Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Thursday, 2 June 2022

Panik disebabkan oleh sebuah handphone

Hubungan kita yakni manusia dan handphone diibaratkan bagaikan isi dengan kuku.
Adakalanya sangat intim, sampaikan bangun pagi, benda pertama yang dicapai adalah handphone.
Ada orang yang bagaikan tak boleh hidup tanpa handphone.
Bagaikan ayam berak kapur kalau takda gajet tu kat tangan.
Tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.
Cubit peha kanan, peha kiri juga akan terasa kekdahnya.
Hubungan yang aneh...hehehe.

Dalam kes aku, handphone tu umpama nyawa satu lagi jugak la.
Sebab semua nombor perhubungan orang dalam tu.
Tu yang aku pentingkan.
Nombor telefon orang yang aku ingat sangat-sangat terhad. 
Hanyalah nombor husband je yang boleh register dalam otak, tak termasuk nombor sendiri...hhahaaha.. 
Orang lain, mintak maaf la.. tak mampu dek otak nak hafal.
I is lemah dengan nombor-nombor ni.

Handphone ni pernah membuatkan aku panik dan bagaikan nak hilang nyawa.
Ada satu hari tu kena outstation ke Ipoh. 
Bos nombor 2 diundang ke majlis di sana.  Makanya, bos nombor 3 pun kena turun jugak. 
Automatik, orang kanan dan kirinya pun "sibuk" sekali la..
 
Selesai majlis, semua berangkat pulang. Apa-apa hal, kita bagi bos-bos lepas dulu.
Sepanjang jalan, semua kusyuk layan mata.
Letih yakmat, walaupun event orang tapi perjalanan pergi balik tu memang makan tenaga banyak jugak.

Sampai rumah, terus melompat kegirangan.
Jumpa toilet sendiri. Jumpa bantal sendiri dan macam-macam jumpa lagi la.
Asyikkkkk...
Dalam 15 minit lepas tu, tergerak hati nak tengok handphone.
Kan kata dah tadi, kita dengan handphone bagai isi dengan kuku.

Cari-cari tak jumpa. Habis selongkar beg. Arghhh..sudah..mana pulak perginya ni.
Tiba-tiba teringat, tadi ada charge handphone dengan power bank.
Letak dalam poket seat depan.
Memang ada seorang anak buah dalam tu otw ke pejabat.
Ahhhh...lega rasanya. Tak jadi gabra.

Tiba-tiba teringat..
Mana ingat nombor dia 😭.
Nombor pilot pun semua dalam handphone yang tercicir tu.
Macamna nak contact depa dalam kereta tu.
Gabra pun sudah mari.
Mana taknya, kereta tu akan ditinggalkan kat parking pejabat, semalaman.
Lepas tu, handphone tu tengah charge.
Paling awal boleh dapat handphone tu pun, pagi esok bila masuk pejabat.
Imaginasi liar mula mendesak masuk.
Risau, power bank meletup, sebab kepanasan dalam kereta. Power bank letup, automatik kereta pun letup... 
Pastu, risau handphone tu jatuh ke tangan orang tak sepatutnya.
Banyak benda-benda penting dalam tu. Naya tu kalau jadi apa-apa.

Tarik nafas. Hembus pelan-pelan.
Nasib baik, otak bagi kerjasama yang sangat baik.
Fikir camna nak contact orang dalam kereta tu, sebelum keadaan menjadi lebih gawat.
Then, NF bagi idea, ibu try la contact kawan ibu.
Terus teringat, directory Jabatan.
Pinjam laptop dia, bukak carian.
Alaaaa... directori tu takda nambor handphone.
Intranet Jabatan tak boleh akses pulak.

Sekali teringat sesuatu. 
Dulu-dulu pernah contact salah sorang kawan ofis guna handphone NF. 
Diyakini kawan ofis tu ada nombor anak buah yang dalam kereta tu.
Pinjam handphone NF, kita browse contact sambil berdoa ada la nama dan nombor dia dalam tu. 
Huwwaaaa... rasa macam nak nangis, tengok adaaaaa.
Terus call dan alhamdulillah dia dapat provide nombor handphone yang dicari.
Terima kasih daun keladi Fidah... you'are my hero.

Mujur la, orang dalam kereta sudi nak jawab call dari unknown number.
Bagitau dia pasal handphone keciciran.
Mujur belum sampai ofis lagi. Baru lepas hantar pilot lain.
Dan, dalam 15 minit macam tu, handphone dan power bank sampai dengan selamatnya kat depan rumah.
Alhamdulillah.. sujud syukur aku 😅.

Sejak malam tu, terus bertekad nak salin semua nombor dalam handphone tu masuk buku kecik.
Siap beli dah pun buku tu.
Tapi... errr..  belum sempat salin lagi 😅.
Ada masalah teknikal sikit...hahahhaha.
Ok.. ok.. lepas ni terus salin. 
 

Tuesday, 24 April 2012

Punah harapan

Petang semalam dapat satu sms yang bisa membikin hati gembira dan bagai mau melompat rasanya...

Tapi control beb...kang anak buah kat luar ingat, "apsal bos aku ni kena sawan ke apa dalam bilik, nak kata dapat gaji, blom lagik...payslip je baru pun....."

Sms tu berbunyi lebih kurang begini,
"...... Ai dah ter'beli'kan jam swatch untuk you satu.... :-D"

Hah...mau tak melompat kamu bacanya... Ohhh....rasa terharu sangat ada orang sudi nak belikan ai jam....bagaikan mimpi di siang hari... Tapi bila dicubit terasa sakit, makan terasa kunyahannya dan rasa kenyang...maknanya memang real la....
Ahhh...tak kisah...nak juga feeling-feeling ala-ala bagai berada di awang-awangan... ^___^ suka..suka...suka...

But then, teman terfikir.....
Jam....
Swatch....
Neuron-neuron mula bertindak secara aktifnya... Melawan segala riak-riak gembira tadi.....

Segera tergambar di kepala, "berbungkus dengan kertas tisu dalam beg ubat kecil flowery dalam beg laptop....."

Cheh...potong stim betul la.... Baru nak berangan kekasih hati belikan jam tangan sebagai hadiah dan tanda cinta kaih dan sayang...... Kecewa tauu...T___T

Bukan jam baru...
Swatch aku rosak dah beberapa bulan lepas. Pemutar tepi jam tu dah jammed so tak boleh nak tukar masa dan tarikh kat jam tu. Bateri pun dah habis. Jam tu la yang telah berjaya dibaiki oleh tauke kedai.... dan jam tu la yang dirujuk dalam sms tu....huhhuh..huhhuhh....T____T

p/s: by the way..tq arr darling...hantar baiki jam ai tu...(dengan nada gembira campur sedih...)

Wednesday, 1 December 2010

Thursday, 10 June 2010

HP BARU....JANGAN MARAH...

Assalamualaikum.
Nampak gambar kat atas tu? Cantikkan....!!!!
Nokia E72. Memang nipis...lagi nipis dari cik berry hitam.
So stylo.
HP baru ni.....baru beli ye....bau kedai pun ada lagi....hmmm.....harumnya...
Tapi........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, sayang seribu kali sayang...ini bukan I punya la....
Papa Nurin Hana punya...baru beli...HP lama dah 'kong'...terkena badi my HP....terjatuh dalam bilik air..heh..heh...Tapi, yang ni lagi kritikal. Coz' bila kita tengok HP tu lepas jatuh, seolah-olah tengah tengok 'akuarium'. Penuh air kat dalam skrin. Bezanya cuma takda ikan dalam tu. Teruk tak teruknya kondisi HP tu. Hairan jugak kat mana lubangnya sampai air begitu banyak masuk dalam.
Dah selamat masuk ICU (apalagi..tanggal semua part la...), tapi masih tetap dalam keadaan kritikal. Kalau kita call HP tu, ya ampun.....suara sebelah sana sayup-sayup je dengar...lagi teruk dari orang berbisik kat telinga. Speakernya dah rosak agaknya. Saya selalu complaint suruh beli baru je la.....Dah nazak sangat pun....
Dan dalam saya tengah berkira-kira....menimbang-nimbang....untk beli HP baru, cik abe yang beli dulu rupanya.....
Takpalah...lepas ni my turn pulak...
Saya dah buat pilihan...tapi tak boleh beli sekarang...kena tunggu bulan 7 @ 8 bila HP tu masuk market.....Lamanya nak kena tunggu....Takpa, takpa..janji berbaloi...Tengok kat internet, memang cun...model lama saya dah belek-belek..menarik...Ingat nak sambar yang tu je..tapi tiba-tiba nak keluar model baru, kita tunggu tu je lah...harap-harap harga tak mahal sangat... :)

Saturday, 1 May 2010

YANG MANA SATU PILIHAN HATI......

Assalamualaikum.

Hmmm....yang mana satu ye? Dua2 nampak begitu menarik. Yang tu pun berkenan, yang ni pun suka. Takkan nak rembat dua2 pula. Sukarnya nak buat pilihan.....

Korang rasa mana best? Dah baca review for both, nampak macam balance je.
Al-kisahnya, hari tu, nokia 6288 kesayangan hamba ni, telah terjatuh kat toilet......ATAS LANTAI TOILET ye.....bukan dalam toilet bowl..harap maklum..heh...heh..Dengan segala kunci bilik opis, handphone, jam terjatuh, terkeluar dari poket. So, dengan bijaksananya semua bend a yang jatuh tadi dilalukan kat air. Termasuklah nokia itu. Selepas tu apa jadi? Habis ‘weng’ handphone tu...bila kita on, automatik boleh off sendiri...huwwaa....dahlah banyak nombor phone dalam tu...skrin siap kelabu asap, berkabus kat sebalik skrin. Buka bateri, cover belakang, Jemur bagi kering. Jemur atas hard disk, kan panas atas tu kan. Huh..huh..tu la pasal, apsal la buat tanpa fikir dulu....Sekarangkan dah masuk ICU....huh..huh......
Tapi, sekarang dah okay lah my nokia....lal..la..la..la...setelah dua hari tidak berfungsi (berada di jemuran...), nampaknya it back to normal....Wahh..bagus betullah nokia ni. Patutlah oarang kata nokia tahan lasak, jatuh banyak kali pun still bernyawa lagi....hah...hah...
So, apa jadi ngan dua pilihan hati tadi? Heh..heh...tetap dalam pertimbangan akhir.....:). Dah lama mengidam la.......kang kempunan pula...hah..hah....(alasan......)
Yang ni pun ngidam jugak. Juga dalam dilema nak pilih mana satu......Dapat duit refund income tax nanti, bolehlah sambar satu..hah..hah....

Dua competitor utama yang salin bersaiang merebut pasaran. Hari ni satu tu kluar model baru, esok yang satu lagi akan keluar model yang lebih kurang sama....
Tepuk-tepuk dada, tanya itu nafsu...hah...hah....