Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Jom P ramai-ramai



Assalamualaikum wbt. Sama2 lah kita berselawat ke atas junjugan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sentiasa dapat syafaat daripada baginda. =) sapa2 yg area KEDAH or yg berdekatan, boleh la kita ramai-ramai berkumpul di Stadium Menanti alor staq kedah. Kalau jumpa L tegur2 erk. haha=P L nak konsi sedikit ilmu yg teak seberapa, dalam bnyak2 amalan , amalan yg bercampur dgn riak tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. melainkan satu ni, iaitu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Jadi sama2 la kita meringankan mulut yg berat untuk berselawat ke atas junjugan mulia Nabi Muhammad. Semoga kita sentiasa menjadi umat yg nabi sentiasa banggakan.

Thursday, January 17, 2013

Bersyukurkah kita?

Malaysia




Somalia

 


p/s gambar sekadar hiasan.

Tuesday, January 15, 2013

Tab


p/s Insyaallah xlama lagi. =)

Sunday, January 13, 2013

CintaMu



p/s rini tak sempat nk update teruk2 kelas smpai ke petang.. hehe. insyaallah besok L akan update pasal syiah. Jom sama-sama mengamalkan doa ini.

Friday, January 11, 2013

Kembali Beraksi!



Alhamdulillah petang td L dah boleh main bola!!! yes!
CUma tak boleh nk lincah-lincah sgt lah. Masih berjaga-jaga masa main.
Nikmat kaki selalu kita xhargai. Kaki ni la yg selalu kita bawa p tempat maksiat, 
kurang sgt pergi ke tempat yg diredhai Allah.. Ya Allah aku mohon kau lindungilah kami
semua dari segala kemaksiatan yg ada. Moga kami menjadi hambamu yg bersyukur..
Amin...

Johar Johar

Assalamualaikum wbt.  Salam jumaat semua!!! Alhamdulillah harini kita diberi kesempatan lagi untuk terus hidup di ataas muka bumi Allah swt. Macam mana harini? dah baca Quran belom? Bagi yg lelaki pegi solat jumaat ke tak tadi? Wanita pulak, dah solat Zohor ke belom? Harap2 kita tidak lupa tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya.

Okeng harini L nak kongsi sedikit cerita mengenai Johar. Johar ni begitu popular di Tanah Arab. Kalau kat Malaysia ni Pak lawak kita panggil Mat Jenin. Kalau kat sana plak diorang gelar Johar . Ada du cerita mengenai Johar . Ok layan :

Cerita 1 :

Sahabat Johar : Assalamualaikum Johar, umur kamu berapa sekarang?
Johar : umur aku baru 45 tahun.

7tahun kemudian ;

Sahabat Johar : Johar, sudah lama kita tidak bertemu. Berapa ya sekarang umur kamu Johar?
Johar : lah, kan saya sudah bagitau dulu. takkan kamu tak ingat.
Sahabat Johar : lah itu kan dah lama aku pun sudah lupa la johar.
Johar : baiklah, umur aku 45 tahun ya sahabatku.
Sahabt Johar : ait? bukan kah dulu kamu bagitau umur kamu 45?
Johar : ia, betul. Orang YANG JUJUR sentiasa pegang dengan kata-katanya .  =)

Cerita 2 :

Johar bertanya sahabtnya antara matahari dan bulan manakah yg lebih penting. Sahabatnya menjawab, sudah tentulah matahari. Johar katakan tidak. Kerana bulan lebih penting. Rasionalnya :

Matahari timbul pada waktu siang, waktu sudah cerah, jadi kita tak perlukan matahari. Tetapi bulan muncul pada waktu malam yg gelap so kita amat memerlukan Bulan...

p/s Sekadar hiburan dihari ini.. =)



Thursday, January 10, 2013

Rindu zaman kanak-kanak



p/s dahlama xmain.. haha

Tuesday, January 8, 2013

JOm doa Ramai-Ramai



Sunday, January 6, 2013

Gantung BOOT selamanya?

Assalamualaikum... semoga semua sehat2 belaka.

erm, semalam L injured masa main bola. rini p cek doktor. Perbualannya:

DR : ni awat dok jalan terhincut hincut ni?
L    : lutut bengkak ,injured main bola dr...
DR : (geleng2 pala) belah mana yg kena ni?
L    : belah kiri dr. sebelum ni penah dh kene. 2tahun lepas.
DR : lepas ni kamu jangan main dahla. Injury for sportmen kat mlysia ni susah, kalau omputeh takpa diorang ada DR seniri boleh recover cepat.. kat Malaysia susah, u mana ada DR sendiri. Nk operation pun amik masa..Takpe, saya rasa awak punya tendon or ligament lutut terkoyak.. Lepas ni kita xray tengok tulang u ok ke tak..
L    : baik dr.. (muke xdapat terima kenyataan)

After x-ray ;

DR  : saya tengok tulang u ok, xde masalah pape. so saye akan buatkan awak appointment dgn pakar, luse awak jumpa dia. Maybe kita akan buat operation. Nak repair tendon u, ok?
L     : erk, baik dr... Nak MC boleh? hahaha
DR  : ok, saya bagi awak mc 3hr... lepas ni tolong jangan main bola dah k?
L      :ye, baik dr, (angguk tapi hati menafikan)

Lepas amik ubat terus balik.. Huuu.. L xleh nk jalan sgt nih.. nak lipat kaki pun xleh... erm.. pasnih xleh main bola dahle...GANTUNG BOOT. adoi.. apala hobi baru L nt.. erm . kumpui setem plak kot... huuuu

Monday, December 17, 2012

Aku kongsi Bukan Aku Bijak.



p/s sama-samalah kita kongsi ilmu yg bermanfaat .. =)

Friday, December 14, 2012

Sekadar Perkongsian

Perkongsian daripada Ustaz Umar Muhammad Noor :

Setiap maksiat yang kita lakukan merupakan pertanda rendahnya darjat kita di sisi Allah.

Semakin rendah darjat kita,
semakin banyak dan besar maksiat yang dilakukan.

Berkata Abu Sulaiman Al-Darani:
“Mereka sangat hina di sisi Allah,
itu sebabnya mereka dibiarkan bermaksiat.
Andai mereka mulia di sisi Allah,
nescaya Allah akan menghalangi mereka daripada bermaksiat.”

(Hilyat Al-Awliya).

Thursday, December 13, 2012

Rimau dibelai oleh Gajah Putih





Assalamualaikum. selamat malam. update seket lagi. haha. Adoi.. akhirnya Harimau
Malaya di jijak oleh gajah putih. Oh kecewanya... Tapala bukan rezeki
Malaysia kali ni. dan bukan rezeki L nk p tgk final.. haha..

Tuesday, December 11, 2012

Secepat Mungkin!



Assalamualaikum.. Amacam, dah nk magrib dah pun ean. baru rasa nk hupdate. haha. 
Ok straight to d point. berapa lama dah kita tak baca Quran? Jenguk2 la Quran di dalam
laci,almari, or atas meja. Siapa lagi yg nk membaca kalau bukan kita? Kalau xleh sejuzu',
 sehelai, kalau xleh sehelai, semuka, kalau xleh semuka, setengah muka, kalau xleh
 setengah muka,1 ayat, kalau xleh satu ayat, korek tanah dalam2, baring, kambus
sendiri.. haha. ok nyte semua..Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita..
 Cukup la setakat ini. selamat malam semua. 
sekadar peringatan bersama.. lol!

Saturday, December 1, 2012

Kasut idaman!


Alhamdulillah, akhirnya L dapat miliki kasut ni!!! hehe.
Jom main bola petang nih.

Friday, November 30, 2012

Renung-Renungkan


p/s sila kumpul token akhirat.

Saturday, October 27, 2012

Suka SUki


Assalamualaikum. bosan dah study. saja nk berhibur hibur seket. =) meh2 pakat teka mana satu L..=P

p/s selamat menjalani ibadah korban..

Wednesday, October 24, 2012

Jom Pose Besok!

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w :
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

9 Zulhijjah bersamaan dengan 25 oktober 2012. InsyaAllah, kita puasa ramai2 esok :)

Sunday, October 14, 2012

Aku anak Soleh?

Assalamualaikum semua. Apa habaq kawan2 bloger semua? harap2 semua sihat la kan.. 
Mcm mana keadaan parent kite skrg? sihat? yang mana sudah tiada parent, mcm mana keadaan
parent kita disana erk? mesti menantikan doa dari anak2 mereka yg soleh dan solehah.
so sekurang-kurangnye dalam sehari kita mesti mendoakan 5x setiap kali lepas solat fardu..
Bagi yg masih ada ibu bapa dalam dunia nih. ambil lah kesempatan ini. Rebutlah pahala dari mereka.
Jangan biarkan kita menyesal disana.Kalau kita ingin bakal or anak kita pun soleh kita pun
kene lah menyolehkan diri kita dulu. k. out dulu.. =)


Tuesday, October 9, 2012

Sentapan Petang

Bila Newton kata 'if an object experiences no net force; the object will either remain at rest if it is at rest, or it will move in a straight line with a constant speed [Newton 2nd Law of Motion]', satu dunia takjub. Termasuk umat Islam.

Bila Allah kata 'Verily, Allah will not change the condition of the people, until they change what is in themselves [Quran 13:11]', kita biasa-biasa je.

Padahal dua-dua ayat ni bagi maksud yg sama. Tapi ayat Allah turun 1400+ tahun yg dulu.
 
p/s time for more research.=)

Monday, September 17, 2012

Selamat Pagi!



Assalamualaikum. Ketika ini, saat ini, ada yg masih lena dibuai mimpi, ada yg sedang menghupdate blog, ada yg sedang membuat kerja, ada yg sedang berenang di lautan, ada yg tengah makan pagi. Tapi sedarkah kita bumi kita sedang mengelilingi orbitnya . Tapi xdak sorang pun yg rasa pening. Hebatnya ciptaan Allah sehinggakan tiada siapa yg mengadu , aku takleh nak buat keje la, bumi asyik dok pusing ja. Subhanallah33.. Pagi ini marilah kita bersyukur pada Allah kerana masih memberi kita kesempatan dalam meneruskan kehidupan . Allah2.. Selamat pagi semua!