![]() |
| Photo: Replika Qubbatu As Sahra, Taman Tamadun Islam Terengganu |
tak lama dulu kau bandar suci
pernah menjadi hala untuk ibadat
pernah dikunjungi yang terpuji dalam satu malam
kini kau dikotori dan dikasari
sudah lama dulu sebelum aku celik lagi
aku membesar dengan melihat kau
hari-hari di saluran berita
yang aku lihat hanya sama
bom dan peluru, api dan asap
tapi kau masih di situ
tidak pernah putus
dari generasi ke generasi
apakah bekal semangatmu
hingga beratus tahun tetap kukuh
walau dalam runtuh
aku hanya di sini
cuma melihat cuma mendengar
hendak mengangkat tak bertangan
hendak melangkah tak berkaki
tapi semangatmu aku cuba ambil
doa kami tetap untukmu
kenapa aku kisah?
sebab kau saudaraku
itulah hak aku kepada saudaraku
kau dikecam timur barat utara selatan
tapi kau masih ada yang mendokong
dari kiri kanan depan belakang atas dan bawah
kerana itu kau masih di situ
bertahanlah di situ
bersama semangat muda
dan fikrah cendekia
obor ini takkan pernah padam
bendera ini takkan pernah jatuh
generasi ini takkan pernah putus
kami akan tetap di sini untukmu
palestina.
[15 MEI 2011 - 2:52 pagi]
alhamdulilLah~~~












