,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari ke-2 kita menempuh Tahun Baru 2021. Ketika dentuman mercun kedengaran di luar rumah menandakan detik 12 malam sambutan tahun baru 2021, saya sibuk melayan filem Turki bertajuk Fire and Water berdurasi 1 jam 48 minit 50 saat. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013.
Sepanjang hidup saya, tak pernah tengok filem dari negara Turki tetapi entah kenapa malam itu tiba-tiba rasa ingin mengikuti filem ini di YouTube. Overall komen kata "the most romantic film ever", memang tangkap syahdu. Frankly speaking, saya ni susah sikit mengalirkan airmata bila menonton filem. (Hati kau keras Roy!.. hahahaha) Kecuali filem itu betul-betul menusuk kalbu. Harus diingat hanya beberapa filem sahaja berjaya buat saya mengalirkan airmata termasuk filem ini. Tanpa segan silu saya mengaku hokeyyyy.. hehehe
Jom saya kongsi di sini jalan cerita ini. Siapa pernah tengok drama ini tentu tahu jalan cerita filem romatic ini.. I tell you, I love this movie so much!
![]() |
| Water and Fire (Su ve Ates) di YouTube |
Intro filem ini menunjukkan seorang wanita, Jasmine (Irem Candar) sempat membaca sebuah novel hasil tulisan bakal suaminya sementara menunggu majlis pertunangannya. Novel tersebut bertajuk Su ve Ates (Water and Fire). Perjalanan cerita bermula ketika dia sedang membaca novel tersebut..






