Thursday, December 3, 2015

Giant Vouvher...

Assalamualaikum

      Tak sangka lagi satu survey internet yang baru join 2 bulan lalu pun dah dapat ganjarannya.
2 hari lepas dapat boucer giant bernilai RM40 sampai kat ofis.
Alhamdullillah saja2 mengisi masa lapang dengan menjawab survey pun ada faedahnya.


Jom kawan2 dari buang masa tengok facebook.. youtube tu baik lebihkan masa jawab survey dapat gak ganjarannya walaupun sedikit.. sikit2 lama2 jadi bukit.

ok bye....





Tuesday, December 1, 2015

Hasil dari jawab survey di internet

 Assalamualaikum...
Terimakasih kepada kawan seopis yg ajak join survey ini...
Alhamdullillah tak sampai 2 bulan jawab survey di internet dah boleh tebus boucer kfc RM30...





 Akhirnya boucer ini telah digunakan di KFC baru buka di Bukit Mertajam berhadapan Mydin baru.
Alhamdullillah rezeki Allah.. Kalau kawan2 nak join join survey yg mudah ni sila beri email anda di bahagian komen... bukan selalu pun jawab survey kadang2 ja.. kumpul mata dan dapat ditukar dengan boucer, bukan baucer kfc aja.. lain2 pun ada.

 Ok bye...
Wassalam



Ronda Pulau Pinang part 1

Assalamualaikum...
Hari ni nak kongsi gambar2 rombongan pusing Pulau Pinang kami bersama Taska PKM. Seronok sungguh Ecah dan kwn2. Aku cuma bawa ecah dan Ammar sementara anak2 yg lain dok rumah ja.. tak mau ikut dah jemu pusing Penang kata mereka.. hihi..


Ni masa naik keretapi BUkit Bendera... seronok depa sebab tak pernah naik..

Ecah dan Maisarah bersama watak pujaan mereka.. FRozen di atas BUkit Bendera..


Aku pun sempat posing juga.. panas tak tau nak cakaplah....


Seronok dapat main benda ni ....



Kami bermalam di Flaminggo Hotel Batu Feringgi. Petang tu sempat mandi laut ... Sukanya Ecah dan Maisarah...

Pagi esoknya mandi kolam hotel pulak... seronoknya...

Nanti sambung lagi..bye

Friday, November 13, 2015

Assalamualaikum

Selamat berhari jumaat. Hari ini rajin sikit nak tulis cerita pasal Kraftangan yg di buat untuk Taska Ecah.
Isnin baru ini cikgu minta semua waris buat 2 kraftangan.. satu tabung dan satu lagi apa2 saja untuk diletakkan di kelas.

Aku pun fikirlah apa yg nak buat. Tabung mcm mana nak dibuat.. hmmm.. ada juga godek2 dgn en google.. tapi nampak semuanya hampir sama ja tabung2 yg ada kat internet. Hmm rasanya ramai waris lain pun akan cari kat internet. Aku cedok2 sikit idea tapi aku reka sendiri tabung aku hahah....

ni gambar step by step buat tabung ecah ni..

Mula2 potong keliling botol minyak masak yg telah dicuci dan dikerat 3/4. Buang belah atas.

 potong keliling dan lipat kedalam satu persatu

 belah bawah ditebuk lubang untuk masukkan syiling

 potong kotak untuk dijadikan tapak tabung.

 gamkan dengan gam kuat kelilingnya

 ambik kertas warna hijau

 Potong bentuk rumput
 letakkan gam sekeliling kertas warna tersebut
 gam pada botol minyak

 potong kertas warna koko utk dijadikan batang bunga

 dan letak celah2 pokok rumput. letak gam sedikit
 gunting bentuk bunga pulak

 lekat mcm ni...

kemudian aku gantung gambar ecah supaya dia kenal tabungnya...
ha.. tak cantik pun tapi ok la
siap sudah tabung yg cikgu suruh buat..

ini ulat... buat sekor hihi
yg tak bestnya lepas antar awal, keesokannya ada pulak waris yg tiru ulat mcm ni sebijik.. emmm
tak ada idea lain dah ka... huhu

ni nak buat rabbit tapi tak jadi.... entah apa2 haha...

Sekian buat kali ini...jumpa lagi


Wednesday, October 28, 2015

Konvo Taska PKM Kepala Batas (KEMAS)

Assalamualaikum..

Sebab tengah rajin maka nak tulis satu cerita lagi pasal Konvo Taska PKM tempat anakku Nur Aisyah Az Zahra belajar dan mendapat ilmu. Terhutang budi rasanya pada Taska dan cikgu2 yg mengajar Aisyah.. Dari dia tak pandai apa2 sekarang dia dah pandai banyak..

Terhibur rasa hati kami sekeluarga dengan gelagatnya menyanyi, menari dan membaca doa seperti yg diajar oleh cikgu2 Taska.

Pada 24 Oktober lepas telah diadakan Konvo bagi kanak2 Taska dan Tadika bagi parlimen Kepala Batas dan taska Ecah terlibat sama. Semua kanak2 berusia seawal dua tahun sehingga lima tahun mendapat sijil dalam majlis itu. Termasuklah Ecah bersama kawan2nya...






Seronok tengok persembahan kanak2, bermacam ragam.. Kecik2 lagi dah pandai. Ni semua hasil asuhan guru2 yg tak pernah jemu mendidik mereka. Ini ada sebahagian gambar yg sempat aku ambil.



 Oh.. ni gambar masa Ecah dapat cabutan bertuah... walaupun tak dapat basikal tapi syukur kerana dapat juga sebuah hamper... alhamdullillah..



Dan yg last sekali jom tengok Ecah naik pentas ambik sijil... mesti dia rasa tertanya2 dan kehairanan.. apakah yg aku buat ni?.. hihi...


Ecah akan meneruskan pelajarannya di Taska yg sama tahun depan pada umur 4 tahun. Dan aku amat berterimakasih kepada semua cikgu2 yg sudi mengajar Ecah selama ini.
ok semoga kita berjumpa lagi...


Karnival Penang Sihat

Assalamualaikum

Lama rasanya tak bercerita dalam blogku ini... Emm penyakit malas selalu sangat datang.. entahlah dah tua2 ni kot... Sebenarnya macam2 cerita ada yg boleh di kongsi bersama kawan2 tapi penyakit malas tak boleh nak buat apa2 dah.. emmm

Oklah hari ini nak cerita mengenai Karnival Penang Sihat yg diadakan di Padang Awam Permatang Pauh 18 Oktober baru2 ni.. Oleh kerana sekarang ni aku dok cuba nak elakkan badan dari naik mendadak aku nak pi lah ke karnival tu sbb utama nak join Zumba oleh Lina Aerobic pagi tu...



Kami sampai lebih kurang 8 pagi.. Masa tu zumba tgh dijalankan.  cepat2 aku join dgn ecah anak kecikku. Intan dan Ammar tak mau join depa lebih suka main permainan yg disediakan di padang tu.. tak kesahlah yg penting aku dpt join... maka berzumba lah aku walau tak retipun sebenarnya.. main hentam ja ikut ja apa yg ahli2 lina aerobic tu buat... janji keluar peluh.. dekat sejam gak lah berzumba...hmm best...


Ha.. tgklah aku tgh zumba.... yg mana satu tekalah sendiri hihi...
Lepas zumba aku tengok ada badut sedang buat belon utk kanak2.. ramainya org beratur nak kan belon.. oleh sebab cah pun nak belon terpaksa la mak dia ni yg beratur panjang... ummmm...ada gambar tapi carik2 tak jumpa la plak...

Pada hari tu juga ada suntikan vaksin Pneumokokal secara percuma iaitu vaksin mengelak penyakit jangkitan kuman pada kanak yg berusia 2 hingga 5 tahun. Sebelum sampai ke situ aku tak tahu.. tapi bila tgk ramai org di dewan padang itu aku pun pergi dan bertanya pegawai bertugas... tapi nampaknya ramai yg telah mendaftar sejak di pej daerah lagi. Tapi aku cuba jugak daftar di situ.. pegawai tu kata kalau ada vaksin lebih boleh la ecah disuntik.

Vaksin mahal sebenarnya lebih kurang RM250 sekali suntik.. aduh mahalnya... jadi bila di beri percuma ramailah ibu bapa yg datang... Aku menunggu di situ.. ramai juga org yg daftar tapi tak datang maka dapat lah kami yg baru daftar ini masuk dan ecah pun dapatlah suntikan vaksin percuma. kalau nak tau lebih lanjut mengenai vaksin tersebut lagi lawat blog ni
http://whitevincci.blogspot.my/2013/07/penyakit-itu-penyakit-pneumokokal_4.html
seorang ibu yg kehilangan anaknya akibat jangkitan kuman. moga roh baby ni tenang di sana. aminn..

Ni bukan gambar ecah... ni salah sorang baby yg disuntik. Ecah selamba aja tak menangis pun.. mcm budak ni jugak.. hihi.............




Ni sebahagian lagi aktiviti kat sana.. ada jugak pemeriksaan kesihatan.. tapi lupa aku nak tangkap gambar.. Aku pun buat juga pemeriksaan kesihatan dan dapat nasihat pegawai perubatan..
Aku ni nampak ja kurus tapi obesiti juga jadi kenalah aku bersenam dan jaga pemakanan kat pegawai perubatan tersebut...


K.. Jumpa lagi...