Monday, January 31, 2011

so remember Me, I will remember you. be grateful to Me and do not deny Me- surah al-Baqarah,2:152

Hai Semua. Maaf kerana memang sudah lama saya tak update blog ni. Kesihatan tak mengizinkan. Dua minggu lepas, kaki saya tercedera gara-gara semangat bermain futsal. Tapi alhamdullilah, I'm making slow but steady progress.

Bosan jugak sepanjang duduk rumah ni, tak buat apa-apa. Tak pergi mana-mana pun, kecuali rumah tukang urut. Teringin nak menapak ke luar tapi mengenangkan nak melangkah panjang pun saya dah kecut. Hmm. I'm seriously missing putting on nice clothes, shoes, scarf, some makeups and just walk to enjoy the day.
-
-
-
-
-
-


Sebenarnya tujuan post saya kali ni bukan nak cerita betapa bosannya saya, oh bukan.

Saya tiba-tiba teringat balik, 5 tahun lepas masa saya di sekolah, tiap-tiap hari Jumaat masa budak-budak lelaki semua pergi sembahyang jumaat, budak-budak perempuan yang lain akan berkumpul di surau sekolah untuk dengar tazkirah pendek. Selalunya, kakak-kakak senior yang akan berikan tazkirah tu, tapi kadang-kadang, ustazah takpun bekas pelajar sekolah yang selalu datang pun boleh berikan tazkirah tu untuk kitorang. Saya teringat pada tazkirah pertama yang saya dengar di sekolah tu, betul-betul pada minggu pertama saya bersekolah di situ. Eh bukan, pembetulan sikit. Saya tak ingat pada tazkirah tu, tapi saya teringat apa yang terjadi selepas tazkirah tu. Selepas tazkirah tu, kitorang semua akan kebelakang surau untuk pakai telekung dan lepas tu solat zohor berjemaah.

Masa saya kebelakang untuk pakai telekung, sorang kakak senior datang tegur saya.

Kakak senior: Kamu ni pelajar baru ye?
Saya: Ye kak.
Kakak senior: Kamu ni ada buat salah ni. Kenapa pakai anak tudung half? Tudung kamu warna putih pulak tu. Orang boleh nampak rambut kamu dari dalam. Lepas solat nanti, tukar anak tudung. Pakai yang full. Baru pergi Dewan Makan tau?
Saya: Err..baik kak.


Masa solat berjemaah tu, saya nangis. Tak adalah beria sangat, cuma menitik satu dua air mata saja. Sikit-sikit je, tapi masa doa panjang, terus air mata saya pun panjang juga. Masa bersalam dengan kakak yang jadi Imam hari tu, dia senyum sambil tepuk-tepuk bahu. Dia ingat saya terharu dengan bacaan doa dia (doa ada sebut pasal taat ibu bapa, jadi dia ingat saya homesick mungkin?)

Saya menangis bukan sebab saya tak suka ditegur. Saya menangis sebab saya terharu ada orang yang sanggup tegur saya walaupun perkara sekecil itu. Sebab perkara sekecil tu pun, dikira satu kesalahan, dan perkara sekecil tu yang boleh saya perbaiki, akan membawa kepada kebaikan saya. Saya menangis kerana saya bersyukur, alhamdullilah.Setidak-tidaknya ada orang yang menegur kesalahan saya.

Sejak hari tu, selama dua tahun di sekolah tu, saya tak pernah ponteng tazkirah jumaat. Ponteng kelas, ponteng perhimpunan takpe, tapi jangan ponteng tazkirah. Yes, macam tu.
-
-
-
-
-
-


Sebenarnya tujuan post saya kali ni bukan nak ceritakan pasal pengalaman kena tegur masa first tazkirah saya di sekolah, oh bukan.

Saya masih ingat lagi pada kakak senior yang tegur saya tu. Nama penuh dia, siap binti pun saya ingat lagi. Dan saya rasa sekarang dia belajar dekat Mesir.

"No matter what the circumstances, the faithful do not complain or whine. In addition, Allah points out that His creation of difficulty together with ease is His immutable law; for truly with hardship comes ease, for truly with hardship comes ease"
Surah al-Inshirah,5-6

Ya Allah, Kau lindungi dan peliharalah kaum muslimin dan muslimat di Mesir, jauhkanlah mereka dari sebarang malapetaka.


p/s: Terima kasih kak sebab tegur saya. Saya ingat sampai bila-bila

Thank you Allah Azza Wa Jalla

Tuesday, January 25, 2011

i wish that the only pain I can feel now is the one throbbing in my legs

Asasi Undang-Undang UiTM 2007/2008

I miss the ball. I miss the cheer. I miss running around the court and complaining loudly saying "THAT'S ENOUGH"

I wish this injury will go away. Please pray for my quick recovery :)

Lots of love,
LylaSyahirah

Thursday, January 20, 2011

help does not come in twos when trouble comes first

Hye all!
Had attend a lively event last night.
Great show, great performances, wonderful and powerful voices.
Though it was a college event, I'm proud that some of performances were done by my lovely jack-in-the-head fellow mates from the Law Faculty!
*Be no one sayin' we ain't own the nite*

Just as well post some pictures here, as I find myself not being able to be in the mood of typing much. Excuse.


I wouldn't have put yellow and pink together for the life of me.


My lovely bi-atchs!

Ello & his friends

The emcee for the night
I did her makeup, was very relieve it turned out well. But she's already beautiful to begin with :)

I still love this picture for some blurry reasons

Sorry for the lack of posts. Been really trying to keep up with the works and plus, I have a big Futsal Match this Sunday. But I'm not complaining, one more week then I'm off to hug this pumpkin :-



She started walking a few weeks ago, if I haven't mentioned already. Alhamdullilah :)

Bye all, stay safe!

Wednesday, January 19, 2011

pinjam semangatmu, Nur Nilam Sari












sometimes it's rather easy to listen to words
than to hear the speeches
very easy to watch the actions
than to see the movements

I didn't say falling over was easy
But at least it shouldn't bound you to hell

p/s: sometimes when everything else fails me, I find that this doesn't. This, as a form of expression. sometimes, it is never just shallow make up. It's a creation.




Friday, January 14, 2011

in order to be different, one needs to be irreplaceable- COCO CHANEL

Hai Semua. Syukur Alhamdullilah dua minggu yang sibuk ni dah sampai ke weekend yang ditunggu-tunggu. Dua assignment dah selamat dihantar. Jadi tak perlu lagi bersengkang mata sampai pukul 4 pagi cuba nak fahamkan satu Akta yang asing dan lepastu esok kena bangun pukul 8 pagi untuk kelas pukul 9 pagi pasal sedar diri sendiri yang konon suka melaram pergi kelas. Tak perlu lagi petang-petang lepas kelas, berkampung di library untuk cari bahan-bahan nak siapkan kerja-kerja yang ada. Hari ni, tepat pukul 12tengahari, saya menikmati kebebasan sementara ini. Yes, sementara saja. Tak boleh lebih-lebih T_____T


Kebebasan diraikan dengan pergi membeli-belah mencari kasut sukan. Pergh, sumpah lame.


Tapi sebelum sampai kedai yang jual kasut sukan, kena pergi buat lawatan dekat kedai-kedai yang ada sign besar SALE!! merata-rata.


Kasut sukan tak ada, kasut jalan gedik-gedik banyak pula eh.


Lepas tu tak tahan tengok sign ni, pergi pulak dekat sini. Niat awal, taknak beli dah apa-apa makeup untuk beberapa bulan pertama ni tapi kalau dah lipgloss Revlon pun RM8 memang kuat semangat lah kalau tak beli. Penangan sale Nine West pun hebat jugak dulu. Tahniah pada Bargain Corner. Fine. Lepas tu kuatkan azam pergi cari kedai kasut sukan.


Pilihan di hati ialah kedai kasut BATA. Sebab dah direcommend dua-tiga-empat kali oleh kawan-kawan sebab kasut sukan dekat sini boleh dapat murah RM50. What RM50 memang tak murah kalau bagi saya yang bukan klon Jillian Michaels ni. Tapi dekat One Utama ni, mana nak cari Kedai Kasut Sukan Terpakai Ah Seng. Sedangkan nak cari BATA ni pun terkulat-kulat tekan mesin penunjuk arah tsk tskkk.


Ini sebab degil sangat nak beli yang murah, terus cari yang penghabisan stok punya.




Yang penting, cantik. Tak rupa macam kasut sukan sangat sebab nak pakai pergi jalan-jalan gedik-degik jugak. Murah, sebab saya lebih rela beli heels daripada kasut sukan sebenarnya hah kan dah tak malu mengaku lebih rajin bersukan dengan kasut tumit tinggi o_0. Dan last sekali, muat. Kalau tiga-tiga faktor ni ada, maka inilah kasut sukan idaman saya.


Cantik pula baju perempuan dekat belakang tu.

Hee, Bai Semua =]

Thursday, January 6, 2011

somewhere along the line, this wonderful man seems to have recognized that my life would not have a coherent storyline anymore without him.

Hari Ahad lepas, masa pergi KLCC dengan Hadzwan, saya singgah Kinokuniya sekejap. Memang tak sah kalau pergi sana tapi tak pergi Kinokuniya. Nak cari buku apa sekali pun semua ada, tinggal kita tau ke tak ada buku tu. Kihkih. Tengah-tengah belek buku, terjumpa satu buku ni. Tajuknya "Committed", sambungan dari buku "Eat Pray Love" yang saya suka sangat dok sebut-sebut tu. Masa jumpa buku ni memang terus rasa WOIH AKHIRNYA MUNCUL JUGAK EKAU. Penat wok cari buku ni. Dekat MPH pun kadang-kadang takde, Popular toksah cakap la. Tapi tengok harga rasa *gulp*. Duit scholar tak masuk lagi wey-----

Semalam lepas balik library, singgah kejap dekat UniEdu Fair yang UM anjurkan ni. Ada lah jual benda-benda basic macam kain tudung, jambu batu, seluar katok RM5, mekap-mekap murahan. Haa tapi yang bestnya dekat dalam DTC, ada Book & PC Fair. Memang pandai ye, letak yang kengkeng-kengkeng di luar, di dalam ada "taman permainan" saya rupanya =]

Buku-buku cerita yang dijual semua basically RM5,RM10, paling mahal pun RM20 kalau tak silap. Semua slash off price gila-gila lah. Dan lagi best, dalam dewan besar tu and walaupun saya penat bahu mengusung laptop, saya terjumpa jodoh balik dengan buku Committed ni!!!


Huh, sabar itu memang separuh daripada iman.

Memang tak fikir panjang lah terus beli buku ni. Lepas tu mak call cakap duit ada lagi ke tak? Err.. :)

Saya ni memang cerewet sikit bab-bab beli buku ni. "Ahh, kau cerewet banyak," kata deline.

Sejarahnya, saya start baca Eat Pray Love masa saya betul-betul tengah jatuh gila dalam hidup ni. Malu saya nak mengaku, tapi saya pernah rasa sasau sebabkan cinta. Sampai pernah nak terjun dari bukit lah kalau tak dek kerana ada kawan-kawan sekali atas bukit tu dengan saya. Heh, ini kisah benar 3 tahun lepas tapi sekarang ingat balik macam adoyaiii lawak gila tah apa aku pikir time tu, memang bodoh cetek akal gila T_T Masa tu, memang macam-macam yang saya cuba buat sebab nak heal balik. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, selalu berdoa. Sebab biasalah dulu-dulu masa kita happy, kita lupa Tuhan. Jadi bila dah jatuh macam tu, orang sekeliling tak ada pulak tu, jadi dekat mana lagi nak cari support system kalau bukan dengan Tuhan? Selain tu, saya cuba buat benda-benda baru. Blog ni salah satu daripada hasil benda-benda baru yang saya cuba tulah. Lepas tu sikit demi sikit, saya ceritakan pada kawan-kawan yang baru kenal ni. Sampai lah sekarang, kalau diorang ni teringat balik mesti diorang akan ejek saya,"ha'ah..sape ntah budak yang nak terjun bukit tu???," HAHAHA.

Okay lah, tu semua cerita lama. Sekarang ni saya dah tak sepsycho tu lagi. Dah lama dah pun benda tu jadi, and even kalau sekarang saya ada masalah, saya takkan cepat melatah. I guess, when you've fallen hard on the ground once, you'll know how to stop and not let yourself get back to that state. Oh lupa nak cakap, selain buat blog, saya juga ada baca buku-buku motivasi yang berkaitan dengan putus-putus cinta ni. Please jangan gelak, dulu saya memang struggle kot nak bangun sendiri. Nak cerita dekat kawan, yang rapat-rapat jelah tau. Itu pun tak cerita menangis tiap-tiap malam sebab yelah, kesian jugak dekat kawan tu nak dengar masalah kita tiap-tiap hari. Jadinya memang cari ketenangan sendiri dari Tuhan, blog dan buku-buku. Dan buku Eat, Pray, Love ni salah satu sumber motivasi saya masa tu.

Bila teringat balik, memang buku ni dah jadi satu turning point kot untuk saya. Pandangan saya dekat cinta dan kehidupan terus berubah. Sampai sekarang buku ni masih saya bawak ke mana-mana. Dari Asasi sampai ke UM ni. Banyak yang saya belajar daripada buku ni. Movie yang keluar hari tu pun best, tapi tak dapat nak gambarkan betapa bergunanya buku ni.

Buku kedua ni, "Committed" adalah sambungan dari "Eat, Pray, Love" tu. Kalau dalam buku sebelumnya tu, Elizabeth Gilbert ni cerita pasal macam mana nak tangani masalah perhubungan dan kesedihan, buku ni pulak menceritakan pasal komitmen dan perkahwinan. Tapi pada pendapat saya lah kan, tak sesuai kalau kita terus baca buku ni tanpa faham Eat, Pray, Love dulu. Macam contoh, kalau kita tengah happy-happy takde masalah kemudian baca buku ni lagilah bertambah rasa happy nak kahwin semualah, tapi bila once ada problem, everything falls apart and kita tak tau macam mana nak handle pun tak guna jugak. Kira macam Eat, Pray, Love tu satu basis dulu lah. Lagipun, bukankah kita lebih belajar dan lebih menghargai semasa kita sedang jatuh? And once kita dah belajar, kita takkan ulangi kesalahan yang sama dan lebih tau apa yang penting bagi kita dan macam mana kita nak bangun balik.

Kalau agak-agak tak nampak, boleh enlarge =)

Tiba-tiba teringat conversation dengan Hadzwan beberapa hari lepas-

H: Awak, macam mana awak nak gambarkan relationship kita sekarang dengan relationship awak dulu?

L: Gambarkan macam mana maksud awak?

H: I mean, kalau relationship awak dulu macam ditiup angin kuat memang semua terus hilang ke?

L: (Gelak) Awak ni nak perli saya kecik ke apa pakai analogi-analogi angin ni?

H: (Gelak lagi kuat)

L: Tak lah, dulu kalau relationship saya ditiup angin kuat sekalipun, saya akan tetap bertahan walau apa pun. Biar sakit, biar pedih. Saya akan tetap pertahankan relationship saya dulu.

H: ..........

L: Tapi sekarang, kalau ada angin kuat tu lagi, saya akan belajar dan cari jalan sama-sama untuk macam mana nak kasi supaya angin tu tak datang balik dah untuk selama-lamanya. This is my absolute honest truth, for then and for now.

H: Wah, lagi syiok. Terima kasih awak :]




p/s: and do watch this video yeah? The best relationship advices I ever heard.

and the days feel like years when I'm alone


Hai Semua.

Post ni pun boleh tahan jugaklah lambat updatenya. Sebab ni masa saya dengan Hadzwan berjalan dekat KLCC tiga hari lepas. Dah lama dah kitorang ni tak pergi shopping mall. Selalunya kalau dekat Penang tu, kitorang berjalan dekat pantai, cari-cari tempat makan best tak pun lepak dekat Padang Kota je. Boyfriend saya yang sorang ni tak suka sangat tempat sesak-sesak. Maka kitorang pun jarang lah pergi shopping mall tambah-tambah dekat KL ni. Tapi sebab dah lama tak pergi and dah lama tak tengok wayang, jadi kami pun menapak lah ke KLCC.


Boyfriend yang memang camera freak. Pergi mana-mana tak sah kalau tak ada DSLR dia. Lepas tu dalam beg, ada kamera lomo. Agak-agak gambar tak cantik jugak, pakai kamera talipon pun boleh.
Memang tangkap gambar dekat The Tourist. Tapi tengok cerita Gulliver's Travel.





Masa ni nak lunch ayam penyet dekat food court. Hadzwan tak nak tangkap pun gambar saya, tapi sebab kan ada sorang foreigner ni tiba-tiba datang dan suruh saya senyum dekat camera dia, maka terpaksalah Hadzwan snap jugak gambar saya senyum ni. Oh ye, bercerita pasal ayam penyet ni, 1st time Hadzwan try makan. Biasalah, dekat Ipoh pun baru bukak satu kedai. Tak sempat cuci kaki masuk kedai lagi dah kena makan dekat KLCC. Tapi 1st time saya tengok dia tak tahan pedas and struggle nak habiskan makanan dia. Jadinya saya pun kena habiskan food saya jugak dan tak boleh lagi mengharapkan dia tolong habiskan untuk saya pada saat-saat genting macam tu dalam hidup dia T_T
Lepas lunch, habiskan masa berjalan-jalan cari port untuk tangkap gambar.

Meh saya tunjukkan tangan katik saya!




Bai Semua! Have a safe day ahead =]

Saturday, January 1, 2011

ain't no huge turmoil that I can't recover from

Hai Semua!

Pergh lambat lagi tulis entry tahun baru tu kalau boleh cik lyla oii? Tapi sumpah tak tipu, naik-naik dari cuti je sumpah banyak kerja. Sumpah tak boleh nak siapkan semua sambil buat entry blog. Kalau tak siap semua kerja ni on time, sumpah down. Okay boleh stop main sumpah sekarang tengah-tengah malam ni.

BTW, saya nak jugak ucapkan selamat tahun baru 2011 untuk semua. New Year ni, saya plan je kencang nak celebrate dengan kawan-kawan. Tengok-tengok, saya tak jadi balik for New Year. Maybe betullah orang cakap, saya ni nampak je steady tapi bila kena tiup dengan angin kencang sikit dah tergolek-golek T_T

Tapi apa-apa pun, meh saya ucapkan lagi sekali, Happy New Year. Seperti yang saya katakan tadi, saya takde celebrate new year 010111 tu. Hari tu saya sambut dengan baca dua tiga kes. Yes, memang terazam nak jadi nerd pulak tahun ni. Tapi on the 030111 lepas, saya ada lah berjalan sikit-sikit dengan Hadzwan dekat KLCC. Kemudian, dekat Mid. Tapi itu untuk later post lah. Maka ada jugaklah sikit aktiviti sosial selain daripada aktiviti ilmiah yang dibuat.

Dua hari lepas, lecturer English tanya saya, "how was 2010 to you?," Saya jawab, "it was plain. nothing too bad and nothing too good," Lepas tu saya cakap lagi, tahun ni saya nak buat sesuatu yang daring pulak. Apa yang daring tu tak tau lagi. Masuk Raja Lawak mungkin, okay memang tak aah kan.

Lewat dua-tiga-empat hari tulis entry pasal new year ni macam bagi kesempatan untuk saya fikir apa azam tahun baru ni. To be honest, saya memang tak pernah menetapkan apa-apa azam nak dibuat pada so-so tahun. Jawapan dekat lecturer pun memang tibai je. Tapi-tapi, for the sake of inhaling the spirit of new year, saya nak buat something yang lebih best. Kalau saya tak dapat fikirkan apa yang saya nak untuk tahun 2011, lebih baik saya reflect apa yang membuatkan 2010 bermakna bagi saya, apa yang saya syukurkan. Tadi cakap 2010 plain HOH SEKALI LAGI TU AYAT SEDAP UNTUK LECTURER.

1) Saya bersyukur saya dikurniakan adik kecil untuk keluarga yang kecil ni. Sampaikan ramai yang sangka, tu anak saya sebenarnya. Kalau berjalan dekat tempat sekecil supermarket BILLION pun, dekat dua-tiga orang akan tanya saya "tu anak ke?," Kalau dulu, rasa annoyed la jugak sebab wey badan ni solid lagi mana mungkin beranak? Tapi sekarang, saya mensyukuri kehadiran adik. Kalau pergi shopping pun saya dukung, tak apa. Saya suka kalau orang bertanya sekarang. Lepas ni kalau boleh saya nak jawab, "ye, ni anak number 3. Anak number satu dengan dua belajar sekolah rendah,"

2) Saya bersyukur dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Tau tak dulu, saya stress bila orang lain cakap saya kurus sangat KAU TAK MAKAN KE HOI? Serius tacin dulu. Saya teringat lagi sorang budak lelaki dekat sekolah dulu pernah datang depan-depan saya dan cakap, "kau ni manusia paling kecik dan kurus pernah aku jumpa" Sentap. Huhu. Tapi sekarang, saya dah belajar untuk menyukai keadaan tubuh fizikal saya ni. Biar lah kecik pun, senang ditiup angin pun tapi sihat u'ollz. Itu yang paling penting. Tak ada nak gaduh sakit diabetes ke, kencing manis ke.

3) Saya bersyukur saya masih belajar, dan belum gagal. Tempat ni serius tough. Masa 1st year saya masuk dulu, tak tidur malam seminggu pun tak pe nak hafal semua case dan buku semata-mata nak lulus subjek. Masuk 2nd year, lagi mencabar. Sampai pernah terfikir nak tukar course lain. Tak tahan. Lepas tu sekarang dah masuk 3rd year, orang kata dah biasa dah. Jadi tak terfikir sangat nak susah atau senang. Yang penting usaha, usaha, usaha dan prepare for the worst. Setakat ni, Alhamdullilah, semuanya lancar.

4) Saya bersyukur yang saya masih tau apa yang saya nak dalam hidup. Saya jadi seorang yang cepat jatuh, cepat bangun dan cepat belajar. Saya tak biarkan keadaan mempengaruhi saya, sebaliknya saya yang jadi mastermind hidup saya sendiri. Saya bersyukur yang setakat ni, saya tak depend seriously kepada orang lain selain abah dan mak. Saya bersyukur yang kalau terjadi apa-apa yang tak best dalam hidup saya ni, saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Eceh Ly, mungkin tak perlu panjangkan ayat merapu. Cakap saja kau rasa diri kau dah MATANG =_=

Jadi saya rasa, setakat ini je yang saya boleh fikir untuk tahun 2010 yang lepas. As a whole, my life has been a great one. Saya bersyukur atas segala yang terjadi. Yang mana yang tak terjadi tu, mungkin ada hikmah di sebalik semuanya. 2011, bring it on!!

Bai Semua =]