Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

berhabuk..

assalamualaikum..

lamanya tak menulis di blog ni.. setahun lebih.. hehehe... penyakit M ni telah berkuasa maka dengan itu memang terbiarlah blog ni tak bertulis..

alhamdulillah.. aku dah punya 2 princesses.. selamat bersalin November lepas.. girl jugak.. alhamdulillah.. yang ni nanti cerita kemudian ye..

nak blog walking jap..

tata..

Friday, 25 July 2014

maafkan salah & silap ye...

hari ni hari last bekerja sebelum menyambut syawal isnin nanti.. memandangkan hari ni hari jumaat, so our higher level kat ministry bagi pelepasan balik awal.. alhamdulillah..

tapi macam tak best sebab balik awal pun takde siapa kat rumah.. hanna dah balik seremban ikut uwannya.. hubby kerja petang hari ni.. memula kata cuti, pagi ni kata kerja pulak.. raya pertama & kedua kerja.. raya ketiga baru dapat cuti.. geram punya pasal, cakap je kat hubby.. baik kerja je takyah cuti sebab raya ketiga tu in law dah balik ke Baling, Kedah while kami (me, hanna, uwan & atuk) akan ke kelantan untuk majlis perkahwinan anak sepupu mak.. so takde siapa kat rumah.. takpe, nanti raya minta maaf balik.. huhu.. in shaa allah..

hari ni terlepas sahur.. alarm bunyi pukul 6.30 pagi.. alarm memang dah set pukul 4 pagi untuk sahur & then tidur balik.. pukul 6.30 pagi bangun balik, mandi, subuh & terus siap² pergi opis.. tapi hari ni taktau kenapa, samada alarm bunyi pukul 4 pagi aku yang "tertidur mati" atau memang tak bunyi langsung.. check balik memang dah set everyday bunyi pukul 4 pagi.. hadoiii.. takpe.. moga² perut tak meragam sampai la waktu berbuka nanti.. wajib aku berbuka sorang diri hari ni.. huwaaaa...

di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. hati² balik kampung ye.. moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. maaf zahir & batin..

Wednesday, 16 July 2014

selamat berpuasa

assalamualaikum..

haha.. gile lama aku tak menulis kat blog ni.. bukan takat bersawang lagi, dah reput dek anai² agaknya.. tak tahu la kenapa lately ni rasa malas menguasai diri.. blog memang buka hari² tapi takat tengok newsfeed jela.. then blogwalking..

hari ni dah masuk 18 hari kita berpuasa.. kejap je kan? lagi 12 hari dah boleh raya.. haha.. persiapan raya takat ni baju anak alhamdulillah dah settle.. tinggal mak pak nye ni laa belum selesai lagi.. takpe.. apa² anak didahulukan.. bila keperluan anak dah selesai, lega sikit..

eh, selamat berpuasa semua..
:)

Monday, 4 November 2013

mengidam!

mengidam nak makan KFC!

huwaaa...
dah la kat putrajaya ni tutup pulak kat Alamanda sinun.. call delivery, katanya tak hantar sebab belum buka.. adehhh.. penat je call.. sedih.. mujur dia tanya address dulu.. buatnya dah order bagai nak rak, sekali cakap tak hantar ke sini.. lagiiiiii sakit hati..

call hubby, hubby kata balik nanti dia beli.. tapi lambattttt.. habis keje pukul 11 malam nanti.. tak dan nak tunggu.. hmphhhh..

eh.. bukan mengidam sebab Hanna nak dapat adik.. belummmm.. belum rezeki lagi.. masalahnya opismate lagi 3 orang ni pun duk mengidam jugak!

hah.. ape cer?

kasi terliur.. haha..

Wednesday, 30 October 2013

insyaallah..

phewww...
what a long longggg hiatus...

sedang "mengerjakan" sesuatu.. will update later..

moga dipermudahkan..
amin

Tuesday, 24 September 2013

happy birthday my dear hanna..

happy 2nd birthday darling..!!

semoga hanna membesar menjadi anak yang solehah, bijak, sihat serta bahagia dunia & akhirat.. Insyaallah..

mama & abah love u sooooo much dear..


















kegilaan...

salam..

perut kenyang so muka ada senyum juga.. hehe.. rezeki hari ni.. pagi² sampai opis tapau bihun goreng sedap kat bawah rumah.. hehe.. RM2 + telur goreng selambak banyaknya.. habis jugak sebab makan depan PC.. sedar² dah habis.. hehe..

then turun tingkat 3 kejap jumpa opismate lama sebab nak bayar hutang.. hari Rabu lepas sempat beli skirt cantik tapi tak bawak banyak duit just bawak RM10 je.. then nampak ada orang jual skirt cantik² akhirnya terbeli jugak.. pakai duit opismate.. hari ni baru bayar penuh.. hehe.. elok je turun, bebudak tingkat 3 ni kata ada nasi lemak lebih.. apa lagi, jadi kapal sapu laa aku hari ni.. haha.. sekarang perut panas sebab pedas sambalnya.. terima kasih ya!

hari ni ada update tudung dari Khaylaa Hijab.. cantik² tudungnya.. aku sempat grab 3 helai sebelum ni.. hari ni tak rasa nak beli sebab dah lebih limit! huwaaaa.. (tak rasa nak beli konon.. cehhhh..) sebelum tu pun dah beli perfume mist Victoria Secret dari Deliciousscent.. sekali beli 3 botol jugak.. wangi gilerrrr hokeh.. hubby pun tumpang sekaki.. pada hal perfume sendiri ada.. tak kira laki ke perempuan punya perfume, habis disemburnya..

ok.. Deliciousscent ni glamour dekat Insta..  kejap je iklan dah sold out.. dekat facebook pun ada jugak..

sekarang ni aku gila shopping online.. sampai dah terjebak opismate kat sini.. haha.. virus sangat! kat opis ni jugak ada yang jual tupperware.. so dah kata perempuan kan, berbondong² la kami 1 opis bawak balik tupperware petang².. maklum la bayar pun tunggu gaji.. bahahaha..

tapi paling obvious tudung la.. memang sekali beli akan nak beli lagi.. ada je tetiap minggu.. siap ajar opismate macam mana nak beli online.. just name it.. Radiusite, Sugarscarf, Alhumaira Contemporary, Anggun Zara, semua pun pernah beli..dah beli, esoknya pakai then snap gambar sendiri lepas tu post & tag dekat Insta.. wahhhh gitu.. hehe..

bahaya jugak sebenarnya sebab bila dorang update tudung baru, hati meronta² nak beli tapi terpaksa tahan sebab dah over limit.. grrr... sebulan hanya boleh belanja takat RM*** je..  lebih pada tu, tak makan la jawabnya.. hakhakhak..

ok.. now nak sambung cuci mata kat Instashop..
*_^

ehemmm.. ootd.. ahaksss..

Tuesday, 10 September 2013

welcome September!!

yeahhh..

september datang lagi.. sekejap je kan? september bukan bulan kelahiran aku.. tapi bulan kelahiran orang² yang aku sayang.. siapa? ayah, mak & my lovely hanna!

birthday ayah pada 3 September..  mak pulak 9 September & my little Hanna Insyallah 24 September.. ingat nak buat makan² sikit untuk birthday hanna.. tapi taktau lagi.. dah suruh hubby mintak cuti, harap dapat la hendaknya..

Insyaallah, hanna akan mencapai usia 2 tahun bulan ni.. semoga Hanna sihat & menjadi anak yang solehah serta sentiasa menyejukkan hati mama, abah, atok & uwan.. present untuk hanna, uwan & atok dah beli siap² dah.. kemain lagi tauuu.. mama dulu payah nak dapat hadiah.. haha..

milestone hanna : cakap pun dah makin petah tapi pelat sikit.. dah pandai merajuk, peramah sesangat.. asal jumpa budak kecik je, menegur saja.. ahahaha.. macam abah dia la.. habis semua orang ditegurnya.. langsung tak ikut mama, hanna ni.. mama dia memang berat mulut.. hehehe..

one, two, three dia tak ingat.. yang dia ingat - seven, eight, nine, ten.. aduh laaa.. macam².. kalau bab merajuk, kalau mama marah sikit, hanna akan nangis then panggil atok & uwan.. sentap mama tauuu.. hahaha..

makan alhamdulillah, banyak jugak.. kadang² sikit tapi selalu banyak la.. haha.. apa lagi eh.. banyak tapi tak ingat di kala nak typing ni.. hehe.. nanti la eh..

bye..
^_^

Wednesday, 10 July 2013

ahlan wa sahlan ya ramadhan..

as salam..

bertemu lagi kita dengan Ramadhan kali ini.. alhamdulillah..
sama² kita manfaatkan bulan mulia ini dengan amalan² yang baik & terpuji.. Insyaallah..

ramai yang masuk/balik awal sempena ramadhan ni, kan? nak memasak untuk juadah berbuka.. mesti semangat.. hehe.. niat nak masak time berbuka nanti.. uhuiiiiii.. istiqamahkan lah niatku ini Ya Allah.. jangan sampai petang nanti kang dah lemau terus hilang semangat memasak.. haha..

sahur tadi kami 3 beranak makan maggie kari telur.. bertambah² hubby makan.. haha.. berselera pulak pepagi makan maggie.. kunci jam pukul 4.30AM tapi terjaga awal terdengar orang depan rumah dah kung-kang-kung-kang siapkan juadah sahur.. terus bangun.. hanna pun bangun sama.. kesian pulak tengok hanna tidur tak lena sebab hidung tersumbat.. kahak pun dah ada tu.. lepas minum susu, batuk² sikit termuntah.. habis baju kena salin lain..

bila bangun awal, mata pun cemer je.. mengantuk pulak haaa... adoiiii..

salam Ramadhan kawan²..



Monday, 10 June 2013

Fellicious Brain Charger Drinks

marii.. mariii..

Memperkenalkan Fellicious Brain Charger Drinks - Jus minda yang berkhasiat untuk tubuh untuk semua lapisan umur tidak kira lelaki atau wanita.. Diadun dari gabungan makanan sunnah nabi iaitu delima, kurma, kismis & madu..




Kandungannya adalah semulajadi, tidak menggunakan ekstrak buah tetapi datang dari buah-buahan segar yang dikupas sendiri di kilang yang bertaraf GMP..

Rahsia penciptaan buah delima di dalam Al-Quran terakam indah firman Allah swt yang bermaksud " di dalam kedua² nya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma & delima, (surah Ar-Rahman ayat 68), Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu & ia juga disebut buah-buahan syurga

Fellicious BCD ini membantu perkembangan minda anak² dalam proses perkembangan pembelajaran mereka.. Anak² yang bakal menduduki peperiksaan juga digalakkan mengambil Fellicious BCD ini bagi membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda supaya lebih mudah mengingati.. Jangan risau.. Rasanya pun sangat² sedap..

Antara khasiat² Fellicious BCD :

  • anak² lebih fokus 
  • lebih mudah mengingati/menghafal
  • memberi tenaga
  • menambah selera makan
  • mengurangkan alahan ibu mengandung
  • mengurangkan Eczema
  • membantu mengurangkan sembelit
  • melembabkan kulit
  • mengurangkan simptom Alzheimer
  • kulit anak licin & cantik - khasiat delima & kurma
  • membantu pasangan yang mahu mendapatkan zuriat
  • memperbaiki period cycle (wanita)

kandungan :

350ML (tahan sebulan)

RM89.90 (WM), RM95 (EM)


saya sendiri sudah merasa keberkesanannya kepada anak saya.. hanna lebih petah bercakap & lebih fokus dalam satu² perkara.. selera makan pun bertambah.. hari² mintak nasi.. hehe.. alhamdulillah..

berminat?
PM or whatsapp saya 017-3452586 murni
rinn_col@yahoo.co.uk



Friday, 3 May 2013

mengundi di mana?

selamat pagi Malaysia!

mesti ramai hari ni cuti nak balik mengundi kan? ada yang apply cuti awal² lagi.. hmmmm..

saya mengundi dekat saja.. di Seremban sajok.. first time gitu.. nervous pun ada nih.. macam manalah perasaan jari kena calit, kan? adakah sama macam jari kena inai time kawin dulu? hahaha..

pangkah sehabis baik, ok..

SELAMAT MENGUNDI..


marilah mari... pergi mengundi.. LALALA..
*lagu lama jugak yang best.. hikhikhik..

Thursday, 18 April 2013

suka pulak tengok....

selamat tengahari Malaysia!

suka pulak aku tengok video clip Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim ni.. paling suka part yang dorang menari ramai² sambil buat bentuk love dengan jari.. comel je..


lawa baju dik.. akak berkenan tauu.. 



budak sekolah pun ado..

selama ni aku tak pernah tahu pun sama penyanyinya.. cuma suara penyanyi tu macam suara penyanyi lama² kat telinga aku ni.. dan aku cuba imagine penyanyinya mesti macam ni, macam tu.. HAHA.. biasalah.. imaginasi tinggi kan.. hikss..

start perasan video clip ni weekend lepas dekat Nasi Lemak Kopi O dekat TV9 tu.. baru tahu yang segala imaginasi aku tu meleset sama sekali.. ooo.. penyanyinya bertudung.. ooo.. budak² lagi rupanya.. HEHE.. aku tengok separuh je masa tu & terus terlupa lepas tu..

sampai la semalam, bila semua kerja dah siap.. tengah menung² tu tetiba teringat pulak.. terus google.. baru dapat gambaran sebenar penyanyinya macam mana.. sebelum ni dengar kat radio saja.. nama penyanyi tak tahu.. tajuk lagu tak tahu.. tak pernah ambil pusing pun..

penyanyinya bernama Tasha Manshahar & Syed Shamim.. bakal guru u'ollss.. bagus.. bagus.. tajuk lagu BE MINE.. lagu ni mix melayu & english.. haa.. bukan orang je ada mix.. lagu pun ada tau.. HEHE.. setakat ni ok la.. boleh masuk lagu tu dekat kepala ni dengan susunan muziknya.. nice..

bila aku google, ramai rupanya blogger² remaja khususnya buat entri pasal mereka ni.. especially tang penyanyi lelaki Syed Shamim tu.. HEHE.. comel katanya.. rupanya mereka ni banyak buat cover version lagu² & upload kat You Tube.. memang popular la.. aku ni kureng sikit You Tube ni.. tak berapa minat tengok video.. tak tahu kenapa.. that's why aku tak ada akaun Keek yang meletop² sekarang ni tu.. so aku tak pernah tahu kewujudan mereka ni.. kuno kan aku? HAHA..

semoga adik² ini berjaya dalam bidang baru ini & teruskan mencipta lagu² best & berkualiti.. ecehh.. macamkan aku ni artis menasihatkan penyanyi² baru.. verangan sangatttt..

ok.. off dulu.. ada kerja sikit.. layan lah video clip dorang kat You Tube.. katanya baru 4 hari dah 40,000 viewers.. kellass kan?

bye..

*gambar kredit to Official Clora Studio Blog

Wednesday, 17 April 2013

korang rasa tak?


sejukkkkkk..

hehhh.. dekat opis sekarang ni tak tahulah suhu berapa.. sejuk yakmat.. pakai blazer pun still sejuk lagi.. kulit jadi kering sekering² nya.. dah la aku ni pemalas amat nak pakai lotion bagai.. berkerut² kulit tangan jadinya..    ke toilet tak usah kiralah berapa kali.. sampai tertahan² kencing semata² malas nak ke toilet galak kali.. dasar pemalas!! kalau lah pundi kencing ni boleh berjalan sendiri ke toilet.. haha.. bersepah bebudak opis ni lari.. kehkeh..

bila balik rumah, lain pulak.. panas sesangat.. macam bahang.. lagi² kalau bukak tingkap dengan langsir luas² di siang hari.. memang malam tu berpeluh² la jawabnya.. selimut pun letak tepi je sekarang.. kadang² tak berusik pun.. panas punya pasal.. kipas atas bawah terpasang.. dah macam helikopter atas kepala.. hujung bulan menganga tengok bil.. hehe..

eh.. korang ada rasa macam ni tak?

ke aku sorang je yang rasa macam ni?


Monday, 15 April 2013

asyikkkkk sangatttt..

sekarang ni kan, kalau kerja dah siap tu memang selalu la aku buka web² masakan.. suka sangat tauuuu.. kengkadang tu sampai meleleh air liur tengok gambar makanan tu.. haha.. ok.. saya tipu! kehkeh.. tak adalah sampai meleleh tapi hakikatnya memang mengecurkan air liur.. nampak sedap je.. belum bulan puasa lagi.. memang kurang la pahala puasa aku.. kehkeh..

antara web yang aku selalu buka ialah Home Sweet Home.. gambar² masakan kat web ni memang haihhh.. taktau nak cakap laa.. mabeless..!! belum rasa lagi tapi dah tau memang sedap.. dengan teknik fotografi dia.. huiiii.. hari² mesti buka.. resepi² dia pun boleh tahan.. kejap lauk, kejap nasi, kejap kek, kejap kuih.. aku suka..!!

lagi satu yang aku buka hari² ialah Dapur Tanpa Sempadan.. Cik Mat Gebu kot pemilik dia.. kalau tak salah la.. aku ni selalu tengok makanan dia je.. ownernya haram..!! haha.. serius.. geram tengok gambar makanan sampai tak perasan langsung owner blog tu.. blog masakan ni pun ok jugak.. aku suka sebab selalu update masakan walaupun kadang² masakan tu ditayang berulang² & biasa² je bagi kita.. tapi aku suka jugak.. lagi² dengan tayangan set pinggan mangkuk & kopi dia.. kelllasss tau.. hehe..

hobi ni lama dah bertapak dalam diri aku ni.. especially baru² kahwin dulu.. konon² nak bagi hubby makan yang sedap² la.. bagi hubby gemuk sikit lepas kahwin.. haha.. alhamdulillah, hasrat itu tercapai walaupun aku tak masak yang sedap² macam dalam blog tu kan.. ahahaha..

salin resepi memang rajin & cukup laju.. tapi, tang mengaplikasi kan tu.. Ya Allah.. hahahaha.. ok.. cukup! jangan gelak.. aku tau, aku berkongsi hobi ni dengan ramai orang.. salin resepi memang super rajin tapi tak buat² pun kan? haaaa.. jangan tipu! ramai kan? kan? kehkehkeh..

setakat ni, aku pernah order kek & pastri dari 1 blog ni je.. Homemade Sweet Treats.. memang sedap & mabelessss sangat².. aku start buat tempahan since dari zaman bertunang lagi.. sampai la sekarang.. owner menetap di Seremban, N.Sembilan.. tapi rasanya kalau order dari luar N.Sembilan pun diterima jugak.. tempahan yang aku pernah buat ialah cupcakes, kek kahwin & tartlets.. yang ni memang aku akui sangat² sedap.. paling kerap aku order ialah tartlets.. selalunya blueberry cheese tart dengan chocolate cheese tart.. memang sedap gile wa cakap.. sampai tak cukup sekali makan..

wehhhh.. nak sambung balik tengok blog masakan..

bye..

Friday, 12 April 2013

tak sampai²...


eh.. baru teringat.. bil Astro tak bayar lagi.. kenapa? sebab bil tak sampai lagi.. boleh? aku selalu jugak kena macam ni.. bil astro tak sampai.. tau², bulan depannya dah ada tunggakan.. kenapa eh? salah siapa? posmen kah? astro kah?

semalam aku terima mesej dari astro bagitahu yang akaun astro tertunggak.. bayar sebelum 12 April (hari ni) kalau tak, kena potong.. semalam jugak aku terima panggilan dari Aaron Aziz.. ye betul.. tak tipu.. Aaron Aziz hokeh..!! sejak bila Aaron Aziz kerja dengan astro pun tak tau la.. pengsan kejap.. haha.. katanya akaun astro aku tertunggak.. lepas tu terus dia pappp!!.. letak.. cehhh.. dah rakam siap² rupanya.. rasa macam nak cakap balik je dekat bang Aaron tu.. bang Aaronnnnn.. bil I mana banggg... kompom terkedu bang Aaron kan? haha.. tak kesampaian pulak sebab dia dah letak.. sedih..

boleh je tengok bil² lama.. tapiiiiii.. aku kan malas.. muahahaha.. kalau dia potong astro aku, memang aku maki dia cukup².. haha.. bil tak sampai, suruh kita bayar pulak.. tapi kan.. berani ke aku nak maki orang?

kahkah..

ok bye!

Thursday, 11 April 2013

rindunyaaaaaa....

rindunyaaaaaaaaa kat dia..

sedap sangat sate tu sampai stim mata.. haha..!!

hanna sekarang kat rumah uwan di seremban.. hantar rumah uwan sebab pengasuh bercuti ke Vietnam 3 hari.. rumah rasa sunyi sangat.. cepat laa minggu hari sabtu nak bawak balik ini budak..

Milestone Hanna (18 bulan)

  • dah pandai conteng dinding.. haha..
  • berjaya sebut beberapa perkataan (yang kita boleh faham) like air, amik (ambil), ammak (mak), abah, awa (uwan), ayah (atuk), ish (fish), cak (cicak), bash (bas)
  • kalau nampak komuter, stesen komuter, bangunan MOF mesti tunjuk mama.. dia tau mamanya selalu naik komuter nak balik rumah uwan..
  • kalau dah u'uk mesti hanna naikkan baju & tarik tangan kita pergi toilet untuk cuci.. dah u'uk baru nak cakap.. haha..
  • baru suka nak makan nasi.. di rumah pengasuh taknak makan sangat.. dah sampai rumah beria² makan mama suap.. hanna.. hanna..
  • kalau kena marah, cepat² peluk mama bagi sejuk hati mama.. haha..

Monday, 25 March 2013

happy bila anak happy..

selamat bersiaran..

hanna sekarang dah duduk rumah pengasuh.. dekat je dengan rumah.. alhamdulillah.. hanna suka duduk situ.. waktu mula² hantar, menangis jugak.. tapi kejap je la.. mama dah keluar terus dia diam.. hehe..

dah sebulan duduk rumah pengasuh.. so, sekarang hanna officially duduk dengan kami.. kesian uwan & atuk.. penat dah dorang.. biarlah dorang rehat pulak..


happy bila hanna happy..

Wednesday, 16 January 2013

New year.. ohhh...


happy new year..!!!
*PANGGG... tampar diri sendiri..

dah nak habis sebulan dah januari 2013 baru nak wish happy new year kan.. cehhh..
bukan apa.. bz kemain la sekarang ni.. kata misi tahun baru nak jadi pekerja berwawasan.. haha..

start 2 januari aritu, hanna dah mula masuk taska.. meraung² la dia.. hadoiii.. risau aku dibuatnya.. yelah, selama ni duduk dengan uwan (mak aku), everytime uwan depan mata.. ni kat taska hanya kawan² dengan cikgu je.. meraung sakan la dia.. tapi, bila aku call penyelia taska, katanya ok je.. main dengan kawan²..

masuk taska baru 4 hari.. lagi seminggu cuti.. hehe.. hari kedua di taska, hanna dah dapat selsema.. biasa la kan dah nama duduk di taska ramai², cepat la berjangkit penyakit.. selama ni duduk dengan uwan, jarang demam.. tonsil bengkak siap dapat sakit mata lagi.. penyudahnya, uwannya bawak balik seremban.. harini dah ok sikit baru hantar taska balik..

selera makan masa demam memang drop la sebab tonsil bengkak.. asyik nak susu je.. makan taknak.. turun sikit berat.. semalam dah ok sikit bagi bubur baru habis semangkuk.. baru datang selera makan tu.. lega aku.. doktor suruh bagi makanan yang kita makan hari².. nugget pun ok bagi tambah lemak untuk naikkan berat badan.. haiiii la hanna.. kalau la dapat mama bagi sikit lemak² degil ni kat hanna.. hehehe..


yuhuuuu..

Monday, 3 December 2012

to us..

HAPPY 2ND WEDDING ANNIVERSARY..!!

hehe..
alhamdulillah.. genap 2 tahun usia perkahwinan kami..
sepanjang 2 tahun ini, banyak susah payah yang kami lalui bersama.. semoga Allah swt memberkati serta merahmati rumahtangga kami..

syukur dengan kehadiran cahaya mata, Nurhanna Arissa melengkapkan kehidupan kami suami isteri walaupun masih ada "lubang2" di sana sini.. insyaallah, perlahan² akan kami perelokkan nanti.. sesungguhnya banyak perkara yang mematangkan kami berdua dalam melayari bahtera rumahtangga ini..

Ya Allah, sesungguhnya kupanjatkan syukur ke hadratMu..
kerana telah mengurniakan aku insan² ini ke dalam hidupku..
walaupun banyak cabaran² mendatangi kehidupan kami..
namun aku tetap mensyukuri nikmatMu ya Allah..
kerana mereka inilah yang menjadikan aku kuat dalam menempuh segalanya..

Alhamdulillah..
syukran Ya Allah..





tata..


Monday, 5 November 2012

penapis oh penapis air..

helloo..

salam isnin kawan²..

lama betul tak update cerita baru.. diam tak diam sebulan dah.. hehe.. bukan apa, hujung² tahun ni kerja makin melambak.. kadang² tak sempat nak surf internet pun.. apa lagi nak update blog.. balik kerja pun selalu lambat.. dah sampai rumah, uruskan rumah pulak.. memasak, mengemas, membasuh.. hujung minggu dah berkejar ke Seremban tengok anak.. haiiii la badan.. cepat laa kurus hendaknya.. haha..

sekarang ni tengah mencari penapis air.. buat masa ni memang tak gunakan penapis air lagi.. dulu di rumah sewa, memang beli saja air di kiosk air kat kedai².. bila tengok air masak yang disalin ke dalam botol, Ya Allah... kuningnya..!! bayangkan macam mana kekotoran yang dah bertempek dalam badan ni.. iskkk.. tak boleh jadi.. memang kena beli 1..

so sekarang tengah cari penapis air yang murah + berkualiti + tahan lama.. buat masa ni dah survey beberapa penapis air.. ada yang dah siap air panas & sejuk (anda tahu brand apa, kan? hehe..) berkenan sangat.. tapi bila mintak pendapatan  kawan², ada yang kata mahal.. memang la bayar secara bulanan & murah, tapi macam beli motor pulak.. haha..

ada tak brand lain yang lebih baik & murah? boleh tolong saya survey?


Miss her so much..