Showing posts with label unity. Show all posts
Showing posts with label unity. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Mark Shutterworth Mendedahkan Cita-Cita Unity Dalam Ubuntu 11.10

Mark Shutterworth menulis "we have a refined target render of the Dash for Oneiric, and here it is:"


Sambil mengatakan, ubuntu akan mengantikan konsep Places dengan konsep Scopes & Lenses yang akan menfokuskan kepada pengalaman pencarian berskrin penuh. Ternyata konsep ini jugalah yang diaplikasikan dalam kebanyakkan shell seperti Gnome-Shell dan Mac OSX Lion. Mark menulis,
Since we introduced the Dash as a full screen device-like search experience, the same idea has made its way into several other shells, most notably Mac OS X Lion. While we’re definitely the outsider in this contest, I think we can stay one step ahead in the game given the support of our community.
Evolusi pada panel juga dihighlightkan oleh Mark Shutteworth yang mana dalam Unity serba baru ini, anda dapat melihat butang close, minimize & maximize berada pada panel sebelah kiri. Pihak pembangun ubuntu sedang membuat kajian tentang keberkesanan beberapa kelakuan pada bebutang ini dan ianya akan stabil pada ubuntu versi 12.04.

Baca lanjut tulisan Mark Shuttleworth di http://www.markshuttleworth.com/archives/717.

Monday, August 15, 2011

Kemaskini Terbaru 11.10 Membawakan Pembaharuan Pada Unity [Screenshot]

Versi pembangunan Ubuntu 11.10 telah dikemaskini beberapa hari ini menyaksikan beberapa pembaharuan pada Unity 4.8.0 menjadikannya lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan;

1. Tiada lagi logo Ubuntu pada bahagian kiri panel untuk melancarkan dash dan diganti dengan logo ubuntu pada unity launcher. Klik pada logo ubuntu ini akan melancarkan dash seperti dalam screenshot.

2. Lebih menarik, dash kini menawarkan fungsi aplikasi, fail dan muzik, dalam satu interface. Tidak ada lagi launcher khusus untuk aplikasi dan fail seperti sebelum ini pada unity launcher.


3. Pada fungsi pencarian dash, pengguna boleh refine search untuk aplikasi (seperti dalam screenshot), fail dan juga muzik yang mana ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan terkedepan berbanding launcher pada OSX Lion.


4. Pada panel di tempat logo ubuntu sebelum ini ialah nama kepada aplikasi yang sedang aktif dan juga menu. Ternyata ianya sangat menarik.


5. Fungsi Alt+Tab pula telah dipertingkatkan dengan fungsi preview.


Kemaskini semasa ini menjadikan unity semakin selesa untuk digunakan dan menawarkan eye-candy yang menyegarkan. Kelihatannya unity menapak sedikit demi sedikit ke arah kematangan dan tahap kestabilannya juga adalah kunci utama kepada penerimaannya.

Harus diingat bahawa segala kemaskini ini masih dalam pembangunan & percubaan yang pesat. Versi akhirnya nanti diharapkan adalah yang terbaik dan paling stabil.

Monday, January 17, 2011

Mencuba Unity 2D Launcher dalam sesi Gnome normal


Unity ialah interface desktop serba baru yang bakal digunakan secara default dalam ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Interface unity ini unik kerana ia tidak lagi seperti Windows, tidak juga seperti Mac OSX. Keunikan unity ditambah dengan kewujudan launcher di sebelah kiri desktop mewujudkan ruang vertikal yang lebih besar dan ruang horizontal yang minima daripada kebiasaan.

Kini pengguna ubuntu yang ingin mencuba launcher unity dalam sesi Gnome yang biasa tanpa perlu logout dan bertukar sesi boleh memasangnya dengan cara berikut;

Buka terminal dan taipkan kata arahan di bawah.
sudo add-apt-repository ppa:unity-2d-team/unity-2d-daily
sudo apt-get update
sudo apt-get install unity-qt-default-settings
sudo apt-get dist-upgrade
Selesai proses ini, tekan Alt + F2 dan masukkan
unity-qt-panel
Selamat mencuba.

Saturday, September 18, 2010

[Review bervideo] Mencuba Unity - Ubuntu Netbook Edition dalam komputer laptop

Ubuntu mempunyai banyak edisi yang dibangunkan untuk memberi fokus tertentu kepada senibina dan teknologi perkakasan sesebuah komputer. Kerencaman versi ubuntu ini sebenarnya memberikan pengguna lebih ruang untuk memilih versi yang mereka sukai, sesuai dengan keupayaan, senibina komputer, dan citarasa pengguna yang pelbagai. Antara versi ubuntu yang terbaru ialah Ubuntu Netbook Edition dengan antaramuka Unity yang baru diperkenalkan oleh Mark Shuttleworth pada UDS (Ubuntu Developer Summit) sekitar Mei lalu.


Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa?

Memasang Unity.
Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan review saya ini ialah hasil pemasangan unity diatas ubuntu desktop maverick dengan memasukkan kata arahan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-get install unity
Nota : Pengguna ubuntu lucid boleh rujuk entry sebelum ini untuk PPA tujuan pemasangan unity.

Pengalaman memasang unity ke dalam lucid tidak begitu membanggakan kerana antaramuka unity ketika itu sangat tidak responsive dan ini adalah disebabkan kad grafik (Intel) saya yang mempunyai masalah dengan beberapa bugs (kad grafik ATI juga dilaporkan mempunyai masalah sama). Perkara yang sama berulang dalam Maverick namun saya menemui satu penyelesaian yang turut menyelesaikan masalah paparan clutterflow nautilus-elementary. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti saya, sila lakukan berikut;

1.Buka terminal dan taipkan;
sudo gedit /etc/environment
tambahkan kod berikut;
export CLUTTER_VBLANK=none

2.Restart.


Prestasi Unity.
Setelah mencubanya, saya mendapati unity menawarkan satu pengalaman penggunaan yang agak berbeza dengan desktop biasa. Anda akan kekok pada permulaannya dan seperti biasa akan berlaku perubahan dari masa ke semasa. Antaramuka unity sangat menarik dan unik, menggunakan dash dan zeitgeist untuk pengurusan fail, serta mutter sebagai window manager (metacity digunakan dalam ubuntu desktop).

Untuk peringkat beta ini, masih terdapat beberapa masalah antaranya navigasi yang tidak betul pada fungsi aplikasi, dan dock yang agak kelihatan buggy apabila terlalu banyak aplikasi padanya (sepatutnya icon akan membentuk imej 3D namun tidak begitu sempurna ketika saya mencubanya). Namun ia tidak terlalu mencacatkan harapan supaya unity akan berprestasi lebih mantap dan licin apabila versi akhirnya dilepaskan pada 10.10 nanti.


Saya berjaya merekodkan screencast pendek (6minit lebih) dan boleh ditonton dibawah.


Sila like dan kongsikan artikel ini pada twitter dan juga facebook. Terima kasih.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...