Memaparkan catatan dengan label Liga Super. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liga Super. Papar semua catatan

19 Jul 2012

Final Play off Liga Super 2012 : Kedah vs Pahang

Venue : Stadium Hang Jebat,Melaka
Hari :Khamis
Tarikh : 19 Julai 2012
Masa : 8.45 malam

Live : Astro Arena 801

*Pasukan manakah pilihan anda bakal merebut slot terakhir ke Liga Super ini?

12 Okt 2011

Chikondi Mplula wakili Kelantan musim depan?

Chikondi Mplula dikhabarkan telah menarik perhatian KAFA dengan aksi pertama beliau ketika perlawanan persahabatan menentang Songkla FC.Beliau adalah penjaring tunggal ketika Kelantan kalah kepada Songkla 3-1.

16 Feb 2011

Peminat kecewa tiada siaran langsung bola sepak Liga Malaysia

SAYA ingin menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), RTM dan Astro Arena penaja utama Liga Malaysia 2011 selepas Telekom Malaysia (TM) tidak lagi mempunyai hak sebagai penaja.

Saya amat dukacita kerana sudah tiada lagi siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Super 2011 di TV1. Cuma perlawanan Piala Sumbangsih Astro Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari lalu perlawanan antara Selangor dan Kelantan saja yang disiarkan secara langsung di TV1Untuk makluman pihak terbabit bukan semua penduduk Malaysia mampu untuk melanggan siaran berbayar Astro. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku ke atas sukan nombor satu negara ini.

Seharusnya pihak penaja berkompromi dengan mana-mana stesen televisyen tidak berbayar untuk berkongsi menyiarkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia, terutama sekali TV1 yang mempunyai liputan meluas, walaupun di mana saja penduduk akan mendapat siarannya dengan baik dan jelas.

Janganlah memikirkan keuntungan semata-mata, jagalah perasaan peminat bola sepak tempatan yang tidak mampu untuk melanggan Astro.


Selepas memasuki minggu keempat berlangsungnya Liga Malaysia, masih tiada siaran secara langsung di TV1.

Kami peminat bola sepak tempatan berasa hampa apabila setiap Sabtu tiada lagi siaran langsung bola sepak Liga Malaysia.
Kami berharap pihak terbabit mencari jalan terbaik bagi penyelesaian dan bertolak ansur dalam perkara ini bagi membolehkan kami sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan kembali menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2011 pada setiap hujung minggu secara langsung.


Diharap pihak terbabit, usahlah terlalu memikirkan keuntungan dan mengorbankan minat rakyat kepada bola sepak. Sebab setiap sen yang dikeluarkan akan membabitkan perbelanjaan keluarga, fikirkanlah.

RAMLAN YUSUF,
Teluk Intan, Perak.


Artikel ini diambil dari surat yang dikirimkan kepada berita harian

2 Feb 2011

Percaturan Karathu tak menjadi

Entah dimana silapnya pencaturan jurulatih Datuk M.Karathu serba tidak menjadi semalam.Keputusan seri semalam memaksa Karathu memikirkan samaada percaturan beliau boleh membawa kejayaan kepada pasukan atau sebaliknya.

Penyokong-penyokong Kelantan seolah-olah dihidangkan dengan persembahan longlai dari pemain-pemain yang dilihat seakan-akan tidak bersemangat untuk bermain.Keadaan cukup berbeza ketika bertemu Selangor tempohari yang menyaksikan Kelantan benar-benar bernafsu untuk merobek gawang lawan.

Aksi longlai yang ditunjukkan oleh pemain tengah Kelantan Shakir yang dilihat tidak konsisten dan memaksa Karathu membuat pertukaran dengan memasukkan Khairan Eroza.Danial Fadly juga kurang berkesan semalam dan bermain sekadar tangkap muat sahaja(pinjam kata-kata penyokong Selangor yang mengatakan Kelantan mengambil jurulatih tangkap muat sahaja).

Manakala K.Soley dilihat hanya berlari-lari sahaja diatas padang,beliau seolah-olah buntu untuk bermain dengan corak yang diterapkan oleh Karathu.Karathu hanya meletakkan NorShahrul dihadapan sedangkan beliau sudah dirantai oleh Marzuki Yusof yang cukup agresif mengawalnya.

Perlawanan semalam juga menyaksikan bahagian tengah Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh pemain Terengganu dan mereka cepat menyelinap masuk ke kawasan Kelantan.Ternyata pemain-pemain Kelantan gagal menyaingi kepantasan pemain-pemain Terengganu.

Mujurlah gol dari Badri Radzi pada minit ke-34 perlawanan merubah corak Kelantan yang dilihat lebih agresif menyerang,itupun kerana pemain Terengganu sudah hilang fokus kerana gol tersebut.Gol tersebut hasil lambungan penyerang licik Kelantan Nurul Azwan Roya yang melambung tinggi melepasi jankauan penjaga gol Terengganu Sarbinee Alawi dan disudahi oleh Piya yang tidak dikawal.

Separuh masa kedua menyaksikan Terennganu kembali memperkemaskan rentak permainan dan pada minit ke-58 Khairul Fahmi berjaya menagkap kemas percubaan pemain Terengganu.Gol penyamaan Terennganu akhirnya muncul juga apabila ketua pasukan mereka,Marzuki Yusof menanduk masuk kepenjuru kanan gol Kelantan menewaskan Khairul Fahmi hasil sepakan sudut Joseph Kalang.

Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan gawang Kelantan pada minit ke-75 apabila berdepan satu lawan satu dengan pemain Terengganu yang sudah menewaskan pertahanan Kelantan merebahkan badan,mujurlah bola terkena sedikit kakinya dan berjaya dikeluarkan pertahanan.

Perlawanan semalam juga menyaksikan pertahanan Kelantan beraksi cemerlang dan banyak menyelematkan gawang Kelantan dari dibolosi pemain Terengganu yang ditunjanggi Joseph Kalang dan Ashaari.

KAFA perlu mencari punca sebenar mengapa pemain-pemain beraksi hambar serta gagal menyaingi pemain-pemain Terengganu semalam...Persoalanya adakah M.Karathu mampu mencorak pasukan Kelantan dan bersaing dengan pasukan lain dalam kempen liga super tahun ini.Cakap-cakap sudah kedengaran bahawa pemain-pemain kurang  menyenangi taktikal lapuk dari jurulatih baru itu...

Credit : Daudsu,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Khairul Fahmi

3 Okt 2010

Sanggupkah Bayar Gaji Pemain Import - Ghani Minhat

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cadangan supaya pemain import dibenarkan bermain semula pada saingan Liga Malaysia pada musim 2012 mendapat reaksi berbeza dari kalangan bekas pemain dan jurulatih.

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat berpendapat kemasukan pemain import dalam masa dua hingga tiga tahun ini tidak akan banyak membantu kepada usaha pembangunan bola sepak tempatan.

"Kenyataan saya ini bukan bermaksud untuk tidak bersetuju dengan cadangan itu tetapi banyak perkara seperti masalah kewangan yang sekian lama membelenggu pasukan bola sepak tempatan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perkara ini dilaksanakan," katanya.

Beliau mengulas cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya khidmat pemain import dibenarkan semula setelah disekat pada 2009.

Namun cadangan ini akan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Eksekutif FAM Isnin ini.

Menurut Abdul Ghani, beliau tidak pasti bagaimana pasukan negeri dan kelab akan membayar gaji pemain import sedangkan gaji pemain tempatan yang lebih rendah pun gagal dibayar.

Katanya kehadiran pemain import juga boleh membunuh peluang bakat tempatan menonjolkan kemampuan.

"Apabila pemain import dibayar gaji tinggi, sudah tentu pasukan yang menjadi majikan mereka ingin melihat hasil daripada pelaburan tersebut. Akhirnya anak tempatan akan dipinggirkan dan tidak diberikan peluang untuk beraksi sebagai pemain hadapan dalam barisan utama seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

"Kita tidak mahu bersorak untuk meraikan kemenangan hasil jaringan pemain import," tambahnya.

Namun jurulatih Pahang, Dollah Salleh menanti-nantikan kemunculan pemain import.

"Ketiadaan pemain import telah menyebabkan stadium menjadi lesu setiap kali perlawanan Liga M berlangsung kerana penonton lebih berminat untuk melihat kepantasan gerak pemain import yang lebih lincah beraksi.

"Keputusan untuk membenarkan kembali pemain import beraksi perlu disegerakan oleh FAM jika mereka ingin menarik kembali minat penonton kembali memenuhi stadium," katanya.

Dollah berkata pemain tempatan perlu berfikir lebih positif dan matang jika mereka benar-benar ingin mencapai tahap sebagai pemain bertaraf profesional.

Kehadiran pemain import tidak menyekat peluang pemain tempatan sebaliknya ia perlu dijadikan sebagai cabaran oleh pemain tempatan untuk bersaing dengan pemin import, katanya.

"Tetapi syaratnya, pemain import yang diambil perlu benar-benar berkualiti," kata beliau.

-- BERNAMA

29 Ogo 2010

K.Soley milik Kelantan..The Red Warriors terus mendahului..

Kelantan terus memperkuatkan barisan pemain bagi menghadapi musim baru liga Super Tahun depan dan terbaru telah mendapatkan pemain lincah dari Perlis iaitu K.Soley.

Soley yang ditemui baru-baru ini semasa datang menandatangani kontrak untuk bermain dengan Kelantan berasa begitu teruja untuk bermain dengan Kelantan dan 'terpaksa' menolak tawaran lumayan dari salah sebuah negeri Pantai Timur yang begitu beria-ia ingin mendapatkan khidmat beliau.

Selepas K.Soley berjaya diikat pasukan Kelantan, mungkin dua lagi pemain dari utara bakal menyarung jersi Kelantan bagi memperkuatkan cabaran pasukan bagi menghadapi kempen liga super tahun depan dan ternyata KAFA begitu bersungguh-sungguh ingin memastikan Kelantan berjaya merangkul tiga piala.

Kelantan juga berminat untuk mendapatkan pemain kelahiran Kelantan yang sekarang bermain di selatan tanahair tetapi pemain tersebut enggan bermain untuk Kelantan atas sebab-sebab tertentu dan memilih seteru utama Kelantan bagi menghabiskan sisa-sisa kerjaya beliau dalam arena bolasepak ini.

Apa yang diharapkan dengan kemasukan pemain-pemain luar dapat memperkuatkan pasukan Kelantan bagi menghadapi musim hadapan dan dalam pemilihan pemain-pemain yang diambil seharusnya pemain kelahiran Kelantan tidak dipinggirkan dan perlu diutamakan oleh pengurusan tertinggi KAFA.

P/S : Mana nak cari pasukan yang boleh bayar gaji pemain yang tidak boleh beraksi untuk pasukan...

15 Ogo 2010

ISN pantau Liga Super

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) akan membentuk sebuah pasukan khas bagi memantau setiap perlawanan bola sepak Liga Super pada musim depan.


Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, unit tersebut akan mengkaji pengaturan dan pengurusan perlawanan bagi semua pasukan yang bersaingan dalam liga itu.

"Hasil daripada kajian itu kemudian akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk diguna pakai," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kaedah yang digunakan adalah dengan cara merakam setiap perlawanan dengan mengunakan kamera video yang diletakan pada setiap penjuru padang.

"Hasil rakaman akan diproses mengunakan perisian khas dan ia mempunyai keupayaan untuk menilai sesuatu perlawanan," katanya lagi.

Dr. Ramlan berkata, dengan menggunakan kaedah sains sukan, jurulatih dapat menilai dan melihat secara teliti apa yang berlaku di padang.

Kaedah tersebut katanya telah digunakan oleh pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lepas dan ia membantu skuad negara meraih pingat emas pada Sukan SEA di Laos 2009. - Bernama

P/s : Harap-harap cadangan ini dapat membantu meningkatkan mutu pemain-pemain serta mutu pengadilan yang dilihat kurang tepat dan berat sebela..kitaa tungguuuuu

28 Apr 2010

Sukarnya tanpa Awang import

PETALING JAYA - ''Skuad Selangor sukar bersaing dalam Piala AFC tanpa adanya pemain import.''
Itu luahan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelang pertemuan dengan Sriwijaya hari ini.

Tanpa mahu berselindung, beliau berkata, Selangor sudah cuba memberikan tentangan terbaik sepanjang beraksi dalam Kumpulan F.

Namun, hanya satu kemenangan sahaja yang berjaya dihasilkan dalam lima perlawanan oleh skuad Merah Kuning.

''Sebenarnya kedudukan yang dicapai oleh Selangor pada kempen Piala AFC sudah diagak kerana tanpa pemain import, kami sukar menyaingi kehebatan pasukan Sriwijaya dan Becamex Binh Duoang FC.
''Bukan saya mencari alasan ekoran kekalahan besar Selangor 0-4, kepada Becamex baru-baru ini tetapi kita tidak boleh menafikan kehadiran pemain import akan memberikan kesan kepada kekuatan pasukan,'' katanya di Wisma FAS.
Sambil memberikan rekod pencapaian Selangor dalam Piala AFC pada tahun 2006, Hamidin menegaskan, Selangor mampu mara ke peringkat suku akhir pada waktu itu kerana dibantu 'Awang' import.

''Namun, ia berbeza dengan waktu sekarang kerana kita terpaksa menggunakan pemain tempatan 100 peratus dan kami gagal melangkah ke pusingan seterusnya,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat membawa perkara itu ke Majlis Tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

''Perlu diingat, larangan menggunakan pemain import adalah keputusan yang diterima secara majoriti dalam majlis tertinggi dan kita harus menghormatinya,'' katanya.

Sementara itu, menjelang pertemuan dengan Sriwijaya, Devan memberitahu, beliau tetap mahu menurunkan barisan terbaik dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam Piala AFC.

''Walaupun menyedari kami sudah terkeluar daripada persaingan, itu tidak bermakna kita akan mengambil mudah dalam perlawanan hari ini.

''Dijangka khidmat penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad dapat diturunkan selepas berehat panjang namun kapten, Amri Yahyah masih cedera sementara Khairul Anuar Baharom pula menghadapi penggantungan perlawanan,'' jelasnya.

Bagi jurulatih Sriwijaya, Rahmat Dermawan, dia tetap menghormati pasukan Selangor yang disifatkannya agak kuat jika beraksi di Stadium Shah Alam.

''Kami tidak akan bermain secara lewa kerana mahu kekal di tangga teratas kumpulan tetapi jika seri atau menang tipis 1-0, itu pun sudah mencukupi,'' katanya.

Oleh Muhammad Dayne Azmin
dayne.ghazali@utusan.com.my

*Kelmarin Wan Jamak angkat bendera putih tak mahu bersaing dalam Piala AFC,Hari ini orang kuat pasukan Selangor pulak...Nampak gaya FAM kena fikir balik pasal pemain import ni

22 Apr 2010

Kelantan dapat semangat baru

DUA kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan juara Piala FA, Negeri Sembilan minggu lalu seakan-akan memberi 'angin' baru kepada Kelantan yang kini melonjak ke tangga ketiga Liga Super.
Malam kelmarin, Kuala Lumpur menjadi mangsa aksi bertenaga sang Kijang yang berjaya membenam cabaran anak-anak buah Razif Ismail 3-0.
Turun sebagai pasukan pilihan, Kelantan tidak mempunyai banyak masalah untuk mengatasi skuad warga kota itu yang nyata masih mentah dan kurang berpengalaman.
Bagi pengendali Kelantan, B.Sathianathan, anak-anak buahnya beraksi mengikut apa yang telah dirancang dan kemenangan itu menambahkan lagi semangat mereka untuk mengharungi baki saingan Liga Super.
Katanya, aksi malam kelmarin sepatutnya mampu memberikan Kelantan lebih banyak gol tetapi kegopohan para pemainnya menyaksikan mereka sekadar berpuas hati dengan jaringan tiga gol.
"Saya sudah menjangkakan kemenangan tersebut dan apa yang membuatkan saya gembira apabila para pemain sudah mula menunjukkan peningkatan. Mereka punya hasrat untuk jadi juara dan semalam mereka buktikan.
"Mungkin kita mampu dapat lebih dari tiga gol malam tadi (kelmarin) tetapi inilah bola sepak, tidak semua peluang yang ada mampu disempurnakan.
"Pasukan yang baik pasti akan sempurnakan banyak peluang dan kami pasti akan bekerja lebih keras untuk itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, enam gol dalam dua perlawanan sebelum ini membuktikan jentera serangannya semakin berbisa.
Sathianathan berkata, walaupun berjaya mendapat mata penuh, namun masih ada ruang yang perlu diperbaiki terutama kegopohan ketika berada di depan pintu gol.
"Ruang rehat selama empat minggu sebelum ini kita gunakan untuk mempertajamkan penyudah dan nampaknya ia sudah membuahkan hasil. Kita akan terus mencari kemenangan dengan jumlah gol yang lebih banyak," ujarnya.
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my


12 Apr 2010

Negeri Sembilan juara!Kelantan gigit jari,impian ke Bukit Jalil lebur

Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana telah di nobatkan juara piala FA yabg baru setelah menewaskan Kedah sabtu lalu dengan penentuan sepakan penalti 5-4.

Tahniah juga kepada pasukan Kelantan kerana menghampakan ribuan peminat setia dengan aksi longlai kelas kedua yang dipamerkan setakat ini.

Peminat-peminat setia 'The Red Warriors' sudah boleh melupakan impian untuk ke Bukit Jalil tahun ini jika masalah ini terus berlarutan tanpa ada tindakan drastik dari pengurusan KAFA.

Suara-suara keramat yang mewakili ribuan penyokong fanatik Kelantan seolah-olah tidak 'diendahkan' oleh pihak KAFA yang mahukan perubahan dalam skuad Kelantan.

KAFA perlu membuat keputusan yang tepat walaupun menyinggung perasaan mana-mana pihak bagi mengembalikan moral pemain-pemain Kelantan serta mengembalikan kepercayaan peminat setia yang dahagakan aksi kelas pertama dari pemain-pemain serta mampu menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

Singkirkanlah mana-mana individu yang dirasakan tidak boleh mengalas amanah yang diberikan tidak kiralah jurulatih,pemain atau sesiapa sahaja yang dirasakan menjadi penyebab mengapa Kelantan berduka nestapa begini.

Majoriti peminat-peminat Kelantan mahukan jurulatih ditukar kerana ada yang mengatakan pemain-pemain sudah tidak boleh 'bermain bolasepak' dibawah kendalian beliau,itu telahan dari peminat-peminat tapi masalah sebenar yang melanda pasukan Kelantan hanya pihak pengurusan,pemain serta jurulatih yang mengetahuinya.

Oleh itu bersandarkan sedikit keyakinan serta harapan tinggi dari penyokong-penyokong setia kami mahukan perubahan segera dari pengurusan KAFA terutamanya perhatian presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa supaya bertindak segera supaya peminat tidak muak dengan aksi kelas kedua dari pemain-pemain bintang.

10 Mac 2010

KAFA pohon kurangkan levi elak persatuan berkubur

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon pihak Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mempertimbangkan pengurangan kadar levi yang dikenakan terhadap persatuan itu kerana ia agak membebankan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar levi itu agak tinggi iaitu sehingga 20 peratus daripada jumlah kutipan tiket bagi setiap perlawanan.

"Setiap kali perlawanan, KAFA perlu membayar levi antara RM20,000 hingga RM30,000, manakala 10 peratus lagi perlu dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"KAFA terpaksa membelanjakan kira-kira 60 peratus daripada hasil kutipan tiket manakala hanya 40 peratus untuk kegunaan persatuan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar menambah, jumlah 40 peratus tidak mencukupi untuk KAFA untuk menampung urusan pentadbiran termasuk bagi membayar gaji pemain dan jika keadaan ini berterusan tidak mustahil KAFA akan berkubur.

"KAFA sudah membuat rayuan kepada perbadanan stadium untuk mengurangkan kadar levi atau memberi sewa stadium kepada KAFA secara tahunan.

"Jika dibandingkan negeri lain, mereka menyewakan padang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dengan kadar yang lebih murah malahan ada secara percuma semata-mata untuk membantu pasukan," katanya.
Sementara itu, Annuar menjelaskan, pihaknya akan mempertingkatkan tahap keselamatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika pertemuan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor, Jumaat ini.

"Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dan kita menjangkakan kehadiran penyokong lebih ramai pada perlawanan itu.

"Langkah keselamatan ini penting untuk menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Untuk itu seramai 400 anggota keselamatan akan bertugas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penyokong terjamin," katanya.

Tambahnya, kaunter tiket akan dibuka seawal pukul 9 pagi untuk menggelak berlakunya kesesakan.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan dinasihatkan datang awal untuk membeli tiket dan kita akan buka kesemua kaunter yang ada untuk memastikan tidak berlakunya kesesakan.

"Seorang penyokong hanya dibenarkan membeli 2 keping sahaja tiket untuk astaka manakala 4 keping untuk tempat duduk terbuka," ujarnya.

Katanya, tiket astaka akan dijual di kaunter lama manakala tiket tempat duduk terbuka di kaunter baru.

-utusan-

23 Jan 2010

Perlawanan Kelantan vs Johor FC

Keputusan Separuh Masa Pertama
Kelantan 1-1 Johor FC
Gol Kelantan dijaringkan oleh Shahrul Idlan Talha pada minit ke-18 manakala gol Johor FC dijaringkan oleh Riduan Moin pada minit ke-21

Keputusan Separuh masa Kedua
Kelantan 4-1 Johor FC
Tandukan Azizi hasil sepakan percuma Badri Radzi.
Indra dan Farhan menambahkan jaringan gol.

Keputusan Penuh Perlawanan
Kelantan 4-1 Johor FC

Kelantan hanya mahu menang


Mohd. Halim (kanan) kembali mendapat kepercayaan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.


KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali menang apabila turun menentang Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.


Kemenangan tersebut amat diperlukan oleh The Red Warriors bukan sahaja untuk menjamin kedudukan mereka di dalam liga tetapi ia juga bagi memulihkan imej pasukan dan keyakinan penyokong mereka.

Kekalahan memalukan ketika menentang Kedah, Selasa lalu akibat 'gol cuai' perlu segera ditebus ketika peminat mula mendesak supaya rombakan dilakukan termasuk pengunduran ketua jurulatihnya, B. Sathianathan.

Aksi hambar dalam empat perlawanan sebelum ini dengan hanya mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kalah tidak dapat diterima oleh peminat ketika pasukan mereka dibarisi ramai pemain berstatus bintang.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang tidak cepat melatah.

Beliau dengan yakin, percaya pemain Kelantan akan bangkit mencari kemenangan pada perlawanan seterusnya dan mampu merealisasikan impian sekurang- kurangnya mendapatkan satu piala untuk musim ini.

Ketika tekanan yang begitu memuncak, beliau mengambil keputusan memanggil semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi untuk menggantikan Syed Adney Syed Hussein yang masih berdepan dengan krisis hilang keyakinan.

Yang nyata, peminat Kelantan mengharapkan kehadiran semula bekas penjaga gol utama musim lalu itu mampu merubah keadaan dan menambah keyakinan pemain lain.

Sementara itu, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap optimis anak-anak buahnya mampu membuktikan sesuatu ketika turun menentang Johor FC.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Kelantan tidak berdepan laluan mudah kerana dua perlawanan musim lalu memihak kepada pasukan berstatus kelab dari selatan tanah air itu.

Sathia dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, satu rombakan akan dilakukan dalam kesebelasan utama dengan membayangkan beberapa pemain utama akan direhatkan buat sementara waktu.

Apa yang pasti, peminat mahu melihat jentera serangan pasukan kesayangan mereka lebih menyengat dengan menghasilkan lebih banyak gol dan menghasilkan gerakan-gerakan menarik.

Sebelum ini, jentera hadapan Kelantan kelihatan masih terkial-kial mencari rentak dan keserasian yang ada masih belum mencapai tahap memuaskan.

Kelantan hanya berjaya menghasilkan tiga gol daripada empat perlawanan membuktikan penyerang-penyerang mereka, Hairud- din Omar, Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahayuddin, S. Chanturu dan Nurshahrul Idlan Talaha masih ketandusan idea memecah kubu lawan.-kosmo

22 Jan 2010

Halim kembali pikul tugas penjaga gol

KOTA BHARU - Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.

Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

"Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

"Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

"Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat ini. - utusan

18 Jan 2010

Annuar tagih aksi konsisten



 Tan Sri Annuar Hj. Musa (Presiden KAFA)
 
“APA yang penting pasukan perlu terus konsisten, masih belum tewas dalam tiga perlawanan Liga Super, setakat ini. Jadi, satu mata dipungut ketika menentang Perlis di Kangar tidak mengecewakan saya,” kata Tan Seri Annuar Musa.

Katanya, persembahan Kelantan sedikit menurun berbanding ketika menewaskan Johor, 3-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, minggu lalu.

“Secara umumnya saya berpuas hati dan melihat pasukan bermain dengan baik dan mencipta beberapa peluang jaringan tepi tidak dapat disudahkan jentera serangan.

“Bagaimanapun, kehilangan dua mata daripada perlawanan ini sedikit merugikan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta selain terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini,” katanya.

Beliau turut memuji persembahan barisan pertahanan dan tengah Kelantan bermain cemerlang dengan berjaya menangkis gerakan bahaya jentera penggempur tuan rumah menerusi penyerang skuad Bawah 23 kebangsaan, Ahmad Fakri Saraani, Azrul Ahmad serta Syazwan Zainol.

Beliau berharap pasukan terus konsisten menentang Kedah di gelanggang sendiri, esok.

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my



Pemain Kelantan diberi amaran


KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan amaran keras kepada barisan bintangnya yang menerajui posisi serangan skuad Kelantan agar lebih tajam dipintu gol, atau bakal disingkirkan daripada kesebelasan utamanya.

Beliau yang kecewa dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Perlis kelmarin menuntut barisan pemainya agar kembali ke landasan sebenar.

"Walaupun kita menguasai hampir keseluruhan pemainan, namun setiap peluang yang terhidang gagal disudahkan oleh barisan serangan.

"Saya mengingatkan kepada semua pemain, jika mahu terus berada dalam kesebelasan utama perlulah meningkatkan prestasi, jika tidak mereka akan digugurkan dari senarai itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Musim ini menyaksikan Kelantan terperksa menyediakan peruntukan yang besar bagi mendapatkan beberapa penyerang utama yang telah mencipta nama dalam kancah bola sepak tempatan, dalam usaha memenuhi impian memburu kejuaraan.

Pemain-pemain itu termasuklah Hairuddin Omar (T-Team); bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakli (KM Naza) dan Nor Shahrul Idlan, yang juga peledak sensasi skuad bawah 23 tahun negara.

Kemasukan barisan baru ini dilihat mampu menambah sengat serangan Kelantan, yang sudah memiliki penyerang terbilang seperti Indra Putra dan Che Hisamuddin Hassan.

17 Jan 2010

Seri lagi.... Satu mata adakah berbaloi buat pasukan The Red Warriors?


KEPUTUSAN PENUH:
PERLIS 0-0 KELANTAN
Vanue : Stadium Utama Kangar, Perlis.

Kelantan terpaksa berpuasahati sekadar seri 0-0 dengan Perlis dalam perlawanan liga super yang berlangsung di Kangar,Perlis.

Kelantan bermula goyah dengan aksi pemain-pemain yang masih tercari-cari rentak permainan sebenar, sehinggalah pada minit ke-7, rembatan Akmal dapat diselamatkan oleh penjaga gol Perlis, Faizal Marlias.

Bermula detik tersebut, Kelantan banyak mengatur permainan tetapi gagal membuahkan hasil kerana ketumpulan barisan hadapan yang diterajui oleh  Hairuddin Omar serta Akmal dan dibantu oleh Indraputra gagal berfungsi baik.

Kelantan yang menyandarkan harapan kepada Norshahrul Talaha juga dilihat gagal memberikan persembahan yang menarik, mungkin beliau diletakkan di tempat yang salah dan bermain bukan di posisi kegemaranya ekoran terpaksa mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Norfarhan yang masih cedera.

Separuh masa pertama ternyata menjadi milik pasukan The Red Warriors kerana menguasai hampir 70 peratus permainan dan kecemerlangan benteng Perlis serta nasib tidak menyebelahi Kelantan mungkin menjadi sebab kenapa Kelantan gagal memperolehi gol.

Kecemerlangan penjaga gol Kelantan Syed Adney juga berjaya menidakkan sekurang-kurangnya dua percubaan pemain-pemain Perlis pada minit ke-42 dan minit 45 perlawanan melalui sepakan percuma yang berjaya ditepis keluar oleh Syed Adney.

Babak separuh masa kedua bersambung, coach Kelantan iaitu B.Sathianathan membuat satu percaturan dengan mengeluarkan Norshahrul dan memasukkan S.Chanturu. Sedikit perubahan dari segi corak serangan berlaku dalam pasukan Kelantan di mana larian kencang dan kelicikkan Chanturu sedikit sebanyak mengganggu jentera pertahan Perlis. Tetapi ianya masih tidak mampu untuk merubah kedudukan atau menghasilkan gol kerana setiap serangan Kelantan berjaya dipatahkan oleh pertahanan tuan rumah.

Sathianathan akhirnya terpaksa akur dengan ketidakserasian antara Akmal Rizal dengan Hairuddin Omar yang boleh dianggap sebagai 'Gandingan Lapuk'. Beliau mengeluarkan Akmal dan menggantikannya dengan Che Hishamuddin. Dengan kemasukkan penyerang bertubuh kecil yang terkenal dengan kelicikkannya, ia seolah-olah menggambarkan harapan baru buat Kelantan dalam usaha merobek gawang pasukan Perlis. Pada minit ke-72, Kelantan mendapat sepakan percuma sedikit sebelah kiri pintu gol Perlis apabila Che Hishmuddin dijatuhkan oleh pertahan lawan. Indra mengambil sepakan tersebut kerana ia merupakan sudut kegemaran nya. Namun, sepakan Indra sedikit melewati palang gol.

Gerakan cantik Che Hishamudin sekali lagi berjaya melolosi benteng pertahan lawan, dan beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti  oleh pertahanan lawan, namun pengadil menafikan sepakan penalti tersebut. Di minit-minit akhir permainan, gerakan cantik Badri Radzi (Piya) yang berjaya memperdayakan tiga orang pertahan Perlis dengan gerakan yang menarik melorongkan bola kepada Che Hishamudin, namun gagal disudahkan oleh Che Hishamudin yang hanya perlu menewaskan penjaga gol Perlis, Farizal Marlis. Rembatan Che Hishamudin sedikit tersasar tatkala Farizal sudah tertewas. Ia merupakan peluang yang terbaik dan terakhir diperolehi oleh pasukan Kelantan pada sisa-sisa separuh masa kedua.

Akhirnya, pengadil  menamatkan perlawanan dengan kedua-dua pasukan berpuashati dengan keputusan seri tanpa jaringan serta berkongsi satu mata.

Kesebelasan utama : Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose, Duadsu Jamaluddin (Zamri Ramli), Shakir Shaari, Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin (kp), Norshahrul Idlan Talaha (S.Chanturu ), Akmal Rizal Rakhli (Che Hishamuddin), Hairuddin Omar.

Credit: Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose, Duadsu Jamaluddin.

16 Jan 2010

Kelantan mahu kekal rekod bersih





AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI terus menjadi sandaran Kelantan bagi merobek gawang Perlis pada aksi Liga Super malam ini.



KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.
Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.
"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada separuh akhir Piala Malaysia lalu tetapi seperti juga kita, mereka juga menjadi sebuah pasukan yang berbeza untuk musim baru ini.
"Menewaskan Kedah di Alor Setar bukan tugas yang mudah tetapi mereka berjaya melakukannya dan kita perlu lebih berhati-hati," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pemain The Red Warriors perlu bersedia dari segi mental terutama ketika berdepan dengan penyokong tuan rumah yang pastinya akan membanjiri stadium.
Katanya, jika memandang rendah kemampuan lawan, ia akan mengundang padah.
"Setakat ini, saya berpuas hati dengan keupayaan pemain terutama barisan pertahanan. Kita satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan ia perlu dikekalkan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menamakan dua pemain Perlis, Azrul Ahmad dan Ahmad Fakri Saarani sebagai pemain yang mampu menghampakan The Red Warriors.
Jelasnya, Kelantan masih belum mendapatkan khidmat dua pemain tonggak, Norfarhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak yang masih dibelenggu kecederaan.
"Kedua-duanya masih belum boleh disenaraikan kerana cedera dan apa yang lebih positif adalah semua pemain berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama," jelasnya. - kosmo online

14 Jan 2010

Kelantan ceria dengan 3 mata



KEPUTUSAN PENUH:
KELANTAN 3
Akmal Rizal (m-2)
Badhri Radzi (m-48)
IndraPutra (m-56)
JOHOR 0

Kota Bharu, Kelantan menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya membenam pasukan selatan tanah air iaitu Johor atau lebih 'glamor' dengan panggilan Si Jengking dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kelantan memulakan perlawanan dengan tempo yang laju seakan-akan corak permainan semasa perlawanan dengan Terengganu yang lepas. Hasil gerakkan yang pantas, Kelantan hampir berjaya menjaringkan gol pada minit pertama permainan, namun percubaan IndraPutra berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Johor.

Gerakkan satu-dua serta larian yang pantas telah menghasilkan gol awal buat Kelantan. Pada minit ke-2 lagi, pasukan Kelantan  berjaya menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang penuh dengan warna kemerahan hampir 20,000 orang penyokong yang hadir apabila bekas penyerang kebangsaan iaitu Akmal Rizal berjaya menjaringkan gol pertama. Gol tersebut hasil dari hantaran Badri Radzi dan Akmal tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan rembatan yang kencang menewaskan penjaga gol Johor.

Tersentak dengan gol awal pasukan tuan rumah, Johor cuba untuk mengimbangi perlawanan dengan membuat bebarapa serangan untuk mencari gol penyamaan, namum ianya berjaya dipatahkan oleh pertahan Kelantan yang boleh dianggap 'stedy' dengan membariskan pemain yang sama semasa perlawanan menentang Terengganu yang lepas iaitu Daudsu, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose serta Farisham.

Kelantan seakan berpuashati dengan gol awal yang diperolehi memperlahankan rentak permainan. Hampir 35 minit dalam separuh masa pertama, Kelantan menghidangkan permainan yang boleh dianggap membosankan apabila banyak membuat kesilapan dalam penghantaran bola kepada rakan, lambat bertindak, penyudahan yang tumpul dan sebagainya. Pasukan Johor juga kelihatan tidak begitu hebat kerana tidak dapat menggunakan dengan sepanuhnya peluang yang ada.

Hanya pada minit ke-43, kelantan hampir-hampir berjaya memperolehi gol yang kedua melalui Akmal Rizal yang berjaya melepasi pertahanan Johor serta penjaga gol tetapi beliau dijatuhkan oleh penjaga gol dan pengadil tidak memberikan penalti kepada Kelantan. Ini menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Sepak mula separuh masa kedua menyaksikan Kelantan cuba mengandakan asakan dengan memasukan pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha. Kemasukan beliau ternyata memberikan tonik baru kepada Kelantan.


Gol jaringan Badri Radzi pada minit ke-48
Badri Radzi membuktikan yang beliau masih berbisa dengan menjaringkan gol cantik dari luar kota penalti hasil sepakan volley menewaskan penjaga gol Johor pada minit ke-48.

Kelantan mengandakan lagi asakan dan Indra menjadi pencetak gol ketiga untuk Kelantan selepas menerima hantaran dari Badri Radzi pada minit ke-56.

Kelantan dilihat cuba untuk menambahkan gol tetapi gagal menembusi pertahanan Johor kerana 'The Professor' telah mengarahkan anak-anak buahnya berkampung bagi mengelakkan dibelasah teruk oleh Kelantan.

Jika dianalisis perlawanan tersebut, pemain-pemain Kelantan tidak mempamerkan permainan sebenar seperti perlawanan sebelum ini menentang musuh tradisi Terengganu.

Johor boleh dianggap bernasib baik kerana tidak menjadi pasukan belasahan Kelantan kerana corak permainan Johor sebenarnya tidak layak untuk diangkat bermain dalam liga super.

Kesebelasan utama : Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose (Rizal Fahmi), Duadsu Jamaluddin, Shakir Shaari (Khairan Eroza), Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin (kp), S.Chanturu (Norshahrul Idlan Talaha), Akmal Rizal Rakhli, Hairuddin Omar.

13 Jan 2010

Perlawanan Liga Super 13.01.10

Keputusan Separuh Masa Pertama
Kelantan 1-0 Johor
Johor Fc 0-0 Negeri Sembilan
Kedah 0-1 Perlis



Keputusan Penuh Perlawanan
Kelantan 3-0 Johor
Johor FC 1-1 Negeri Sembilan
Kedah 0-1 Perlis