Skip to main content

Posts

Showing posts with the label puasa

10 Terawal Zulhijjah

  Bismillah, Kenyataan rasmi sudah diumumkan.7 Jun 2025 Kita akan sambut hari raya Aidil Adha.So malam ni lepas maghrib masuklah 1 Zulhijjah 1446H (1/12/1446). Nak buat apa? 10 hari terawal dalam bulan zulhijjah merupakan hari hari yang penuh barokah. Buatlah apa juga amal kebajikan yang korang mampu buat. Maq selalu pesan kat diri sendiri,dalam berurusan dengan ibadah dan amal kebaikan, tak dapat nak buat semua ,jangan tinggalkan semua.Moga Allah terima amalan ku dan amalan kamu, Inshaallah Aamiin. 🗨️teruskan berselawat.

5 Ramadhan 1446H

  Mutiara kata* Bismillah, Pagi 5 Ramadhan 1446 - dengan izin Allah bumi Batu Pahat disirami hujan yang berterusan. Dari pukul 8 pagi hujan turun berlarutan hingga sekarang dah pukul 12.15 tengahari.  Alhamdulillah. Sejuk ,mengantuk dan lapar.Macam macam perasaan dah mula munculkan diri saat ni. Hujan ke sejuk ke ,perut meraung raung ke, yang wajib berpuasa teruskanlah berpuasa. Yang tak boleh dan yang diharamkan berpuasa dah bolehlah buat mana yang patut. Tengahari dah ni... Di Malaysia ,bila masuk bulan Ramadhan ada satu fenomena menarik belaku. Saat ustaz dan ustazah berpesan pesan supaya banyakkan amalan dalam bulan puasa. Contohnya berpuasa , solat sunat , zikir dan selawat ,bersedekah dan macam macam lagi amal ibadah. Tapi apa yang boleh kita lihat ,apa yang banyak bila tiba bulan puasa ?!? Ofkoslah bazar ramadhan dan bazar raya. Gerai gerai tepi jalan tetiba muncul macam cendawan lepas hujan. Yang paling mengejutkan mereka yang baru nak belajar memasak pun berani juga j...

Puasa Menjelang Tahun Baru 1441 H

Assalaamu'alaikum. In Syaa Allah, dalam beberapa hari lagi, kita akan berpuasa sunat yang agak panjang.. 30 zulhijjah = 31/8 puasa sunat akhir bulan zulhijjah (penutup kitab kita dengan catatan berpuasa) 1 Muharram = 1/9 bermulanya hari pertama dari puasa sunat 10 hari dari awal Muharram (buka kitab baru kita dengan catatan berpuasa) Seterusnya puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9 (2/9 + sunat Isnin, 5/9 + sunat khamis) 9 Muharram = 9/9 puasa sunat hari tasu'a + sunat Isnin 10 Muharram = 10/9 puasa sunat hari 'asyura 11 Muharram = 11/9 puasa sunat ba'da' asyura ('alim ulama' kata Allah itu ganjil dan suka yang ganjil, kiyai sohaili bagi tahu puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil, puasa ba'da 'asyura tu ustaz Mohaizan yang bagi tahu) 12 Muharram = 12/9 hari khamis, puasa sunat khamis Seterusnya puasa sunat hari2 putih 3 hari iaitu 13 Muharram = 13/9 14 Muharram = 14/9 15 Muharram = 15/9 16 Muharram...

Dzulhijjah 1440Hijrah

Assalamualaikum. Bismillahirrahmaanirrahiim. *Hanya mengingatkan* 29 Dzulkaedah = 1 Ogos_ Khamis. 1 Dzulhijjah = 2 Ogos  2019_ Jumaat. 2 Dzulhijjah = 3 Ogos 2019_ Sabtu. 3 Dzulhijjah = 4 Ogos 2019_ Ahad. 4 Dzulhijjah = 5 Ogos 2019_ Isnin. 5 Dzulhijjah = 6 Ogos 2019_ Selasa. 6 Dzulhijjah = 7 Ogos 2019_ Rabu. 7 Dzulhijjah = 8 Ogos 2019_ Khamis. 8 Dzulhijjah = 9 Ogos 2019_ Jumaat. 9 Dzulhijjah = 10 Ogos  2019_ Sabtu. * 10 hari puasa sunat..* HARAM PUASA : 10 Dzulhijjah = 11 Ogos  2019 11 Dzulhijjah = 12 Ogos 2019 12 Dzulhijjah = 13 Ogos 2019 13 Dzulhijjah = 14 Ogos 2019 2 Ogos hingga 8 Ogos 2019 disunahkan puasa dan perbanyak amal sholeh kerana pahalanya akan dilipat gandakan. Puasa Tarwiyah 8 Dzulhijah = 9 Ogos 2019. Puasa Arafah 9 Dzulhijah = 10 Ogos 2019. Aidul Adha 10 Dzulhijjah = 11 Ogos 2019. 12/13/14 Ogos 2019 adalah hari TASRIK (HARAM PUASA) Cadangan Atur Cara pagi 10hb. Dzul-Hijjah: 1. Solat fardhu subuh berjamaah. 2. W...

Nak qada puasa dulu ke nak buat Sunat dulu?

Assalamualaikum. Syawal dan puasa 6 tak dapat dipisahkan. Tapi masih ada yang tertanya tanya ,nak bayar hutang puasa dulu ke nak buat puasa sunat 6 dulu? Ada orang kata bayarlah hutang puasa Ramadhan dulu lepas tu baru buat puasa sunat 6. Ada orang kata buat je puasa sunat 6 , bayar  puasa Ramadhan tu bila bila pun boleh buat. Haaa acane tu ???  Hmm.. Bila kita tak tahu , macam macam pulak pendapat yang datang . Kadang tu kita sendiri jadi celaru dan keliru bukan?  Bagi mereka yang dah tahu , semua ni bukan lah isu sulit bagi mereka. Inshaallah. Oleh itu ,kalini maq kongsikan apa kata pakar agama yang sedia tahu tentang isu ini. Beliau tak lain tak bukan ialah Ustaz Somad. Jom dengar apa penjelasan ustaz tentang pemasalahan tersebut. Harap harap penjelasan ustaz ini boleh membantu kita melakukan amal ibadah dengan tenang dan yakin dalam bulan syawal yang mulia ini ,inshaallah ,aamiin..

Puasa atau Solat ?

Assalamualaikum. Siapakah yang wajib berpuasa dan solat dalam Islam? Pasti jawapannya kita dah tahu. Lihat gambar bawah ni. Tapi apa yang sering kita lihat zaman sekarang ni , ramai ibubapa yang berusaha bersungguh sungguh mendidik anak anak mereka berpuasa sejak kecil lagi. Sedangkan anak sebesar itu belum layak menjalankan ibadah yang dituntut agama pun. Mereka belum WAJIB ! Latihlah yang lebih wajib untuk dia buat iaitu SOLAT ! Kita tahu apa perlu buat bila anak berusia 7 tahun tidak solat ? Islam dah beri panduan bukan? Tapi adakah islam beri tips atau pesanan bila anak 7 tahun tidak mampu berpuasa? Melatih itu bagus tapi ramai dikalangan kita lupa ,mana satu yang lebih wajib dibuat.  Lagi sedih bila dah la dipaksa anak itu berpuasa ,lepastu diberi pulak ganjaran sebagai upah bila dapat habiskan puasa sebulan!! Allah hu , maknya ,paknya..didiklah anak dengan betul. Cara kalian itu bakal membuat masa depan anak anak tersasar. Niat awal puasa tu dah lari! Kita kan...

Menu Lazat Bulan Puasa?

Assalamualaikum. Tajuk tu macam selalu kita baca kat facebook. Kawan kawan kongsikan resepi resepi kat kita supaya bila tiba masa untuk memasak ,tukang masak tidaklah 'blank' dok mikir nak masak apa. Tapi bagi entri maq kalini , tajuk tu bukan berkaitan masak . Ianya lebih kepada makanan rohani. Apakah? 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN Sama sama kita bersedia dan laksanakan .. 1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang. 2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam. 4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari. 4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari. 5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat. 6. Sunat dhuha setiap pagi. 7. Sedekah setiap hari minimum seringgit. 8. Pastikan sahur setiap hari. 9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit. 10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya. 11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik. 12. Kurangkan ziarah ke ba...