Showing posts with label My Cooking Class. Show all posts
Showing posts with label My Cooking Class. Show all posts

Bengkel Frozen Kuih Tradisional

Bidang pembuatan makanan sejukbeku mampu membantu menjana pendapatan bagi meningkat taraf hidup. Pusat Pertanian Meru menawarkan Bengkel ini dengan hasrat bagi menambah ilmu dan kemahiran bagi membantu ekonomi dan taraf hidup bakal usahawan yang berminat di dalam bidang ini.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang bakal menjadi usahawan di dalam bidang pembuatan makanan sejukbeku dengan menggunakan kemahiran ini sebagai kerjaya tetap.

Beratus yang memohon, Alhamdulillah zie terpilih dalam dua puluh orang perserta.Tenaga pengajar datang dari Johor.Memang usahawan berjaya dalam makanan sejukbeku. D'Kochet pasti anda semua kenali produknya.Untuk mendapat produk D'Kochet salah satu pembekal produk halal "Az-Zain "
















untuk mendapat prduk D'Kochet ada di seluruh cawangan Az-Zain

‪#‎Buat‬ Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti

To change our life is not to change our wish but to change our intention. As we have an intention we will create the situation to our intention with the help of Allah


BENGKEL ASAS INSPIRASI KEK KOMERSIAL

Assalamualaikum Sahabat

selamat petang..

.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..
amin

7/7/15






Ini cerita sabtu lepas lama mengidam nak ikut serta ke kelas masakan chef tersohor ni. Sejak tahun lepas lagi. Bila keluar jadual tahun ni cepat2 booking kelas2 yang dah lama aim.

Pada sesiapa yang belum mengikuti apa2 kelas dengan Chef Amer memang aku sarankan sangat2 pergilah. Memang berbaloi2! Chef ni tak lokek ilmu. Tanya apa saja kemusykilan dia boleh bagi jawapan tapi jangan terperangkap dengan jawapan yang tak logik. Chef ni suka bergurau. Siapa yang dah pergi tahulah. Dia juga tak lokek nak kongsikan barang2 yang digunakan, mana nak dapat, berapa harga nak letak kalau untuk jual dan macam2 lagi lah. Juga tak lokek dengan makanan yang sedap2 time breakfast dan lunch. Superb! Dapat ilmu, kenyang perut dan paling penting harga kelas berbaloi2. Hari tu dia ajar 15 resepi tapi  dapat lagi satu resepi free jadinya 16resepi. Pada kelas yang sebelumnya  maaflah ye...rezeki kita orang.




Jom intai2 kelas chef Amer di Akademi Chef Amer di Jalan Kg. Jawa Klang. Resepi..? maaf ye resepi berbayar. Chef kata kalau post kat internet nanti tak jadi, tak sedap orang salahkan dia. Kalau belajar di kelasnya kita lebih faham dan tahu nak adjust atau ada alternatif lain seperti yang diberitahu dalam kelas dengan lebih detail. Pergi menuntut sendiri lagi berkat dan diberkati. Eksklusif you!

Kacang Pool Daging Kisar yang sedap. Lain dari yang lain.


  • Kelas  melibatkan :

• Teori SEMUA TENTANG PASTRI
- Belajar mengenai peraturan pastri
- Jenis tepung, fungsi & tekstur.
- Perbezaan butter, marjerin & shortening
- Apa itu mousse, bavarian cream & chocolate cream
- Perbezaan pai & tat, puding & kastad


• Demo pembuatan Kek-kek Asas
- Praktikal Kek keju, kek coklat & ganache
Skrin gergasi pun dah terpasang... Video cam dah melekat..
Menu sarapan pagi :
• Kacang Pool Daging Kisar Arab Street
• Butter toasted French Baguete
• Sunny Side Up Egg
• Coffee, tea, milo & nescafe...
Menu tengah hari :
• Asam Pedas Muor Ikan Jenahak Pak Sahak
• Sayur Kobis & tauhu Goreng Bersantan Mak Intan.
• Sambal Belacan Air Mata Ibu Mertua Ku
• Ikan Kembung Jeruk Tak Berapa Masin dari Jasin
• Ulam Raja, Selom, Timun & Salad Sihat
• Air Biar lah Rahsia Antara Saya & Dato Siti..


Kalau lepas ni ada gambar2 kek without resepi tu faham2 je lah ye. Kecuali lah aku menderhakakan resepi tu.

Harap2lah..

Bye.

#nkjoinkelaswestern
#250bebaloi
#15resepi

Mari Belajar Buat Kek Sexy


Salam  semalam 15/2/15 aku semangat nak pergi kelas Comel & Marble Sexy haha.... kek pun sexy tau. sexy dan yummmy. Aummmm.

 ...memang senang tengok cikgu buat...Seronok sungguh .... . Nanti balik aku nak cuba buat.... . Tapi kena beli bahan-bahannya.... wah... teruja sungguh.. hasilnya amat memuaskan hatiku dan rakan-rakan yang lain cantikkan

Alhamdulillah, memang tepat keputusan saya bila ambil keputusan untuk join kelas ni. Betulla bila orang beritahu belajar dengan pakar lebih baik dari agak-agak sendiri. Dan satu lagi jangan pandang rendah pada mana-mana peluang belajar. Sumtimes dari keadaan yang tak disangka-sangka terjawab soalan-soalan kita.

Jom layan gambar dulu








Banyak jugak tips-tips yang dikongsi. Antaranya;

1) Adunan telah siap jangan godek2 terlalu lama dan kuat, nanti permukaan kek tak cantik  (yang ni memang selalu jadi kat saya, selama ni ingatkan memang dah menjadi kek akak)

2) Suhu bilik terlalu panas,adunan cepat cair nanti marble kek tak berapa sexy 

Pengajar-pengajar kat situ jugak minta supaya jangan terlalu percaya resipi di internet dan majalah-majalah. Pada saya, benda ni agak subjektif. Rasanya ramai blogger yang sangat ikhlas dan jujur untuk berkongsi resipi. Siap dengan tips-tips lagi. Kadangkala panjang lebar penerangannya..

Untuk amatur, mungkin internet boleh juga dibuat rujukan tetapi baik rasanya kalau dapat pergi ke kelas-kelas supaya dapat tahu teknik asas. Kadangkala dalam internet tak disclose teknik-teknik asas. Apapun, terpulang pada masing-masing...

Okay, sampai sini dulu....daaa...



Lepas habis kelas, memang banyak betul cikgu bagi hasil-hasil yang dah siap untuk dibawak balik. So, bolehla anak-anak merasa ...

Sesiapa yang berminat boleh jenguk-jenguk: fb nissa.cookies


Ok, sampai sini dulu..daaaaaaaaaaaaa....:)


KELAS Kek Indulgence

15 November 2014




Saya sempat menghadiri Kelas Cikgu Yaslina di Klang. Memang teringin sangat nak belajar kek ala-ala Secret Recipe. Lepas ni boleh buat sendiri..kan jimat belanja sebab kek kat SR tu boleh tahan juga harganya..so, sekarang tahulah serba sedikit SECRETnya..


Info Kelas:
- Kelas secara HandOn  selama 41/2 jam.
- Cikgu Yas banyak bagi tips-tips dalam pembuatan kek ni..
- Cikgu tak kedekut tau..boleh tanya apa-apa soalan..banyak ilmu Cikgu ni
- Orangnya friendly..so, kelas tak boring.





~Ini Group Kami

~ Kalau betul cara yang Cikgu ajar...memang kek menjadi dan sedap..




Ni lah hasilnya kek group kami ...Dapatlah bawa balik seorang satu slice tu..




DinisIbu: Kepada kawan-kawan yang join kelas hari tu..jangan lupa praktis ilmu yang dah belajar...lama-lama dah mahir boleh ambil order ye...


KELAS CONGO BAR

Cerita kelas semalam 
Ahad 9 November 2014
Kelas Congo Bar  bersama NzCakesPasta
Terima kasih kepada cikgu yang sama2 berkongsi ilmu 
Juga terima kasih kepada teman teman yg menghadiri kelas yg di adakan ...


 Tadaaa inilah Coffee Congo Bar yang dibuat oleh kami dalam  kursus hari ini, Maaf, terlambat upload. Kursus pendek masakan-Coffee Congo Bar pada 9 November 2014, Bertempat di Bengkel Masakan KK Klang





satu kumpulan tiga orang

Congo Bar yg kami hasilkan


Kelas Puding Kek Marbeles

 Assalamualaikum & Hai...


 Hari ni nak kongsikan pengalaman manis saya mengikuti 
Kelas Puding Kek Marbeles bersama Lyza's Love Cookie
pada 19.10.14. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, memang
 berbaloi betul mengikuti kelas puding ni. Sekurang2nya kita tahu mcmana cara2
 yg betul membuat Puding. Kebanyakkan resepi lebih kurang sama je, tapi kita mestilah 
gunakan teknik yg betul supaya Super Duper Marbeles Puding Kek.Sebelum ni saya buat
 puding guna panduan di blog rakan2 je. Kali ni In Shaa Allah saya akan gunakan cara2 yg 
di ajarkan di kelas dngn sebaiknya. Terima kasih pada Lyza's Love Cookie kerana berkongsi ilmu
 yg berguna pada kami semua. Izinkan Zie kongsikan gambar2 yg sempat di ambil
 buat pengunjung blog MasZie "menulis pakai hati. Pada kawan2 yg nak
 menuntut ilmu puding tu, bolehlah menghubungi  Shida Hashim ya.
jom layan..
fees only RM200 tunai...
Ni sedikit sedutan dari kelas...


3sekawan dgn satu tujuan..:)














 

Kursus Masakan - Roti Sarang Lebah dengan sos Butterscotch..


Kursus pendek Masakan-Bee Hives Mini Bun with Butterscotch Sauce @ Roti Sarang Lebah dengan sos Butterscotch..


Pada 28/9 telah berlangsung Kursus iaitu Kursus Roti Sarang Lebah. Seramai 22 peserta menghadiri kursus Roti Sarang Lebah sos . Tahniah kepada diri sendiri dan kawan baru semua kerana menunjukkan kesungguhan mempelajari pelbagai jenis Roti ini.Ada peserta yang datang dari  Nilai. Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menimba ilmu.Syabas diucapkan kepada anda semua.Lepas ni, rajin-rajinlah kita mencuba resipi yang telah dipelajari tu.Jangan simpan saja nota tu takut lupa pulak kaedah membuatnya.Oklah kita tengok gambar-gambar kenangan di dalam kursus .












 Siap jugak akhirnya roti kita ni,tak sabar nak bawa balik.


Peserta Roti bergambar ramai selepas kursus.





 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in