Showing posts with label PERHIMPUNAN. Show all posts
Showing posts with label PERHIMPUNAN. Show all posts

Penyokong PR Bertumbuk Kerana Wanita?


Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya.

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

#HKR Meniru Negara Arab - Tun Mahathir


Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).

Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.

Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.

Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.

"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya. sumber GR

Mana Satu Kiblatkan Pakatan??


Orang-orang islam Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP  yang selama ini  melaung-laungkan takbir yang sebenarnya mereka adalah kafir..apakah mazhab yang mereka ikuti sebenarnya??.

Mana satu kiblat orang-orang islam pakatan yang mereka ikuti sebenarnya, adakah mereka mengikut kiblat DAP, walhal berhampiran Stadium Merdeka  adalah Masjid Negara dan uamat-umat ialam bersembahyang disitu dengan berpandukan satu kiblat sahaja.

Pada perhimpunan #HKR 112 yang lepas, perhimpunan telah dibenarkan di dalam Stadium Merdeka ia menjadi medan terakhir kepada pakatan untuk menjayakan perhimpunan terbesar mereka sebelum PRU ke13, rata-rata yang hadir pada perhimpunan tersebut hanya 45 ribu orang saja.

Sebelum memulakan perhimpunan bagi yang beragama islam menunaikan solat zohor di tengah padang tersebut tetapi mereka semua tidak bersatu kerana mereka telah sembanhyang dengan tiga kiblat berlainan arah. 




Lihat Videio Diatas., Cuba anda semua menilaikan sendiri..orang-orang yang waras tidakakan melakukan pekara sebeginini, persoalannya manakah kiblat PAKATAN?

Hanya 8% Kaum Cina Hadiri HKR..


Berminggu-minggu pemimpin pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka.

Besar angan-angannya nak gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.

Dalam bab memperbesarkan cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang sangat memijak bumi nyata.

Akhirnya realiti yang berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.

Secara keseluruhannya HKR hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada sasaran utama sejuta orang hadirin.

Menarik untuk dianalisa apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta. Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2% sahaja.

Majoriti peserta himpunan adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara untuk meramaikan himpunan.

Kekurangan ketara sokongan dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui prosedur yang betul.

Kegagalan DAP & PKR mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.

Lagipun HKR #KL112 ini bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.

Walau apapun, yang pastinya HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.

Golongan Penipu Penganjur HKR


Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di ibukota Kuala Lumpur.

Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.

Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan.


Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR.

Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut.

Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat. Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan?

Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.

NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011.


Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik.

Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis pula.

Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.

Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel.



Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasan saham BSKL.

Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar.

Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan.


Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak.

Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk .

Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri

Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan bijih besi.

Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor.

Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti.

Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.

Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.

HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible


Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.

Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.

Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu nanti jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

Kadir Sheikh Fadzir Menyalak Di Himpunan Hijau..!!


Sudah kaya mahu kaya lagi, ini lah pemimpin yang belum puas dalam hudupnya, kini bediri di pentas Pakatan Rakyat memesongkan orang melayu. Lihat Video Dibawah

2012 Stand As One Gegar Kota Metropolitan Kuala Lumpur



PANAS dan pastinya hangat esok apabila 2012 Stand As One membuka tirainya berlokasi di Taman Metropolitan Batu Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan ribuan para belia untuk bersama sama beriadah dalam mengisi masa mereka dengan aktivi yang berfaedah dan mendatangkan manfaat.



So kepada para Belia ataupun sesiapa sahaja yang merasakan anda seorang Warganegara yang prihatin dan peka ayuh kita sama sama menyertai:

2012 Stand as One
Berlokasi: Taman Metropolitan Batu Kuala Lumpur
7 - 8 Julai
Waktu 7

pagi - 7 petang.
Maklumat Lanjut

Meh layan video bawah ini khas buat para generasi Y

Shabeery Chik Prihatin, Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.

ACARA DRAG PALING HANGAT MALAM TADI DI HIMPUNAN BELIA..!!!


Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19,kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar,menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.



Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur,beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton,katanya.Ketua Polis Daerah Putrajaya,ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Bernama

SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.


PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.

Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.

Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.

"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

Himpunan Jutaan Belia 2012 Terima Kunjungan Hormat dari 42 Wakil Luar Negara


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

HIMPUNAN JUTAAN BELIA, JOM KITA GEGAR PUTRAJAYA

Jom Kita Gegar Putrajaya.!!!


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei akan datang sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek beliau yakin KBS akan untuk mencapai tahap itu sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menganjurkan lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.

Tambah beliau lagi, karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia. Cuma kita mahu lihat dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti pelancong asing akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia. Beliau berkata sedemikian di Majlis Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan dengan wakil-wakil Persatuan Hotel di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 (HBN2012).

Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong tempatan dan pelancong asing datang ke Putrajaya sempena HBN 2012.

HBN - Pertandingan Miss Fitness


SEGMEN : FIT AND ACTIVE

PROGRAM : PERTANDINGAN MISS FITNESS

PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR

NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607

PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI

PERTANDINGAN MISS FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN
PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI
AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA.

SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS
(KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4
KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).

PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN
MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA
PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN
AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH
PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.

JOM KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI BELIA NEGARA DI PUTRAJAYA

BELIA GOLONGAN PELAPIS NEGARA - Tan Sri Muhyiddin Yassin



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang diadakan di Putrajaya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.


Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek , Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

Belia Penentu Masa Depan - Datuk Seri Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR – Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat.

“Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia, sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.




Hari Belia Negara MengajaK Belia Memilih Kerjaya.


Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu
program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya.

Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini. Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secaraterbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online. Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya
yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint
3 Putrajaya !!!

Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)
 
JOM KITA BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA UNTUK MENJAYAKAN HARI BELIA NEGARA.

Malaysia Yoyo Open 2012 Akan Diadakan Pada HBN


"Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saiz
yang diperbuat daripada plastik, kayu, atau besi, disambungkan dengan
gandar, yang dibelit dengan tali. Pertandingan ini merupakan kali
kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan
dalam kategori berikut :
1A (Single)
2A (Double A)
4A (Offstring)
5A (Counterweight)
Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak
kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10
tahun dan ke atas. "

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi

EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747)


Cheerleading Akan Menjadi Tumpuan Kepada Semua Wakil-Wakil Sekolah


"Penyertaan terbuka kepada pasukan sekolah untuk Full Routine, dan
kepada semua untuk Cheer Pom. Kategori pertandingan adalah:
- All-Girl (School) full routine
- Co-Ed (School) full routine
- Cheer Pom (Open)"

Untuk Lebih lanjut hubungi Y - AVENUE - EN. SABRAN B. ABD BAHAR
(019-2230365/03-88713747)

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA UNTUK MEMRIAHKAN HBN..

PEGUAM MUDA PROFESIONAL BANTU JAYAKAN HARI BELIA NEGARA


Putrajaya - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan"

semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara  (HBN)  2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  di sini hari ini.

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan
bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang  hadir pada  HBN kali ini.”

Di samping itu, KBS  menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.

JOM KITA BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA 

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive