Skip to main content

Posts

Showing posts with the label surah

Ikhtiar Pesakit Kanser

Bismillah, Kat bawah ini hasil copypaste yang Maq dapat dari group whatsapp.Salah satu ikhtiar seorang pesakit kanser yang akhirnya Allah bagi kesembuhan dan bebas kanser.Semoga perkongsian ini mampu mengubah nasib seorang pesakit kanser. Assalamualaikum wbt kepada semua dlm Group Ini. Saya nak share amalan ex-staff saya seorang Cancer Survivor. Dia pernah keluar di WHI, TV 3 dulu. Di temuramah bersama sama dgn suami nya. Berkongsi  pengalaman mula2 di diagnosed, melalui Chemo, bedah, makanan sihat, follow-ups hingga di beritahu she is free from cancer cells end last year.Now she is an active Volunteer kepada pesakit pesakit cancer/survivors. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.  Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan ,baca dulu surah dibawah :  1. Istighfar 10x.  2. Salawat N...

Ratib Al Attas

  Bismillah, 12 Ramadhan 1446H Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang. Apa itu Ratib Al Attas? 🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya. 🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun. 🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas. 🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu  Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung) . 🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu  Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas  (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman...

Hadiah Yang Termampu Buat Ibu

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari Sabtu 11 Januari 2025 bersamaan 11 Rejab 1446H ,maq telah berjaya capai  Cita Cita usia senja Maq dan juga tertunai sudah hajat Arwah Atok maq( Arwah Atok Munadi bin Abdul Kadir )  Group whats App  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه اجمعين Alhamdulillah, Tahniah buat Puan Noraini binti Rokani pada 11 Rejab 1446H telah berjaya khatam 30 juzuk, bertalaqqi online dengan Riwayat Hafs An Asim Toriq Syatibi.  Mudah mudahan nikmat yang sebegini akan terus dikurniakan Allah  kepada sahabat sahabat  yang lain dengan izinNya. Alhamdulillah,Terima kasih Ustazah. Selama 3 tahun belajar tajwid Al Quran dan baca Al Quran bersama tunjuk ajar ustazah Izan secara online. Actually tak mudah bagi ustazah nak ajar wargaemas macam maq tapi level kesabaran ustazah sangat tinggi.Sebab tu maq pilih beliau sebagai cikgu ngaji. Alhamd...

Tips dan Petua Dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din

  Kata kata Nasihat Bismillah,Alhamdulillah. Jumpa tips rawat penyakit bersama rawatan ayat ayat suci Al Quran dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din.Maq sengaja simpan dalam blog ini untuk mudah dicari bila perlu. Guys, Al Quran itu penawar bagi semua penyakit.Zahir dan Batin.Maq berani buat pengakuan ini sebab Maq memang amalkan nya.Bahkan demam selsema pun Maq baca ayat Al Quran sebagai ubat. Okey, Maq akan simpan ilmu ini disini baik baik.Inshaallah ,moga beri manfaat buat korang yang memerlukannya.Dan menjadi jariah berpanjangan buat Almarhum Tuan Guru.Semua dengan izin Allah. 1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi     Amalkan Baca Surah - fussilat, ayat 44 2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.  - Ketuk kepala ikan, ambil sebahagian kecil seperti gel  - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat 3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.  - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan d...

Surah Al Baqarah ayat 186- ayat pilihan

Surah Al-Baqarah, :186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Sadaqallahula'zim.. 

Surah Al - Baqarah [25]- ayat pilihan

Surah Al-Baqarah : 25 Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata:  "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu";  dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. Sadaqallahula'zim

Surah An Nisaa' [4] : 19- ayat pilihan

Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.  - Surah An-Nisaa' [4] : 19

Keberkatan surah Al Ikhlas

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi" Antara keberkatan surah Al Ikhlas ialah, ❤Ketika Memulakan Kerja. bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. ❤Sebelum Masuk Ke Rumah. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat ...

Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah

Assalamualaikum.. KEISTIMEWAAN 2 AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH ( 285 & 286 ) Para ulama' menyebutkan bahawa siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan. Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa dengan membaca ayat tersebut imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut ada sikap pasrah & berserah kepada Allah Ta’ala. Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa ayat tersebut sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat. Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna. Maksud ayat. : Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (M...

Surah Al Fil sebagai penawar

Assalamualaikum.. Terjumpa info menarik mengenai surah yang boleh dijadikan penawar. Sebagai hamba kita layaknya berusaha , selainnya serahkan sahaja pada ketentuan Allah swt. Wan Normiliza Wan Yaacob: 09/02/2017, 11:44:25 PM: Mr. Shukri: Aisyah terjumpa penawar kanser dengan surah Al Fil ni dalam whatsapp semalam. Siapa yang ada kenalan atau sedara mara yang ada masalah kanser, cyst, atau fybroid, boleh la tag atau share post ni. Mudah-mudahan post ni bermanfaat tuk dorang. ============================== PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil ============================== Setiap kali lepas sembahyang baca Surah Al Fatihah - 1 kali Surah Al Ikhlas - 3 kali Selawat ke atas nabi - 3 kali Surah Al Fil - 21 kali Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati." Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser? Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga All...

Amalan bacaan Tahlil

Assalamualaikum.. Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an: (Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang...