Thursday, September 30, 2010

just gonna stand there and watch me burn, but that's alright because i like the way it hurts


Hai semua

Pertama sekali, maaf sebab dah lama tak update blog. Life has been busy wachehh. And now bila ada masa, internet connection pulak macam @#!$%@^&!^@*. Loading lambat lepastu server take too long to respond (tengok, sampai boleh hafal ayat ni punyalah lama tunggu nak loading). Lepas tu, teringat lah satu psychological technique ni, di mana if kita nak something to happen, kita buat-buat merajuk dengan benda tu. Contoh saya buat tadi, saya cakap, "hissh, nak beli broadband la macam ni!," secara automatik, internet terus dapat dengan lajunya. siap signal strength VERY GOOD lagi. Sila cuba apply method ini di rumah ye. CUBA TENGOK KALAU RUMAH ANDA DAPAT TAK SIGNAL WIFI UNIVERSITI, KALAU TAK DAPAT, SILA BELI BROADBAND ^_^

Baiklah, nak update blog tengah-tengah blank lepas last update dah seminggu lebih rasa macam...err.. nanti tak ke panjang sangat post ni. Jadi, saya telah mengambil langkah berkesan untuk summarise nya dalam beberapa perkataan saja, pandai kan tee hee?

1)Rabu lepas, ada test Jurisprudence. Kena jawab pasal teori undang-undang semulajadi (?) dari philosophers antaranya John Locke, Thomas Hobbes, Jean-Jacque Rousseau, St.Thomas Acquinas, Plato, Aristotle, Socrates, Cicero, Stoics, you get the picture. Kalau tak, nah amek gambar ni.


Wah,budak kecik tak boleh tengok.

Test tu okaylah. Saya happy sebab ada masa untuk buat notes kecik-kecik yang cantik-cantik, yang guna pen warna-warni tu. Lepas tu semangat pergi dekat Czip Lee and beli highlither warna-warni pulak. Semangat rasanya nak study bila buat macam tu.

2)Malam ni, saya nak pergi tengok Teater Tun Mahathir dengan kawan lama masa sekolah, Zureen. *excited excited*. Saya tak terfikir pun nak pergi, selama ni kawan-kawan cerita, dengar macam tu je tanpa excitement pun. tengok dekat paper, oh, Erra Fazira berlakon. Baiklah. Tapi bila Zureen ajak, terus excited tibe-tibe cari baju apa nak pakai alamak tak ada baju jadi kena pergi shopping ke tak sekarang saya keliruew euw~ and saya memang dah lame gileeeeeee tak jumpe Zureen, so excited sangat! Note:must take lotsa pictures.

3)Zah ajak pergi openhouse kawan dia and Deline. Tapi saya tak pasti, saya takut tak boleh socialise. Macam mana nanti kalau muzik kegemaran kawan zah tu tak sama macam muzik kegemaran saya? Kan tak boleh jadi clique. Eh,merepek. Tapi bila memikirkan makanan-makanan nanti, mana bisa saya kata tidak.

4)Banyak lagi program kena pergi (and not knowing what to wear). Selasa depan, ada jemputan kena pergi tengok Mock Trial UIA pulak. Tahun lepas, dorang buat best. Trailer dorang terbaik. Cuma bezanya bagi saya, diorang more teater-like and dekat UM ni, kitorang lebih pada lawak and pentingkan prosedur mahkamah. Tajuk tahun ni pun macam best : ADRENALINE 090909. Deline, mungkin kau boleh berlakon sini dengan whaddup kau? :) Poster pun menarik. Mungkin diorang nak buat cerita pasal kes ajaran sesat. Mungkin juga saya tak perlu membuat prediction awal T_T.

5) Lepas tu, hari Rabu, ada Sultan Azlan Shah Law Lecture pulak kena pergi dekat Mandarin Oriental.

Yes, ni Sultan Azlan Shah yang betul pergi lecture, tapi bukan baginda yang bagi lecture nanti, ada judge lain bagi. Lord Justice dari England sana.Tajuk lecture pun best, something about Biasness of today's decision makers. Best pergi sini, sebab pakai black&white. Sebelah tu KLCC je, jadi lepas lecture boleh pergi sana and minum dekat Starbucks konon-konon kau lawyer baru balik court. Lepas tu boleh jumpa orang-orang famous, at least to the legal fraternity. Jumpa judges rasa macam nak tanya kenapa buat judgement berjela-jela, jumpa Duta-Duta lepastu nak tengok yang dari France, Italy, Brazil je, jumpa senior-senior lepastu boleh bentang tikar makan kerepek semua. Best-best, but again, saya tak ade baju lagi nak pergi sana nanti.

6) Hujung minggu depan, ada Law Career Convention dekat Bangunan Sultan Azlan Shah. Ceh, kata jelah dekat Fakulti sendiri.Time ni, semua firm akan datang bukak booth, bagi talk, bagi application form untuk kita apply attachment/chambering and kita boleh bagi resume kita time tu jugak. Tapi kerja saya hari tu nanti, seperti tahun-tahun lepas, duduk dekat meja VOX Magazine and if ada peluang, interview sikit-sikit orang yang lalu lalang and buat kerja marketing sikit untuk magazine tu. Tapi takpe, yang penting saya tetap dapat kumpul pen and notepad cantik-cantik daripada goodie bag setiap firm nanti. Beg tu nanti pulak boleh guna sebagai reusable bag masa pergi shopping. so bila pergi store Nichi and nak bayar harga baju tu, cakap kat cashier,"oh, saya taknak beg plastik sebab saya sayangkan alam sekitar. Lagipun saya boleh guna beg kerja saya ni, saya kerja dekat sini lah," sambil tayangkan reusable bag tu T_T.

7) Saya dah buat keputusan.MUKTAMAD. Saya akan potong rambut. Cropped hair with long bangs. Macam ini:-


Gua tak tipu okay.

8) Recently, i keep things more to myself. Saya agak reserved in a way, saya tak selalu hyper dah. Saya semakin serius dengan benda-benda seperti, saya color code semua subjects and kemas bilik dua, tiga kali sehari so that it looks different. Saya pergi kelas berjalan kaki (and i love it, sebab time ni rasa tenang and dapat fikir semua benda), saya turun makan dekat kafe sorang-sorang, and saya tak kisah pun saya sorang je yang pakai jeans and tshirt padahal yang lain semua budak PASUM bertie and berbaju kurung. Kalau saya nak kemana pun, saya akan pergi sendiri and tak mintak tolong orang (cuma masa nak pergi berbuka puasa rumah Aween saje saya mintak tumpang Zah sebab dah one-way) Saya tak pernah kisah, i'm used to be alone, independant or whatever it is you want to call it. But i never pull out/intend to pull out from my crowd. EVER. Saya perlukan kawan-kawan saya juga. Saya tak ada terasa dengan sesiapa pun cuma kadang-kadang saya rasa saya lebih senang bersendirian kalau nak buat certain kerja. Kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Untuk kawan-kawan rapat saya, diorang dah tau perangai saya macam ni. Saya harap mereka faham, its not about them, its about me just wanting to spend time with myself.

9)Tapi antara keburukan doing things alone ni adalah, saya tak cerita banyak benda dekat orang. Even dalam blog ni pun saya tak cerita kalau saya ada masalah unless it's really crucial. Saya ada twitter dah sekarang, dengan harapan bolehlah saya nak luahkan apa yang saya rasa sebab itu lah pun tujuan twitter.Tapi tak jugak, i keep to myself. And i tell myself yang masalah apa-apa pun tak besar sangat, jadi tak worth diceritakan. And memang selalunya pun macam tu. Saya bukan nak simpan problem sorang-sorang tapi saya takut nak cerita dekat kawan-kawan, sebab diorang punya masalah lebih besar dari masalah saya. Masalah diorang, masalah percintaan tapi masalah saya, pagi tadi makan nasi lemak pedas sangat jadi sekarang perut dah kembung and tak boleh concentrate dalam kelas T_T. Hehehe, but i'm serious. It may sound funny but its the truth. Saya taknak susahkan diorang, selagi saya boleh solve it on my own, i'll do it (tengok: alone and independant)

10) Bila saya rasa rindu, saya bukak laptop and tenung gambar ni

She makes everything worth holding on to.

11) I'm setia. Like, traditionally setia. Jadi sebab itulah, saya tak reply messages anda. Saya tau Hadzwan sangat-sangat okey with it and takkan marah kalau saya layan/reply/berkawan semula, tapi saya taknak. Dia terlalu baik untuk semua itu dan saya terlalu bagus untuk tak layan dia macam itu. Saya harap, anda faham.

12) Dah tiga hari saya mimpi dapat adik lelaki. Takkan Ari nak cari boyfriend dah?

13) Hari tu mak telefon dan kata Ari tersekat bawah kerusi sebab dia merangkak masuk situ. Dua hari kemudian, mak call lagi kata Ari dah pandai naik tangga sampai tingkat atas, tapi dia menangis sebab tak tau macam mana nak turun balik. Nampaknya sekarang semua tempat kena berpagar di rumah tu.

14) Okay, saya dah boleh tengok semua video youtube yang dah habis loading (tulis entry blog sambil tunggu video loading, bagus! sambil menyelam, kita minum air masin)

15) Tapi sebelum tu nak turun makan dulu dekat bawah. Bai semua.


P/S: MEMANG BEBERAPA PERKATAAN SEBENARNYA BLOG POST NI YE, LAI?

Thursday, September 23, 2010

for me, u can fall in love and fall out of love but the love would remain the same

Saya ada satu confession: SAYA TAK MINAT BOLLYWOOD. Tidak. Saya hanya ada kawan-kawan yang belajar dekat tempat filem-filem tu semua dibikin. Hmm, tapi kalau difikirkan balik, cerita korea pun saya tak minat. Ohh, mengaku jelah Lai kau sebenarnya tengok Sembilu Kasih je dulu kan?

But seriously, saya tak minat cerita hindustan. Tapi saya minat actors dan actresses dia. Saya angan-angan jugak nak dapat body macam Bipasha Basu tu, takpun mata cantik sikit macam Aishwarya Rai. Selain dari tu, saya tak minat jalan cerita bollywood yang sangat melodramatik. Saya tak suka sebab cerita bollywood banyak scene nyanyi-nyanyi dekat bukit tibe-tibe Shilpa Shetty tadi pakai sari color biru sekarang tukar jadi color hijau pulak apa ni??? Saya juga tak minat sebab cerita bollywood bagi saya tak masuk akal sikit sebab kalau orang tu dah dekat nak mati, tapi sebab marka dia teriak-teriak nangis sikit, sembahyang sikit, terus hidup bangun boleh ambil pistol and tembak balik si penjahat.

Tapi, kawan-kawan saya kat sini semuanya kaki hindustan T_T

Semalam, Myra and Meen ajak tengok cerita We Are Family. Kajol, Kareena Kapoor and Arjun Rampal berlakon. Ambil perhatian pada ARJUN RAMPAL di sini ye. Diorang tau saya tak minat bollywood, tapi saya ikut jugak sebab last filem bollywood yang saya tengok, My Name Is Khan, boleh tahan best jugak. Okay, best betul. Saya lagi suka daripada Slumdog Millionaire.

First thing first, sebelum masuk panggung, kita beli makanan dulu ye. Sebab time lain saya tak banyak makan. Time sejuk-sejuk cerita tengah best-best dalam wayang saya boleh habiskan sebungkus Subway pulak. Ye, Subway. Popcorn tak kenyang jadi saya taknak gedik beli. Oh ye, harus tangkap gambar juga ^_^


Semasa nak pilih samada nak roti Parmesan Oregano atau Hearty Italian


Semasa nak bayar harga roti Parmesan Oregano DAN Hearty Italian T_T Dan ligtning berbeza buatkan muka saya jadi gelap dari biasa. CEH KAU PUTIH SANGAT SEBENARNYA LAI, BAJET EDWARD CULLEN.



Barisan Pencinta Seni Filem Hindustan dan Penghafal Lagu-Lagu Setiap Filem Yang Keluar (BPSFHPLSFYK) pergggh panjang gila akronim.



Meen, awak dah macam angelic sangat saya tengok. Heehee. Myra, Taylor Momsen. Dah.



Weeweet Adeline Zainuddin pandai lenturkan tangan, bakat terpendam!



Myra yang tak masuk panggung lagi tapi dah feeling dah. Bagus-bagus.

Masa nak cari seat kat dalam, dalam hati dah kata, "Takpe, tak minat pun boleh tengok je. Makanan beli banyak. Siap ada beli kacang-kacang lagi. Makan je lah tak payah tengok cerita sangat," Saya pandang kira-kanan, kawan-kawan semua excited nak tunggu Arjun Rampal keluar. Saya pandang kiri-kanan lagi, ohh, kami saje golongan melayu dekat situ T_T yang lain semua orang India. Saya pandang kiri-kanan lagi, ohh, panggung tak penuh rupanya. Lalu saya keluarkan Subway yang dibawa masuk secara haram ^_^

Mula-mula punyalah nawaitu nak pergi tu sekadar nak have fun dengan kawan-kawan je. Sekali tengok cerita tu diaaaa aiiih, best gile siooot! Semua elemen-elemen complete. Walaupun tak boleh lari daripada stereotype Hindustan yang emosi terlebih ni, tapi takde lah adegan menyanyi beria-ria golek-golek bukit semua. I loike!




Nah hamek kau, keluar-keluar mata bengkak terus.

Wednesday, September 22, 2010

i totally & completely, like to the max, love the shit out of you.

Sebenarnya, dah lama nak tulis pasal ni. Tapi selalu tak jadi sebab a)time mengadap laptop tu xde idea, tapi bile pergi makan, mandi, study, tidur-mimpi, datang pulak idea mencurah-curah ke ladang gandum. b)selalu rasa macam budak mentah lagi dalam hal ni sebab tak banyak yang saya lalui, setakat mana yang jadi kat saya saje lah yang boleh saya apply. c) bila (a) dan (b) campur sekali. Kebanyakan masa tu, saya rasa macam (c) lah. Tapi bila pergi blog-walking, ramai dah sebenarnya tulis pasal ni, so tak segan lah saya nak tulis benda yang sama tapi dengan cara berbeza. Hmm, penyegan jugak saya sebenarnya ye. Kualiti diri saya yang tersembunyi selama ni, bagus-bagus. Kipitdup.

Sebelum tu, saya nak berterima kasih dekat cik yatcie dan cik faddsagi sebab comment pasal saya dalam blog dorang. Blog dorang lagi hebat. cik yatcie siap buat iklan nuffnang. Saya ni iklankan diri sendiri je, hehe.Cik fad pulak sangat berani bercerita dalam blog, tak macam saya yang selalu fikirkan banyak benda sebelum nak tulis kat sini and last-last benda tu tak jadi and saya boleh hairan sendiri kenapa blog dah lama tak update. Hmm, banyak rantaian makanan dekat situ *

Okay lah, tanpa membuang masa anda untuk membacanya lagi, saya perkenalkan topik kali ini :- HOW TO COPE WITH LONG DISTANCE RELATIONSHIP. Atau dalam bahasa melayunya, macam mana nak bertahan dalam hubungan jarak jauh.



Lain orang, lain caranya. Jadi, saya akan hanya ceritakan what works for me. Setakat ni, dah dekat dua tahun, rasanya tenang semuanya. Walaupun hubungan jarak jauh ni saya rasa tak terpakai sangat pada situasi saya yang sekadar Ipoh-Kuala Lumpur ni tapi kalau tak jumpa sampai berbulan-bulan sebab faktor jarak/komitmen pun boleh masuk dalam kategori ni jugak.TOLONGLAH BAGI SAYA MASUK DALAM KATEGORI NI JUGAK T_T

1. PERCAYA
Memang diakui, kalau hari-hari tak dapat jumpa sampai tahi lalat dekat muka girlfriend pun dah tak ingat belah kanan ke belah kiri, kita akan selalu rasa macam lambat laun dia nak ambil kesempatan dekat kita and mainkan kita dekat belakang. Kalau kita call tanya, "keluar shopping dengan siapa?," and dia jawab, "Oh, dengan Wan," secara otomatik kita akan terfikir, "Ni mesti Ridhwan takpun Wan Chik Daud ni,". Padahal dia tengah keluar dengan Wan Salimah kawan lama dia. Jadi solutionnya apa di situ? Pada pendapat saya, kalau dah masing-masing jauh tu, kita kena pupukkan rasa percaya pada pasangan. Jangan cepat syak wasangka, sebab tak semestinya apa yang kita syakkan sangat tu betul. Lagipun saya sentiasa berpegang pada prinsip, "Saya percaya, dan awak sangat bodoh kalau mainkan kepercayaan saya," Jadi percayalah, dan lihat yang pasangan anda tu takkan buat apa yang telah anda pertaruhkan kepercayaan tersebut.
2. RUANG
Ni bagi saya penting jugak. Sebab kita jauh, so literally masing-masing ada kehidupan sendiri. And tak semestinya sebab dah couple, kita kena ubah hidup kita semua. Tidak sama sekali. Apa yang kita perlu buat adalah, include dia dalam hidup kita saje dan teruskan hidup macam biasa dengan adanya dia sekali. Biarkan kalau dia nak pergi mana pun atau dengan siapa dia nak berkawan, asalkan dia tahu siapa diri dia. Bagi saya, memberi ruang ini adalah tanda penghormatan dan sekali lagi,"awak sangat bodoh kalau mainkan ruang yang saya berikan,". Jadi tak perlu lah kita nak melarang dia, tak bagi pergi situ, tak bagi berkawan dengan orang-orang tertentu. Kita pun tak suka dikongkong dan adakah dengan tak bagi dia berkawan dengan siapa dia mahu itu boleh buatkan dia lebih sayangkan anda? :) Sebenarnya hubungan jarak jauh ni boleh jadi sesuatu yang sangat exciting dengan adanya kewujudan ruang ni, sebab nanti anda mungkin akan jadi macam saya ni haa. Hadzwan selalu cakap saya mulut potpet bila jumpa dia sebab saya boleh bercakap dua jam straight pasal apa yang saya buat/mana saya pergi/benda saya tau/siapa saya jumpa. Macam tu jugak sebaliknya. Dia akan cerita pasal project yang dia join/tempat dia dah pergi and nak bawak saya etc etc. cuba bayangkan kalau berjumpa sekali sekala and anda ditanya,"Macam mana hidup sekarang?," Tak ke anda rasa macam nak jawab balik, "Macam mana saya nak tau, awak selama ni kongkong saya?,"
3. SETIA
Jangan sebabkan dia jauh and tak tau apa anda buat 24jam, anda pun ambil kesempatan pasang satu, dua tiga dan empat tiada apa ku dapat bersamamu hanya penat mereka tidak berkata apa lalalalaaa. Saya jenis yang tak suka menyusahkan diri saya sendiri dengan cari benda-benda yang dah ada and tak perlu ni. Tak perlu kita nak complicated kan hidup, baik kita bersyukur je dengan apa yang kita ada sebab itu yang terbaik. Kalau dia jauh-jauh boleh setia and depan kawan-kawan perempuan dia yang lain pun dia sanggup cerita pasal girlfriend dia, apa salahnya kita do the same? Saya selalu percaya, macam yang orang putih kata, "what goes around comes back around," Sekali kita cari orang lain, yang jenis Roy dalam cerita Sembilu tu yang memang kaki perempuan habis, tak gigit jari ke lepas tu? Bumi ni berputar, lama-lama kita akan balik ke paksi yang sama juga. Jadi hargailah yang sudah ada ni sebab tak semestinya yang kita cari lain tu, lebih baik dari yang sudah ada.

4. KEISTIMEWAAN
Lainnya couple jarak jauh ni, once dia jumpa, mesti akan go all out. Opps, maksud saya, dia takkan pergi date makan-tengok wayang-jalan-jalan biasa tu. At least in my part, no. Saya sangat pentingkan kualiti masa daripada kuantiti masa tu. Jadi kalau boleh, bila berjumpa, saya nak buat something different. Usually kami akan pergi visit tempat-tempat best ataupun kesempatan tu digunakan untuk dia kenal kawan-kawan saya and saya kenal kawan-kawan dia. Ni tips berkesan kalau nak bagi dia percayakan kita, bawak dia jumpa dengan kawan-kawan kita terus. Time cuti, bawak dia datang rumah. Time raya, suruh dia bagi duit raya dekat adik-adik ecececeh taklah. Do something special, pergi pantai atau tangkap gambar banyak-banyak. Barulah best kalau terkenangkan dari tempat jauh masing-masing.

5. AFFECTION (sebab geli nak tulis KEMESRAAN)
Dah tau kita punya relationship pun jarak jauh, maka kenalah letak effort sikit untuk spice up the relatonship. Kalau tak, hambaaaaaaaaaaaaaaaar jadinya. Setakat 'good mornin' 'good night' 'how are you i am fine thank you' tu, kucing sebelah rumah pun boleh tanya. Kalau pasangan anda tu jenis tak reti nak tunjukkan affection (seperti Hadzwan), tak apa. Anda pun boleh, siapa kata perempuan tak boleh? Hantar je poem berjela-jela dekat dia. Jenis ayat, "lautan api pun sanggup ku renangi" pun dia terima. Sekali-sekala, buat surprise dekat dia. Boleh bagi e-card yang romantik ke. Tulis surat pastu post ke. BAGI RANTAI TIFFANY, BUNGA ROSE, DAN BEG GUESS KE. Hehehee, surprise la tu kan?

Jadi setakat ni, ini saja lima yang saya tau berjaya kalau dipraktikkan. Tak payah pakai jamu perapat pun dah berkesan. Bai semua_

i have a Barney inside, like seriously


That's why I don't give a shit if I laugh alone and people stare at me, they don't know I'm recalling The Simpsons :)

Tuesday, September 21, 2010

cuz everytime i look at you, is like the first time.

Pagi tadi beriya-iya pergi kelas and tayang phone kat orang. Ni bukan tayang yang, "eh awak, berapa ye number telefon awak, number yang saya save hari tu dah hilang, boleh tak awak taip lain?," pastu kawan tu pun perasan yang kita pegang BlackBerry sebenarnya. Bukan. Ni tayang yang terus ," haaa nak awak tengok wallpaper phone saya ni," Sebab handphone di tangan bukan BlackBerry T_T

Anyways, saya tunjukkan gambar Ari. Nak tunjuk kat wallpaper handphone saya, anda tak boleh nampak di sini. Jadi saya dah upload pictures. Baik tak baik tak? :)


Haa inilah wallpaper phone saya yang tak boleh ambil BB pin orang tu.

Bila tunjuk gambar ni kat semua orang, even Yannick went, "ee cutenye,"


Gambar ni pulak, orang kata macam saya abuse Ari ^_^ Tapi ada gaya macam Devil Wears Prada tu tak?




Orang kat kampung kata, muka dia dah iras-iras muka Syanaz masa kecik-kecik dulu. Bulat, tembam. Habis macam mana tak tembam kalau nasi impit pun makan. "Tapi perangai ikut macam perangai Syira lah, buas sangat," Cis kojak sumorang :s




_Along sayang Ari_


Bai semua!

when whispering your name softly has never been this easy

So i guess i watched enough youtube blogs that making me not doing this review would sound insane. I don't know why, but its probably that time of the season where you don't feel like wearing the usual concealer-powder-lipliner-lipstick-lipgloss regime and just want to slap some colors and ready to walk out of the door. Or maybe you are just a beginner in makeup and for a safe choice, you just want to have ONE item that does all the work. Either way, the perfect solution is to get your hand to one of these.




"The Face Shop" Black Label Pot Lip Gloss in #307 Passion Red, "Etude" Magic Tint Balm in #02 and "Etude" Magic Tint Balm in #01

These I called the lip jar/pot, just because it is kept that way. I don't know what they are called specifically. If you go to high end ones like MAC, you can see their selections called Tendertone, which i think isn't the real name but just the names for the MAC ranges. I had the FaceShop one two years ago, and sadly FaceShop doesn't make them anymore because that was their limited collection at that time (I would recommend checking out the new collection from them now, worth it. Pretty packaging and all, and if you already have the eyeshadow trios, I'M JEALOUS ^_^)

The FaceShop one was my absolute favorite at that time to wear, on lazy days where it just takes too much time to think what color on the lips i should wear to match my outfit/makeup. I just dab this baby onto my lips and rolllllll. Then, i got the Etude number #01, partly because I wanted to find a nice dupe for the FaceShop one but it appears less red than the former. I still love it though. Then because i couldn't help myself, I got the number #02. Yes, *surprise surprise*


The Magic Tint Balms are a lot more glossier than the FaceShop one as you can see, they don't pick up colors as good as the FaceShop ones but if you are looking for something that gives color one second and dissapear to gloss your lips throughout the day, these are your go-to items. They go and fit with everything. For example, the FaceShop one does look scary looking color in here but in reality, it is not. It applies naturally-looking on the lips. So at the end of the day, you won't go berserk over having applied the wrong lip color. These doesn't have smells, they are not the same as the Body Shop pots that comes in all fruit colors (i know what you are thinking). These are serious lipstick-lipgloss in a jar.

These days, i forget lipliner-lipstick-lipgloss and just go with the ones that provide me all three of them :)


P/S: I forgot how much the Magic Tint Balms cost, but they are not more than RM20 per jar for sure. Obviously you can't get the FaceShop ones anymore, but that too ranges between that price.

Monday, September 20, 2010

life is always about dancing in the rain if the storm won't fade

Hari ini adalah hari bersejarah buat saya. Sebab penuh dengan aktiviti yang menarik seperti, bangun pagi-pergi kelas-belajar-balik kelas-makan-pergi kelas balik-makan-makan-makan-balik tidur. Tapi hari ni tak seperti hari-hari yang biasa sebab hari ini bila saya bangun, secara automatik baju kebaya disarung di badan. TAPI DAH MANDI DULU DAH SEBELUM TU ^_^


Menarik kan pakai baju kebaya pergi kelas. Nak pergi kelas menjahit ke ape.


Tapi saya berbangga bukan saya sorang je yang berbaju tradisional pergi kelas hari ni.



Tengok tu, siap buat iklan Pantene lagi.


Yang lelaki pun sama. Dah jadi macam calon suami mithali dah rupanya. Syak, kalau songkok tinggi sikit dah boleh menari zapin dah. Azzairi, kau wakil rakyat cukup.

Wah bestnya saya tak keseorangan berbaju tradisional.

Meriah kan hari saya hari ni? Tak payah pergi Jom Heboh pun.




Tangkap gambar mesti nak cari yang sedondon. Tak sedondon baju, sedondon anak tudung pun jadi lah.



Wakil Rakyat tangkap gambar dengan rakyatnya

Ramcangan Aduan Rakyat.




DARI JAUH KU POHONKAN AMPUN MAAF

Tengah sibuk-sibuk tangkap gambar, tiba-tiba datang dua tiga orang lecturer daripada Hiroshima University ni nak join sekali jugak. Diorang di sini sebab ada student exchange programme. Diorang tanya, kenapa pakai baju cantik-cantik macam ni? Lepas tu kami jawab, saja nak semangat sambut hari raya lagi. Lepas tu diorang buat muka tak faham lagi, hari raya tu apa diorang tanya. Punya lah jenuh nak explain bagi faham, last-last kami jawab, ohh it's like Chinese New Year but this is for Muslim!


Orang Jepong



Orang Malaysia saje yang tak pernah pergi Jepong.


Dah habis syiok tangkap gambar, baru sedar yang diri tu lapar sebenarnya. Tak boleh seronok sangat bergambar, perut pun nak kena isi jugak.

Pakai baju macam ni pergi makan kat Pelita, sorang-sorang segan nak turun kereta. Yelah, pakai baju macam nak pergi beraya tapi bukan makan ketupat rendang nasi himpit wajik dan dodol sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Tapi bila dah duduk tu mulalah TEH AIS SATU MILO AIS SATU HAA NAK PERGI AMBIK NASI SENDIRI TAK PAYAH ORDER. Bagus-bagus.

Lepas dah habis makan, tak sambung tangkap gambar dah. Sedar diri yang kelas semua still ada, jadi saya menapak di library bersama Deline sambil cuba discuss kes Company Law. Ambil perhatian pada perkataan CUBA di situ.


Ececeh takla, memang betul-betul buat okay. Bersemangat jawab dalam kelas siap angkat-angkat penumbuk lagi punyalah nak menegaskan jawapan dengan tegas.

Tapi time di library pun aktiviti tangkap gambar masih diteruskan. Kali ini dengan budak yang tidak lain tidak bukan, dah selalu ada dalam blog ni boleh jadi maskot blog ni pula.

Buat julung kalinya dipersembahkan, Iffah.Dan.Tudung.Ribbon.Beliau.

Habis kelas, kena makan lagi. Kali ni, sambar makanan lebihan untuk program Student Exchange tu. Hee pelahap nombor satu.


Bai semua_

Saturday, September 18, 2010

so what am i to do, oh, what am i to do without you?


I found out that when i'm spending my "Me Time", the creativity comes butting in =)



This is so gedik, Lai. Boleh tick gedik di bawah ni. Gediiiiiiiiiiik.

Friday, September 17, 2010

forever is just another challenge of saying, how far?

Mahu lihat hasil kerja keras titik peluh saya dari jarak jauh sempena hari keputeraan kekasih hati si jantung pisang?
-
-
-
-
-
-


Lihat lah dunia, kehebatan skill komputer saya ^_^

Mula-mula sebelum ni, tengah berdiskusi sama ada mahu pergi menonton konsert Paramore atau tidak. Sebab dia minat Paramore, saya hanya minat rambut merah si Hayley tu saje. Jadi konon-konon sweet macam equals, kena letak lah caption You Are The Only Exception tu (padahal tu je lagu yang saya tau tsk tsssk~)




Yang ini baru dibuat beberapa minit lalu, tanda berakhirnya hari keputeraan beliau dan lepas ni beliau tak boleh mengada-ngada konon sebaya dengan saya lagi.

Ambil masa sepuluh minit je lah nak buat benda ni (muka berlagak) Saya dah terer tulis pakai Paint sekarang. Ohh, skill komputer sangat tajam ye lai pernah dengar yang namanya Adobe Photoshop??? T_T

*happy birthday, sayang.

Wednesday, September 15, 2010

37th best in the world, can you believe your eyeballs??

Cuba fikir-fikir balik, bila kali terakhir anda lukis bendera Malaysia? oh, tak payah tanya jauh Lai, tanya diri sendiri sudah. Hmm. Last sekali saya lukis bendera Malaysia ni, masa tu saya darjah 5. Sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan kat sekolah, semua murid kena berkumpul dekat tapak perhimpunan pastu cikgu bagi kertas lukisan suruh lukis and warnakan bendera Malaysia. Masa tu berebut-rebut siapa yang ada pensel warna Luna 12, 24, 36 batang. Pastu mesti hilang kaler merah and terpaksa guna kaler pink nak warnakan jalur. Punyalah beria. Tengok-tengok esok, 400 lebih bendera Malaysia yang dilukis semalam digantung dekat seluruh kawasan sekolah masa sambutan merdeka. Macam cantik masa tu tapi fikir-fikir balik, pandai jugak sekolah save bajet T_T

Oh, tapi topik kali ni bukan nak cerita pasal hari merdeka atau kau-pandai-lukis-ke-tak-masa-kecik-kecik-dulu. Ni nak cerita pasal sambutan lain, sambutan Hari Malaysia pulak. Dalam kemeriahan Syawal ni, bertambah-tambah meriah lagi sebab boleh sambut Hari Malaysia. Sekarang kaum India dan Cina tak ada alasan untuk tak 'beraya' sekali :)

Bercakap pasal Hari Malaysia ni, tak sah lah kalau kita tak tanya/ditanya pasal apa yang paling best /buat korang rasa bangga jadi anak malaysia ni. Kalau tourist yang tanya, mesti kita akan jawab penuh konpiden dengan English berhabuk khook khook. Kalau reporters yang tanya, mesti kita nak betul tudung betul rambut dulu sambil jawab tersipu-sipu pandang kamera and harap-harap ehhhh orang kampung aku tau tak aku nak masuk tv ni? Haaaa. Jadi di sini, saya nak menjawabnya lah walaupun takde siapa yang bertanya but its sokaaaaay.

5 perkara gegemaran saya sebagai anak Malaysia binti Malaysia
  1. Pelbagai kaum. Jadi selain berkawan dengan Ashree, Aliaa, Shamira, Zahirah, Nabila, Farah, saya juga berkawan dengan John, Hong Ting, Amreeta, Thulsi, Zen Qi, Louise, Shan Ping dan lain-lain. Saya bangga sebab saya tau perkataan 'lengchai' dan 'lenglui' *clapclap*. Jadi kalau nak bercakap apa-apa, senang boleh dengar pendapat semua pihak. Ohh kalau kat Malaysia ni ada satu kaum je, contohnya Melayu saja, saya angkat beg siap. Orang kata, walaupun tak berapa kenal tapi janji ada. Macam necessity untuk ada.
  2. Banyak cutiiiiiiiiii. Sebab dah banyak kaum, semua pun ada perayaan hari Gawai lah, Kaamatan, Chap Goh Mei la, Deepavali la so semua kena cuti. Heee time belajar best la cuti-cuti esok dah kerja takde maknanya. But anyways, ini lah perkara yang paling ditunggu time sekolah dulu. Bila balik kampung, atuk nenek tanya "bila nak balik sini lagi?bulan depan cuti lagi kan sebab raya so and so. Memang naaaais.
  3. Makanan banyak. Bukan boleh makan nasi lemak saja time sarapan pagi, roti canai and chapati pun boleh. Kalau pelahap sangat, yong tau foo pun boleh waaaau sorry tiru iklan ERA T_T. Tapi memang best sebab semua kaum boleh merasa semua kaum punya makanan. Contoh: if nak merasa kari yang ori, boleh pergi Rajoo dekat La Salle PJ sekarang. Kalau nak makan Buttered Prawn murah tapi sedap, ada jual tuuu dekat area-area dekat dengan Murni. Haa okay saya dah lapar sekarang so sambung tulis later~
  4. Walaupun pelbagai kaum/pelbagai etnik,pelbagai bangsa dan agama, kita tetap hidup aman damai pulau sentosa pulau bahagia. We're not as bad as some countries, where their people demonstrate almost everyday, or their government change more than they change their pants. We're pretty decent citizen and we live in harmony. If we do fight, it is not as often/not as big/not as much of a hassle. Hamek terus cakap omputih now fine thank you
  5. Rata-rata pasal Malaysia is soooo good at the moment. Setengah perkara tu boleh diperfectkan lagi tapi so far, tak ada yang betul-betul perlukan serius pembaharuan pun. Bagi saya personally, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain pasal Malaysia ni berada dalam tahap yang stabil. Saya bangga sebab Malaysia adalah 3rd world country yang cepat membangun berbanding negara-negara lain. Jadi tak ada masalah peribadi tu yang jadi masalah negara.
Okay siap sekarang boleh pergi bind and hantar dekat lecturer ^_^


Maka, apa plan cuti sehari esok ni? Dulu masa Merdeka, sibuk cari sale tsk tskk buruk perangai betul stop it Lai.

Selamat Satu Malaysia!

no words described cuz no strings attached

Setelah beberapa hari rasa benggang dengan blog yang background/template/header macam @#%$!$@&^!%@*!%@$# ni, akhirnya jumpa jugak sinar disebalik kegelapan ni.

~ I am officially in love with the new header ~

Walaupun background tak dapat ditukar, tak apa. Dalam hidup ni kita tak boleh dapat semua benda, jadi kita jangan tamak T_T. Yang penting, header baru dapat menambat hati saya. Oh,cantik :) Ada eyeshadows semua, tanda saya sukakan makeup. Itu yang paling penting. Suka suka.


Terima kasih kepada si pembikin yang bertungkus lumus dalam masa 2jam lebih ni mendengar instruction saya NAK ITU NAK INI NAK LETAK COLOR TU NAK LETAK GAMBAR INI. Anda pun kesukaan saya juga ^_^



Ececeh, terharu la tu.

Okay, on another note, kalau saya potong rambut cenggini, ada sape-sape yang nak buat petition bantahan tak? (Saya nak simpan rambut panjang ni tapi maklumlah, saya ni jaga rambut macam jaga penyapu lidi belakang rumah, jadi baik potong saja)


Tuesday, September 14, 2010

to have pain is inevitable, to suffer in it is another option

About four hours ago, sebelum saya dapat ilham bin mohamad untuk tulis entry blog baru, saya telah menghabiskan masa 'chatting' dengan seorang kawan yang baik masa sekolah dulu and sekarang bertambah baik sebab dua-dua rajin usha blog satu sama lain. Mula-mula sekali dia tanya,"Apa lagi yang boleh ditulis kat blog ni? Rasa dah takde idea," lalu saya membalas "Betul, dah kering kontang idea dah semenjak takde air ni," Awal-awal bergebang pasal blog, then baru masuk topik perbualan yang sebenar. Memang ikut adat melayu betul kawan saya yang sorang ni, macam datang rumah orang bagi salam tanya khabar berpantun dulu baru boleh sampaikan hajat di hati untuk menyunting bunga di taman :D

Anyway, topik sebenar adalah tentang masalah hati dan perasaan Atau dulu-dulu saya suka sebut sebagai L saja, which stands for Love. Saya rasa, entri saya yang paling saya ingat pasal L adalah semasa saya acknowledge satu-satu sahabat saya dan L mereka. Di sini. Kepada yang ingat, sila senyum sekarang :)

Now, berbalik kepada kawan saya yang one-in-a-million ni, katanya, hatinya sakit. Dia rasa dipermainkan. Macam-macam yang dia rasa..sakit, dan anda boleh gunakan perkataan pilihan anda sendiri untuk menggambarkan perasaan dia. Saya fikir-fikir sebentar, rasanya macam pernah saya alami semua ni. Sumpah. Tapi di mana ya tak kenal la tak familiar muka tapi rasa-rasa macam pernah nampak ehhh hokeh.

Kadang-kadang saya suka buat statistik sendirian berhad : Berapa ramai perempuan/lelaki yang hatinya suci murni tak pernah dirobek sampai rabak lagi dekat Malaysia ni? Lalu saya keluarkan nisbah sendiri pula, iaitu 1:10000. Bermakna, hanya seorang dalam ramai-ramai sepuluh ribu orang yang hatinya betul-betul tak pernah disakiti walaupun sekali. Jadi saya rasa, kalau penulis blog sendiri pun dah pernah terseliuh kakinya, saya boleh bayangkan lagi berapa ramai yang dah terjatuh berguling-guling dekat luar sana.

Kawan saya bertanya,"Kenapa orang yang kita suka, tak suka kita balik tapi orang yang kita tak suka pulak yang suka kita?," Familiar dengan forecast question ni bukan? Bagi saya (selain buat statistik, saya terlebih dahulu melakukan observation sendirian berhad juga), fitrah manusia, especially perempuan, yang mana yang dia susah nak dapat tulah yang dia nakkan sangat-sangat. Yang mana yang orang sekeliling rasa 'ah, kau boleh dapat lagi better," tapi bagi dia itulah segalo-galonyo. Sebab tulah diri seorang perempuan tu sukar nak difahami, compilcated sangat. Saya pun kadang-kadang question diri sendiri juga, "kenapa kena susah-susah, kan si B tu dah suka kita lebih dari si A yang tak guna tu," Tapi tulah prempuan, uniknya di situ.

Saya pernah berada dalam situasi ini, tapi sekarang tidak lagi. Dengan berbekalkan statistik dan observation, saya telah mengeluarkan solution sendiri ^_^

MASA

Saya pernah terbaca dalam satu majalah, MIDI tak silap, penulisnya berkata,"Masa itu cinta. Jika tiada cinta, maka berilah masa dahulu. Nescaya lama kelamaan, masa akan memberikan cinta tersebut," Maksudnya di sini secara ringkas adalah, kalau ada seseorang yang anda ketahui suka pada anda, tunggu dulu. Jangan menolaknya terus. Berikan masa, kesempatan dan ruang untuk mengenali orang itu dengan lebih mendalam. Mana tahu dengan masa, timbul keserasian. Mana tahu dengan masa, timbul rasa yang sama. Jadi berikan masa itu. Dan saya rasa, lepas ni saya boleh tukar course ambil Psikologi Orang Dewasa :D

Yes, saya telah mempratikkannya. Dan hasilnya sangat berjaya dan memuaskan *clapclap*. Setakat ini, rasanya sudah terubat sepenuhnya rasa sakit hati dulu. Walaupun parut luka masih ada, tapi yang penting, kulit tak terkopek balik euuuuw~Lagipun, hidup ni bukan setakat L saja. Saya rasa, kalau saya fikirkan L saja, saya akan totally jadi gila sebabkan L pada seseorang, kita ketepikan semua yang buruk pasal dia. Tak baik untuk kesihatan kalau macam tu.


Saya rasa juga, kalau bukan sebabkan rasa L saya sekarang yang sudah ditelan masa, saya takkan confident 100% untuk berterus-terang dengan si penerima L saya ini begini, "Kalau saya fikirkan cinta semata-mata, tentu bukan kamu pilihannya. Tapi kalau saya fikirkan pengorbanan, masa depan, komitmen, keserasian dan cinta yang kamu berikan pada saya, sudah tentu kamu pilihannya. Tak susah untuk saya membalas rasa yang serupa,malah mungkin lebih lagi daripada yang pertama" Hmm, okay Hadzwan, kembang sekali dah cukup T_T

Jadi kepada kawan saya yang mungkin tengah menyanyi lagu Hati Yang Telah Kau Sakiti sekarang ni, saya cuma boleh katakan, jangan risau. Berikan saja masa, takkan rugi :) Saya tahu kawan saya ni bukan jenis yang lemah. Saya sayang anda, dan saya harap anda tak marah saya tulis di sini.

Okay habis. Bai semua :D Selamat Hari Rabu.

Monday, September 13, 2010

and that was the day that i promise i never sing of love if it does not exist


Sometimes it gets too
crowded in a spacious path
rocky on a steady mountain
swaying from a stable spot
but i can always count on you
to fix everything back to root

Sometimes life can get too hippie
love ain't always that pretty
but that's okay, i've learned
thanks to you
that we listen and speak through each other
and live like it doesn't matter

I hereby vow, that in 99 more years, i would still love you.

and i wish you a thousand smiles, a thousand joy and a thousand splendid suns

Okeh, dah penat la kan cenggini tiap-tiap hari nak mengedit blog. Last-last ni je rupenye, ciss. Kau tengok sini, tak center pun pastu ada buttons untuk free template/background semua last-last hape je yang keluar?? Macam mana lah subjek Computer dulu boleh dapat A+ ni, nampak sangat hafal tapi tak tau ape tskk tskkk. Sedih :(((((((( Tapi, sampai bila kita nak hidup dalam kesedihan? Kadang-kala kita kena bangkit dari kejatuhan kita. Kan tak lama lagi Hari Malaysia. Okay, tak ada kena mengena.

Baiklah, demi membungakan hati yang dah parah ni, saya nak ceritakan perkembangan cuti saya setakat ini. Tak, bukan makan-tidur-makan-tidur-makan-makan-makan-timbang dah naik 10kilo, bukan ya. Bukan juga sambut raya sampai tak reti nak balik rumah. Saya nak ceritakan tentang pre-birthday celebration ''bahagian-lagi satu'', Hadzwan.



Gambar jangan tak ada pulak.

Biar saya ceritakan something dulu. Masa 1st birthday dia, (masa dengan saya, bukan masa dia still pakai pampers lagi ye, senonoh sikit), saya ingat sebulan awal and dah siap-siap beli hadiah buat surprise semangat sangat. 2nd birthday dia, dibiarkan berlalu hampir 3 jam tanpa ucapan sebab saya terlupa T_T cantik kan perangai? So sekarang dah akan masuk 3rd birthday, saya rasakan adalah cukup matang dan bergaya kalau saya sambutnya awal-awal,nanti kalau terlupa sampai 3hari pulak, saya dah ada defence. Pandai tak pandai tak? Yes, ini pesanan juga buat anda, anda dan anda lovebirds di luar sana. Jika anda seperti saya yang kadang-kadang mengalami alzheimer masa muda-muda ni lagi, sila buat persiapan awal nescaya aman bahagia sentosa dan damai selamanya.

Untuk lebih membuktikan yang saya adalah girlfriend terbaik di abad ini, saya telah membawanya makan di satu restoran enak.


Restoran enak dinamakan Winter Warmers. Terletak di Queensbay Mall, Penang.

Sedikit input tentang restoran ini: Interior yang menarik, i would say. Not as good as restoran ala-ala Garden dekat dengan Curve Flea Market tu but close enough. Sangat lacey, floral, and victorian-like. Bau kedai pun bau teh dan bunga-bungaanJadi girly-girly mesti suka tempat ni dan si cowok mesti rimas dengan tempat ni (!) Makanannya sangat affordable, tak mahal macam restoran Chilis atau restoran TGIF tapi standard macam restoran Secret Recipe. Food presentation semua pun cantik, best. Tak ada apa yang kurang cuma makanan and minuman dekat sini rata-ratanya berasaskan teh. Jadi minuman kau tu tak sah kalau tak ada campur teh. Makanan pun sangat sweet, macam couple dah sweet dia tambahkan lagi sweet nye jadi peewit ehhh merepek.


Penaja kita pada hari ini





Si kena taja, tak payah terharu ^_^






Dory Grilled Fish. Sedap tapi manis. Macam taruk teh di dalam kuahnya.


Hadiah beliau ta-da!



Petua pre-birthday celebration ni berjaya juga ye?

Saturday, September 11, 2010

is there anyone out there cuz it's getting harder and harder to breathe, Ayie 2010

I'm really sorry template lama hilang tibe-tibe, menjadikan blog yang tak berapa best ni lebih tak best bile mata yang membace kena betul2 bukak scutinise satu-satu perkataan kat sini. Eyy mengundang eyyyy. Tapi takpe, mood raya masih ada. And template yang baru ni pun rasa lagi okay (i guess :ss) Have a great day lovelies!

Thursday, September 9, 2010

rindu hati ini inginku kembali pada ayah bonda dan saudara TETAPI AKU HARUS MENCARI REZEKI MEMBELA NASIB KITA BERSAMA

Ini entri pasal raya. Jadi tanpa membuang masa lagi, kita ucapkan dulu Selamat Hari Raya.

Macam mana dengan persiapan raya semua? Apa?? Baju raya dah beli berpasang-pasang tapi kuih raya satu pun tak buat lantas beli saja di malam raya harap-harap dapat murah sebalang RM5? Ish2. Tak apa saya faham. Baju raya banyak-banyak tu, nak disimpan untuk raya tahun depan dan tahun depan dan tahun depan kan? Jadi tak membazir. Kuih raya yang beli kat Jalan TAR tu nak buat sedekah dekat masjid masa orang takbir raya, alhamdullilah :)

Persiapan saya, biasa-biasa saja. Baju raya pun ada sehelai je, tu pun setelah di'seduce' oleh Deline untuk beli. Kalau tak, saya akan pakai yang last year punya je. Duit lebih buat belanja benda lain yang bukan setahun sekali ni. Tapi deline kata, "Lai, baju raya is a NECESSITY," Jadi saya fikir-fikir, oh well, beli saja. Time sale, tak mahal pun. Lagipun itu baju kebaya. Knowing myself (and my friends have repeatedly commented), saya jarang berbaju kurung sekarang. Jadi kalau nak beli pun, saya mesti fikirkan ocassions yang boleh saya pergi dengan memakai baju kurung/kebaya/songket/batik jawa atau mana-mana baju kebangsaan yang lain. Lepas tu end up beli color black/white so that nanti apa-apa event formal kat Fakulti tu boleh sarung dan pergi je dengan baju tu. Oh well oh well, tak apa lah beli jugak baju raya. Lagipun baju tu buatan Malaysia, Zarina mesti bangga saya beli barang Malaysia walaupun RM#### kaaan. :)

Okay moving on to kuih muih. Tahun ni, semua kuih beli. Cuma rendang dan ketupat je buat. Lemang beli jugak. Sebab dah ada si kecik ni kat rumah takut dia pulak yang jadi chef nanti hokey moving onnnn next.

Rumah semua dah clear dah. Sampai ke pagar rumah disapunya. And rumah dah ada cat baru (kuih tak buat, cat rumah rajin ye :D ) langsir sarung kusyen karpet semua dah tukar. Haa sekarang barulah orang boleh datang rumah tanpa bawak Febreeze!

Okay, last but not least, saya nak mintak maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sincerely, saya betul-betul mintak maaf. Pada kawan-kawan yang balik oversea tapi tak dapat luangkan masa bersama, saya mohon maaf. Pada kawan-kawan yang saya pernah tersakitkan hati, pernah terkasar bahasa, atau pernah pinjam duit tapi belum bayar, saya mohon maaf juga. Saya janji, lepas ni saya bayarkan. Kepada kawan yang terasa/terkecil hati atas apa-apa tindakan saya yang kureng menyenangkan, saya mohon maaf juga. Saya tau, sebenarnya deep down i'm not always a good friend. But i've been blessed with so many friends like you, i'm so happy and thankful :)

Kepada mak abah adik-adik sedara mara belah Taiping dan belah KK, esok Syira mintak maaf dekat semua orang. Tak payah lah Syira nak over letak kat sini pulak malu hihii :]

Kepada readers sekalian, yang saya kenal ataupun yang saya tak kenal, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada butir-butir dalam blog ni yang menganggu sesiapa yang membacanya. Saya tak pernah mahu menyakiti sesiapa di medium ini. Jika ada, saya mohon maaf. Terima kasih kerana sudi membacanya selama ni :)

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir batin. Berayalah dengan meriah, tanpa tangisan. Kalau menangis sebab dengar lagu Pulanglah, Aisyah tak apa.

Monday, September 6, 2010

let me get this straight, hey me!

Okay, seriously baru balik rumah 3 hari lepas (ke dah hari keempat, duhh lembab maths padan muka tak reti tengok calender) and dah rase hooooooooolly penat gile. hari ni pergi sini, hari esok pergi sana, hari lusa KAU NAK KEMANA KAN BAJU KASUT SEMUA DAH BELI DAH SEKARANG BOLEH DUDUK RUMAH SENYAP-SENYAP TAK OKAY SEKIAN TERIMA KASIH. ups. marah pula.

Tapi hakikatnya suka bila berjalan-jalan. Tak boleh mencuci perut, kita mencuci mata. Lepas tu bila balik rumah dan nak buat konon-konon sorok barang yang dibeli, tiba-tiba si fatha dah perasan dan terus tegur , "kenapa beli kasut lagi? kan hari tu dah beli dah? ish ishh. Abah tak faham lah,kita kan kaki ada dua je," .So, tak jadi nak sorok dan terus keluarkan kasut yang dibeli dan buat muka excited dekat si motha pula tapi hampa sebab dapat komen macam ini, "Eh, kenapalah kasut-kasut syira ni semua rupa macam Clash Of The Titans je?,"


Kasut yang sudah dibeli lama tapi baru-baru ni dapat pengiktirafan filem antarabangsa. Terima kasih bonda :))))

Oh tapi bukan tu je yang membuatkan saya penat sehari dua ni (penipu. tadi kata empat hari) As you all know, ataupun kalau tak tau, yes, saya ada adik kecil. Yang.Sangat.Kecil.Tapi.Sangat.Buas.Masyallah.

Dengan si kecik yang sekarang ni dah pandai merangkak and panjat segala benda aduyai, memang tak payah pergi bersenam kat luar kalau nak lose weight. Main kejar-kejar, main wrestling semua boleh all in one. Nanti kejap kena tarik dia daripada tali telefon/tali printer/tali charger telefon/tali charger camera atau apa jua jenis tali dan dia akan menjerit dan menangis dan saya akan terpaksa dukung dia keliling rumah untuk tarik perhatian dia. Next, dia akan pergi dekat cupboards dan cuba tarik-tolak pintu cupboard tu sampai terkepit jari/tangan dia dan dia akan menjerit dan menangis dan saya terpaksa dukung dia keliling rumah untuk tarik perhatian dia. Next lagi, dia akan bukak cupboard magazine pulak dan tarik satu-satu magazine keluar dan akan koyakkan majalah tu dan saya pula yang menjerit dan menangis sebab yang dia koyak tu collection CLEOs :((((((((((((((((

Tak masuk time nak bagi pakai baju lagi. Up to now, record saya adalah 15minit untuk pampers,baju,seluar,bedak dan sikat rambut dia saja. Penat wrestling ooi. Lepas mandi, minum susu semua, nak kena dodoikan tidur pulak. Part ni sumpah macam-macam lagu keluar. Yang urban semua pulak tu. Okeh. California Girls baru kejap tadi, kolaborasi dengan Syanaz dan Wani.

And yeah, after all that, i will not even attempt to take her pictures. No-oh. Nanti bila hadzwan datang baru dia yang ambilkan sebab adik ni biasanya dengan orang lain yang dia tak kenal, dia akan behave sampai orang kata,"eh, mesti tak susah nak jaga kan?," T_T So that's why there won't be any of her pictures yet.

Hmm. What else can i blabber about?

I guess none. Other than my constant youtube watchings and makeup drollings, none!

Bai semua.