 |
| sweet office |
Hari ini, ulang tahun kelima aku berkhidmat dengan majikan tercinta.
Mengikut kontrak, perlu 4 tahun perkhidmatan lagi sebelum pembiayaan
pelajaran yang aku terima pada tahun 2002, langsai. Alhamdulillah.
5 tahun ini banyak mengajarku tentang hidup; tinggi rendah langit biru
dan merupakan antara faktor yang mematangkan fikiran dan emosi. Jujur,
aku pernah berputus harap tak lama dulu. Kenapa lambat dapat tawaran;
tak layak kah diri ini? Sedangkan teman-teman yang lebih rendah pointer
CGPA nya jejak menara megah itu sebelumku.
Akur, aku terima ini soal rezeki. Hikmahnya, aku ditawarkan jawatan
tetap di sebuah syarikat yang juga one of the big players in the
industry. Rezeki, aku tak pernah apply kerja itu; penghargaan buat
bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti, banyak bantu 'market' resume
pelajarnya. Tak ramai dapat peluang bergelar permanent staff berbanding
secara kontrak. Syukur; bertuah badan. Culturenya sungguh berbeza. Gaji
pokok ketika itu pon tinggi berbanding di menara. Alhamdulillah, hujung
bulan dapat guna bantu keluarga; dapat bayar itu ini.
Impian untuk terus di EM punah bila mana aku terima panggilan daripada
majikan kini, bertegas supaya aku pulang berkhidmat dan membalas jasa
baik mereka. Sempat 5 bulan di EM. Berat hati, terkilan pon ada. Kenapa
hanya 2 minggu sebelum 6 months waiting period tamat? Kalau aku tunggu
dan berharap dulu jawabnya 5 bulan poket kosong tanpa isi. Anak sulong
ni punya hajat tinggi, bantu keluarga. Hati ini kupujuk, ada hikmahnya.
Percayalah.
Tanggal 5 tahun ini, hati senang untuk mengakui; benar semua punya
hikmah. Masakan tidak. Duit belanja majlis bertunang, kahwin, melahir
dan membesarkan anak puncanya dari kerja yang satu ini. Belanja kahwin
pon dapat aku adakan berkat rezeki dari kerja ini. Alhamdulillah, tak
susahkan baba dan mama.
Membesarkan anak-anak dewasa ini tinggi kosnya. Mujur, hal ehwal
perubatan semua di bawah tanggungan insurans yang dicarum majikan. Salah
satu benefits yang melapangkan hati. Rezeki anak-anak. Kalau tidak,
mungkin aku tak mampu ke situ. Kos bersalin normal senang-senang
melangkau hampir 2 bulan gaji. Terima kasih majikan.
5 tahun, sepatutnya melayakkan ku untuk promotion ke gred seterusnya.
Tapi tak kesampaian. 2 tahun sudah polisi penilaian prestasi dirombak.
Aku kena tempiasnya. Maka promotion digantung. Ada rezeki, tahun depan
baru dapat. Ini hikmah. Tamparan yang aku rasa merubah persepsi aku
terhadap hidup. Aku jadi semakin tenang berdepan masalah; matured. Ujian
ini menebalkan semangat positif dalam diri. Ya, benar aku ambil masa
untuk kembali stabil. Kesal dengan nasib itu tidaklah setinggi kesalku
terhadap respon pihak pengurusan. Pengecut. Buang duit pergi kursus
mahal-mahal. Sudahlah pengecut, bias pula. Segelintir, bukan semua.
Terkilan sampai peringkat nak letak jawatan. Kejap, kenapa nak buat
macam tu? Aku bukan pengalah. Dek kecewa kerja penat seolah tak
dihargai, aku telah develop perangai suka shopping mengubat lara. Parah!
Hehe
Tak apalah, ada rezeki tak ke mana. Kalau tak dapat kat aku, mungkin
dapat kat suami dan anak-anak. Benar, saat aku jatuh, suami sukses dalam
kerjayanya. Dua kursus YO dia muncul best student dan best academic
recognition. B grading lagi (dalam askar B grading tu payah nak dapat,
tak macam kita civilian ni). Exam Kapt ke Major pon dah lulus. Kan
hikmah tu? Alhamdulillah.
Aku pernah impikan kerjaya yang hebat. Tapi aku sedar, it does not work
one way. Ada faktor-faktor luar kawalan yang ada impak ke mana arah
kerjaya seseorang; selagi ada campur tangan manusia yang hasadnya
pelbagai. Aku ambil pendekatan ini; terus berikan yang terbaik untuk
perkhidmatan, selebihnya aku serah padaNya. Yang pasti, RA.UF dan
Zulfadhli adalah semangatku. Ibu is so fortunate to have all of you in
ibu's life. Saat diuji, I will take a step back and reflect how I am
blessed with so many happiness. Jadi kenapa perlu bersedih dengan
secalit dugaan?
Happy 5th Anniversary to us, Petroliam Nasional. May successs follows our way. How I have grown wiser serving you :)
Alhamdulillah.
P/s: Selamat Hari Tentera Darat :)