Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Suasana Tahun Baru 2016 di berbagai negara

Esok masih menjadi misteri Ilahi.
Hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri ini
Jangan berhenti berharap miskipun tahun telah berganti
Keran itulah yang tetap membuat kita tetap senyum
Selamat Tahun Baru 2016 

















GOOD BYE 2015 & WELCOME 2016






Hari ini.... Hari terakhir tahun 2015. 
Esok bermula lah tahun 2016 Assalammualaikum 
💞Berkata Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu:
💞Setiap kali datang nya tahun baru
 💞Membuat daku risau dan resah selalu
💞Kerana semakin singkat umur ku
 💞Semakin dekat ajal ku 
💞Semakin tipis pengampunan ALLAH terhadap ku
💞Dan semakin dekat nya hari perhitungan ku. 
💞Selagi ada KEHIDUPAN 
💞UMUR adalah KESEMPATAN 
💞MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
💞DEWASA lah dengan PENGAJARAN
 💞TUA lah dengan PENGALAMAN 
💞LAPANG lah dengan KEMAAFAN 
💞SIBUK lah dengan KEMANFAATAN 
💞KAYA lah dengan KEBAIKAN
 💞MISKIN lah dengan KEBENCIAN
💞KUAT lah dengan KESABARAN 
💞HIDUP lah dengan KETAATAN
 💞MATI lah dengan KEIMANAN
 💞Dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN 
💞InsyaAllah.. Lots of love from me 💋




❤Masih Ada Yang Sayang❤


Hari Lahir aku  di tahun 2015 telah hampir seminggu berlalu. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat dan sudi mendoakan untuk aku.

Seperti tahun2 yang lalu, sambutan hari lahir tahun ini lebih bermakna dengan adanye blog ni.Takde buat aper2 sambutan pon, maklumlah, dah tua, tak perlu lah nak wat sambutan yang besar2an.Hadiah dari en.cayang,adik2 dan bff yang sudi memberikan aku hadiah. Katanya, walaupon tak seberapa, ia tetap menjadi tanda persahabatan yang terjalin antara kami.Terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi.

Alhamdullilah...masih ada yang sayang

Inilah hadiahnya...Smiley and Smelley
Terima kasih kepada sahabat yang sudi menghadiahkan


Terima Kasih BondaKu



Terima Kasih Bonda Nor Zaliha
...kerana pengorbananmu melahirkanku pada jam 11:00 pagi tanggal 24 Februari 1971

kata-kataku tidak layak menggambarkan rasa syukurku padamu
tiada perbuatan juga yang dapat membalas jasamu
aku hanya bisa mendoakanmu dari kejauhan
semoga segala dosamu diampunkan
segala amalanmu diterima
ibu sihat sentiasa
bahagia selalu
terus doakanku
jadi anak solehah
yang sentiasa ingat
untuk doa buatmu
kembali

Amin!



SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul 1437H buat semua umat Islam. Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Muhammad S.A.W.


Semarak cinta buat Rasul junjungan kita...


Jom selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, moga-moga dengan berselawat kita mendapat syafaat. Insya-Allah...Sollu a'lan Nabi ﷺ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ وَعَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلِّمْ

Salam Maal Hijrah 1437H/2016




Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Smoga  tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.


HIJRAH bukan sekadar SIRAH RASULULLAH..
HIJRAH bukan sekadar KALENDAR ISLAMI..
HIJRAH bukan sekadar SALURAN TV..
HIJRAH adalah PERINTAH ALLAH..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berHIJRAH serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al-Baqarah:218
juga FIRMAN ALLAH:
"Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
An-Nisaa':100
lalu, ia TEMA HIDUP ISLAMI

DAY 2 UPSR 2015

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR 
Semoga anak2 semua diberikan Allah ketenangan dan ilham untuk menjawab segala soalan dengan baik dan bernas
Saya juga berdoa agar semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang dan memenuhi harapan besar ibu bapa. insyallah....



Ramadhan al-Mubarak

As salam,

Esok kita semua akan memulakan ibadah puasa... Sempena  bulan baik dan mulia ini, izinkan aku menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan perbuatan...Kosong-kosong OK...
Selamat berpuasa semua...Jangan puasa yang yuk, pagi-pagi bukak periuk udahlah ye...



#Ramadhan1436
#Maszie'Licious

Besday Irfan

Hapi besday Anak Ibu  #MohdIrfan140615 do'a ibu semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya  sentiasa di berkati hidup dunia akhirat ..إن شاء الله, آمين






Heppay Besday Cayang



Today is your birthday..MAS'AT RAMLAN
Untuk suami n abah kepada anak2....Selamat Hari Jadi cayang....Semuga Di beri segala keberkatan dan kekuatan .......TQ for being my lovely hubby n Hope to see U in Jannah....Love Forever n ever......



TEMPAHAN AZZAH AF


Congratulations to AZZA AF & EHSAN, Semoga berbahagia & kekal hingga ke Jannah.. Majlis Recepsi pada 30/5/15  @ IDCC Grand Ballroom , Section 15, Shah Alam...




Terima kasih untuk tempahan #KekMarbleSexy  & #SeriMukaPandan yang diterima hari ni dari Azzah AF untuk Majlis Resepsi di IDCC, Shah Alam.

semoga pernikahan Azzah Af kekal hingga ke Jannah... amin



 Pada yang berminat untuk tempahan boleh call/whatsapp Kak ZIE 0176950072

Hari Ibu 2015

Kasih ibu hebat tiada tandingan,


Menyayangi anak tanpa sempadan,

Berdoa bermunajat dalam linangan,

Air mata penuh kasih tiada ukuran,


Membelai mendidik penuh harapan,


Agar anak-anak tersayang jadi impian,

Membahagiakan ibu sepanjang zaman,

Membanggakan ayah tanpa rungutan,

Mengharap redha Allah berpanjangan,

Kekal dalam syurga penuh kedamaian.


Jutaan terima kasih ibu ratu hatiku,

Famili mertua & famili tersayang 💕




Ibu, kau telah melihat aku tertawa, Kau juga pernah melihat aku menangis, Dan kau selalu ada di sana bersamaku, Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini, Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu, Selamat Hari Ibu.

WordLess WedNesday 61# Hello April

Time flies so fast.... dah April dahhhh....
Semoga dipermudahkan segalanya... ^O^♡








#HappyWorking
#maszie'liciouse
#Ready to explore....GST

Juara Maharaja Lawak Mega 2014



Congrat Zero. Yeayyyy.

Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.
JUARA RM500,000

ZERO

NAIB JUARA RM250,000

SEPAHTU

KETIGA RM150,000

NABIL

KEEMPAT RM50,000

SHIRO

KELIMA RM15,000

BOCEY

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.
Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn.

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2015

Assalamualaikum...

Back to School! Meriah tengok.. Selamat kembali ke sekolah anak-anak ku. Anak-anak pelajar akan kembali ke sekolah masing-masing, namun kemungkinan besar suasana tidak seperti sebelum ini. Banyak kelengkapan sekolah musnah dan keadaan sekitar masih berdebu akibat banjir tempohari. Walaubagaimana keadaan sekalipun, anak-anak terpaksa menghadapinya dengan sabar, bina semangat dan kejayaan dalam kehidupan itu biasanya melalui sebuah dugaan.

Pekerjaan yang paling mulia adalah menuntut ilmu. Yakinlah, perjalanan kita ke puncak kejayaan bermula dari langkah yang pertama.


 Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Insha Allah. Janji Allah itu pasti.






2015 ... seminggu berlalu

Assalamualaikum...

 kepada semua rakan rakan pembaca blog maszie. Semoga kalian semua sentiasa sihat sejahtera dan di bawah lindungan allah s.w.t. Bermulalah tahun baru 2015 dah Seminggu dalam tahun 2015 sudah berlalu. Terlalu pantas masa berlari ...., semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, dikurniakan kesihatan yang baik kepada kita dan kaum keluarga, dilimpahkan pintu rezeki yang luas dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu samada ilmu di dunia atau ilmu di akhirat.


"Welcome 2015 Happy New Year Cake Topper New - 2015 new year ideas, new years, welcome 2015


"black and white ombre happy new year banner 2015 under table - polka dots, paper bunting."

"DIY happy new year 2015 with fireworks Tote bags for 2015 New Year - 2015 New Year Themed Tote Bags."

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

ASSALAMUALAIKUM.


"Subhanallah, Walhamdullillah, Walailahaillallah, Allahuakbar"


12.Rabiulawal.1436 Hijrah atau 3hb.Januari.2015 adalah hari Keputeraan Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya.
Marilah kita berpegang kepada Sunnah & Ajarannya.
Jom Sahabat Memperbanyakkan Selawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 56:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat memberi Segala penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Sempena tahun hijrah 1436 ini, Zie mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit akhlak terpuji Rasullullah s.a.w yang patut dijadikan teladan dan ikutan kita dalam kehidupan .

- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain.  (Sangat sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
-Sangat penyabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Menutup aib orang (hadis aib )
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan .
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka 
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksum dan dan mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang

Semoga kita sentiasa belajar sesuatu dari baginda Rasulullah s.a.w dan sentiasa berselawat dan mengamalkan sunahnya. Salam maulidur Rasul buat semua. :)


24.12.14



BISMILLAHIRRAHMANIIROHIM

LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH

ALLAHUUMASOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALI MUHAMMAD



Alhamdulillah...
Hari ini 24.12.14; genap 43 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI. 
dengan perjalanan hidup yang bermacam fasa telah  ku lalui, syukur ya Allah...
 telah KAU panjangkan usia ku hingga ke hari ini dengan setiap hela nafasku adalah ihsan dariMU. 
malah, kau kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. 
jadi, NIKMAT apa lagi yang hendak ku dustakan?!
 
seiringkan pertambahan usiaku agar selari dengan pertambahan IMAN & TAQWA ku padaMU... 
tetapkan aku di jalan indah ini... jadikan ujian dan dugaan itu sebagai tanda CINTAMU padaku...
 
hampir setahun simpan niat nak puasa di hari kelahiran sendiri...
tapi bila Allah tak mengizinkan, siapa aku yg bernama WANITA untuk menolak. huhuuu~~~

Terima kasih pada semua keluargaku dan semua sahabat-sahabat kesyanaganku kerana sentiasa mendoakan aku....semua dah ada cuma satu dua tiga je tak ada lagi...insyaAllah semuani adalah raahmat Allah...
Semoga kita akan bahagia dan dirahmati dengan jalan yang telah kita pilih. Ameen.


APAPU KATA KAWAN AKU...MAINTAIN MUDA...KEEP SWEEEEEEEEEEEEEETTTTTT 17TH...
  
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang MasZie..<3

Final Piala Malaysia : PHG VS JDT

Alhamdulilah doa kita semua dimakbulkan..terima kasih pahlawan ku..walapun sepuluh orang..itu lah...







kepada semua2 penyokong2 PAHANG dan JDT berhati2 memandu selamat sampai kedestinasi buat semua penyokong JDT menang atau kalah adat permainan jgn sedih2...kita jumpa tahun depan...insaallah

HOGOH PAHANG HOGOH

 ‪#‎tokgajahku‬
#ilovepahang
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in