pengunjung

Monday, May 5, 2014

10 weeks

Alhamdulillah..

rezeki kami ;)

tak sempat nak update psl wedding, tuan tanah dah membuyong..

doakan yang terbaik untuk kami. Agak teruk alahan tuan tanah ;(

Thursday, January 16, 2014

Review : Papaya yogurt Mask

Tuan tanah ada masa lebih kurang 2 minggu lagi nak menikah. Baru sekarang gigih nak menyental muka. Ahaks. Sebenarnya 3 bulan lepas, dah regs kat New York Skin Solution. Tapiii hazab nya, muka jadi teruk gila. Rasa nak meraung. Skrang masih menanggung lagi penderitaannya.

And now, mmg takut nak mencuba skincare. Nak guna yang natural sajor. So i choose u pikachuuu. Eh, i choose skin food.


 Papaya Yogurt Mask sesuaii untuk muka berparut, untuk menghidupkan sel2 mati..kata nyaaa

Alhamdulillah rasa ok lah sikit sbb baru lagi guna. Tapi rasa nak menjilat je mask ni, bau manis bebenor dan harga nya murahhhh!!! RM28..Memang tetiap mlm aii pkai mask ni sebelum tidur. 

Kalau pergi skin food ni, mcm2 lah mask dia. Ada banana, aloe vera. I try yang sesuai dgn kulit i sebab nak buat sendiri mmg mls dah. Ada org cakap just blend betik dengan madu, pastu tempek kat muka. Tak habis, boleh makan ahaks.oh itu sahaja dari saya.

Sekian , terima kasih!




Monday, January 6, 2014

Wedding invitation

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat ilahi, kami mempersilakan 


Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
sekeluarga hadir ke Majlis Kesyukuran
sempena Perkahwinan kami:-

LIYANA BINTI KAMALUDIN
&
AMIRU ASYRAF BIN YUSOF


Sabtu, 1 Februari 2014
bersamaan 1 Rabiulakhir 1435H

bertempat;
399, Jalan Inai 3, Perumahan Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu

Majlis Kesyukuran Sambut Menantu

Ahad, 2 Februari 2014
bersamaan 2 Rabiulakhir 1435H

bertempat;
No 67, Lot 5660, Kg Bukit Wan,
Wakaf Mesira, 21060 Kuala Terengganu

Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lg majlis kami dan mendapat keberkatan dariNYa.
InSha Allah.


YEAYYY!! DAH NAK KAHWIN PUN..TAK CAYE PLAK NAK KAHWIN DGN RAKAN SEPERMAINAN AHAKS


Friday, November 8, 2013

Trip ke Bandung

Alhamdulillah bersambung lagi kita dalam episod Trip ke Bandung wuhuuuuuuuu... Dah selamat sampai 2 mgu lepas. Overall,best lah. Bagi saya memang berbaloi baloi kalau nak ke Bandung semata mata untuk shopping. Jangan tanya saya Transtudio, Tangkuban Perahu sebab semua saya tak pergi. Ayah bohh layan. 4 hari 3 malam kami ke Pasar Baru mencari barang kawen. Penat sampai sekarang. ok, menipu.hiks

Hari pertama, kami sampai awal giler sebab flight kami pukul6 pagi Malaysia.Sampai Bandung pkul7 pagi sebab kat sana satu jam awal. Mana boleh nak check in lagi. Kami pun menyinggah ke Pasar Baru terus. Ayah book Fave Hotel Braga,dekat je dengan Pasar. Kami jalan kaki jeww.. Ayah bohh layan naik taksi, mcm biasa huhu

Kami memborong kain yang tak sudah sudah, dah siap sekali baju raya. Kalau raya, aii membunting mmg buat pekasam lah baju baju raya ku huuuu


Border lace yang memang menyesal giler la tak beli banyak. Satu bidang tu ad 10 rows tahu tak?tahu takk?Untuk satu baju ckup lah beli 1 meter lace yang ada dua rows. 1m baru rm30. Giler takk??


                                           
Gini ler contohnya..Yang ni kawan kirim, 1m border lace, boleh buat 5 pasang baju kurung tahu takk?hahaha

                                 
Lame tak upload gambar sendiri..sedih tgk body sendiri. Makin mengembanggg! sobb

Last but not least.....

Laceyyy Lace!!!!


Gilakkkk sampai cerah!! huhu. Memang rambang mata dan french lace kat sana sangat murah! Kalau korean lace boleh dapat dalam RM30 semeter je, cantik cantik. Tips saya, cari lining yang berkenan iaitu tema warna kita dahulu sebab nya kita memang rambang mata dengan lace. Semua nak! Satin silk kat sana RM10 semeter, lembut sangat. Lepas dapat kain lining, baru lah kita boleh match kat badan kita


See that Prada Lace, cantik teramat. Kalau kat malaysia, ratus ratus semeter. Tak caya,pergilah Jakel. Sebab teruja sangat, saya pilih Prada lace untuk bridesmaid n baju family. Masa pilih kain ni, im acting like a boss. Potong kain ni, kain tu, tak ingat bawak 2juta rupiah je. wakaka..

So sesape yang teringin sangat nak shopping kat sana, better cari tix flight awal awal, murah. Bajet dalam rm2000 untuk hotel dan tickets 4 orang. Saya tak berapa pasti sebab semua ayah yang uruskan. Pergi ramai ramai, senang nanti balik 20 kg sorang. Thanks to ayahanda yang sponsor dari A sampai Z. ;)

Setel segala jenis kain. Kain nikah,kain bertandang, baju family, dulang boys, dulang girls and pengapits. Now hunting untuk doorgift..doorgift untuk kawan kawan sungguh merunsing kan. Pening!



Friday, October 4, 2013

Progressingg

Haiii tetiba rajin sangat nak membelog hari ni. Sudah bulan oktober ye kawang kawang. Sekejap je masa berlalu. Mcm baru je sambut new year. Eh kau sambut ke cik Lily? Ahaks

Tadi msg Bang miro, U percaya tak? dah bulan 10 hokeyy..ada 3 bulan lagi. Mcm tak percaya!! Bang miro reply, ape plak nenek ni...haa nampak tak keromantisan Bang miro..baru kita nak fefeling sikit kan.. Huh!

Preparation untuk big day saya, Alhamdulillah berjalan dengan kaki ehh..berjalan dengan lancor nya. So start awal tahun mmg dah mula prepare sikit2 even masa tu tak letak pun date nikah lagi. Nampak tak merenyam di situ?

Jan-August 2013
Setel hantaran sikit2, set mekap,jam tangan. Bulan 4, beli cincin. Bulan 7, beli cincin kahwin. Aiii request kat Tomei,pening kepala Bang miro wakaka. Cincin Bang miro pun dah setel sebab ada sponsor. Beli yang platinum,nampak kemas sikit aihhh. Rantai tangan je tak setel lagi. Hari tu Bang miro ajak beli sekali satu set, tapi saya masa tu dah pening tengok emas.. Next time la kita beli

Sept 2013
Setel sudah bridal. Bridal saya amik pelamin sahaja sebab baju semua nak tempah. Bridal ni kawan emak saya. So senang la kalau nak request pelik pelik. Ko jangan request theme hutan rimba sudehh. Op pun sudah bayar depo. Saya rasa OP ni terbaik di Kuala Terengganu hehe.Susah jgak nak buat pilihan sbb kene tgk bajet yang tak seberapa huuu

October 2013
Kad kahwin pun dah book!! Yeayy!! Kami buat kat kadkahwinku.com sebab dulu kakak2 saya pun buat kat situ. kemain Bang miro nak kad kahwin mcm scha n awal. hamboii sgt. InsyaAllah siap awal bulan depan. Kawe tak sabor!! Saya tak suka kad yang pelik2, nak just nice, classy and evergreen gtuh haa. Catering,kanopi dan doorgifts saya serah pada emak ayah saya.

Next mission, mencari kain nikah dan kain nyabut natu. Kalau orang luar panggil bertandang. Ada sape sape nak sponsor?? hihi Kira okai la preparation saya kan? Tinggal nak menempah kain je.

Ada orang request tema ni untuk belah sana



Thursday, September 5, 2013

KL Gangster 2 dah keluar?

Saje je tajuk nak gempak..hehe

Hari ni ada free sikit masa nak berbelog. Sekarang ni busy prepare untuk my big day. Preparation sikit2 je baru siap memandangkan saya duk jauh dari family. Emak saya lah yang banyak berjasa, thanks emak. Tiba tiba terasa, eh nak kahwin dah aku? mcm muda lagi...mcm ehh betul ke... haha bodooo lily,pdahal umur dah mudeww sangat tuutttt

Sebab tak caye nak kawen dgn budak yang saya kenal dari umur 4 5 tahun. kecil lagi masa tu,dulu main pasir same same je.Mcm tak de orang lain kan??haha.kalau duk dating mesti sembang pasal ni, sungguh lah hidup kita ni penuh rahsia. Mohon tuhan permudahkan sehingga selesai semua. Aminnn Ok DAH!!!

Sebenarnya nak share tips sikit, tips saya hari ni..cehhh mcm kau dah expert sangat lah kann... pemilihan warna untuk sesuatu majlis itu sangat penting yang boleh menampakkan majlis kita exclusive walhal biasa2 je..warna yang evergreen seperti putih tak lapuk dek masa sangat lah cantikkk..contoh je hokeyy!


This one is my fav kaler; taupe and champagne. Cantik kan?? perasan je lebih haku nii *taupe tu tak reti aku nak sebut tope ke taup ke hape tah*

Warna yang saya pilih dah disetujui oleh pihak lelaki. Cuma sekarang nak beli kain je, InsyaAllah bulan depan moh kita shopping di Bandung. Kenapa eh nak beli barang kahwin mesti kene g Bandung? Tak faham hakuuu..huhu...

Nasib la cik bakal suami tak cerewet, semua saya pilih dia setuju, ASAL BUKAN PINK.PUIIII ok, aku nak sambung kerja; closing akaun tak sentuh hapee pun lagi. wish me luck bebeh!!!




Friday, August 30, 2013

Hari Raya Lily

Raya 2013

Terasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kita kan raya sebulan. Perlu lah saya mengempilkan sekeping gambar untuk kenangan. cehhh ayat nak skema je. Raya saya tahun ni sangat simple tapi penuh bermakna gtewww..

Macam biasa kami beraya di Gong Badak, salam2 pergi memziarah saudara mara then esok kan, kami balik kelantan. Ahh malas lahh nak cerita semuaa.. ni tengah mengular time kerja,tiba2 jahh rajin nak update.

Tahun ni open house yang tak berapa nak open sbb tuan rumah siap masak lambat,tetamu datang dulu wakaka..sejak tahun lepas, dah tukar open house raya ke empat. Tahun ni sedikit special sbb malam tuuu..ada org datang meminang kitewww, geli plak huhu...so dah selamat semua..kami mmg tak buat besar besaran sbb kami ikat sekejap jewww *sy mmg suke huruf WWWWW jangan marah yewww*

Apa lagi nak kabo ni... so skrang dlm proses mengecilkan kembali body yang sudah kembang. mengembalikan body yang langsing seperti jlo..harapann!!

ok, tunggu lah entry akan disambung setahun akan datang HAHAHAHA