesday, January 7, 2009
Azam New Blogger????
Kiranya kini dah ramai anak cucu mak dan abah mempunyai blog sendiri. Secara tak langsung aku dapati blog menyambungkan rasa keberdekatan antara kami. Every day aku mesti lawat blog qay, rehan, ammar dan KCY utk mengetahui update stories. Terasa mereka dekat dengan diri walaupun sebenarnya ribuan batu memisahkan kami. Rindu utk melihat cucuku MZR dapat diubati dgn melihat perkembangan dirinya melalui alam siber. Hopefully wan teh dpt jumpa MZR di Cameron nanti...Insya Allah
***Eh... rupanya lang pun ada web. Masih belum bersawang ye lang....
Tuesday, January 6, 2009
Kembali ke sekolah

Angah dan abg pula telah kembali ke asrama FISOL pada Ahad yg lalu. Abg nak balik awal sebab nak book katil. Angah pula nak balik on time. Pening kepala aku dan En abah. Terpaksala En. Abah berulang 2 kali melayan kerenah anak-anak. Alhamdulillah sekolah
tak jauh sangat.... Anak-anak nak balik asrama, aku yg penat dan pening. mana taknya, semua aku yg kena settle. Abg pagi ahad sempat main badminton dgn kawan-kawan. Angah pula sibuk iron baju. Maknyer.....sibuk mencari barang dalam almari..... Abahnyer.....sibuk cari makan. hehehe. Tq En Abah...Tahun ni abg akan menduduki PMR. Risau gak dgn kerelaxan abg. Moga kunjungan kami setiap minggu akan menyuntik semangat abg.... Angah pula dah tingkatan dua. Moga tahun ni angah lebih cekal menghadapi kehidupan di sekolah asrama. Doa mak dan abah agar anak-anak berjaya dunia dan akhirat.
Rumah kini sunyi tanpa abg dan angah... 'Hujan' akan kembali menitis di kala sunyi mengingati anak-anak yg jauh di mata.....