Saturday, February 28, 2009

Rindu Pada Si Dia

Hahaha jiwang karat betul la hari ni. Biasala org tgh sakit mesti la ingat pada si dia... Kesibukan En. Abah ada kalanya memisahkan kami... Ni dah 3 hari tak berjumpa... Dah la demam, tak ada siapa nak mengadu... Hanya harapkan alin tolong picitkan kepala yang berdenyut2 ni....

hmm sedar tak sedar dah nak masuk 16 tahun aku dan En Abah berkahwin... Dah banyak peristiwa kami lalui bersama.... Kejap gaduh, kejap baik, kejap merajuk dan... Namun yg pasti bila En. Abah outstation, aku selalu teringat kat dia... dah makan ke... tidor pukul brapa... kain baju cukup ke dan macam-macam lagi berlegar di kepala... nurani seorang isteri kan... walaupun aku tahu aku bukannya perfect but aku akan terus mencuba sedaya upaya utk terus menjadi isteri terbaik utk suami ku.... En. Abah.

Friday, February 27, 2009

Gigi Pagnet

Semalam angah ada appointment ngan dentist. Pagi2 lagi kami dah keluar rumah. nguruskan Alin n baju acik. Alhamdulillah Alin mood baik.May b sebab dah janji nak ambil dia awal kot...

Bila sampai sana, dah ada 4 patient menunggu. Alamak mesti lama ni aku assume. Perut dah nyanyi keroncong. Maklumla nak makan kat rumah, pagi sangat... Tapi alhamdulillah masa menunggu tak lama. Tapi..........

Nurse yg in-charge bagitau yg angah kena tukar dktr lagi. Dktr ni dah bg surat letak jawatan.. Alamak... tukar dktr plak. Dulu dapat dktr tgh sambung master, pastu tukar dktr sekarang... ni tak tau la siapa pula.... Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih angah pakai gigi pagnet ni. Aku ingat kejap ja sebab budak2....emmm bila la nak buka ya?????????

Wednesday, February 25, 2009

Kesakitan Melanda Lagi

Sejak balik dari Kelantan, kesihatanku tak begitu baik. Kepala asyik pusing dgn tekak yang sakit... Alahai telan panadol pun tak jalan gak.... Nak ke klinik malas pulak rasanya... wahai diri cepatla sembuh....
Selain aku yang sakit, lappy ku juga dilanda kesakitan. Sejak semalam asyik detect virus je... Ni mesti dari tumbdrive yg ku isi dgn perisian dr fakulti.... Hari ni dah bertukar warna jd kaler pink balik... En Abah.. plis nak beli lappy yg cute miut macm KCM. jelous I. Asyik kata nak beli tapi bila???? Tension I tau guna lappy yg berpenyakit ni.. Berbinau mata...
Walaupun dlm kesakitan, ptg ni aku kena ke Labu ambil angah. Esok angah ada appmnt ngan dentist. Pesan angah dtg pukul 2. minta balik awal dari warden sebab........... nak tgk INTAN. Tapi angah tak tau aku plan nak p shoping kain dulu kat Nilai Square... alang2 nak antar batik kat tailor, antar sekali la baju lain. berbaloi la minyak... hehehe. Tak pa angah, mak janji b4 4 kita sampai rumah, okkkk

Tuesday, February 24, 2009

Moh Gi Kelate

Last week En. abah ada meeting kat KB. Aku apa lagi mujuk la En. abah nak ikut skali. Tapi kan En. Abah ni sukar benar buat persetujuan. Tunggu punya tunggu malam tu baru kata siap je la kain baju........ Ha! dah pukul 10 baru bagi kebenaran kami ikut... Alamatnya aku kena bangun pukul 4 pagi sebab nak melipat baju dan menyimpan.....

Perjalanan kami mulakan pada jam 7.30 pagi. Acik dan alin begitu bersemangat nak bercuti kat Kelantan. Aku pun turut bersemangat sebab nak membeli belah tudung kat sana. Terbayang di ruang mata saat-saat tersebut.... namun sedikit terkilan sebab abng dan angah tak dapat ikut....

Hari-hari di Kelantan aku penuhi dengan memberi peluang kepada anak-anak mandi di kolam renang. Alin siap beli pelampung baru sebab kolam tu agak dalam. Takut gak hati ni walaupun aku siap angkat kerusi duduk tepi kolam. Macam life guard.... En. Abah tak join kami langsung.. sibuk ngan mesyuarat... kena la pandai2 bawa diri. Nasib baik Billion kat sebelah hotel.. jemu ja.. Jom acik kita pi billion... hehehe


Khamis pagi aku bawa anak2 ke KB Mall. Pagi tu kami breakfast western.. hahaha dah dua hari makan roti canai mamak 'rude', jom kita pekena western lak. Cdg nak p pasar MPKB tapi perut aku rasa sakit plak. Ubah haluan, balik ke hotel semula.. ketiduran lagi... Sebelah petang En. Abah ajak p rumah kakak... seronok la alin yg dari first day asyik menyebut nama Zaffran.

Alahai dah besar cucu Wan Teh ya... Alhamdulillah Zaffran ni tak kesah ngan sapa-sapa. Dapat la peluk cium dia. Emmmm sedapnya bau baby... Miss pula rasanya ada baby... Another one???? sabar-sabar dah ada cucu, nanti cucu lebih tua dari bapa sedara. hahaha....

Jumaat pagi kakak bawa aku pi shoping kat KB. P kedai Kak mah yg kakak biasa p beli. Alhamdulillah dapat la pilih tudung yg amat menawan hati. Kalau ikutkan hati nak borong banyak2 tapi pesanan lang aku pegang "teh jangan shopping sampai bankrap". Dapat la beli 4 helai tudung plus tudung utk anak2 plus batik eksklusif. Terbang RM400 kat sini. tapi amat berpuas hati. Tq kakak bawa teh shoping... nanti teh pesan lagi ya....

Petang Jumaat tu kami berpindah dari hotel ke rumah kakak. Sebelah petang Zulffi dan kakak bawa kami ke pantai Irama. En. abah tak ikut sebab nak tidor. Letih sungguh dia. Malam sebelumnya pukul 1 baru habis meeting.. Ngalahkan Menteri.. Acik dan Alin enjoy sungguh kat pantai. Zaffran pula agaknya takut bunyi deburan ombak yang agak kuat petang tu. Asyik moody ja. akhirnya ketiduran di bahu kakak. sian cucu Wan Teh ya...




Balik dari Pantai Irama, cepat-cepat kami makan nasi sebab kakak nak bawa p shopping kat Wakaf Che Yeh. Uish.. shoppng tak abis lagi... macam-macam dijual kat sini tapi b4 shopping, kena beli selipar alin dulu... kalau tidak, tak senang hati dibuatnya... aku beli keropok kering ngan jersey abng kat sini.... Banyak benda yang teringin nak dibeli tapi mengingatkan budget lari pulak nanti... sabor je la..... Tak pa lepas ni pesan kat kakak.....

Esoknya pagi2 lagi kami dah bertolak balik. En. abah ajak balik ikut Kuala Terengganu sebab view sepanjang jalan sangat menarik. aku ikut ja.... Tapi letihnya Allah yang tahu. 12 jam perjalanan... Bagai nak patah pinggang ni rasanya.... kami singgah kat losong cari kopok lekor... Ha! Borong banyak2... nak dikongsi bersama jiran2 yang banyak membantu kami selama ini.. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah jam 6.30 petang....

Eh... jangan tidor lagi walaupun letih.... siap masak lagi sebab dah seminggu dapor tak berasap... Menunya sup sayur, sambal udang dan ikan goreng.... Sedap..... sambil masak, aku melayan basuhan kain pulak. Alahai 2 beg perlu dibereskan. tapi akibat keletihan aku basuh 2 mesin ja... tak pa esok masih ada.........

So sebagai rumusan, aku bersyukur dapat pergi ke Kelantan. impian selama 4 tahun tercapai juga walaupun terkilan sebab tak dapat bawa satu famili... Tak pa lain kali kita ajak en. abah p bercuti sana ya angah. Bila tu????? biarla rahsia @ tak terjawab...

To kakak n Zulffi. Macih ya melayan teh anak beranak... To Zaffran, Wan teh plus Su Alin miss u...muah..muah


Monday, February 23, 2009

Bersawang buat seminggu

Dah lama tak menulis blog ni.hmmm dah seminggu ditinggalkan.. Asyik p bercuti ja... tak pa la nanti-nanti kita udate... mood tak ada sebab kepala masih pening.... letih berjalan belum hilang lagi...

Friday, February 13, 2009

Call dr Hospital Seremban

Terkezut tadi dpt call dr Wad Emergency Hospital Seremban. Abg luka kat tepi mata yg memerlukan jahitan. Aduh lemah lutut rasanya. Tengahri tadi abg ada call tapi masa tu masih sihat. Hospital minta aku ke sana tp En. Abah outstation till Sunday. Camno ni.... as Abg still underage hsptl memerlukan tandatangn parent utk kebenaran sblm membuat jahitan.. Alhamdulillah dktr bagitau just satu jahitan aja tp still perlukan parent's consent... Luka abng agak dalam tu yg kena jahit..Alhamdulillah consent secara verbal diterima. Kalau tidak kena la juga rush ke sana.... hmmmm jalan ke sana pun ingat2 lupa..

Alahai abg... sokmo ditimpa musibah atau kecederaan... First masa kami masih tinggal di BTK. Ditolak kawan hingga jatuh dr van... Aku ingat sikit aja tapi bila balik dr ofis tgk jari abg dah bengkak. Terus aku bawa ke kecemasan Kajang. Terseliuh sikit. Tu kali pertama...

Kali kedua masa kami bawa anak2 bercuti di PD. Kali ni tercedera masa terjun dlm swimming pool. Panik En. Abah ngan aku sebab luka agak dalam dan darah tak berhenti keluar. Alhamdulillah ada first aid kit dlm kereta dan ada seorang kakak (resort's guest yg agaknya jururawat) yg tolong membalut luka abg.. Rupa2nya tile kat dasar kolam memang dah tercabut. So bila kena kaki abg yg dah kembang (sebab dah lama berendam) lukanya agak dalam. Memang la resort tu tanggung bil klinik tp still bagi kami resort tu tak bertanggungjawab sebab ada penghuni kat situ bgtau yg kerosakan tu dah lama. Tapi tidak diambil tindakan. For sure lepas tu kami dah tak menginap kat situ....

Kali ketiga last year.... terjatuh di sekolah hingga kena jahit jari gak. Alhamdulillah warden hantar ke klinik berdekatan. So kena la jahit 2 jarum. Sebab yg luka tu tgn kanan, lama jugak abg tak ke sekolah....

hmmmm tahun ni cedera lagi bang.... Tu tak dikira dgn luka2 akibat cedera masa main bola etc. Abang oh abang.... Dari kecil hingga kini, sensitif benau kulit abg ye....Esok aku mesti ke FISSOL utk lawat abg..... Duhai hati, sabarlah menunggu esok hari.....
Terkini...
Abg call bagitau dia ok ja. Bergurau dgn kawan... Main tolak2, terkena pintu... Akibatnya... abg yg kena tanggung kan... Mak kat sini risau bukan main lg. Sikit bagi anak tp besar bg seorg ibu...

Panggilnya Dahlia @ Tempawan

Ptg semalam aku call Kak Cik mis utk bertanya khabar berita abah. Aku memang call mak at least sehari sekali utk mendpt tahu kesihatan abah dan juga mak. Saja ja sebelah ptg nak dengar cerita dari KCM pulak....

KCM bagitau abah bila petang ja asyik restless ja... Kalau waktu pagi ok, tapi bila petang mula nak marah2 kat org. Nak ke bilik air pun hanya mahu ditemani oleh mak (kalau abg tak ada la)... Kami sendiri tertanya2 adakah abah ingin pulang ke rumah? Adakah abah alert dgn keadaan sekeliling? Hanya Allah yg mengetahui jawapannya....

KCM juga bagitau yg abah panggilnya dengan nama Dahlia. aku terus tergelak sebab teringat pulak novel Kak Su.. tapi nama tu bertukar ganti sebab before this abah panggil KCM Tempawan. Klasiknya nama panggilan abah ye....

Pagi tadi masa call mak, mak bagitau melalui foto2 lama yg ditunjukkan pada abah, abah mengenali KCM. Bila ditunjukkn gambarku, abah menyatakan "anak abah". Aku bila dengar terus ja laju air mata ni... Terharu....

Jika aku mempunyai sayap, ingin aku segera terbang ke kulim utk bersama mak dan abah...Nak balik asyik bertangguh ja. Ada je hal dtg tiap kali hujung minggu. Adakah aku selfish mementingkan anak2 dan suami berbanding abah dan emak? Persoalan ini makin kerap meruntun jiwa. Abah dan mak dah banyak berkorban utk membesarkanku.. namun aku sebagai anak hanya mampu berdoa utk kesejahteraan mereka... Adilkah itu???????

Thursday, February 12, 2009

Moga Andak Terus Tabah

Baru terima berita terkini dari andak di KB. Td Dktr bagitau yg pembedahan membuang tumor mak cik agak berisiko utk dilakukan. Ini kerana tumor tu telah menekan banyak saraf dlm otak. Dktr bagitau kalau buat pembedahan pun, sedikit sebanyak akan menjejaskan beberapa fungsi badan. Ya Allah....
Dktr suggest buat pembedahan yg guna lazer knife utk kecutkan tumor tersebut. So tumor tu tak dpt dibuang terus tetapi hanya dpt dikecutkan saiznya. Dan kaedah menggunakan lazer knife ni perlu dilakukan selama satu jam sehari bagi tempoh lebih kurang 25 hari. Andak dan mak cik kini menyerahkan kepada Dktr utk buat apa yg terbaik utk mak cik. Andak juga minta BCA dpt berbincang dgn dktr tersebut utk memudahkan kami sebagai lay men memahami secara lebih detail kaedah tersebut..
Walaupun nada suara Andak mcm biasa tp aku tahu andak benar2 kusut memikirkan penyakit mak cik. Andak kata.... besarnya ujian Allah utk dia. Aku terkedu mendengarnya... Tak mampu utk memujuk andak... speechless utk mengungkap kata-kata memberi semangat utk andak....
Justify Full
Cuma.............
Dari kejauhan, adik sentiasa doakan agar andak dan mak cik terus tabah menghadapi ujian ini. Please Be Strong...

Wednesday, February 11, 2009

Terasing.....

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

Tuesday, February 10, 2009

Moga Op Mak cik Berjaya

Pg tadi dpt mesej dr andak yg menyatakan mak cik dah ditolak masuk ke OT. Doa dr kami agar semuanya berjalan dgn lancar. Smlm aku call utk berckp ngan mak cik. Nada suaranya masih ceria sama seperti yg kami kenal. Masih buat lawak lagimenceritakan pengalaman admitted kat hsptal kerajaan. Mak cik kata masakan hsptal sedap ja. Haha sama la ngan aku waktu kena admted masa mengandungkan Alin. Semuanya sedap....

Namun dlm gelak ketawa kami, ada resah yg tersimpan dlm hati masing-masing... May b next op yg akan mak cik tempuh ialah pembedahan membuang tumor. bergantung kepada kekosongan OT. May b dlm masa terdekat or kena tunggu sedikit masa lg.

Dari kejauhan kami adik beradik yg lain mendoakan yg terbaik buat mak cik. Moga Mak cik cepat sembuh. Moga mak cik terus bersifat positif seperti mana yg kami saksikan selama ini..
Terkini...
Just receive msj from Andak. Alhamdulillah Mak Cik dah sedar dan dah dimasukkan ke wad biasa. Alhamdulillah.... cuma Andak kata mak cik mengadu sakit... May b ubat bius dah makin hilang kot.... Sabar ya mak cik...

Sunday, February 8, 2009

Mangsa Kelaparan...

Pagi tadi aku masak nasi lemak sebagai sarapan. Ingat sebab dah makan 'berat' so tengahari aku masak lewat sikit. masa tengah masak asam pedas, En. Abah dah mengadu lapar... Aisaymen.... lapar sokmo depa ni....
Ptg ni pula angah pula mengadu lapar... Anak bapa rupanya. Anagh aku perhatikan banyak mengikut citarasa En. Abah dlm memilih makanan. Sup ayam, asam pedas melaka style merupakan menu pilihan angah. Kalau kami balik Melaka, nenek mesti masakkan ayam sambal utk angah.... Hmmmmmm.
Sementara nak tunggu makan malam, agaknya teratak ku ini dipenuhi dgn mangsa kelaparan....
Sabar je la.

Chit chat ngan Abah

Semalam waktu aku call ke kg, abah in his good mood. Abah nak bercakap dgn aku melalui telefon. Alhamdulillah abah dah mampu bercerita walaupun agak lambat membalas pertanyaanku. Aku faham kondisi abah yg memerlukan masa utk sembuh....
Sewaktu bersembang dgn abah, aku tanya abah "mak sihat ke abah?. Saja aku lontarkan pertanyaan tersebut utk mengetahui jawapan abah. Abah jawab "cik Bedah patah kaki....." Nak tergelak pun ada pada waktu tu. Sebelum ni abah memanggil mak dgn nama sahaja. Cik Bedah biasanya ganti nama mak kalau abah bercakap dgn org lain. Alhamdulillah abah dah alert dgn sekeliling....
Daripada berita yg disampaikan oleh abang2 dan kak cik, abah nampaknya mampu mengingati peristiwa lampau berbanding memori bg kejadian masa kini... Abah masih ingat kisah pergi ke Mekah kali pertama dgn menaiki kapal air. Waktu tu aku pun masih dlm kandungan mak... Tapi tak kisah la. Bagi kami adik beradik, kesihatan abah yg paling utama....
Moga abah cepat sembuh.....

Wednesday, February 4, 2009

Jom Pekena Mee Sup Tulang

Foto: Credit to myresepi.com

Tengahari tadi asyik dok mikir apa menu utk dinner arini. Peti ais tu kosong je. Cuma ada daging ngan tulang jer. Haaa dah dpt idea. Jom kita rebus tulang n makan dengan mee. En. Abah mesti makan banyak ni. Makanan kesukaan katakan... Kalau aku masak sup, jgn lupa sediakan satu mangkuk kecil berserta sudu... Slurppppppp..

En. Abah memang suka makan sup. Tak kira la sup apa pun semua dia makan. Cuma sup daging je aku jarang buat. Bukan apa satni dia komplen.. kolestrol... Tapi kalau hirup sup tulang, tak de ingat pulak kolestrolnyer ye En. Abah...

Dulu masa mula2 kahwin, En. Abah selalu komplen sup tulang yg aku masak tak begitu menepati piawaian sup yg biasa En. Abah makan. Hhhmmm .... Kutub utara kutub selatan... Tak kan la nak sama... Masing2 ada style tersendiri....

Ada sekali tu aku mogok tak nak masak sup tulang lg... Aku kata kalau nak makan, ha ... balik melaka suruh la mak masak. Kompem semua sedap.. Tak de yang kurang... Kejam gak nooo bila pikir2 balik. Ye la kira terguris hati gak la tak pernah kena...

Lepas tu, En. Abah pujuk balik... Hehe... Dia beli tulang so nak tak nak kena masak gak.... komplen tu tetap ada... sampai la sekarang.. but aku dah boleh terima.. Ye la, walau sesedap mana isteri masak tak kan boleh ganti air tangan mak sendiri kan.... Agaknya esok-esok Abang pun bandingkan masakan aku ngan isteri dia kot... Hehe perasan kata masakan sedap...

So hari ni, aku sediakan sup tulang utk dihirup oleh En. Abah. Moga sup tulang kali ni menepati piawai suami tersayang....

Tuesday, February 3, 2009

Sekadar penghibur hati

Copy paste dr emel.... plis enjoyz......

Pada masa dahulu, selepas Melaka berjaya ditawan, pihak Portugis hendak menawan Kedah pula.Sebelum itu mereka menghantar 2 orang sebagai pengintip ke Kuala Kedah. Mereka menyamar sebagai pedagang kain dari Goa.

Setibanya di Kuala Kedah, mereka terus pergi ke pasar dan duduk di tepi seorang peniaga ubi yang kelihatan amat peramah dan ramai kenalan. 2 pengintip ini telah duduk seharian di pasar itu sambil menjual kain. Oleh kerana mereka tidak berapa fasih berbahasa melayu, mereka hanya memerhati sekeliling dan memasang telinga.

Esoknya merekapun tergesa-gesa pergi berjumpa General Portugis."Tuan, kami rasa baik kita batalkan aja niat untuk menyerang Kedah."

"Kenapa pula?" tanya General itu.

"Alangkan di Melaka 2000 orang askar kita mati ditangan Hang Tuah lima bersaudara, kalau disini tentu lebih ramai lagi askar kita yg terkorban, Tuan" kata ketua pengintip.

"Disini, panglima mereka lagi ramai, Tuan. Ada Hang Apa Habaq, Hang Nak Pi Mana, Hang Mai Sini, Hang Dah Makan, Hang Dari Mana, Hang Pakai Apa, Hang Bau Busuk, Mak Hang, Pak Hang, dan ramai lagi, Tuan."

General itu bersetuju & membatalkan niat menyerang Kedah.
hehehe....

Jari jemari

Baru ja dpt mesej dr BCM mengkhabarkan jari kelingking (kaki) mak may b kena simen sebab patah. Aku terus call mak. Mak bgtau tadi mak ke KMC dgn Long Nab. Dktr suruh mak dtg lagi ptg ni utk jumpa pakar. Namun BCA nasihat mak tak yah simen sebab nanti berat plak mak nak tanggung kaki bersimen tu. Walaupun yg patah hanya satu jari tapi nak kena simen hingga ke betis kot. Nanti susah pulak mak nak menguruskan diri dan apatah lagi nak menguruskan abah...

Dalam situasi sekarang, betapa aku merasakan amat tidak berdaya utk membantu mak dan abah dari segi sokongn fizikal.. Nak balik kg susah sikit dgn acik yg bersekolah.. nak harapkan En. Abah nak menguruskan hal anak2 kesian pulak kat dia. Dah la sibuk dgn kerja di ofis nanti bertambah plak ngan urusan sekolah acik... Penin kepala... Harap2 weekend ni blh balik menjengok mak dan abah...


Mihnah utk menguji


Ptg semalam waktu call mak nak tanya khabar abah, aku dimaklumkan bahawa Mak cik Nad akan menjalani pembedahan nak buang air dr otak beliau. Terkedu aku dengar berita tersebut. Memang sejak hjg minggu lalu mak cik agak kurang sihat. Even ahad lalu sekolah call bgtau yg dia nak jatuh kat sekolah. Inbalance kalau berdiri.

Aku call Andak utk bertanya lebih lanjut. Hasil imbasan MRI, dktr menyatakan yg tumor Mak Cik tak kecil dan tak besar. Cuma disebabkan tekanan air tu yg menyebabkan beliau sakit kebelakangan ni. Insya Allah Isnin ni beliau akan dibedah di HUSM. Aku dengar nada suara Andak tak berapa ceria. Sebagai adik yg rapat dgn Andak, aku turut merasai kebimbangan dalam diri Andak. Tentu berserabut memikirkan kesihatan mak cik dan juga abah...

Aku mengenali Mak Cik @ Nad sejak aku memasuki MM. Nad merupakan rakan sekelas aku. namun jodoh di tangan Allah. Tak sangka pulak dari rakan menjadi kakak ipar. Namun pada awal pernikahan Andak dan Nad, rasa janggal nak panggil kakak. So aku ikut apa yg anak2 buah aku panggil. Mula2 mak marah gak sebab tak nak panggil kakak. Kira mcm tak respect ngan kakak ipar..La ni aku panggil dia Mak Cik, dia panggil aku Teh... hahaha mcm anak2 buah pulak. Mak Cik yg merupakan anak tunggal dapat menerima keluarga besarku. Maklumla kalau kami berkumpul, gamat rumah dibuatnya...

Dan kini aku sebagai adik mendoakan agar mak cik selamat menjalani pembedahan tersebut. Kesihatan dan kesakitan merupakan antara ujian Allah ke atas hamba-Nya...

Nyanyian Tanjung Sepi

Ptg semalam aku terdengar Alin menyanyikan lagu ni mengikut ritma lagu Bangau oh bangau. Aku senyum je sambil menunggu Alin nak sambung perenggan berikutnya. Kreatif gak anak ibu ya...May b Alin teringatkan Tok Wan kat kg. Alin kalau balik kg ziarah wan, akan tersenyum simpul kalau wan panggil. Sayang seorang cucu kepada wannya.

Ni ha lagunya:

Tok wan oh tok wan
kenapa tok wan sakit
macam mana tok wan tak sakit
sakit..sakit..sakit