Showing posts with label ikram. Show all posts
Showing posts with label ikram. Show all posts

13.2.12

weekend stories

salam semua...

lamanya LM tak muncul..

kali ni excited sikit nk cerita..aktiviti sepanjang weekend yg lepas..agak menarik..
bukan apa, sbb ada DSLR, pinjam je pun..sbb nk p belajar asas fotografi..
bila dah ada kt tangan, apa lagi..inilah hasil2 nya...x da gaya pakai DSLR langsung ... tengok ajelah yer..

pagi sabtu..tiba2 budak ni muncul pagi2 kt rumah aku...sudah lam aku merinduinya...

ikhmal danish n pa..

lepas budak ni balik bermulala aktiviti masak memasak...aku masak sambai tumis udang, tapi tak tumis apa2 pun..macam mana tu?camtula style aku masak...aku blend semua bawang n lain tu dgn cili..pastu terus masuk periuk...x de tumis apa2 pun..minyak pun x letak...hasilnya ok jer...tp aku x amek lak gamba sambai tumis ni...sedap pun sedap..:)

pastu masak sayur udang n telur dadar berbawang....


x pandai shoot lagi...camni je hasilnya..

lepas masak2 kemas umah..tibalah waktu petang...kelam kabut siap nk p men boling dengan kawan2 ikram timur laut dan sahabat2 hidayah centre kat BJ bowl..



puas dapat main 2 game, walaupun dapat adiah saguhati je..tp best..dapat riadah ramai2...balik tu sakit la jugak kaki tangan sbb x de warm2 up dulu...terus bantai main je...bola paling berat diangkat ialah 9 paun tadi..kebanyakannya aku mampu angkat 7 paun jer...just nice..

barisan pejuang ikhwah
barisan pejuang akhawat...
see..i told u...pegang bola no. 7 jugak... :)

alang2 dah dekat BJ..lepas bowling pusing2 tengok bakal android yang akan dimiliki...err...survey dulu..sat ja..pastu balik..malamnya pulak ke rumah makngah..besday makngah..buat makan2 sikit...x larat nk makan...tp makan jugak..bukan selalu..sebelum p dah makan nasi kt rumah...kt umah makngah, tambah lg 2 bijik kek.. murtabak, kuih lopeh feveret.. dan kopi secawan... wah..kapasiti tangki yang luarbiasa kan?? layan kuih lopeh..buatan maksu..

lopeh dan pembuatnya..heheeh



esok (ahad) nya pulak, hari yg ditunggu2...pagi siap2 nk g kursus...kursus apa?kursus asas fotografi...chewah..amek peluang yg ada...kalu nk g kt luar jenuh baya beribu2...kursus anjuran IKRAM penang ni free je..belajar basic2 dar Dr Rizal.... ada la sikit ilmu2 baru...pasni kena banyak buat praktikal banyak2...ada gmba shoot masa prgram..n lepas prgrm try main2 lagi dgn setting manual yg baru dipelajari...

memandangkan line slow...maka aku tangguhkan dulu upload gambar2 seterusnya..insyaALLAH sambung lagi bila ada mood..


sebelum tu..ada iklan sikit..upload gmbo lg..hehe..





jum ikut ambo..join skali..ngaji cara2 dakwah kepada kawan2 yg belum Islam...sapa nk ikut angkat tangan....



wassalam...


4.1.11

coming up....

assalamualaikum dear readers....

sekian lama x mencoretkan sesuatu di sini..sudah jadi kebiasaan blog ini ditinggalkan sepi sekuntum rindu,sebaliknya penulis lebih suka mengupdate di laman FB...dah trend agaknya..kt sana ramai jugak kawan..setiap update lebih cepat smpai kepada 'audience' kalu nk dibandingkan dengan blog ini...


Kali ni LM nk update/war warkan tentang satu lg program yg best, iaitu Interfaith Dialog yang bertajuk " The Purposes Of Life According to the Scriptures"....menarik kan? LM sebenarnya tengah berdebar2 sbb LM akan menjadi sebahagian penggerak program pada hari tersebut...(berdebar2 jugak sbb pertama kali diberi tugasan itu, harap2 nya ALLAH mudahkan urusan kami semua untuk program high impact ini.....target utama audience adalah non muslim, walau bagaimana pun semua digalakkan hadir untuk menabah ilmu di samping menyemarakkan persefahaman agama di kalangan kita yang berbilang bangsa dan agama...



tanpa buang masa LM sharekan banner program ini...jgn lupa ya, save the date :) moga bermanfaat untuk kita semua...:)




dengan tajuk " The Purposes of Life According to the Scriptures"

26.11.10

Peranan Wanita Dalam Dakwah



kenangan di pelancaran IKRAM di The Mines... :)


salam dear readers...

lama dah x jenguk sini...alhamdulillah ALLAH gerakkan hati utk kongsi sesuatu kt sini...
sesuatu yg best utk dikongsi....terimalah...moga2 bermanfaat....[kekadang x mau tulis apa2 kt sini takut2 x de manfaat utk diri sendiri atau orang lain]....terimalah...
Peranan Wanita Dalam Dakwah

Assalamu’alaikum.

Puan,Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Telah lama persoalan ini berligar di dalam fikiran saya. Beberapa kali cuba berbincang dengan teman-teman, namun kesimpulan tetap tidak memuaskan hati. Oleh itu saya harap puan dapat memberikan penjelasan yang sebaik mungkin. Soalan saya ialah sejauh mana kewajipan wanita di dalam dakwah? Apakah sama dengan kaum lelaki? Terima kasih.

Lina,Shah Alam.

Peranan wanita di dalam dakwah

Sebagai sebuah agama fitrah, Islam telah mengatur hidup para penganutnya kearah kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian. Islam datang dengan prinsip-prinsip serta asas-asas yang menjadi tiang kepada tamadun. Ia merupakan penutup kepada segala tamadun terdahulu. Ia menjadikan manusia sebagai unsur asasi di dalam proses pembinaan tamadun.

Manhaj rabbaniy ini menyelaraskan antara kegiatan kaum wanita dan lelaki dalam membangunkan masyarakat dan membina tamadun. Ia menjadikan kegiatan ini wujud dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang khusus untuk kaum lelaki, ada yang khusus untuk kaum wanita dan ada yang dikongsi bersama.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya wanita adalah saudara kandung (seibu sebapa) bagi lelaki” ( Diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aisyah r.a.)

Maksud saudara kandung ialah dari sudut penciptaan,taklif dan kemuliaan yang diberikan sebagai seorang manusia.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) sesetengah kamu (adalah keturunan) dari sesetengah yang lain.” Aali ‘Imran : 195

Tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wnaita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Dakwah kepada Allah merupakan kerjaya paling agong dan mulia. Kerja yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umatnya tidak kira lelaki atau perempuan. Di dalam surah at-Taubah ayat 71 Allah s.w.t.menyatakan dengan terang dan jelas bahawa tugas dakwah yang mulia, penting lagi berat ini tidak harus dipikul oleh kaum lelaki secara bersendirian, malah tugas ini mesti dikongsi dan dipikul secara bersama oleh kaum wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalm menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w.Baliau pernah disiksa dan dipenjara. Namun semangatnya tidak patah.

Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjodol Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak maupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan opereasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid-masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi keseluruhan tingkah laku dan gaya hidup seseorang; memiliki akhlak yang mulia, tuturkata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh memainkan peranan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumahtangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala-galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang muslimah yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumahtangga muslim yang soleh.

Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumahtangga amatlah dituntut. Sebagai muslimah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, anda mestilah mengatur kehidupan secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah. Begitu juga sebaliknya dakwah tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak-anak. Anda mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan. Ketika anak-anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka,didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama anda tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada anda dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala.

Sesungguhnya kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang memahami betapa umat ini amat memerlukan dakwahnya, sumbangan tenaga serta kepakaran yang ada padanya bagi membimbing wanita-wanita Islam dan mendidik mereka agar beriltizam dengan ajaran Islam. kita sangat berhajat kepada muslimat da’iah yang prihatin terhadap hal ehwal masyarakat dan umat Islam, yang memahami tugas yang diamanahkan kepadanya, yang bercita-cita untuk mengangkat dirinya ke martabat du’at yang berjuang dan berjihad mendaulat serta mempertahankan din yang agong ini. 

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


*** secara personal, saya amat bersetuju dengan apa yg dikatakan oleh Ustazah Maznah di atas....ia sesuai lah dengan tujuan kita diciptakan dan suruhan Rasulullah yg menyuruh kita menyampaikan walau satu ayat pun.....tak kira siapapun kita.....peranan dalam bidang dakwah tidak wajar dipandang remeh...wallahua'lam...~~

which one is me?? yg depan atau yg belakang?hehee.... i'll leave it to u...

11.8.10

3R 2010..




assalamualaikum dear readers...


bulan Ramadhan yg mulia tiba lagi...pasti semua sibuk memperbaiki diri, memperbanyak ibadah dan jariah utk menggarap pintu rahmat dan keberkatan yang terbuka luas utk kita di bulan ini kan?

untuk para remaja pulak....khususnya di pulau pinang....ada buah tangan utk adik.... :) apa lagi kalau bukan 3R, ReMaJa RaI RaMaDhaN.... maklumat lanjut dalam banner dan poster ni...;) , nak daftar? boleh hubungi nombor tertera...atau hubungi saya, melalui blog nie, facebook, YM, atau gmail..mana2 pun boleh.....mudah saja kan??

yg ni 3R versi Pulau Pinang..., jom remaja yg duk di bahagian pulau, dari timur mahupun barat...ayuh meriahkan 3R yg best nie....

yang ni versi sebelah Seberang sana.....mari2, yg dari utara ssemua boleh mai....


3R ....Remaja Rai Ramadhan...
"Remaja Taqwa, Masyarakat Cemerlang"