Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Tempat Makan Best di Miri Sarawak


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung







Dari entry sebelum ini 👉👉Bercuti ke Miri Sarawak


Di sini, Mat Drat kongsikan Tempat Makan Best dan Sedap di Miri Sarawak... Pastinya Makanan Halal yang kita cari. Dan list ini tidak mengikut ranking ye.


1. Restoran Nasi Ulam Kampung

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung


Restoran atau warung Nasi Ulam Kampung 883 ni sediakan masakan berlauk dan kebanyakkannya lauk-lauk ala semenanjung.

Dibuka sehingga sekitar jam 3pm shj sebab kedai ini akan 'bertukar' menjadi kedai pula selepas jam 5 petang... Selepas jam 5 petang, ia akan menjadi Restoran 883 BBQ Steamboat. Owner lain, cuma tempat sama.

Hari tu Mat Drat makan siput sedut masak lemak cili api dan gulai kawah. Memang terbaik.

Air tak boleh nak order macam-macam, sebab dah disediakan air dalam jug. Pilih air mana yang nak. Hari tu nak order air dalam tin, tokey kedai kata tu untuk kedai sebelah malam punya (BBQ Steamboat). 

Harga pun biasa-biasa sahaja. Tak mahal.

Lokasi : 
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampung
Tu dia...Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ulam Kampungk
Gulai Kawah...Sampai lewat, ini sahaja tinggal




2. Ayam Penyet Ria Restaurant

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria


Di Sarawak atau Sabah, ayam penyet antara resepi yang biasa akan kita jumpa.
Restoran ni agak luas, boleh makan di bahagian dalam atau luar.
Harga sedikit tinggi dari harga biasa tapi suasana cukup selesa.

Lokasi : 
Kawasan Waterfront Miri, Bandar Miri.
Bertentangan dengan Pullman Hotel dan satu bangunan dengan Ajang Hotel.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Ayam Penyet Ria Restaurant atau Ajang Hotel.


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran Ayam Penyet Ria




3. Selera Rasa Segar - SRS

Ini dari pembacaan sebelum Mat Drat ke Miri. Katanya menu sedap adalah Nasi Lemak. Mat Drat tak berkesempatan ke restoran ini.


Lokasi : 
Di persimpangan Jalan Royal dan Jalan Daisy, Bandar Miri.
Bersebelahan lot bangunan Prudential dan juga mengadap Jalan Permaisuri



Makan Malam di Miri 

Untuk dinner pula, Mat Drat pilih :


4. 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Mat Drat jumpa restoran ni masa makan tengah hari di Nasu Ulam Kampung. Rupa-rupanya  restoran ni antara paling top di Miri untuk steamboat dan bbq halal.

Dibuka mulai jam 5 petang.


Lokasi :
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat.


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Restoran 883 BBQ Steamboat  Harga
Harga buffet steamboat dan BBQ



5. Adra Kitchen Shellout


Tempat Makan Best di Miri Sarawak Adra Kitchen Shellout


Ini pun sama, kawan yang bawa. 
Menu yang pastinya shellout. Tapi ada juga kawan yang order al-carte.
Kuah shellout dia memang sedap. 
Harga pun sangat berbaloi. 


Lokasi :
Lokasi agak jauh sedikit dari Bandar Miri.
Terletak di Permyjaya. Satu barisan dengan BSN dan Bank Rakyat Permyjaya.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Adra Kitchen Shellout.

Tempat Makan Best di Miri Sarawak Adra Kitchen Shellout




6. Restoran Muara

Ini pun kawan di Miri yang bawa masa trip kali pertama dahulu. 
Menu yang agak famous di sini adalah nasi lalapan. Special sikit la... Tapi Mat Drat makan rasa biasa-biasa je.
Ada disediakan ruangan jika ingin makan bersila. 
Rasanya menjadi pilihan kerana kawasan ni agak happening terutama waktu malam. 

Lokasi :
Di Jalan Ross, Bandar Miri. 
Satu barisan dengan Ming Cafe dan berhampiran Hong Leong Bank dan cuma walking distance dari Mega Hotel Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Muara Restoran.

Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan


7. Restoran Serai Wangi 

Pilihan ramai kerana konsep open air. 
Sambil lepak-lepak terutama pada waktu malam. Boleh kata port mengeteh la ni... 
Menu utama adalaha masakan ala Thai / tomyam. 
Disebalah restoran ni ada gerai Pak Teh Char Kway Teow 

Lokasi :
Lokasi berhampiran dengan Muara Restoran.
Lokasi tepat mengadap Hong Leong Miri dan Ming Cafe dan Mega Hotel Miri.

Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan








~Mat Drat~



Lain-lain artikel berkaitan

Trip berikutnya 
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Tempat Menarik di Miri Sarawak





Dari entry sebelum ini 👉👉Bercuti ke Miri Sarawak

1. Grand Old Lady - Canada Hill

Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady


Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill merupakan telaga minyak pertama di Miri. Terdapat Muzium Petroleum di atas ni tapi Mat Drat  tak tahu kena bayar atau tak jika ingin masuk.

Trip sebelum ni, Mat Drat ke sini pada waktu malam... memang tempat berkumpul anak-anak muda kot kat atas bukit ni. Waktu tu banyak kereta park ditepi-tepi jalan. Dan kebetulan waktu tu, ada banyak tanglung dilepaskan dari atas bukit tu, jadi memang agak cantik.

Pemandangan memang agak cantik dari atas bukit ni. Boleh la kata kalau tak kesini, kira tak pergi Miri lagi la... Miri kan bandar yang membangun kerana industri minyak.

Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady


Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady



Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady
Tanglung sedia untuk dilepaskan dari atas bukit dan
nun di sana pemandangan Bandar Miri yang bercahaya


2. Tusan Cliff 

Tusan Cliff ni rasanya tak ramai yang tahu. Kawan Mat Drat yang bekerja di Miri ni pun tak tahu bila ditanya Tusan Cliff. Tusan Cliff ni batu tebing yang berbentuk 'kepala kuda sedang minum air'.  

Jika ingin kesini, pastikan tahu waktu air pasang dan air surut.

Trip pertama dahulu, Mat Drat tak tahu pun tempat ni. Cuma kali ni dah study sikit sebelum ke Miri, tu yang jumpa tempat ni.

Hari pertama datang ke sini, Mat Drat tak dapat turun ke pantai sebab air pasang. Nak bergambar dengan kepala kuda pun tak boleh.

Kali kedua datang kesini, selepas tahu waktu air pasang dan air surut, barulah dapat menghampiri ke 'batu kepala kuda' ni. Jangan buat tak endah waktu air pasang, nanti tak lepas balik sebab tebing sangat tinggi dan tiada jalan lain untuk balik ke darat.

Kalau yang berani ambil waktu sunset, memang respek la...sebab waktu tu air pasang. Di IG memang banyak gambar-gambar Tusan Cliff ni yang cantik .



Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Yezz.. dapat juga sampai.
Hari sebelumnya tak boleh turun sebab air pasang.
Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
'Aku dah sampai'

Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Air pasang. Batu Kuda nun dihujung sana

Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Tak boleh sampai ke 'Batu Kuda' kerana air pasang


3. Pantai Tusan Bekenu - Pantai Biru

Pantai inilah terletaknya Tusan Cliff. Cuma waktu Mat Drat kesini, air pasang dan tiada pengunjung yang mandi manda.

Pantai agak sunyi mungkin kerana agak jauh dari Bandar Miri.

Kedai / gerai makan yang terdapat di sini tidak dibuka sewaktu Mat Drat dan rakan datang kesini pada hari pertama dan kedua. Mungkin sebab pengunjung tak ramai.

Hasil bacaan, pantai ni sedikit terkenal kerana 'pantai biru'nya. Pantai di sini menjadi biru kerana kehadiran obor-obor yang banyak sehingga warna kebiruan obor-obor ini mewarnai persisir pantai di sini.

Mat Drat tanya penduduk di sini, kata mereka keadaan tu hanya berlaku sekali sekala mengikut kitaran bulan. Tak silap ketika bulan terang.... Dan pantai ni 'glamer' sekejap setelah seorang photographer merakamkan gambar pantai yang kebiruan itu dan menjadi viral sekajap.

Untuk gambar 'pantai biru', boleh la google ye sebab Mat Drat tak berkesempatan menyaksikan suasana tu.


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Tusan Cliff


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach



4. Gua Niah

Kena masukkan juga sebab Gua Niah ni tak jauh dari Miri. Lebih kurang satu jam lebih sahaja perjalanan ke situ.

Asalnya memang nak kesitu bersama 2 orang rakan lagi, tetapi atas sebab-sebab tertentu, Mat Drat terpaksa tarik diri dan balik awal sehari ke Kuala Lumpur. Tinggallah dua sahabat Mat Drat di sana untuk menikmati dan merasai pengalaman ke Gua Niah.

Mat Drat nak share lebih-lebih tak boleh, sebab tak sampai ke situ walau pun pada awalnya dah baca dan study serba sedikit mengenai trip ke Gua Niah.



5. Pasar Muhibbah / Tamu Muhibbah

Jika ke Miri jangan lupa singgah ke Tamu Muhibbbah. Di sini kita boleh kata macam Pasar Payang jika di Kuala Terengganu atau Pasar Khadijah jika di Kota Bharu.

Ada pelbagai barangan yang dijual tetapi dua kali ke Miri, dan rasanya produk yang biasa dibeli pengunjung di sini untuk dibawa balik sebagai buah tangan adalah

  • beras bario
  • garam bukit bario
  • belacan Miri

Beras Bario ni memang kena beli sebab ia hanya terdapat di sini. Di Kuching juga ada dijual tetapi harganya lebih mahal. Walaupun di Miri ni lebih murah, tetapi jangan terkejut kalau tengok harga beras ni...memang di kira mahal berbanding beras biasa, kalah harga beras wangi Siam tu !!!

Beras Bario ni ada pelbagai jenis dan boleh dibezakan dengan warna. Berasnya seakan beras pulut sedikit. Katanya agak bagus untuk kesihatan.

Trip yang baru ni Mat Drat beli beberapa jenis beras.... jadi boleh la rasa beras lain-lain, tapi bila masak campur juga dengan beras biasa sebab beras Miri ni seakan berpulut .....

Jika nak beli tu, pastikan atau tanya beras tu stok bila punya. Cuba dapatkan yang baru dan minta yang dari dalam karung guni.

Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah

Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras


Lihat harga di bawah, lebih kurang RM 47 - RM 50 untuk 3.5 kg.
Beras wangi siam yang biasa pun hanya RM 40- RM 50 untuk 10kg!!


Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras
Harga Beras Bario
Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras
Ada pelbagai jenis beras.... Boleh kata semuanya beas bukit Bario








~Mat Drat~


Lain-lain artikel berkaitan

Trip berikutnya 
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Percutian Ke Miri

Percutian Ke Miri







Trip Ke Miri
Kali ni Mat Drat share pengalaman ke Miri Sarawak. Nak kata ini trip percutian ke Miri tak boleh, sebab Mat Drat ke Miri kali ni sebab atas urusan kerja. Cuma ada masa terluang disebelah petang, Mat Drat jalan-jalan la sekitar Miri.





Ok, sebelum tu... gambar untuk trip ni tak banyak yang ada sebab koleksi gambar hilang bersama laptop masa di Bangkok baru -baru ni. Nasib baik ada sebahagian di ambil dari handphone lain dan ada yang sempat di backup.






Penerbangan ke Miri

Seperti biasa, Mat Drat memilih MAS. Waktu nak beli tiket, harga MAS hanya mahal sedikit berbanding Air Asia. Tapi dengan MAS, Mat Drat dapat in-flight meal, entertainment screen (boleh layan movie) dan yang paling penting...dapat 30kg luggage allowance. Kalau ke Sarawak dan Sabah, luggage allowance ni penting sebab biasanya memang macam-macam yang Mat Drat bawa balik.


- Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit
- MAS menawarkan beberapa penerbangan terus Kuala Lumpur ke Miri dalam sehari.
- Jika penerbangan terus tak ada (penuh) boleh ambil penerbangan yang stopover di Kuching.
- Jika pilih stopover di Kuching, penerbangan akan lebih 5 jam (bergantung pilihan).
- Selain MAS, AirAsia jug amenawarkan beberapa penerbangan terus ke Miri.








Hotel di Miri

Kali ni Mat Drat menginap di Miri Marriot Resort & Spa 

Walau pun sedikit jauh dari pusat Miri (dalam 2km), tapi di Miri tak ada masalah sebab jalanraya di sini tak sesak. Cukup tenang.

Dengan harga RM 200 ++,  Miri Marriot  ni Mat Drat suka sebab
- bilik yang cukup selesa dan luas
- bilik air special... siap ada 'bangku'
- breakfast kat sini memang mantap 👍👍


Gambar suasana dan keadaan bilik tak dapat share sebab hilang bersama Laptop di Bangkok tempoh hari. Hanya sebahagian yang ada dan gambar dari booking.com

Miri Marriot (Sumber booking.com)

Bilik Miri Marriot (Sumber booking.com)


Percutian Ke Miri
Ini je yang ada...gambar lain tak ada.
Semangat brother ni bila Mat Drat suruh posing.


Setahun lebih sebelum ni, Mat Drat pernah ke Miri. Waktu tu Mat Drat menginap di  Meritz Hotel.

Meritz Hotel ni walaupun harga tak sampai RM 200 se malam, bagi Mat Drat ia satu pilihan yang bagus sebab
- bersebelahan dengan shopping mall - Bintang Megamall (Parkson)
- kira tengah-tengah bandar (malam nak mengeteh senang)
- ada swimming pool ala-ala infinity pool. 
- Boleh layan sunset sambil berendam di swimming pool
- Deko dalam The Meritz ni memang cantik...

Percutian Ke Miri Meritz Hotel
Bilik yang cukup selesa di Meritz

Percutian Ke Miri Meritz Hotel
Suasana di luar bilik. Cantik

Percutian Ke Miri Meritz Hotel
Swimming Pool - Infinity
Berendam sambil layan sunset dari swimming pool

Percutian Ke Miri Meritz Hotel
Sunset di Miri



Kalau tak berkenan dengan Hotel Miri Marriot Resort & Spa atau Meritz Hotel boleh pilih hotel-hotel lain.

Di sini banyak pilihan, tak macam masa Mat Drat ke Lahad Datu tempoh hari. Bilik bawah RM 200 semalam pun banyak yang selesa dan termasuk breakfast. 


Boleh cek senarai hotel-hotel lain dengan klik 
👉👉  Recommendation Hotel di Miri 👈👈




Tempat Makan Best dan Sedap di Miri

Kali ni Mat Drat hanya berada 4H3M  di sini, jadi sempat la makan tengah hari 3 kali dan makan malam 3 kali.

Macam biasa la kan.... kalau ke tempat orang, kena la tanya kawan-kawan di situ atau orang tempatan akan  tempat makan yang sedap.

Boleh baca di link berikutnya, Mat Drat senaraikan tempat makan yang sedap di Miri.

👉👉Tempat Makan Best di Miri Sarawak



Tempat Menarik di Miri

Tak banyak tempat yang betul-betul menarik di Miri ini sebenarnya. Mat Drat rasa ada beberapa tempat sahaja yang bagi Mat Drat agak menarik.


1. Grand Old Lady - Canada Hill



Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill merupakan telaga minyak pertama di Miri. Terdapat Muzium Petroleum di atas ni tapi Mat Drat  tak tahu kena bayar atau tak jika ingin masuk.

Trip sebelum ni, Mat Drat ke sini pada waktu malam... memang tempat berkumpul anak-anak muda kot kat atas bukit ni. Waktu tu banyak kereta park ditepi-tepi jalan. Dan kebetulan waktu tu, ada banyak tanglung dilepaskan dari atas bukit tu, jadi memang agak cantik.

Pemandangan memang agak cantik dari atas bukit ni. Boleh la kata kalau tak kesini, kira tak pergi Miri lagi la... Miri kan bandar yang membangun kerana industri minyak.


Pekerja awal Telaga Minyak Miri
Jangan bergambar waktu malam sudah la...😉

Percutian Ke Miri


Percutian Ke Miri
Tanglung sedia untuk dilepaskan dari atas bukit dan
nun di sana pemandangan Bandar Miri yang bercahaya.
Ini semasa trip sebelum ini.

Percutian Ke Miri





2. Tusan Cliff 

Tusan Cliff ni rasanya tak ramai yang tahu. Kawan Mat Drat yang bekerja di Miri ni pun tak tahu bila ditanya Tusan Cliff. Tusan Cliff ni batu tebing yang berbentuk kepala kuda sedang minum air.  

Jika ingin kesini, pastikan tahu waktu air pasang dan air surut.

Trip pertama dahulu, Mat Drat tak tahu pun tempat ni. Cuma kali ni dah study sikit sebelum ke Miri, tu yang jumpa tempat ni.

Hari pertama datang ke sini, Mat Drat tak dapat turun ke pantai sebab air pasang. Nak bergambar dengan kepala kuda pun tak boleh.

Kali kedua datang kesini, selepas tahu waktu air surut, barulah dapat ke batu kepala kuda ni. Jangan buat tak endah waktu air pasang, nanti tak lepas balik sebab tebing sangat tinggi dan tiada jalan lain untuk balik ke darat.

Kalau yang berani ambil waktu sunset, memang respek la...sebab waktu tu air pasang. Di IG memang banyak gambar-gambar Tusan Cliff ni yang cantik .

Menuruni laluan dari daratan ke pantai untuk menuju ke Tusan Cliff


Perlu berjalan di pantai ini menuju Tusan Cliff hujung sana tu...
Waktu air pasang, tak boleh lalu di sini.
Semakin menghampiri
Yezz.. dapat juga sampai.
Hari sebelumnya tak boleh turun sebab air pasang.
Dapat juga 'jinakkan' kuda ni..

Kawan Mat Drat sorang ni sekejap-sekejap
masuk gua yang ada di sepanjang laluan tu....


'Aku dah sampai'



Senyum satu kepuasan....



3. Pantai Tusan Bekenu - Pantai Biru

Pantai inilah terletaknya Tusan Cliff. Cuma waktu Mat Drat kesini, air pasang dan tiada pengunjung yang mandi manda.

Pantai agak sunyi mungkin kerana agak jauh dari Bandar Miri.

Kedai / gerai makan yang terdapat di sini tidak dibuka sewaktu Mat Drat dan rakan datang kesini pada hari pertama dan kedua. Mungkin sebab pengunjung tak ramai.

Hasil bacaan, pantai ni sedikit terkenal kerana 'pantai biru'nya. Pantai di sini menjadi biru kerana kehadiran obor-obor yang banyak sehingga warna kebiruan obor-obor ini mewarnai persisir pantai di sini.

Mat Drat tanya penduduk di sini, kata mereka keadaan tu hanya berlaku sekali sekala mengikut kitaran bulan. Tak silap ketika bulan terang.... Dan pantai ni 'glamer' sekejap setelah seorang photographer merakamkan gambar pantai yang kebiruan itu dan menjadi viral sekajap.

Untuk gambar 'pantai biru', boleh la google ye sebab Mat Drat tak berkesempatan menyaksikan suasana tu.

Sorry...ada gambar signboard je.
Gambar lain hilang. Kena korek kat FB pulak la
 sbb ada share dah dulu.






4. Gua Niah

Kena masukkan juga sebab Gua Niah ni tak jauh dari Miri. Lebih kurang satu jam lebih sahaja perjalanan ke situ dari Bandar Miri.

Asalnya Mat Drat memang nak kesitu bersama 2 orang rakan lagi, tetapi atas sebab-sebab tertentu, Mat Drat terpaksa tarik diri dan balik awal sehari ke Kuala Lumpur. Tinggallah dua sahabat Mat Drat di sana untuk menikmati dan merasai pengalaman ke Gua Niah. Memang frust sebab tak dapat ke situ walau pun dan rancang untuk masuk ke Gua Niah.

Mat Drat nak share lebih-lebih tak boleh, sebab tak sampai ke situ walau pun pada awalnya dah baca dan study serba sedikit mengenai trip ke Gua Niah.



5. Pasar Muhibbah / Tamu Muhibbah

Souveniour / Buah Tangan dari Miri

Dan akhir sekali, jika berjalan atau bercuti tu jangan lupa beli lah apa yang patut sebagai buah tangan atau souveniour.

Jika ke Miri jangan lupa singgah ke Tamu Muhibbbah. Di sini kita boleh kata macam Pasar Payang jika di Kuala Terengganu atau Pasar Khadijah jika di Kota Bharu.

Ada pelbagai barangan yang dijual tetapi dua kali ke Miri, Mat Drat tak pernah tak beli produk utama di sini iaitu
  • beras bario
  • garam bukit bario
  • belacan Miri

Beras Bario ni memang kena beli sebab ia hanya terdapat di sini. Di Kuching juga da ajual tetapi harganya lebih mahal. Cuma jangan terkejut kalau tengok harga beras ni...memang mahal, kalah harga beras wangi Siam tu !!!

Beras Bario ni ada pelbagai jenis dan boleh dibezakan dengan warna. Berasnya seakan beras pulut sedikit. Katanya agak bagus untuk kesihatan.

Jika nak beli tu, pastikan atau tanya beras tu stok bila punya. Cuba dapatkan yang baru.


Garam bukit tu nak beli pun okey, tak beli pun okey... Belacan Miri tu Mat Drat beli sebab kawan yang kerja di sini kata belacan sini special sikit. Jadi Mat Drat beli la juga.












Dah beli beras bario....Mat Drat packing siap-siap di Tamu Muhibbah dah terus ke airport.

Selesai trip ke Miri untuk kali ni. Perkongsian ringkas dari Mat Drat. TQ kerana sudi singgah blog ni .




Ready untuk balik ke Kuala Lumpur




~Mat Drat~



Lain-lain artikel berkaitan

Trip berikutnya