


Stone Temple Pilots (STP) merupakan antara band yang popular sekitar 90-an. Menjadi pujaan pada setiap remaja yang membesar pada zaman alternative. Core merupakan debut pertama mereka dan pada aku ia adalah album terbaik mereka berbanding Purple dan No.4. Sering dikecam sebagai band poser kerana mereka muncul ketika era "seattle sound" sedang hebat menjalar menakluk dunia pada ketika itu. Namun pada aku STP antara band yang mampu menarik minat untuk terus melekat dengan muzik bawaan mereka.
Melalui Core mereka sering dibandingkan dengan Pearl Jam dari segi gaya muzik terutama vokalnya yang seolah-olah mahu manjadi seperti Eddie Vedder. Namun pada aku Scott Weiland vokalnya lebih tinggi range nya berbanding EV yang lebih pada low baritone. Dari segi muzikalnya pula Core lebih kepada hard rock, arena rock, crunchy crispy guitar riff, booming bass dan lebih mesra radio berbanding Pearl jam yang lebih underground/collage sound dan lebih arty.
Dengarkan 3 tracks terawal "Dead & Bloated", "Sex Type Thing" & "Wicked Garden" ianya mampu menjadi cinta dengar pertama pada STP. "Creep" dan "Plush" tak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya lagu hits mereka yang mesra MTV. Jangan dilupakan tracks lain yang pada aku amat menarik dan mudah untuk dicerna serta dilayan. Hanya masukkan cd , tekan play dan maximum volume pasti adrenalin anda merangsang saraf otak anda untuk bergoyang kepala dan menghentak kaki melayan Core.
**oh ye James Helfied menjadikan album ini sebagai rujukan ketika menulis Load/Reload (.....ok aku tipu je hihi)


