• Februari 2026
    I S R K J S A
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    232425262728  
  • Blog Stats

    • 1,638 kemasukan
  • Top Clicks

    • Tiada
  • Al-Quran.

    "Bacalah dengan nama tuhanmu(Allah)"
  • Kiriman Terbaru

Cuti yang pendek…

[artikel ini saya amik dari artikel saya di kibotnmos.com]
Salam 1Malaysia kepada semua pengodek diluar sana. Harap semua sihat hendaknya. Kalau rasa macam nak pengsan ke, rasa loya loya tekak ke [kalau perempuan, kene segera jumpa dr ni…heheh bagi yang berkahwin]atau rasa macam penat je, segera berjumpa dengan doktor tau. Mana tahu ada penyakit menyerang kita. Apa apa pun UJ doakan semua pembaca sihat sejahtera.

Cuti… Cuti… Cuti…

Kali ni UJ just nak bercerita perihal cuti UJ yang tersangatlah pendek iaitu sekitar 10 hari sahaja. Tersangatlah boring dan tidak tahu apa yang dilakukan dalam masa 10 hari ini [sebenarnya da tinggal 5 hari jer.] UJ ingat nak pergi berjalan jalan disekitar Shah Alam tu tapi malangnya tiada siapa nak temankan UJ. Lagi satu perancangan UJ ialah nak pergi ke tempat yang dikenali sebagai i-city. bagi mereka yang tahu baguslah, dan yang tak tahu, i-city ada sebuah tempat yang dibangunkan di Shah Alam untuk menjadikan tempat itu mempunyai teknologi yang tinggi dan macam macam lagi la. Dekat sana juga ada lanskap yang menarik iaitu hiasan pokok pokok yang diperbuat daripada led. Sangat menarik hiasannya apabila dilihat pada waktu malam. Mesti happeningkan!!!…

Apa apa pun mungkin perancangan UJ masa cuti pendek ini ialah:

1. Mungkin pergi ke i-city

2. Pergi litar sepang, nak tengok Shell Eco-Marathon.

3. Berjalan jalan di Lowyat plaza untuk melihat produk terbaru

Rasanya itu jelah yang UJ boleh buat dalam masa cuti yang pendek ini. Oleh kerana cuti yang pendek dan takde apa yang nak dibuat, jadi UJ seekor panda berehat rehat dirumah…heheheh (.^_^.)…

akhirnya

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Diharap sihatlah hendaknya yer. Kalau sakit, bersegera ketemu doktor. Takut terkena H1N1. Ingat virus tu belum sampai ke pehujungnya lagi.

Apa yang akhir? Benda yang akhir tu bukan las penamat ye. Tapi keinginan penulis hendak membuat laman web mengunakan domain penulis sendiri. Alhamdulillah, dengan RM 50, cukup untuk penulis buat laman web sendiri. Penyedia perkhidmatan hosting itu adalah 3uhosting. Laman baru tu lebih kepada blog, review dan sebagainya seperti yang penulis cakap sebelum ini.

Test Sudah Berakhir.
Pagi tadi, penulis baru saje menjalankan tanggungjawab menjawab test 2 untuk subjek Dynamics. Boleh pulak terlupa kaedah menjawab. Tapi penulis dapat menjawab soalan lain dengan menggunakan kaedah penulis yang lebih panjang padahal kalau tengok dalam buku pendek je jawapannya. Apa pun penulis harapkan jawapan itu betul.

Final Belum Berakhir
Final pulak akan berlangsung pada 28 dan 29 jun ini. Untuk final heat transfer, penulis akan memdudukinya pada petang hari dari 2.30 petang hingga ke jam 5.30 petang.(Jadual berubah sebab banyak bertindih….hehehehe) manakala Dynamics pulak akan dijawab penulis pada esok harinya yakni 29 jun pada pukul 9 pagi.

PEC
Apa itu PEC? PEC adalah singkatan Perodua Eco Challenge yang dianjurkan oleh Perodua untuk memaksimumkan penggunaan minyak pada produk Perodua… Takkan kereta Proton pulak…. hehehehe
Tahun lepas, UMP berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori manual. Tahun ini, UMP menyertai dalam bahagian Automatik dan kereta yang diberikan oleh Perodua ialah Viva. Tarikh pertandingan ini ialah pada 26/6/2010 bertempat di Melaka. Penulis menyertai rombongan ini dan akan berkunjung ke Melaka nanti walaupun lusanya akan menghadapi final…heheheh Hilangkan tension…

Oklah cukup je sampai situ. Apa apa update terbaru akan penulis tulis disini dan apabila web penulis yang utama tu dah settle, baru semua update akan kesana. Yang kat sini penulis hanya akan update 2 kali seminggu…

p/s: Proton bila nak ikot jejak langkah Perodua???

Dah nak habis short sem

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Harap semua sihatlah hendaknya….

Huh, setelah 6 minggu, semester pendek sudah sampai ke penghujungnya. Minggu ni adalah minggu ke 7 dari 8 minggu semester pendek. Minggu depan dah nak final dah. Buat pertama kali dan terakhinya, penulis mengambil 2 subjek yang bukan failpun, cuma dapat C- untuk dibaiki gred kepada yang lebih baik. Inilah kesenangan dan kesusahan mengambil semester pendek, yang senang, subjek tu da belajar. Yang susahnya, masa tu pendek sangat.

Oklah takde apa pon nak dibicarakan pada entry kali ini, cuma penulis nak bagi tahu beberapa perkara yang mungkin akan dibuat dalam beberapa hari ini.

Antara perkara perkara tersebut ialah:

1. penulis nak beli webhosting baru, nak buat laman web baru.
2.di laman web baru tu, penulis nak letak info yang pelbagai dari rebiu(reviews) produk yang penulis pakai dan akan pakai.
3.kat sana juga, penulis akan buat cerpen/novel(penulis da lama buat novel… cuma ceritanya tak siap2 pon…)
4. wordpress ni penulis akan update maybe 2-3 kali seminggu. kat web baru tu kalau boleh hari2 penulis update.
5. dan lagi satu, pasal revies tu mungkin penulis akan ambil reviews english dan penulis terjemahkan menurut kefahaman penulis. penulis nak jadi penterjemahlah lebih kurang…

ok itu jelah celoteh penulis hari ini. sekian… Assalamualaikum…

p/s: penulis tak tahu letak nama apa… ingat nak letak nama mesintaipelektrik, macam panjang plak… kalau mesintaip jer ok tak???…

Selamat Hari Bapa

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana… Moga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

20 Jun 2010, hari ahad minggu ketiga merupakan hari bapa untuk negara kita ini, Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai bapa atau ayah atau abi atau daddy atau papa dan sebagainya gelaran kepada sisuami, maka kita sebagai anak haruslah mengucapkan selamat kepada mereka. Tapi janganlah hanya hari tu je tunjuk kasih sayang. Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengasihani orang tua kita setiap hari. Mungkin pada hari ini kita boleh melebihkan kasih sayang kita dengan bawa mereka berjalan jalan ke, bagi hadiah ke dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Bagi yang sudah kehilangan permata hati mereka, mungkin apa yang boleh kita lakukan dengan memberikan mereka Al-Fatihah dan doa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah sehingga kiamat kelak.

Penulis juga sudah kehilangan ayah 3 tahun lalu. Bulan lapan ni genap 3 tahun. Penulis sangat sedih sebenarnya semasa beliau pergi kerana tak dapat menunaikan apa yang dia minta. Tapi penulis berasa hatinya gembira melihat seorang anaknya berjaya ke universiti, dan ini menyebabkan penulis terasa terkilan sebab beliau tidak sempat melihat penulis bergraduat. Apa boleh buat, ketentuan Ilahi, kita hamba hanya mampu merancang, tetapi perancang yang sempurna hanyalah Allah azza wa jalla.

Dikesempatan ini, penulis akan menukilkan satu puisi untuk bapa penulis yang penulis rindui…

Tajuk: Kau permata hatiku.

Abah,
3 tahun sudah kau pergi,
menyambut seruan Ilahi,
ketika aku berada lebih kurang sebulan setengah
di alam universiti.

Abah,
semasa abah pergi,
adik menangis tiga hari,
masa tu, adik hanya tahu menangis,
lepas menangis adik tidur,
bangun tidur adik menangis lagi,
emak sahaja yang menguatkan hati adik,
dengan anak abah yang lain.

Abah,
adik rindu dengan abah,
kadang kadang, bila adik pandang printer,
adik teringat surat-surat yang abah suruh adik taip,
masa tu kadang kadang adik rasa bosan,
tapi adik buat sebab itu tanggungjawab adik,
berbakti kepada orang tua.

Abah,
adik tak banyak belajar dari abah,
abang dan kakak juga yang banyak belajar,
ilmu pendawaian, bina rumah,
semua tu abah turunkan kat abang dan kakak,
kat adik rasa sikit sangat,
tapi adik ingat abah kata,
adik boleh belajar benda tu lain kali,
adik kena ikut apa cita cita adik.

Abah,
adik rindu abah,
abah permata hati adik,
emak pun juga permata hati adik,
adik harap abah maafkan adik
kalau adik ada buat salah,
sebab tahun tu,
raya bukan lagi dengan abah,
abah… Adik sayang abah…
(dicipta 4.00 pagi, 21/6/2010)

sekian sahaja coretan saya dipagi ini… sekian terima kasih…

Kasih Ibu

Salam 1Malaysia kepada pembaca diluar sana. Semoga anda berada didalam lingkungan penjagaan Allah SWT samada secara rohani mahupun jasmani. Sekarang H1N1 gelombang kedua… jadi berhati hati bila berada diluar.

lama gak tak tulis blog ni… dekat 3 bulan lebih…hahahah dulu beria2 cakap nak menulis seminggu sekali…habuk … satu pe pun takde..eheheheh malas sebab pergi pekan…huhuh

Kasih ibu…

Orang kata kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa pula sepanjang hayat… Pernah kita terfikir tak ungkapan tu? Mesti ada sekalikan. memang benar, kasih ibu dalam membesarkan kita memang tidak terbalas. Lihat sahaja pada waktu kita malam, menangis inginkan susu, maka ibulah yang berjaga memberikan kita sedikit susu badanya tak pun susu dalam tin.hehehe seterusnya dalamnya kasih sayang mereka memberi kita makan, menyuapkan nasi kepada kita dan sebagainya… Secara kasarnya, semua itu adalah syurga duniawi kita….Ibu mengorbankan dirinya untuk kita.

kasih bapa pula sepanjang hayat… Kita lihat sahaja pada siapa kita mintak duit belanja. Pasti insan bernama bapakan…kalau ikutkan mereka ini memang tak pernah melupakan langsung permintaan anak mereka. Jika benda itu sukar pun pasti akan dicarinya…

haish, kenapa becerita perihal ibu bapa ni?? takdela cuma teringat plak diriku kepada ibu dan arwah ayah…. kasih emak yang beri kepada diriku amat banyak. Kalau dihitungkan memang tidak dapat terlihat dan terfikir. kasih abah pula memang mencukupi pada diriku. Pernah diriku merasai dia berusaha mencari apa yang diriku inginkan. diri ni harap dia bahagia melihat diriku masuk Universiti. Anak2 dia yang lain semua tak dapat pergi ke universiti… Anak bongsu ni la yang dapat masuk universiti.

oklah… malas nak cerita panjang… nanti2 lah sambung balik…

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan