Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label wedding document. Show all posts
Showing posts with label wedding document. Show all posts

Prosedur Permohonan Nikah Negeri Johor & Sewaktu Dengannya

 Hi semua!!=)

Mmg rasanya mcm xsesuai dah nak up entry psl nikah kawen segala bagai nikan memandangkan status i skrg dah jadi ex-bride maintain pengantin baru! bajet senior lah konon.ngehngeh =p. tetiba gmail i da mcm kaunter pertanyaan pejabat agama plak kan bila ramai yg menanyakan kekdahnya nak settle borang kawen. i tolong lah mn patut yek esp for brides from johor..(negeri lain, maybe sama je kot!)

 

Prosedur Permohonan Nikah

 

Kes I, Me from Johor, Hubby from Perak, then nikah di Johor.

Follow that procedure ya! 

 

1. Pergi Kursus kahwin
WAJIB pergi utk pasangan dan dapatkan sijil kursus kahwin yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam

2. Ambil Borang nikah
Pergi ke Pejabat Agama Daerah dan beli borang nikah yang berharga RM5 jek (utk Johor). Borang negeri Johor sah-sah dalam tulisan Jawi. Agak-agak kalau tulis jawi pun mcm cakar ayam hutan baiklah tulis rumi aje ye..=p
Kalau pasangan berasal dari negeri lain cth negeri Perak, so pasangan kena ambil di mana-mana Pejabat Agama sekitar Perak (borang sama jek untuk satu negeri). Jgn gatal plak nak pi beli kat negeri mana2 korang suka.

3. Buat HIV test
Borang HIV test ni  akan dapat sekali dgn borang permohonan nikah yg diambil dari Pejabat Agama. Ujian boleh dibuat di mana-mana Klinik Kesihatan yg korang senang nak pi. Macam kes i, kami buat di Penang. So, no problem lah kan! Baca INI untuk pengalaman HIV test i.=) Bayaran hanya RM1 sahaja. Sesetengah klinik kesihatan ada hari-hari tertentu untuk buat HIV test tapi sesetengah pulak boleh terjah jek.hehe. So sebelum pergi kena cekidaut dulu tanya2 kabar kt org lain atau call dulu Klinik Kesihatan tu naaaa....

4. Dapatkan surat akuan bujang
Surat akuan bujang boleh minta pihak majikan (bagi yang bekerja) untuk buatkan. Most company dah ada format untuk surat akuan bujang ni. Tinggal bagi details korang jekla likes full name, no pekerja and etc. Owh, kes i haritu disebabkan i masih study, so akuan bujang ketua kampung yg buatkan..=) hihi.

5.  Cari Dua Orang Saksi Borang
Dalam borang permohonan nikah, ada diminta saksi borang nikah kan?. So, carilah sesiapa yang sudi nak glamer tulis nama depa dlm borang korang tu.hehe. Sesiapa pun boleh (lelaki!) yang pasti mesti nak dua orang. Jgn lupa fotostat ic depa tu. Pasangan kita pun kena cari saksi borang ni juga utk borang dia.

6. Cari Wali
Untuk borang pihak perempuan, sure ada part untuk wali. So, carilah wali korang dan minta wali untuk isi dan sign borang tu. Dibawah ni adalah susunan wali bagi perempuan mengikut turutan syara' yang bermula dari bapa kandung sampailah ke wali hakim. Check naaaa...=) Oppsss, pilih sorang jek dik non ye bukan semua.Kot ada yg lurus bendul plak pi cari moyang yang daa 'selamat'.hihi.

1. Bapa kandung
2. Datuk Sebelah Bapa/Bapa Datuk Sebelah Bapa (Moyang)
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-Sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu -Sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-Sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa (Sepupu Lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu Lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-Sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim 

7. Dapatkan Surat nikah ibu bapa
Surat nikah ibu bapa ni penting sekiranya pihak perempuan adalah ANAK SULUNG. Kalau dah anak no 18, xyah ler gatal nak pi tunjuk surat nikah mak bapak hang yg dah bertukar colour tu kot ye.hehe.

8. Hantar Borang yay!
Amboi!tak sabaq naaa nak pi hantaq borang. Sebelum tu, semak dulu dokumen yang korang kena sediakan:
1. Fotostat IC L&P
2. Borang permohonan sudah siap diisi (Borang 1 & 2)
3. Fotostat IC wali (bagi perempuan)
4. Fotostat IC saksi borang (L&P)
5. Sijil kursus pra perkahwinan (asal & salinan fotostat) (L&P)
6. Keputusan HIV test (L&P)
7. Surat akuan bujang (asal & salinan) (L&P)
8. Surat nikah ibu bapa (asal & salinan) (bagi perempuan sulung)

Haa.. da ok semua, siap sedia lah ke pejabat agama daerah. I hantar sendirian, tak perlu bawa bakal suami pun ye. Kalau kat Johor, sah-sah ada temuduga. Bermandi peluh la korang dlm bilik temuduga tu.ngehngeh=p Don't worry la! kacang jek soalan - soalan tu mcm ucap syahadah, rukun nikah, tanggungjawab isteri/suami, dll (lega aku da lepas!) haha=p

9. Gi Jumpa kadi
Haaa.. step ni paling lah penting dek non. Mintak parents (bapa) g jumpa tok kadi yang bertugas di mukim masing-masing untuk inform dan book dia untuk tarikh nikah. Ingat hang sorang ja nak kawen tarikh cantik-cantik tu? hehe. Bagi sesiapa yang tak tau mana nak cari tok kadi, boleh tanya dgn pejabat agama daerah masing-masing ye. Bawa sekali borang permohonan nikah yang dah diluluskan oleh pej agama. Dah dekat hari nak nikah, dtg lah lagi sekali ke rumah tok kadi ni utk remind dia masa dan tarikh nikah korang..=)

10. Tunggulah tarikh nikah korang!
Selamat pengantin baru!eh jgn lupa sediakan upah kadi (RM100) dan 2 org saksi (masing-masing RM20). Nilai tu pejabat agama yang tetapkan. Lepas lah duit minyak diorg nak nikahkan korg punya pasal kan?hihi.

ok, done!
rasanya i dah menjawab setiap soalan yang diutarakan. Normal la bila da nak kawen ni, kepala pun jadi wengggggg mcm2 benda nak pi settle. Akak tolong jek dikkkk esok2 kot boleh pi mkn nasi minyak adik perut akak jugak yg kenyangg?kan???hahaha=p

okla, nak gusti ngan hubby!

Bye!

Sijil Nikah Negeri Johor


ptg tadi, sbb da boring sgt kt rumah i keluar jln2.
jln2 bertujuan yer, sbb nak pi amik sijil nikah kt pejabat agama batu pahat.
ha, jgn lupa bawa sijil nikah sementara, kalau xbawak yg itu mereka xlyn.hehe.
 kejap jek prosesnya, bawa g kaunter sijil sementara, then nnti diorg cari berdasarkan no siri.
sign kt log book then boleh balik!
xde kena byr apa2 pun.hihi.

so, cenggini lah rupanya sijil nikah negeri johor.
ingatkan sijil sekeping mcm sijil penghargaan sekolah ke, sijil dekan ke..hihi.
rupa-rupanya 4 page wooo sijil nikah i.haha.kertas pun nipis mcm kertas A4 tesis tu.
agak korok jugaklah.hehe.
dah la byk typing error.boleh  da nak keluar parking baru terperasan.
xkuasa den nak naik balik pejabat agama tu.haha.
one of the mistake, adalah harga mas kahwin!boleh kurang satu lagi 0 kat belakang tu.
takpe kot ek?ada bawa kesan buruk pada masa hadapan x?hihi.

 Page 1

 Page 2, 3

page 4, adalah lafaz taklik pengantin lelaki.

one more confusing, kepada ada 2 keping ek ?satu biru satu pink?
haha.
biru sinonim utk lelaki, pink sinonim utk perempuan.
sesuai la tuuuu..haha.
agaknya mmg depa saja bg dua keping kot biar senang suami isteri simpan satu keping.



 lepas tu, i dpt satu lg borang permohonan kad pintar.
ingtkan wajib kena buat, rupanya x pun, sukahati kalau nak buat boleh, xbuat pun xpe.
 kad pintar tu RM50 tapi xpasti utk satu atau dua keping.
haha.
 terus i kata, "mahalnya! xyah buatlah".
senyum jek kakak kaunter tu.
ngehngeh.


antara dokumen yang diperlukan utk buat kad nikah pintar;


maybe lain kali lah baru buat.
so, sementara ni kita main lipat-lipat jek copy sijil nikah ni selit dlm purse.
hehe.

Cerita Ujian Saringan HIV

Seawal 9 pg (awal la sgt!!) da bangun siap-siap nak buat HIV test kat Pusat Kesihatan Bukit Panchor dgn kaka.
Sekali masuk jek klinik, punya la ramai manusia.
Takpela, nak kawen punye pasal, tabahkan hati jugak menunggu wlupun diri da separuh loya psl tak breakfast plus bau klinik yg faham-faham sendirilah.hihi.(sy mmg tak suka bau klinik lg2 klinik kesihatan!!!hehe.)

Sampai kat kaunter, terus isi borang ujian saringan HIV pra perkahwinan.


Masuk IC dlm box utk dptkan giliran.
Tunggu setengah jam, baru pembantu klinik panggil.
So, dapatlah no giliran dan resit bayaran borang. Kena bayar yer setiap borang RM1 jek.

Tunggu giliran selama 1 jam baru dpt masuk jumpa pegawai perubatan aka Dr.
Masuk-masuk jek, Dr kata " Cik nak buat ujian HIV yer, ambil borang ni dan pergi ke makmal, pastu baru dtg balik"
Heh?1 jam tunggu suh amik borang dan g makmal jek?
Baik awal-awal dari tadi pembantu klinik tu suh g makmal terus amik darah, baru jumpa dr untuk pengesahan ujian. Tak effiecient tau tak korang ni!!

Nak marah lebih-lebih pun tak boleh, psl nak kawen sgt.haha.
Da keluar bilik Dr, kami pun g la makmal amik darah dgn muka bengang.
haha. nasib happy-happy jek adik tu cucuk tangan i.
Kena tunggu 15 min, baru adik makmal tu pulangkan borang dan suh letak borang dlm bakul depan bilik dr tadi. Amik, kasi clear aku cite. Sebenarnya nak cerita bengang pasal kena tunggu lagi.
Ingatkan boleh terus jumpa dr buat pengesahan.
Setengah jam nyah tunggu oke!Baru no giliran muncul balik!.

Tgn gedabak kaka.Muka merah padam tgk darah sendiri mengalir deras.
Ceh, tak macho langsung TAHU!



Nasib dua-dua negatif.yeayy!!boleh kawen!
Keluar bilik Dr,kami senyum sampai telinga mcm suami isteri baru dpt berita gembira.haha.
Terima kasih dr, walaupun korg tak efiecient pasal bg kami tunggu 2 jam untk benda ni.
Penat tau tak.

Takpela, kami tak marah.

Catatan:
Tempoh sah laku keputusan ujian saringan HIV adalah selama 6 bulan dari tarikh ujian saringan dilakukan.

p/s: Kenapa ada setengah korg yg dpt keputusan HIV dlm envelope SULIT eh?kami takde pun!!





Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Baca entry si kecil pasal permohonan nikah,
baru teringat sy pun ada hutang psl entry yg sama juga!
ececece...sbnrnya segan nak post psl tak mcm gelojoh ke?
haha.peduli hape.janji borang sudah berada di tangan kaka!muahahaha=p
suka.suka.suka. psl dia mmg bersungguh2 nak tawen ngan sy.boleh?

pagi-pagi hari kami da serbu pejabat agama parit buntar psl nak beli borang kebenaran nikah.
Asalnya cuma nak tanya jek, mn tau kot2 borang ni cuma boleh dibeli ditempat kelahiran dia.
rupanya, boleh aje psl borang ni standard satu negeri perak.
cuma nnti nak hantar borang tu, haruslah di daerah kelahiran.
bayar rm1 jek utk satu borang.nak beli 10 boleh?
amboiii!!


ingatkan borangnya berhelai2, rupanya sekeping ajek!cit.
nasib ada juga senarai semak permohonan borang,
so mudahlah kaka nak buat preparation untuk semua dokumen yg diperlukan


Cuma sekarang ni yang menjadi keraguan adalah mengenai borang kebenaran nikah luar mukim (lain negeri). Apa yg sy maklum dari pejabat agama bgtau, mereka mmg da tak keluarkan borang kebenaran nikah luar mukim tu.
pasal kaka nak nikah di tempat sy (johor),
maka sy risau pulak bila kadi tempat sy mintak juga surat kebenaran nikah tu dari pihak lelaki.
Sebab jadi kt kawan sy (Yun) bila kariah ditempat dia bernikah (KL) berkeras nak juga surat tu walaupun da dimaklumkan jbtn agama islam perak (JAIP) tak keluarkan lagi borang kebenaran tersebut.
Tak ke naya jek kalau jadi lagu tu?
Last-last JAIP bg potostat surat pekeliling mengenai isu penamatan pengeluaran borang kebenaran nikah luar mukim tu pd kariah di KL, baru mereka accept untuk proses borang tu.
haaaa...salah sapa tu?

sapa boleh bantu esp b2b dari johor yg tau, kat johor mereka wajib ke nak surat permohonan nikah luar mukim oleh perantin lelaki??
Takut benda ni menjadi isu plak bila nak dekat da kawen nnti!*_*
serabut ooo serabut.
ni pun bapak suda remind awal-awal settlekan borang nikah kaka tu paling lambat bulan 12.
amboi abah, mcm tak sbr2 nak kawenkan aku.
^_^

pastu.pastu.betul ke borang HIV tu amik kat klinik kesihatan kerajaan aje?
bukan dari pejabat agama ye?
pasal sy tanya org pejabat agama, depa suh g isi borang n buat ujian terus kat klinik?
pastu.pastu. keputusan HIV tu valid 3 or 6 bulan?
psl bila tanya org pejabat agama, sorg kata 3 bulan sorg kata 6 bulan?
haishhhhh..nk kene geget pakcik-pakcik pej agama ni tau.haha=p
takpela, u all adakan,
boleh jawabkan utk sy??
heeeeeee=)


korang tak rasa ke 146 hari lg nak kawen i gelojoh isi borang kawen?haha=p
diamlah!daaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...