Tuesday, August 31, 2010

still the skinny head, still the skinny me.

Merdeka!!! Saya bangga jadi anak Malaysia, eventhough gambar dalam IC macam tooooot tapi saya tetap bangga juga. Saya bangga berwajah kuning langsat, beranak mata hitam, berambut hitam dan tubuh tidak terlampau besar gedang. Saya bangga ada kawan-kawan bermata sepet, kulit putih mulus. Ada juga kawan kulit hitam manis, rambut kerinting tapi suka makan nasi lemak.

Saya gembira+terharu bila dapat ucapan SELAMAT HARI RAYA oleh kawan si mata sepet itu.
Saya gembira yang kawan si kulit hitam manis tu faham saya, dan kadang-kadang saya pun faham sikit bahasanya. Saya ingat lagi dulu, masa nak photostat bundle case untuk Moots dekat UIA PJ, ada sorang lelaki India mid-age bantu lelaki cina yang dah tua beli makanan dan pimpin tangan orang tua tu naik rumahnya di tingkat 4 flat situ. Terharu tak terharu tak.


Jadi, saya gembira walaupun kita tidak sama, tapi kita serupa:)


Semoga Malaysia terus aman -)


What did you do during this one day off? I took it on some shopping around.


Merdeka Markdowns are one massive craze.

See see ayie i didn't even buy any makeups.
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Okay, maybe just one :)


Selamat Hari Raya in advance semua. Jangan main mercun!

Monday, August 30, 2010

if i could write you a song to make you fall in love, i would already have you right under my arms

I have been tagged by my friend to do this. Kawan lama babe, terjumpa dekat UTP dulu masa melawat sana. Best ohh UTP sambil menyelam minum air, sambil nak jumpa sorang ni terjumpa lagi empat lima enam orang uuuuuh i loike. Jadi Hadzwan, jangan rasa diri spesel sangat la kalau saya datang Ipoh tuu wacheh.

1) Siapakah diri anda di rumah?


Oh, takpayah tunjuk gambar rumah eh. Kihkih.


Tipu je. Tadi tu rumah jiran.


Ada bapak naik motor ehhh sudah sekarang jawab soalan boleh tak perempuan?

Saya anak sulung daripada empat orang adik beradik yang SEMUANYA PEREMPUAN. Kami tak minat Spice Girls sebab tu takde lagi sorang (so?). Kat rumah, mak, abah dan adik-adik panggil saya Along. Tapi kalau panggil tiga empat kali tak jawab jugak, nama tukar sikit jadi Syira dengan tanda seru. Kat rumah saya rajin mengemas, mop lantai, sapu sampah, cuci pinggan, basuh, sidai& lipat baju, tukar sarung kusyen, tukar langsir dan seangkatan dengannya. Tapi saya paling malas memasak tsk tsk apanakjadi. Memasak tu adik beradik saya yang suka sepahkan rumah pulak yang pandai. Berseni gila mereka di dapur. Saya bersyukur ada adik-beradik macam ni.


2) Siapakah diri anda di samping rakan?


Korang pun harus la ada gambar sekali :) Hihi

Rasanya soalan ni kawan-kawan saya yang kena jawab. Tapi sebabkan mereka tak mampu nak jawab sekarang kat sini, jadi saya tolong lah jawabkan untuk mereka T_T. Saya seorang yang goofy, selalu nak kacau semua orang. Antara contoh-contoh ke'goofy'an saya, seperti :- kalau kawan saya tengah online dan pergi toilet kejap, saya akan tukar status di facebook page dia menjadi ADELINE ZAINUDDIN IS INDEED HOT. Tapi kadang-kadang tak sempat nak taip sampai habis pun, sebab dia balik dari toilet cepat-cepat terus nampak saya tengah guna laptop dia dan kami akan berebut laptop di situ sampai status pun jadi ADELINE ZAINUDDIN GHRTYSFBWTCMXNTSYWIXXX. Kalau kawan saya tengah cerita pasal dia takut kucing kuis kaki dia masa makan dekat kafe, saya akan balas, "tapi dua tiga kucing berlari, jadi mana nak sama si kucing belang?,". Kalau kawan saya tengah cerita something, saya akan tunjukkan muka poyo penuh concentration nak dengar cerita dia sampai dia kata, "bodo lai, tak payah buat muka macam tu boleh tak?,". Saya tak tau lah apa perasaan mereka-mereka ni dapat kawan macam saya *sigh*.

3) 5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai
  • Untuk masa terdekat ni, nak beli baju raya ala-ala pario pergi pantai tu tapi tengok harga RM*** jadi rasanya tak tercapai dah, bukan belum tercapai lagi.
  • Nak makan rendang ayam, ketupat palas, lemang, dodol, tart nenes, sempirit semua tapi belum raya lagi.
  • Nak suami yang baik hati, pemurah hati, penderma jantung, pandai masak+kemas rumah,pembersih,pandai main gitar, tak suka tengok bola, tapi tak ada siapa masuk meminang lagi.
  • Nak Justin Bieber jadi suami saya di atas, tapi dia tak masuk Islam lagi :)
  • Eh baru 4? erm okay. Nak perform dalam tutorial Jurisprudence esok tapi topik John Locke dan Hobbes tak baca lagi.
4)Siapakah nama pasangan anda?


Pasangan, anda ada namakah?
Oh ada. Nama dia Mohamad Firdaus Hadzwan. Nama glamour dia Wanchuk, sebab dulu dia jual One Drop Perfume. Okay Leng, benda ni tak lawak kalau tulis macam ni.

5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
Wah, 5 perkara lagi. okay okay.
  • Dia ni jenis pandai melayan saya. I MEAN MELAYAN KERENAH SAYA. Seriously guys, tak ramai lelaki yang mampu bertahan dengan saya ni. Tengah-tengah orang nak romantik-romantik, tengah-tengah tu la jugak saya nak mempersoalkan kenapa orang gunakan peribahasa air dicincang takkan putus, pernah ke orang try cincang-cincang air tu? Ataupun fikir teka-teki yang pelik-pelik. Lepas tu bila time dia dah malas nak dengar saya punya philosophy bagai, time tu jugak saya demand dia romantik-romantik dengan saya. Ni memang kriteria dia yang paling tiptop, sebab saya tak tau mana dia dapat energy nak layan semua tu. Sampai dia rasa, "Syira ni mula-mula A lepas tu terus pergi G tak lalu BCDEF dulu,"
  • Dia original. Maksud saya, dia tak pura-pura jadi someone yang bukan diri dia. Macam dalam relationship kami ni ye tuan-tuan dan puan-puan, dia ni tak jiwang, tak pandai mengayat girlfriend, bukan sweet talker macam boyfriend-boyfriend orang lain, bukan jugak call to say I Love You tapi call and say You Pergi Mana Lama I Tunggu Kat Bawah Ni Tau. Dia jenis yang akan cakap apa yang saya perlu dengar, bukan apa yang saya mahu dengar, lantas menjadikan saya seorang cewek yang baik dan mendengar kata. Hehee taklah. Tapi betul, walaupun saya nak dia jadi semua tu, tapi dia bukan orang macam tu. And perangai dia yang satu ni menjadikan saya tak runsing yang dia akan pergi mengorat perempuan lain dan tak juga menimbulkan masalah dalam relationship kami sebab tak pernah kami bergaduh pasal benda-benda, "you kata dulu you sayang i gila-gila, tiap-tiap Valentine nak bagi i rose sejambak sekarang ni dah 3 tahun sekuntum pun takde, kalau i tau macam ni i pergi dekat si Semaun lagi baik,"
  • Dia percayakan saya.Kami ni, nama pun tak ada depan mata 24/7, jadi hanya boleh call, msg, ym, gtalk, webcam segala saja. Pernah jugak try buat surat tapi tu pun dia kena datang sendiri hantar dekat saya (^_^). Maka, kepercayaan tu amatlah penting dalam relationship kami. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan perempuan/lelaki, makan dekat Mamak atau pergi Uptown pukul 2 pagi atau pergi holiday ke Melaka pun dia bagi dan percayakan saya. Sampai satu tahap saya pernah persoalkan kepercayaan dia, "tak jealous langsung ke?," Tapi dia tetap bagi, sebab bagi dia buat apa dia nak kongkong saya/masa muda lagi/tu time dengan kawan-kawan. Jadi saya agak dangkal lah kalau mainkan kepercayaan dia.
  • Dia bagi saya jadi diri sendiri. Diri saya sendiri bukanlah macam yang kita selalu baca dalam novel tu, yang tak mandi 3 hari pun boyfriend tetap kata wangi jugak. Bukan, diri saya sendiri adalah yang jenis nak keluar date biasa pergi pasar malam pun kena pakai skinny jeans dan wedges jugak. Yang datang Ipoh 2 hari pun kena bawak 3 pasang kasut jugak. Yang everytime dia nak jumpa kena keluar pergi beli dress baru pulak. Yes, saya memang seorang girlfriend yang over. Kalau boleh saya taknak dia nampak flaws saya pun sebelum kahwin (insyallah). Jadi walaupun dia merungut-rungut yang beg saya berat bila dia kena angkat sebab bawak kasut je dah 3 pasang, dia tak pernah marah/larang saya bila saya buat macam tu. Dia tak pernah suruh girlfriend dia macam, "dahlah tak payah pakai skirt tu, pakai slack je senang kan," Tapi sebaliknya dia akan hargai kalau saya bersusah untuk 'jadi diri saya sendiri' untuk dia.
  • Dia selalu bagi dorongan dekat saya. I'm a whiner, seriously. Dulu everytime rasa belajar susah/kes tak faham/assignment markah rendah/kena panggil BODOH BENGAP TOLOL LEMBAP dengan lecturer, dia sabar je dengar dan akan bagi support. Everytime dia akan ingatkan yang masa belajar ni lah paling fun, esok dah kerja lagi tension,ingat Abah suruh jadi lawyer, jadi contoh dekat adik-adik. Tak jemu dia ulang skrip yang sama tiap-tiap kali (masa second year zaman paling tension, dia kena ulang hari-hari). Nasib baik dia tak pernah suruh saya berhenti belajar dan ikut dia lari kahwin kat Thailand T_T.


Nah, ni hadiah sebab jadi *boyfriend of the year*

Bilakah tarikh anniversary anda?
16.August.

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Saya pelik kenapa soalan-soalan tag ni mula-mula starting pasal diri sendiri dan keluarga tapi lama-lama lebih banyak pasal the other half, adakah mendoakan the other half tu cepat-cepat jadi ahli keluarga juga? Shikin, pandai awak ye :) Emm okay untuk menjawab soalan, setakat ni tak ada lagi kenangan pahit sebab baru 2years. Tapi rasanya kalau benda yang paling rasa tak okay sekarang ni is, masing-masing jauh & nak jumpa susah. So yeah, hint kepada si boyfriend, kena grad tahun ni jugak (with distinction) and datang kerja dekat KL okehh bro? sikit je lagi.

Lagu tema cinta anda?
:))))))))))))))))))))))))))) Hadzwan, mesti kamu gelak guling-guling baca soalan ni kan? Hmm, sebenarnya, kami tak ada lagu tema (betul). Lagu tema tak ada, tapi kalau dalam kereta, semua lagu kat radio tu kami akan cuba nyanyi dengan gigihnya. Bayangkan dia nyanyi lagu Taylor Swift, Love Story sekarang? :)))))) Okay, tak menjawab soalan.

Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Sekarang ni dia kurus sikit, saya nak dia gemuk balik.

Tag?
Saya nak tag kawan saya, Yasmin My Opened Diary untuk buat benda ni. Sila spill the beans pasal Imran yeah? :)))

Thank you Shikin sebab tag kan saya. Kalau ada lagi tag, jangan segan-segan bagi lagi. Sukalah buat benda ni :)

Sunday, August 29, 2010

tuntun langkahku ini, tunjukkan jalan yang Kau redhai


Biar rasa ini mati
Rasa yang tak seperti dulu lagi
Biar jasad ini kaku berbalut
Biar pedih, rasa tak diingati

Ada perkara yang kurang, tidak sama
Ada kata yang sumbang pada bibir yang sumbing
Mainan jiwa bak permintaan Sang Puteri
Tak mampu hamba turutkan, biar hamba undur diri

Biar suara ini memekik
Pada cuping yang tidak mendengar
Biar kaki ini diikat, disimpul semua
Agar tidak terkumpul daki noda

Yang semalam telah kubiar berlalu, tiada rasa
Tapi terkadang menjelma jua
Menagih ingatan pada kenangan
Bila hati sudah melupakan

Buat apa ditagih pada yang sudah berpaling?
Untuk apa diminta pada yang sudah hilang?
Hidup ini katanya dikongsi sama rata
Akhirnya mati seorang tak siapa ketahui

Kata diukir bukan kerna simpati
Bukan minta dipuji, bukan minta dicaci
Sering ketawa tapi sebenarnya tak berbunyi
Yang ada hanya objek tanpa manifestasi.





making a statement is always the best policy to live by


Photo of the liquid foundations that i used. From left; Paul & Joe Light Cream Foundation in 15 Sable, Revlon PhotoReady in Number 006 Medium Beige, Maybeline Angelfit in W02 Natural Buff, Redearth Invisible Touch in Number 3 Misty Rose and Rimmel London Lasting Finish Foundation in Number 200 Soft Beige.

I know that i don't need these much. But i definitely want these much(and probably more)

Some of these i owned over time. I've almost ran out of Maybeline Angelfit as you can see, it's already a bit dented. There were a few hits and misses with these beauties but otherwise i love them all the same.

My most worn recently for the past couple of months would be the Revlon and the Paul & Joe one, just because there're the newest ones that i got. I've said it before that i wanted the new Revlon Photoready line so bad that when it arrived in Malaysia i was basically all hyped up to get it. Both are full coverage, just the way i like them to be. I can not go with sheer coverage or i would use just plain moisturiser and a face powder for it. Let's just put it that i like the makeup look better than the oh-are-you wearing-makeup look.

Revlom Photoready didn't upset me at all. It gives you, again, full coverage with that slight bit of shiny-ness. But that only happens when you are in direct sunlight, but even if you are, it wouldn't be overly dramatic. This foundation will make you appear flawless looking when taking pictures, hence the name of it. That was the main reason why i wanted to get it so bad (and i'm glad i did)



It has, i would say, up to mid day coverage and then you'll have to touch up. But that depends if you wear a makeup base first then your foundation is going to stay on for long. I used Ianti Luxe Jewelry Makeup Base in the green shade to cover redness on my face, and it also acts like a base for the foundation later.

What i like more about this Revlon foundation is that i don't have to use a concealer afterwards because the foundation already sets off all the need-concealed spots on my face. That's how i measure a good foundation, when you do not have to use concealer afterwards. The RedEarth and Maybeline Angelfit foundations, though covers quite well, still need concealers to perfect them. So does the Rimmel one a bit.

Paul & Joe foundation acts just as good as the Revlon one, just that it is a tad more expensive. I would say it was a good investment cause a little goes a long way. Another slight difference is that Paul & Joe has a funny smell that you kind of have to get use to. It smells like rubbery stuffs, like latex. I remembered it when i attended a makeover workshop and the makeup artist uses this kind of glue for dramatic effect and that was the smell. And it is not so convenient to use, seeing as it is in a round jar thing that you have to put your fingers in, while all the other foundations come in bottle with pumps (RedEarth comes in bottle with a pan applicator and Rimmel come out in a tube). Thus, i'll always save this for occasions instead of daily use as it takes up so much to work with and not the kind of on-the-go makeup.

But all in all, I'll definitely recommend having the Revlon Photoready. It is RM54, standard price for Revlon. I believe the price has been marked down from RM65. The others i can't remember exactly how much but all of them are affordable (well, if you want to be broke at the end of the day like me that is LOL!)

:) smiling happy makeup-face.

Saturday, August 28, 2010

guard your love, guard your heart, guard your decision

Semalam saya, deline, leng, syafiq dan arief pergi bersahur di Pelita Nasi Kandar Bangsar. Port wajib tiap-tiap minggu mesti at least pergi sekali. Kalau tak, jangan mengaku kawan saya wacheh giteww ;) Kira kalau ada loyalty card hape bende memang wajib kami dapat la. But okay anyways, tengah-tengah kami syok layan makan sambil the boys bising tengok bola and marah-marah Arshavin kenapa tak skor, tiba-tiba ada sorang budak lelaki India ni datang approach meja kami sambil menjual Kosmo and Berita Harian untuk hari ni. Yelah, pergi pun dah pukul 2 pagi masa tu, harus dah ada paper.


Budak lelaki tu datang paling dekat dengan saya, jadi bila saya toleh untuk tengok paper tu..PERGH.


Gambar di 'cut-n-paste' dari Kosmo Online. Yes, saya tak beli paper semalam tu sebab duit cukup-cukup untuk makan Maggi Goreng telur mata, Teh o Ais dan Tosei Gi saja tsk tsk~

Mula-mula tengok gambar ni, ingatkan cerita pasal kes buang bayi. sekali cek2 dekat Kosmo hari ni, ohh..kes budak koma kena pukul dengan polis rupenye ish malu I.

Tapi perbincangan di meja Pelita malam semalam adalah pasal kes buang bayi yang tiba-tiba saya yang trigger bile tengok gambar ni. Budak-budak lain semua HAH APA TU APA TU SORRY TADI AKU FOCUS TENGOK BOLA SKALI TAK SKOR FRUST AKU.

Duduk dekat Malasysia sekarang ni, yang paling menyedihkan bagi saya ada dua benda je.Harga minyak naik, orang lompat parti ni semua saya boleh tahan kan lagi. Tapi dua benda ni paling close to heart, tak boleh nak endahkan. Pertama, kes orang culik/rogol budak-budak dulu. Jangan cakaplah, memang hari-hari keluar berita/paper kan? Sampai dulu kalau nak debat pasal SEX EDUCATION pun selalu bagi contoh-contoh mangsa. Yang kedua ni, kes orang buang bayi.

Dulu masa di Asasi Undang Undang, saya belajar, kalau kita nak gugurkan anak disebabkan masalah-masalah kesihatan, kita boleh buat semasa 2nd trimester dan ke bawah. Bila dah lebih tu, kira baby tu dah ada life. Correct me if i'm wrong ye? Tapi ni sekarang masalahnya perempuan-perempuan sekalian, mengapa dimengandungkan anak itu macam mahu tapi akhirnya buang begitu saja bila tak mahu? Okay tak, tak semua perempuan. Tiba saya pulak terasa ish ish.

Kalau boleh tu taknak lah stereotype siapa-siapa yang biasa buat kerja-kerja ni semua, tapi saya mengaku yang pelajar IPT kat Malaysia ni memang tergolong dalam kategori pembuang ni. Kalau buang sampah merata-rata tak pe jugak, denda baru RM500 macam tu. Ke terasa yang buang anak tu macam buang sampah, senang-senang je boleh buang?

Cuba kalau dulu, mak-mak korang lahir and buang korang? Kalau dah ajal korang, memang mati on the spot. Rata-rata bayi yang dibiarkan dihurung lalat dekat tempat sampah dah hampir-hampir dimakan anjing la, dimakan burung la. Kalau bernasib baik, ada orang jumpa and bawak balik bela korang. Haa ape korang rasa? Emo ni emo ni.


Tak semua bayi yang dibuang ni bernasib baik diambil jadi anak angkat. Macam Datuk Hamidah Osman ni dan baby Mahsya Kurnea yang femes masuk berita tu. Cuma satu dalam sepuluh orang kot, yang lain-lain, entah apa nasib mereka.

In my opinion sekarang, saya rasa memang perlu sangat-sangat kita ambil langkah drastik. The Baby Hatch dekat Kuala Lumpur/Selangor yang dibuka tu memang perlu sangat-sangat dah sekarang ni. Yelah, daripada orang buang bayi dekat tempat sampah sarap lalu DBKL yang tak bersalah kutip dan bawa untuk dilupuskan,lebih elok kalau bayi tu diletakkan dekat tempat perlindungan yang sudah semestinya beratap berdinding jauh dari ancaman luar yang boleh menganggu keselamatan bayi tu.

Sesetengah oppose and say yang perlaksanaan Baby Hatch ni akan menggalakkan kegiatan seks bebas pula. I say, now is not the time untuk jaga pemangsa, tapi now is the time untuk jaga mangsa. Fikirkan hidup dia jugak. Aduh, lepas tu kau nak gaduh tenaga kerja profesional dekat Malaysia ni sikit. Doktor 1:300 ++, tapi generasi negara sendiri taknak pelihara. Hmm. banyak sebenarnya kesan-kesan daripada akibat perbuatan sorang tu, boleh affect the whole country. Jadi jangan ambil sikap tidak peduli di sini.

Kalau nak ikut sistem di Barat, buat sex education gila-gila, bagi free condom dekat students etc etc..pun saya akan angkat tangan setuju (dua-dua tangan dan sebelah kaki). Sekali lagi, kita jangan kata yang kita orang timur, banyak perkara taboo, tak boleh terlalu 'open' macam di barat. Sedangkan perbuatan kita makin lama makin tak mencerminkan ketimuran pun. Tak perlu semangat Asia For Asia sekarang ni bila kita sendiri dah semakin 'open'.

Wacheh tibe-tibe baca balik ayat-ayat dekat atas tu macam emo sangat pun ada. Sorry u'olls i tak marah u'olls. Tapi marah dekat orang-orang yang tau teran, bungkus dan buang ni. Marah dekat perlaksanaan yang sangat pincang ni. Tolong lah jangan buat undang-undang baru, it'll take years to pass. Undang-undang mana yang ada ni, gunakan dari situ untuk ambil tindakan. Tak pun kalau nak guna provision juga, cepat-cepat amend Penal Code untuk masukkan undang-undangnya. CEPAT-CEPAT. A baby might die in a dumpster now as we speak.

Kepada readers ku sayang, especially yang perempuan, jom jom kita muhasabahkan diri kita. Mari kita banggakan diri sendiri, MAK BAPAK kita dan adik beradik kita. Jangan malukan keluarga. Saya jenis tak kisah apa orang tu buat, nak merewang pergi kelab tengah-tengah malam pun takpe tak susahkan masyarakat, janji bukan ini. TOLONG BUKAN INI. Kita perempuan, fitrah semulajadi kita adalah untuk mendapatkan dan menyayangi anak. Kalau tersilap langkah sekalipun, ingat yang bukan buang penyelesaiannya. Ramai orang di luar sana, especially childless couple yang mahukan anak. Terima kasih.

p/s: First time sambut raya dengan Ari. Ari dah ada 2 baju kurung cotton color biru hadiah dari pengasuh, jadi dekat kakak tak payah mintak dah ye? :D

I love you now like I loved you then, this is the road and these are the hands


1. Untuk kawan yang masakkan ulam pucuk paku dan bawak dari Jerantut ke Shah Alam semata-mata untuk saya, terima kasih.

2. Untuk kawan yang tak pernah minta saya belikan makanan di DC bila dia sibuk sebab tak mahu susahkan saya, terima kasih.

3. Untuk kawan yang hutang dengan saya 20sen pun tetap bayar, terima kasih.

4. Untuk kawan yang selalu minta maaf dengan saya banyak kali sebab takut nak tanya saya soalan pasal assignment, terima kasih.

5. Untuk kawan yang selalu call saya even saya jarang sekali call dia, dan akan merajuk kalau saya tak angkat/lambat angkat call dia, terima kasih.

6. Untuk kawan yang setiap benda penting/kurang penting dalam hidup dia beritahu saya, terima kasih.

7. Untuk kawan yang selalu temankan saya pergi Mid Valley tiap-tiap minggu masa saya single dulu, terima kasih.

8. Untuk kawan yang pujuk saya masa Michael Jackson meninggal dunia, terima kasih.

9. Untuk kawan yang sanggup burnkan 2 CD Michael Jackson untuk saya dengar dalam kereta, terima kasih.

10. Untuk kawan yang buatkan saya kek coklat besar semata-mata sebab dia teringatkan saya, terima kasih.

11. Untuk kawan yang belikan saya gelang Momoe masa saya gila-gila fesyen kawaii dulu, terima kasih.

12. Untuk kawan yang teman saya beli makeup masa saya gila makeup pula, terima kasih.

13. Untuk kawan yang belikan saya bantal kecil LOVE, yang tanpanya saya tak boleh tidur malam, terima kasih.

14. Untuk kawan yang belikan saya rantai Eiffel Tower, terima kasih.

15. Untuk kawan yang sentiasa menjadi orang terakhir telefon dan ucap SELAMAT HARI JADI pada saya, terima kasih.

16. Untuk kawan yang sentiasa tak lupa save kan seat untuk saya di sebelahnya supaya saya tak duduk sorang diri, terima kasih.

17. Untuk kawan yang saya boleh tunjukkan kekurangan saya dalam skill memasak, terima kasih.

18. Untuk kawan yang sentiasa berikan nasihat yang bagus, terima kasih.

19. Untuk kawan yang sanggup tinggalkan kerja yang dibuat semata-mata untuk mendengar masalah saya, terima kasih.

20. Untuk kawan yang belanja saya makan Fresh Oysters yang kami berdua tak suka eventually, terima kasih.

21. Untuk kawan yang percayakan saya dalam segala rahsianya, dan tak pernah nampak jarak Kajang-KL untuk jumpa saya, terima kasih.



On your 21st birthday, i list down 21 beautiful things that you have done to me, of which i am so thankful off. I must have done some wonderful things in life to have deserve such a rare friend like you.

HAPPY BIRTHDAY, ARA.


Friday, August 27, 2010

Life's a road that you travel on. One day here and the next day gone

Semalam, saya telah dijemput menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Fakulti. Tapi jemputan mengatakan yang saya kena bayar RM7 untuk entrance fee. Ceh mesti dah cuak kan entrance fee je dah RM7 nanti fees lain kena bayar berapa pulak? :) Sebenarnya, entrance fee ni cover all. Jadi setelah berdiskusi bermuhasabah diri dengan Zah dan Deline tentang pro2 & cons pergi majlis ni, kami putuskan yang kami akan pergi. lagipun dah rasa tak larat makan Nasi Kerabu Bazar UIA tetiap hari. Lebih tersentap pabila makcik yang jual nasi kerabu tu dah siap-siap bungkus lauk yang kita nak masuk hari ke4 dan ke5 sebab selalu muka-muka ni je yang datang. "Muka-muka ni lah yang selalu habiskan daging bakar aku..mesti caj lebih ni,"omel makcik tu dalam hati agaknya.

Tapi kena tunjukkan dulu wajah-wajah di sebalik persiapan Majlis Buka Puasa ni. From left; Shan Ping, Andrew & Cheah Ying. Wajah-wajah ini sangat excited bila kami masuk, and wajah kena paksa makan kurma dengan saya lepas tu.(^_^)


Sekarang saya persembahkan barisan makanan-makanan yang cun semalam.


Ayam masak merah. Yang sungguh pedas. Melecur ye. Yang si kecik tu kenapa.


Sayur campur. Yang ada sentuhan masakan Cina, sebab dia taruk cendawan dan capsicum i loike sayur 1 Malaysia. Yang si kecik tu kenapa yeeeee.


Telur dadar berisi i loike juga! Si kecik please stop it.


Agar-agar hijau manis. Saya tak makan pun ni tsk tsk kan dah rugi RM1.50. Si kecik kau ke yang habiskan part haku?


Annoying orange. Makan banyak-banyak sebab sakit hati pecah perut. Si kecik why why whyyy baby what's wrong??


Kurma yang hanya dijumpai di bulan Ramadhan. Okay si kecik, thank you for modelling the foods. Tray ni jangan bawak lari ye.



Sesi makan-makan. Maaf blur sebab models tak dapat contain diri dari duduk diam masa makan :) Ceh okay okay it's the camera's fault.


Model Hajaba jugak cun melecun masa makan.


Naz dah macam Aisya Ayat-Ayat Cinta la wey!


YANG HINI ORANGE MENYALA TAK HINGAT HII ANNOYING ANNOYING.


Sambil makan, sambil sembang. Sambil sembang, sambil ketawa. Sambil ketawa, sambil tak sedar orang dah curi kamera and candid gambar. Sambil orang candid gambar, sambil tak perasan ehhh dah makan tambah dua kali rupanya T_T malu malu.

Lepas makan, terus siap-siap nak Sembahyang Isyak and Sembahyang Terawih berjemaah. Nasib baik semua berdisiplin, yang mana nak tambah makan untuk KALI KETIGA tu terus tak jadi tambah and pergi ambil wudhuk pakai telekung semua nak sembahyang berjemaah sekali hmmmmm.


Tengok berdisiplin tak berdisiplin tak? Duduk nak sembahyang pun ikut susunan warna :)

Ni kenapa taknak ikut susunan warna ni???


Lepas habis sembahyang terawih, terus plan nak balik semua sebab hari dah lewat malam. Jadi saya, Zah dan Deline The Three Stoges pun pulang ke kolej 12 dihantar oleh Mr Yannick Noah. Tapi sampai-sampai kolej je terus perut memulas-mulas. Adakah kerana tak makan nasi kerabu bazar UIA hari ni lantas terkena badi? Makcik nasi kerabu please don't do this to us :( Oh tapi rupanya bukan perut memulas pasal nasi kerabu pun. Memulas sebab lapar lagi @#$&^%$#*&!@%# apa nak jadi. Lalu untuk memuaskan perut, kami bergerak ke Carrefour The Sphere.



Nah, kau memang banyak makan sebenarnya Lai, mengaku cepat!

Bai semua!

Thursday, August 26, 2010

its always better when the sun shines a little bit


Hari pertama pakai tudung bawal biasa setelah sekian lama. *terharu terus disayangi tsk tsk*


Begini lebih baik kan. (^_^)

Dari kiri: Myra, Lyla, Deline, Emi, Zah

Wednesday, August 25, 2010

could have given love, now i'm taking back love


Jangan ditanya mengapa aku sendiri
Kadangkala yang ramai itu menyepikan
Kadangkala yang banyak itu menyempitkan
Pemikiran dan perasaan.

Jangan ditanya mengapa begini
Kalau hari ini tak ubah hari semalam
Kalau mata ini masih memandang endahan
Kata-kata hanya angin pelabuhan.

Jangan memandang aku enteng
Kadangkala yang pincang bisa kubaiki
Kadangkala yang diam banyak kuatnya
Kerana yang ego dan dendam tak kemana

Kalau mahukan cinta, kan ku berikan cinta
Kalau mahukan rindu, kan ku hapus air matamu
Jangan ditagih cinta
Jangan ditagih rindu
Kalau yang kini tak seperti dahulu.

She grew up on the side of the road, where church bells ring and strong love grows

Ingat lagi tak dulu masa sekolah rendah, Cikgu BM mesti pernah suruh tulis karangan macam, "Kawan Baik Saya" "Idola Saya" "Aku Sebatang Pen" dan macam-macam lagi lah. Dalam banyak-banyak karangan, mesti pernah sekali dia surh tulis pasal "Tempat Paling Saya Gemari" atau "Tempat Kegemaran Saya". Pernah kan pernah kan, mengaku sekarang siapa BM Penulisan dia dapat A masa UPSR dulu?

Lepas tu kalau dapat tajuk-tajuk macam tu mesti nak tulis pasal Disneyland, Disneyworld, Paris Eiffel Tower bagai sebab nak goreng sampai 300 patah perkataan, kalau tak silap. Sikit je yang tulis pasal kampung halaman, zoo taiping ke, semua nak grand-grand tak boleh blah. Pastu kalau tulis tempat pelik-pelik sikit, isi jadi lagi banyak and lagi banyak markah dapat. Bila cikgu tanya LAILA, BETUL KE KAMU PERNAH PERGI TOKYO?, terus teragak-agak jawab TAK CIKGU, DALAM MIMPI JE T_T.Lepas tu merasa tulis balik karangan sampai 500 perkataan heee story of my life~


Tapi sekarang ni kalau Cikgu ada lagi, and Cikgu suruh buat karangan bertajuk sama, saya dah ada jawapan jujurnya :D


Oh sebab buat Law je terus kena letak gambar ni dulu, sorry Cikgu ;p

Bagi anda, anda, anda yang tak familiar, bangunan ni adalah Mahkamah Tinggi Ipoh. Tak tau lah kalau tempat lain designnya sama sebijik macam ni tapi dalam gambar ni memang dekat Ipoh. Saya emphasis, IPOH. My favorite place is Ipoh.

Tak, bukan sebab laki ada kat sana ke apa, bukan-bukan. Tak jugak mengharapkan bakal laki orang Ipoh hee. Ni memang tulus ikhlas zahir batin sayaaaaaang Ipoh.

Dulu masa sekolah, selalu jugak datang Ipoh ni. Sebab sekolah asrama dulu ulu gila takde apa-apa except for cows jadi nak beli ubat gigi pun harus ke malls di Ipoh. Masa tu memang rasa Ipoh la the best takde tempat best selain Ipoh. Sekali mai KL tu diaaaa wacheeh terus cakap utara:)

Tapi walau apa pun, I'll always go back to Ipoh.


Ipoh tenang.



Ipoh banyak pokok besar-besar. Aman rongga hidung sedut oksigen.


Bangunan kat Ipoh memang type oldschool.


Nie antara oldschool kat sana betullah.


Bangunan ni mengingatkan saya dekat satu bangunan di Melaka. Wah kuat daya ingatan saya tsk tsk~


Lagi bangunan vintage


Lagi-lagi bangunan vintage


Dah korang dah tau kan pointnya HAHA.


Tengok vintage tak vintage tak, eja pun SETESEN.


Bangunan ni sebelah SETESEN je jadi memang kena amek hehe tak vintage pun.


Okay so rasanya that's finally it.
Cikgu rasa-rasanya nak bagi markah berapa penulisan macam ni? (^_^)

Tuesday, August 24, 2010

Beauty is madness that sometimes even I can't put to words.

I've decided that it is long enough that i've gone without writing posts in English. Not really much to frown upon, but i have always complained on how i suck in expressing myself in Bahasa. I'm glad that a few (or many) posts back have shown that i am mildly wrong (^_^) But anyhoos, i thought that it is better for stuffs that i like (beauty and fashion related), i would try to express them in English, as most of the beauty blogs that i follow are English-written.

I've allocated myself only 10mins for this (but i'm waiting for some videos to finish downloading. Damn, i should be reading about ten cases for International Law right now *severe smack on the head* )

Okay, i often consider myself as superficial-freak, as i would go #$@^&%$!* over even a simple Carmex lipbalm. How annoying it is sometimes~

Here's one thing about being superficial that you can't avoid: Have a naked face. By naked i mean go about without makeups (yea i know, i mentioned it far too many times). But as depressing as it might sound, i'm glad that i do that out of love-craze over all things pretty, not because of wanting to fit in or wanting to impress people (other than MYSELF). I think that's a very crucial basis that you can't afford to bend, otherwise you'll get lost in the addiction.

To aid my grace on this is none other than my ever reliable NEEM FACE PACK from HIMALAYA HERBALS.



I've had it for a while now, and I won't put a finger in my tongue and lie that i have worn this ickle fing *2 times a week* religiously. Things that are not of regular basis does not fit in my everyday schedule, it seems. As in the case of my eye-bags-


Err..we'll save this for another time, shall we?


Back to the topic, Neem Face Pack is a facial mask which was recommended to me by a dear elderly lady working in Himalaya's store in MidVal.I've noticed that they placed hot-bod,nature-loving Nyonyas here, and probably that just sold it since Himalaya brands are 100% herbal actives.

My verdict on this one is that, it truly does live to the promise.The first time i purchased this, i had blemishes sprouting out every single day (not literally of course, my face is not Amazon Forest), and since i've been wearing this, it cures the blemishes a lot. It doesn't clear them away COMPLETELY. You're still left with blemish marks to reminisce upon LOL but you won't have angry, boiling red spots on your face anymore.


Attempt to show it off mid-application.

It is mud-based. It comes out all slimy and carries a bearable tumeric scent. It's really greasy and yucky looking. I think that's the only downside of it, that you will get your fingers dirty to apply it. Think about rough 'n' raw herbs blended together, not the expensive and all white looking pull-it-off masks. But for the result of it, I wouldn't complain.

Okay, time's up! Now really need to get to the books (droll...)

Another episode down the memory lane, one path crosses the other

Berbuka puasa is such an enjoyable moment. Because firstly, you get to eat a lot. Secondly, because you know a day has passed in the Ramadhan's calender and you're nearing Hari Raya. Thirdly, because you get to watch cartoons during berbuka. And last but not least, you get to eat with your PEERS. Ceh peers u'olls, taknak mengaku 'kawan'. Sudah-sudah.


Jadi pada hari ahad yang lalu, lepas saya balik dari Ipoh, saya terus dilarikan ke satu tempat special khas untuk berbuka puasa.


Harus letak gambar orang yang melarikan saya. Happy gile muka larikan orang weeeh padahal saya tunggu samapi 10minit untuk dilarikan sambil tengok asap Rapid KL dekat Stesen U. tengok je, tak makan. Tau nanti batal puasa hehe ;)


Then terus ke destinasi pelarian, di Pantai Hillpark Phase II. Caya tempat pelarian, kondo lagi.



Setelah dilarikan, terus disayangi dan di'support' untuk tak give up. Makanan banyak nanti takkan habis.



Muka-muka excited nak makan. Rindu kemaruk sangat dah.



Yeah food :)



Yeah the food and the people :) Okay tak rasa macam pelarian dah. T_T




Tapi disebalik ke'excited'an semua orang, terlindung orang lain yang penat lelah bekerja keras menyiapkan makanan-makanan tu semua. Macam Merdeka lah, kita kena ingat jasa Tunku Abdul Rahman dulu, kalau bukan dia yang bawak delegasi pergi London tu, tak Merdeka kita sampai hari ni. Dan jangan ingat sebab beli selendang kat Jalan TAR tu dah membalas jasa, tak tak. Jadi kepada Naz&Awin(not in picture), thank you for being such great hosts!



Gambar Models pun harus diletak juga. Kasi pemes dalam blog ni hehe :D




Lepas habis buka puasa, duduk celebrate belated birthday Emilyn pulak. Best gila...Sedap gila cupcakes. Heheee 'Wondemilk memang customize semua cupcakes birthday kite ke?,'




Muka kenyang selepas berbuka. Definitely not a pelarian anymore weewuu~ Buat selalu dowh macam ni, perut kenyang hati pun riang!