Apabila idea Linux Varsiti kali pertama dilontar ke dalam perbualan antara saya dan rakan-rakan, minda saya sibuk memikirkan tentang konsep dan bagaimana untuk menjayakannya. Kerana hakikat yang membataskan apa-jua usaha dan idea kearah sesuatu seperti ini untuk menjadi kenyataan sebenar itu terlalu sukar untuk dilangkau, saya tahu ianya bukan sesuatu kerja mudah.
Linux Varsiti ialah PERGERAKAN memperkenalkan linux kedalam kehidupan pelajar IPT dari segi perkembangan ilmu, perkembangan komuniti dan altenatif sistem operasi. Apa yang kami gagaskan ialah, mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab dan diuruskan secara professional untuk menganjurkan aktiviti berkaitan Linux dan Kepenggunaannya merangkumi distribusi Ubuntu, Fedora, OpenSUSE, Mandriva etc dalam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Untuk tujuan itu, kami memikirkan beberapa perkara merangkumi persoalan seperti apa (?), siapa (?), bagaimana (?), berapa (?), dan untuk apa (?).
APA?
-Linux Varsiti sebagai nama program.
-Linux Varsiti sebagai nama organisasi.
-Install Fest, Talk, Demo, Booth etc.
SIAPA?
-Penggerak.
-Sukarelawan Komuniti.
-Pelajar sebagai sasaran utama.
-Masyarakat sebagai sasaran umum.
BAGAIMANA?
-Dana - Sponsor, menjana kewangan sendiri (?)
-Promosi - website, blog.
-Aktiviti dijalan berdasarkan jemputan IPT tertentu dengan cara tertentu yang diurus antara organisasi dan komuniti (yang mungkin terdiri daripada pelajar)
-Bagaimana untuk masuk kedalam IPT tertentu - kertas kerja (?), cadangan (?), orang dalam (?)
BERAPA?
-Berapa orang?
-Berapa kos?
-Berapa lama?
UNTUK APA?
-Linux for Human Beings.
To-do-list - short term.
- Siapkan kertas kerja.
- Siapkan website (domain name + hosting required) - Aku dah ada hosting domain name sape nak bagi?
- Cari sponsor.
- Cari siapa yang sudi menyumbang tenaga penggerak.
Bagaimana anda boleh membantu?- Jika anda blogger, sila sebarkan dalam blog anda.
- Jika anda pelajar, sila jemput kami ke IPT anda.
- Jika anda genius dalam linux, sila maklumkan tentang bidang kepakaran dan bagaimana anda boleh sumbang dari segi teknikal.
- Jika anda kaya, fikirkan untuk sponsor program ini.
- Jika anda orang biasa, jom jadi sebahagian dari penggerak Linux Varsiti.
Ini adalah mukaddimah pertama untuk mengukur respon positif dan negatif pembaca tentang idea ini. Unjurkan pendapat anda dalam ruangan komen atau terus ke inbox saya zul.malc [at] gmail.com.