Thursday, December 31, 2009
Monday, December 28, 2009
Gelas lama...

Salam semua..
Kali ni nak tunjuk sikit koleksi gelas lama. Saya suka mengumpul gelas2 lama terutama yang berkaki..Di atas ni gelas Malaysia Airline. tak pasti tahun bila.

Ni gelas berukir pokok buluh berlainan bentuk... tinggi2 belaka..

Gelas pokok buluh ni pula amat comel..paling saya suka..
Nipis macam kulit telur ja...

Gelas oren ni agak berat dan berukir pokok bunga

Yang ni pun cantik.. tokei antik beri percuma kat saya..
ada beberapa lagi koleksi gelas lama yg ada tapi terlupa pula nak ambil gambar..
Jumpa lagi..bye....
Tuesday, December 22, 2009
ooo...begini rupanya Memory Lane...

Salam kawan2..Nak cerita lak pengalaman pertama kali ke ML..Saya pergi pada 20 Dec 09.
Pinggan mangkuk, cawan teko agak banyak...tapi saya tak jumpa yang harga murah...
Mungkin tak pernah pergi dan tak tahu nak tuju kemana dulu..
Masa saya sampai belum pun pukul 7 pagi..org tak ramai, dlm masa sekejab ja org dah ramai..
sampai nak jalan pun asyik belaga bahu ja..heheh
Saya lebih banyak meronda dari membeli..
Mula ingat nak sms Zany blogger antik Ipoh tu..tapi tak jadi lak sebab tak janji awal2..
takut dia sibuk lak. Maaf ya Zany akak tak bagitau nak datang..

Masa awal pagi lagi dalam pukul 7 nampak kakak baju biru ni sibuk sungguh memilih pinggan mangkuk..saya berdiri lama di tepinya, dia sibuk memilih dan mengambil gambar...
saya terdengar nyonya tu beritahu pada seorang pelanggan yg kak saidah ni pelanggan tetap dia, "tiap2 minggu mesti datang punya.." kata nyonya tu. Best lah kak saidah..rasanya semua penjual dah kenal dia..
lepas 2,3 kali bertembung dgn kak saidah baru saya beranikan hati untuk menegur.
Terimakasih kerana Kak Saidah sudi ajak ke rumahnya, tapi oleh sebab kami dah nak balik maka tak sempatla saya nak singgah rumah kak saidah.
tengok gambar tu..sibuknya kak saidah mengambil gambar sampai tak sedar saya curi tangkap gambar dia....maaf ya kak saidah..
tengok gambar tu..sibuknya kak saidah mengambil gambar sampai tak sedar saya curi tangkap gambar dia....maaf ya kak saidah..
Bercuti ke Ipoh...

Seperti yang telah lama dirancangkan, maka tiba masanya kami bertolak ke Ipoh pada sabtu 19 Dec 09.
Kami bertolak keluar rumah lebih kurang 8 pagi, singgah makan pagi dulu kemudian meneruskan perjalanan kami ke Lost World of Tambun..
Kira2 jam 11 kami sampai.. Ramai sungguh org berkunjung ke sana terutama pada musim cuti sekolah ini. Beratur panjang untuk mendapatkan tiket. RM30 dewasa dan RM24 kanak2 bawah 12 tahun. Ini pertama kali kami berkunjung kesini.

Anak2 sangat gembira terutama Ammar yang memang suka mandi di kolam. Saya juga kena turut sama berendam demi menjaga Ammar..
Anak2 sangat gembira, semua permainan yg ada berulang kali mereka mencubanya...

Macam2 permainan yg ada...
Nanti saya sambung pula pengalaman pertama kali ke Memory Lane Ipoh....
Monday, December 21, 2009
Hunting...

Mengambil kesempatan cuti maal hijrah jumaat lalu... saya mengajak 2 anak saya menghunting..
Kami melilau masuk ke kedai demi kedai tapi semuanya menghampakan..anak2 mulai boring..
Saya teruskan juga tanpa jemu..akhirnya bertemu satu kedai buruk apek..memang buruk giler..
heheh saya masuk..macam2 barang buruk ada tapi pingan mangkuk lama tak byk sgt...kalau ada pun itu mcm kat gambar tu..dapatlah beberapa biji..penuh habuk tebal dekat seinci..heheh entah berapa kurun apek tu simpan tak tau la..heheh...
tapi walau pun dapat beberapa biji aja...seronok sangat hasil hunting sendiri..yg bestnya
apek tu suruh datang lagi minggu depan, dia nak korek stor buruknya..mungkin ada lagi katanya..best2...
Thursday, December 17, 2009
Monday, December 14, 2009
Set Dumex

Ni datang mood rajin tu yang boleh tayang sikit koleksi nih... ni set Dumex. Tak pasti tahun bila. Ramai gak blogger antik yg ada set ni kan.. Saya terasa nak menyimpan set ni..walau pun tak secantik set bunga2an tu.. saya berkenan juga. Bukan dapat sekali gus. Saya kumpul sikit2. Lama2 dah cukup korum dah... cawannya masa dapat masih dalam kotak buruk, ada 5 cawan dan 5 piring.
Teko yg bawah sekali tu gambar dumexnya lain sikit, dengar kata yg itu keluaran pertama. Entahlah masa tu saya budak2 lagi, masih minum susu dumex. Mak saya pernah beritahu kami semua 5 beradik membesar dengan susu dumex sedari baby lagi..heheh
Saya bgtau kat anak pompuan sulung saya, kalau ibu dah tak ada nanti teruslah simpan set ni...dia diam aja........
Sunday, December 13, 2009
Friday, December 11, 2009
Salam untuk kawan2 yg sudi menjengah ke blog yang tak seberapa. Saya ni tak pandai berceloteh macam kwn2 di blog yg lain..
Cuma kali ini saya nak cerita tentang perjalanan semalam ronda penang dengan anak2..
Setelah mendapat kebenaran dari suami saya yg masih lagi berada di Kuala Lumpur..
dekat sebulan dah..huhu..rindu sgt2 kami sekeluarga..balik sat aja raya haji lalu..kemudian pergi semula...maklumlah nak mencari rezeki.. kami terpaksa melepaskan ayah pergi ke KL..jgn tak balik dah la..anak2 dah mula bertanya2 bila ayah nak balik..
Saya tak pandai sgt sebenarnya nak merodong sorang2 bawa anak2..tapi memandangkan kesian tengok anak2 memerap aja sehari-harian di dalam rumah sementara saya asyik kerja..maka saya pun mengambil cuti sehari dan dengan beraninya membawa mereka semua ronda Penang.. bila tak tau jalan saya tanya orang, kalau malu bertanya sesat jalan betul tak?..heheh
Mula2 kami pergi ke Muzium Islam, ni pertama kali sampai...tak besar mana pun muzium ni..kena bayar juga masa masuk tu..ada la sikit2 gambar yg saya ambil walaupun sebenarnya tak boleh...
Lepas tu kami ke Muzium Pulau Pinang pula, best jugak muzium ni...lama dah tak pergi..
last sekali kami pergi beberapa tahun yg lalu..masa tu lagi 30minit nak tutup..kami naik atas masa tu, tiba2 lampu ditutup kerana muzium dah nak tutup, lintang pukang lari dalam gelap..hahha..
Kat muzium ni tak berani nak tangkap gambar kerana ada penjaga melilau kiri kanan..
Lepas tu Ammar asyik merengek nak main ndoi..(buaian la tu)..
bawa pulak ke Padang Kota lama...main lama la jugak kat situ..main bola lagi..siap Ammar terlena lagi kat padang tu...dalam cuaca yg redup dan berangin memang best main kat padang tu...release tension kata org..heheh..
Kami menjamu selera kat gerai makan kat Padang Kota..byk kedai sampai tak tau mana nak pilih..makan mee goreng..nasi goreng..mmm sedap la mee mamak niee...ada gambar tu ha..
Sapa yg tak besa pi makan kat situ pi la merasa...dengan angin sepoi2 bahasa emm sedap makan kat situ...
Adoi dah panjang celotahku rupanya...tak pernah taip byk cam ni...
Saya ni suka sangat bila melihat anak2 gembira..hati rasa gembira juga..walaupun kadang kala kita berhabisan duit untuk anak2 tapi hati rasa puas bila melihat mereka tertawa...for me 'family no 1' heheh...
Mesti ada yg boringkan tengok sipenjual brg buruk berceloteh hari ni...tak pa bagi perminat pinggan mangkuk dan brg lama nanti saya letakan pula gambar2 koleksi teko cawan ciput saya..heheh
ok bye....
cuti dah nak abis ni..bagi yg belum lagi bercuti pergi la cuti2 Malaysia...datanglah ke Pulau Pinang...la ni ada Pesta Pulau Pinang tau....mai cek maiiii.........

Emmm..sedap mee goreng ni..
Muzium negeri Pulau Pinang
Muzium Islam Pulau Pinang
Tuesday, December 8, 2009
Ammar Terbang..
Hari ni free sikit boleh la upload video Ammar masa umurnya 5 bulan...Bila meniarap dia suka angkat kedua-dua tangannya macam nak terbang...heheh
Nanti ada masa kita tengok video Ammar yang lain pulak....
Thursday, December 3, 2009
Selamat Hari lahir
Monday, November 23, 2009
Koleksi Pelita
Ini koleksi pelita baru dan lama yang ku ada. Tak seberapa pun. Kebanyakkan blogger lain pun ada koleksi macam ni..cuma ku masih mengumpul. kalau kawan2 ada pelita baru dan lama yang lebih tu bagitau la..boleh la ku beli bagi menambah koleksi yg seciput ni....

3 biji comel ni beli di mudah.com.my kadang2 kat mudah ada jugak benda2 yg murah...RM10 utk 3 biji..thanks farah..

Ni pelita tin lama, lagi buruk lagi aku suka..

Yang ini bentuknya lain sikit tapi menarik..

Ni pelita lama kaca, bentuknya cantik berlekuk2 dan berbunga2..

Yang baru pun banyak dijual tapi tak sama dengan yg lama..
Subscribe to:
Comments (Atom)