Follower

Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Kenangan Aidiladha 1435H dan Garis Panduan Ibadah Qurban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, Aidiladha 1435H kami 5 beradik, mak dan abah telah diizinkan Allah swt melaksanakan ibadah qurban. Seekor lembu dikorbankan dengan seorang 1 bahagian.

Kita sedia maklum, ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Sedikit perkongsian info, ibadah qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya disabitkan dengan Al Quran dalam surah al Kauthar ayat 2 dan surah al Hajj ayat 36.

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Dalil pensyariatan berasaskan sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

Ianya dilaksanakan setiap tahun apabila tiba hari raya 'Aidiladha atau hari raya qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Lembu yang telah ditumbangkan, disembelih dan sedang dilapah..

Ini antara foto terawal yang dapat ibu rakam. Gambar-gambar sebelum semua dalam handphone Ayah Yusuf. Kurang kerajinan pula ibu untuk men'transfer'nya. Maaf, atas ayat yang dirojakkan itu. Huhu..


3 saudara berbaju hijau..

Tidak dirancang sebenarnya, kebetulan jejaka-jejaka dari keluarga kami memakai t-shirt dengan warna yang sama. Dari kiri berbaju hijau adik ipar ibu, adik ibu dan Ayah Yusuf. Ada seorang lagi tiada dalam gambar, abang ipar ibu.

Kami 5 beradik, 4 sudah berumahtangga. Jadi ada 4 jejaka dalam keluarga kami..


Proses melapah kulit sedang dibuat..


Adik beradik perempuan, anak-anak dan anak-anak saudara ibu..

Semua turun padang walau hanya sebagai pemerhati. Tak ramai pun kaum wanita yang datang. Oh ya, di kampung kami kebiasaannya semua haiwan yang bakal diqurbankan akan dikumpul di1-2 tempat, disembelih dan dilapah secara bergotong royong oleh penduduk kampung.


Pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Tahun ini, sembilan ekor lembu dikorbankan tidak termasuk beberapa ekor lagi yang di qurbankan di kawasan masjid. 


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..


Berkerusi roda tulah abah ibu..

Semangat beliau turun padang walau berkerusi roda. Alhamdulillah, untung ada menantu yang gagah mengangkatnya..


Ini team memotong daging..

Anak-anak muda dan belia ramai yang membantu menumbangkan lembu, membantu semasa proses penyembelihan dan melapah. Kemuadian serah pula kepada kumpulan pemotong daging yang rata-rata terdiri dari warga emas untuk memudahkan pengagihan. Alhamdulillah, semua golongan dari peringkat umur berganding bahu..


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Di bawah khemah sana pelbagai juadah disediakan untuk menjamu penduduk kampung yang bergotong royong. Semua juadah disediakan dan disedekahkan oleh wakil-wakil yang membuat qurban. Senang cerita konsep 'pot luck', begitulah lebih kurang..

Selain tu, ada beberapa bahagian daging yang terus dimasak dilokasi gotong royong untuk dihidangkan kepada penduduk kampung yang bergotong royong. Sudah pastinya sup tulang. Slurrrppp.. Hihi..

Alhamdulillah, selesai untuk tahun 1435H. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kami untuk melaksanakannya lagi dan lagi di tahun-tahun akan datang.

Menyebut tentang Garis Panduan Ibadah Qurban, di antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:


1) Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban

-Tafsiran
-Hikmah Ibadah Qurban
-Hukum Berqurban
-Jenis Qurban
-Status Hukum Daging Qurban 
-Pembahagian Daging Qurban
-Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
-Syarat Sah Berqurban
-Tempoh dan Masa Berqurban
-Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban
-Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
-Syarat Sah Sembelihan
-Syarat Alat Menyembelih
-Perkara Sunat Ketika Berqurban
-Perkara Makruh Ketika Berqurban
-Cara Menyembelih Haiwan Qurban
-Agihan Daging Qurban

2) Pengurusan Qurban

-Tafsiran
-Pihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan 
Qurban
-Lafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban
-Perkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan 
Qurban
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat 
Dalam Negara
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar Negara
-Penyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara
-Qurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan Sembelihan Biasa
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan, 
Persatuan atau Agensi
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam

Semua info lengkap perkara-perkara di atas boleh dibaca di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Semoga bermanfaat.

Thursday, July 17, 2014

Iktibar Ramadhan: Muntah Daging Mentah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekadar gambar hiasan (Google)

Dua orang wanita sedang berpuasa, tetapi tidak tahan lalu meminta kebenaran Nabi saw untuk berbuka. Mereka menghantar wakil bertemu Baginda saw. Nabi saw memberi dua biji bekas kepada wakil itu seraya menyuruh kedua-dua wanita berkenaan muntah di dalam bekas itu..

Apa yang hendak dimuntahkan sedangkan mereka berdua sedang berpuasa? Tidak ada apa-apa yang mereka makan. Namun mereka tetap melaksanakan suruhan Nabi saw. Alangkah terkejutnya mereka kerana kedua-duanya memuntahkan daging mentah yang bernanah.

Orang ramai menjadi hairan. Lalu Nabi saw menerangkan bahawa wanita tersebut menahan diri mereka daripada makan, tetapi mereka telah MENGUMPAT. sekaligus merosakkan pahala puasa mereka dengan umpatan tersebut.

Itulah dia cerita iktibar tentang mengumpat.  

 Ibu baca iktibar pasal mengumpat ni dalam Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu, gigih ibu salin balik. 2- 3 harini kan masing-masing sebok mengomen pasal kes CDM25 tu. 

 Hmmm, yang komen lebih-lebih siap tambah perisa macam-macam tu dah kira kategori mengumpat kut. Bagi ibu sudah-sudahlah, kita ambik je pengajaran dari cerita tu tapi tak payah nak komen lebih-lebih.

Meh tengok Ustaz azhar Idrus kata apa pasal mengumpat ni;


Ha! Terasa ke terasa? Hihi..

Entry ni ibu nukilkan di sini sebagai peringatan bersama terutama untuk diri sendiri. Bab bercakap ni, astaghfirullahalazim.. Adakalanya sukar sangat-sangat nak menjaga mulut ni..

Sempena Ramadhan ni, sama-samalah kita semua mendidik hati dan jiwa. Sesungguhnya Ramadhan adalah peluang untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Kemudian usaha untuk istiqomah dengan kebaikan itu dalam kehidupan mendatang.

Terima kasih kerana membaca. Hingga jumpa lagi..

Thursday, June 26, 2014

Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ibu nak kongsikan tentang Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014 yang akan diadakan besok 27 Jun 2014 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program akan bermula jam 6.30 petang. Tentatif lengkap boleh rujuk pada poster ya..

Program akan dihadiri oleh Ustaz-ustaz berwibawa, ada Ustaz Azhar Idrus, selebriti pun ada. Felixia Yeap pun ada..

Warga Lembah Klang, jom ramai-ramai ke Program Semarak Ramadhan Negeri Selangor 2014..



Saturday, June 9, 2012

PERBEZAAN DI ANTARA SEDEKAH DAN HADIAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi tadi berlaku sesuatu di tepi rumah hingga buat ibu buat status di FB. Pada yang dah lama add FB ibu mesti tahu ibu bukan jenis yang suka lepas geram di FB. Buat status pun jarang-jarang. Tapi pagi tadi terbuat la pula.. Huhu..

Apa isunya, tak perlulah ibu nak perbesarkan di sini. Cuma bila ibu buat status tu adalah kawan-kawan yang tinggalkan komen. 




Sebahagian komen-komen tu buat pengetahuan ibu tentang perbezaan sedekah dan hadiah goyah. Nak rujub balik dalam kitab, kitab tah mana-mana. Haduiii, nampak sangat al 'ilmu fil kutub ma fissudur. Adik-adik, anak-anak, belajar betul-betul. Simpan ilmu didada jangan jadi macam ibu Yusuf ya..

Jadi ibu search balik diinternet. Alang-lang dah dapat info, kongsi je lah terus di Jemari Asmara. Sama-sama kongsi ilmu..

Sedekah Atau Hadiah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz, 

Boleh saya tahu apakah perbezaan antara Sedekah dan Hadiah? Betulkah sekiranya diri ini mampu (dan dilayakkan berzakat, etc) saya ini tidak layak menerima sebarang sedekah samada dalam bentuk wang atau pun barangan dari sesiapa? Kebiasaan bila ada sahabat memberikan sesuatu dalam bentuk wang atau barangan makanan atau belanja makan, mereka akan menyatakan sebagai sedekah. Adakah ini betul? atau ia tidak boleh dikira sedekah? Minta penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih

Jawapan

waalaikumussalam.
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata.
 
Seandainya anda mampu dari segi kewangan, apa yang dilakukan oleh kawan anda adalah dianggap sebagai hadiah bukan sedekah.

Sumber 

Update: Status tersebut telah ibu delete..

Monday, May 21, 2012

DOA BULAN REJAB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah, menjelang maghrib tadi kita telah melangkah ke 1 Rejab 1433H. Semoga kita diberi nikmat usia untuk melangkah pula ke bulan-bulan seterusnya. Munculnya Rejab bermakna Ramadahan yang penuh keberkatan makin hampir ketibaannya.

Ps: Ramai yang buat update tentang bulan Rejab. Sama-sama kita berhati-hati, terutama yang copy and paste..Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah: “Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya. Firman Allah swt: (منها أربعة حرم (التوبة “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)


Sunday, April 15, 2012

KEWAJIBAN MENUTUP AURAT!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


1) Pengertian aurat:



2) Batas-batas aurat wanita



3) Perbezaan batas aurat mengikut keadaan:

 * Walaubagaimanapun, adalah dituntut untuk menutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan nafsu syahwat..


4) Perintah menutup aurat:



Semoga entry ringkas ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..





Wednesday, March 28, 2012

WW: MUNCIKARI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Google

Kasihan si ibu ayam yang tercemar nama kerana si MUNCIKARI.

Makna muncikari dari Glosari Mahkamah Syariah di SINI..



Friday, March 9, 2012

MAWADDAH WA RAHMAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang








Ps: Ibu titipkan entry Jumaat tanpa kata.. Sama-samalah kita renungi pengertian surah ar rum ayat 21.. Semoga memberi manfaat pada semua.


Monday, March 5, 2012

BAYANG BATANG DI BALIK KAIN..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini bukan entry lucah. Tidak sama sekali.. Namun 'batang' yang dimaksudkan memang 'batang' manusia. Kain yang dimaksudkan memang kain yang dipakai manusia.

Ibu berhajat buat entryni dari minggu lepas lagi. Tetapi tertangguh hingga kehari ini.. Itu pun setelah puas memikir tajuk yang sesuai. Dan akhirnya ibu pilih tajuk yang agak 'kontroversi'. Hahaha..

Tugasan ibu adakala memerlukan ibu melangut di hadapan tangga. Hah? Buat apa melangut? Hmmm, abaikan. Inilah tangganya..


 Ini tangga sebuah Mahkamah Majistret di dalam Negeri Selangor. Lokasi ibu rahsiakan lah ye..

Lama juga ibu duduk depan tangga ni sementara tunggu OKT sampai. Sempatlah melihat macam-macam gelagat manusia. Temasuklah 'bayang batang dibalik kain'. Hahaha.. Dapat tangkap tak apa yang ibu nak cerita?

Pada yang dapat tangkap tu jangan pula kata ibu nak mengarut pula. Ini entry berpesan-pesan okey. Ye lah, ibu Yusuf ni pun kadang-kadang malas juga nak pakai kain dalam (eiii.. terus terangnya dia..) kalau pakai kain yang tebal dan gelap.

Berbalik pada batang-batang yang ibu nampak tu.. Yang pakai baju kurung okey lah lagi. Yang pakai blaus? Paras pinggang je pulak tu. Ce bayangkan batang yang nampak dari pangkal mana ke mana?

Tahulah awak kerja kat mahkamah, pakai kain warna hitam. Tapi hitam tak mesti cover bayang cik kak oiiii. Aduh!! Malu ibu tau, dah la assistant ibu (lelaki) pun duduk sebelah ibu. Mesti dia pun nampak kan? Kan? Kan?

Firman Allah swt dalam Surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). 

Firman Allah swt lagi dalam Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. 

Jelas, hukum menutup aurat adalah WAJIB!!

Aurat tu maknanya keaiban. Kalau kita tak tutup aurat kita, maknanya kita mempamerkan keaiban kita.

Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menutup bukan sekadar membalut tubuh dari terzahir kulit, namun pakaian wajiblah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Ingat ye ibu Yusuf, baju awak tu pun dah ada yang ketat sebab awak tu dah gemuk sekarangni!!

Moralnya, sama-samalah kita semua istiqomah menutup aurat dan jangan lupa pakai kain dalam ye kawan-kawan. Sama-samalah kita lindungi apa-apa yang patut dilindungi.

 Ps: Sekadar berpesan-pesan ke arah kebaikan. Untuk diri sendiri terutamanya..




Sunday, February 19, 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 

 
TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
 
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

 Ps: Untuk renungan bersama.. Tidak kira bujang, baru berkahwin, atau dah lama kahwin. Ibu copy dari FB

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

 

Friday, February 17, 2012

PETA HIDUP


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..



Pic ni ibu snap di surau.. Sama-sama kita renungkan bersama..

Ps: Pernah dengar tak tentang Zalora?






Wednesday, February 8, 2012

HADIS PALSU: MENUNTUT ILMU WALAU KE NEGERI CHINA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sumber: Google

Hari ini ibu nak kongsikan sesuatu yang ibu ambil dari blog Worl Ad Dien (WADIe) dengan izin pemiliknya.. InsyaAllah, semoga aktiviti berblog kita bukan sekadar aktiviti kosong.. Sama-samalah juga kita isikannya dengan ilmu dan perkongsian yang positif.

HADIS MAUDHU' (PALSU): MENUNTUT ILMU WALAU KE NEGERI CHINA

Hadith Maudhu' (موضوع) bermakna hadith yang palsu, dibuat-buat atau direka-reka dengan sengaja atau bersebab. Hadith maudhu' direka dan kemudiannya dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana hadith sahih dan hasan yang benar. Ia tergolong dalam kelompok hadith-hadith yang dhoif dan menurut Ibn Solah, hadith maudhu' adalah dalam kategori hadith dhoif yang paling teruk sekali. ('Ulum al-Hadith).

Antara hadis yang dikategorikan dalam hadis maudhu' adalah:


اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China

Takhrij:

Hadith ini dinilai maudhu' oleh ramai muhaddith dalam kitab-kitab karangan mereka. Antaranya ialah:

1. Syeikh Al-'Ajluni dalam kitabnya Kashf al-Khafa'
2. Syeikh Ali al-Qari dalam kitabnya al-Maudhu'at al-Kabir.
3. Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuah.
4. Syeikh Al-Arraq al-Kanani dalam kitabnya Tanzih al-Syariah.
5. Syeikh Al-Jarrahi dalam kitabnya  Kashf al-Khafa'
6. Syeikh Bin Baz dalam kitabnya al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah

Hadith ini dinilai maudhu' kerana 'illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu. 

Huraian WADi:

Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan yang turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu' ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya. Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajib belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar. 

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):

"Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab" (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah)

Beberapa Hadith yang sahih berkenaan menuntut ilmu yang boleh digunapakai oleh kita adalah seperti berikut:


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلَّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah, Sahih)

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga (Riwayat Muslim, Sahih)

Nota ibu Yusuf:
Jelas, ilmu dan pengetahuan sangat penting dalam diri. Jika tidak, kita hanya akan jadi manusia yang mengikut-mengikut. Menyebut apa yang orang sebut. Adakalanya tidak sedar, yang disebut oleh ramai orang itu tidak semestinya betul..
Jujur, ibu Yusuf bukan bijak pandai dalam bidang hadis. Maka ibu sekadar, copy dan paste entry ini. Tiada ulasan sendiri..
Semoga apa yang dikongsikan di sini, memberi manfaat kepada orang lain. Sekiranya ada teguran atau pandangan boleh terus ajukan kepada WADIe ya..
Wassalam..



Thursday, January 26, 2012

9 TIPS UNTUK WANITA MELAYU TERAKHIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Harini ibu ke klinik gigi untuk dapatkan rawatan, rentetan kes yang ibu ceritakan di entry INI. Atas nasihat doktor, rawatan untuk gigi ibu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alang-alang dah sampai, ibu terus minta buat scaling atau cuci gigi..

Balik rumah, ingatkan nak syer dengan kawan-kawan tentang cuci gigi. Google punya google sampai ke blog  Dr Yuliana Ayob seorang Dental Surgeon.. Ibu sempat belek-belek beberapa entry dan tertarik dengan entry 9 Tips Untuk Perempuan Melayu Terakhir. Pucuk dicita ulam mendatang, dalam entry tersebut juga Dr Yuliana menggalakkan agar entry tersebut disebar-sebarkan..

Maka ibu Yusuf tangguh dulu entry cuci gigi, ibu kongsikan entry ini dulu di Jemari Asmara. Cuma tajuknya ibu ubah sikit.. Sikit je.. Terima kasih Dr.. :D


9 TIPS UNTUK WANITA MELAYU TERAKHIR
  • Tahan mulut daripada terbuka ketika menguap. Semasa tahan, kemungkinan hidung akan mengembang. Cubalah tahan hidung daripada mengembang. Jika tidak boleh, tutuplah hidung.
  • Elakkan ketawa terbahak-bahak. Ketawa tanpa suara didengar. Kadang-kadang tidak perlu membuka mulut terlalu besar, cukuplah senyuman sebagai tanda gembira. Itu lebih manis.
  • Berjalanlah lurus dengan postur tegak, tetapi tidak perlulah terlalu mendada. Kawal kaki supaya tidak kengkang, tidak juga ke dalam. Jalan pantas dengan penuh keyakinan.
  • Pakai tudung dan baju yang mempunyai keseragaman warna. Elakkan warna yang terlalu terang. Pakaian berwarna gelap dan kosong serta tidak terlalu banyak corak menzahirkan keeleganan seorang muslimah.
  • Berdiri dengan gaya yang sopan. Duduk dengan gaya yang sopan. Bagaimana? Jangan kelam kabut. Susun pergerakan. Lihat dan perhati di mana letaknya tangan, di mana letaknya kaki.
  • Sentiasa senyum. Apabila dipandang oleh sesama jantina, berikan senyuman disertai dengan anggukan, dan lebih cantik lagi disertai dengan ucapan salam. Untuk yang berlainan jantina, sila tundukkan pandangan. Tetapi untuk majlis yang tertentu, adakalanya anda perlu bertindak profesional, tetapi masih meminimumkan pergaulan dengan mereka.
  • Pastikan setiap hari anda memakai pakaian yang baru. Jangan mengulang pakaian minggu lepas ke hari ini. Tukar sarung kaki setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar sarung tangan setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar anak tudung setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar baju luar dan dalam setiap hari. Pastikan yang baru. Walaupun anda memakai pakaian tersebut hanya untuk 30 minit. Sama jugalah dengan tudung yang anda pakai. Elakkan mengulang-ulang. Kekadang tidak perlukan minyak wangi, baju yang baru memberi bau haruman kepada orang di sekitar anda.
  • Pastikan anda membawa cermin muka ke mana sahaja anda pergi. Selepas makan, pastikan tiada sisa makanan melekat pada gigi. itulah fungsinya cermin muka. Lihat juga ketika bila-bila masa yang anda rasa perlu. Contohnya di awal pagi ketika sampai di tempat kerja. Mungkin anda tidak perasan ada sesuatu di muka yang boleh memalukan anda.
  • Bercakap dengan nada yang lembut. Tidak perlu terlalu lembut. Tidak perlu pula terlalu membesarkan suara sehingga semua orang boleh kenal suara anda sejauh 1000 meter.

Sunday, December 25, 2011

Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Bukan Islam


Assalamualaikum wbt..

Hari ini 25 Disember 2011, sambutan Krismas yang disambut oleh orang bukan Islam. Sana sini kedengaran ucapan Merry Christmas, samada ditelevisyen, radio, akhbar, mahupun melalui entry-entry catatan orang Islam sendiri.

Persoalannya di sini, apakah hukum mengucapkan selamat kepada upacara keagamaan?

Jika kita merujuk kepada sumber-sumber diinternet sendiri banyak sungguh versi pandangan. Ada yang kata haram dan ada yang kata harus. Ibu cadangkan, jika kawan-kawan baca tulisan berkaitan, silalah baca hingga habis. Jangan baca separuh-separuh. Sebab, dalam penulisan ada yang merujuk kedua-dua pandangan, kemudian baru dirumuskan. Takut-takut kita terbaca pandangan yang salah dan merumuskan sebagai satu hukum yang boleh dipegang.

Salah satu artikel yang kawan-kawan boleh baca adalah Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian dari blog WADi. Tapi awas, sila baca habis entry tersebut, jika tidak anda akan terambil pula pandangan Astora Jabat.

Banyak sebenarnya tulisan-tulisan yang membincangkan tentangnya. Ada tulisan yang jelas-jelas menerima komentar yang pelbagai. Contohnya artikel INI.

Ada juga catatan yang mengelirukan. Contohnya pengertian Krismas dari Wikipedia. Pada awal penjelasan wikipedia menafsirkan tentang Krismas yang adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Jelas di situ bahawa sambutan Krismas berasal dari sambutan keagamaan. Tetapi di hujung artikrl disebut; Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan. Hmmm.. dah jadi kebudayaan la pulak.

 Apapun sahabat-sahabat, sila rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang ilmu agama dan hukum hakam. Secara peribadi setelah merujuk kepada sumber-sumber tertentu, ibu ada jawapan sendiri. Ibu tak akan wish perayaan yang berbentuk keagamaan.

 Anda bagaimana?

Ps: Tak suka iklan Nokia tu. Walaupun tak sebut tentang hadiah untuk krismas, tapi gambar kotak hadiah tu ada kepala Santa Claus. Tak suka lah...




Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Kanak-Kanak Tidak Dibenarkan Melawat Pesakit Di Wad?


Assalamualaikum wbt..

Hari Ahad lepas, sebelum ayah balik kampung ambik abah ibu.. ayah ajak kami anakberanak ziarah anak saudaranya yang berada di Hospital Ampang kerana kemalangan. Sama seperti Hospital Sungai Buloh, kanak-kanak juga tidak dibenarkan masuk untuk melawat pesakit di wad.

Seperti yang berlaku di Sungai Buloh, ibu akur sahaja walaupun ada rasa sedikit tak puas hati. Tapi ada beberapa pelawat yang tak puas hati dan meluah perasaan.. Ibu pasang telinga je. Ada yang membebel sendiri, ada yang sampai nak cari tempat mengadu untuk buat aduan, ada yang tumpangkan anak duduk di kaunter pengawal, macam-macam ragamlah.. Hehe..

Ibu nak kongsikan di sini, satu komen masa ibu buat n3 Wad @ Hospital Sungai Buloh: Kanak-kanak Tak Boleh Masuk. Ibu rasa komenni memberi jawapan kepada soalan; Mengapa kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit di wad..


Terima kasih Pjah.. Pjah seoarang gadis berkerjaya yang ada kaitan dengan hospital Nak kenal lebih dengan dia, silalah terjah blog dia.. Cuma ibu tengok di blogger profile dia tak tukar lagi status pelajar lagi.

Ps: Ibu pun tak pasti adakah semua hospital tak benar kanak-kanak ziarah pesakit di wad? Siapa-siapa yang tahu syer maklumat dengan ibu ya.. T kasih.. :D


Tuesday, November 1, 2011

Hukum Pakai Inner Jika.....


Assalamualaikum wbt..



Ini ibu copy dari Blog Ummu Ammar.. 

Ps: Ibu suka intai dan baca blog UA. Banyak ilmu di situ..

Wednesday, October 19, 2011

Kelazatan Dunia

Assalamualaikum wbt..

Untuk renungan bersama..

Sebagai seorang ibu yang masih membawa anak-anak ke situ, ibu terasa malu bila melihat banner di atas.. Banner yang sudah lama tercipta, namun hanya dipandang dengan mata zahir..

Makanan itu halal..

Namun dikatakan penyumbang kepada MUSUH KITA di negara sana..

"Pejamkan mata kita semua, mari merenung dengan mata hati.. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.."

Tepuk Dada Tanya Selera

Wallahua'alam..

Saturday, October 15, 2011

Mendidik Anak Memilih Makanan

Assalamualaikum wbt..

Salam petang Sabtu buat teman-teman yang berziarah ke Jemari Asmara. Ibu baru balik kerja.. Terus terkam lappy. Maryam yang ikut ibu buat outreach tadi tergolek keletihan depan tv. Yusuf yang baru balik kelas mental arithmetik, ibu bagi can main game. Ayah? Ayah tengah masak di dapur.. (Bertuah punya isteri!!) Sekali sekala je.. :D

Setuju tak, kalau ibu katakan kita semua sedang menghadapi cabaran untuk memasikan anak-anak memilih makanan yang tepat. Bercakap tentang makanan, banyak cabangnya. Samada tentang khasiat, kebersihan mahupun halal haram. Di hadapan kita mungkin kita dapat membantu untuk memberi panduan. Namun jika bukan di hadapan kita?

Kita kecilkan topik.. ibu ambil isu 'jajan'. Kebanyakan kanak-kanak suka jajan. Jika tidak suka sekalipun, mereka sering disogokkan dengan jajan-jajan percuma. Lihat sahaja di taska-taska, tadika-tadika dan sekolah-sekolah. Ibu kira sangat kerap mereka mendapat jajan-jajan yang 'disumbangkan' sendiri oleh ibu bapa terutama ketika menyambut harijadi anak masing-masing.

Jajan dan khasiat, tak perlu dikupas.Memang tak berkhasiat pun. Kita kecilkan lagi skop, tentang isu tanda halal. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya peka dengan status jajan yang anak kita makan dan JAJAN YANG NAK BAGI ANAK ORANG LAIN MAKAN. Tolonglah!!

Semalam Maryam Nabihah balik tunjuk pada ibu jajan yang dia dapat dari kawannya. Owh ya.. Ibubapa anak-anak Genius Aulad adalah pembekal jajan terbesar dalam hidup Maryam sejak sekolah. Boleh dikatakan, ada aje jajan yang di bawa balik. Ada aje anak-anak yang sambut hari lahir.

Kita lihat jajan ini..


 Pandangan hadapan..


 Pandangan sisi..


 Pandangan belakang..


Isi dalam..

Berikut adalah perbualan di antara ibu dan Maryam;

Maryam: Ibu, kawan adik bagi (sambil tunjuk pada ibu)

Ibu: Ada tanda halal tak?

Maryam: (Belek-belek bungkusan) Tak ada la ibu..

Ibu: Boleh makan tak?

Maryam: Tak boleh.. (terus masuk dalam tong sampah) - malam sikit ibu kutip balik sebab nak ambik gambar..

**************************

Ibu adalah seorang ibu yang tak berapa rigit sebenarnya dalam bab memilih makanan. Kami makan apa yang mahu tanpa menyekat selera anak-anak. TAPI, ibu sangat tegas dalam menekankan isu tanda HALAL.

Mendidik Maryam dan menekankannya dengan isu TANDA HALAL sangat sukar sebenarnya. Dari kecil dia sangat obses dengan jajan. Berbeza dengan abangnya yang 'tak heran/ tak suka' dengan jajan. Salah kami, kerana membiarkannya mengenal makanan ringan. Pada masa itu kami yang memilihnya untuknya, tanpa terjangkau suatu hari nanti dia akan memilih sendiri, bersekolah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.

KEPADA ANDA YANG DILUAR SANA, YANG PUNYA ANAK MASIH KECIL, JANGAN ULANGI KESILAPAN KAMI!!

Ibu pernah 'bergaduh' dengan Maryam di kedai gara-gara bertegas tidak mahu belikan dia ROCKY dan Coki-Coki. Menangis-nagis dia kerana nak juga dan ibu hanya buat hati kering..

Alhamdulillah, ketegasan ibu akhirnya memberikan dia kefahaman setelah dia berumur 4 tahun. Tadi, balik dari kerja dia ajak ibu pergi kedai. Beberapa gula-gula pilihannya ibu reject kerana tiada tanda halal. Alhamdulillah, dia okey-okey sahaja.Malah dia kata; "Ooo, kalau tak ada tanda halal tak boleh makan kan ibu?"

Selagi anak-anak di hadapan ibu, ibu akan terus berjuang. Ibu titipkan nasihat dan panduan apa yang boleh dipilih dan apa yang tak boleh. Seterusnya, doa ibu sentiasa mengiringi mereka agar mereka bijak memilih..

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan bersama!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...