Wednesday, February 4, 2026

WW SIPUT OH SIPUT

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya jumpa pelakunya, ingatkan pokoknya nak mati sebab daunnya makin layu tapi rupanya.

Patut makin hilang daunnya

Pasu hijau kecil tu pokok daun sup pun dah selamat kene makan

Gambar minggu lepas dia masih banyak daun lagi kan

Tuesday, February 3, 2026

LIMAU MANDARIN PAPAGAN

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas pejabat aku dah dapat limau mandarin lokam tu, seorang dapat 1 kotak. Tapi jangan makan banyak-banyak sehari sebijik je udah. Lepas tu hari ahad aku kan beli bekalan buah di Pasar Buah Selayang, tanya-tanya dengan aunty yang jual buah mana sedap. Ada pelbagai jenis dari yang biasa yang kecil comel, yang besar dan berjus. Aku cuba 1 kotak ni katanya jenis papagan. Sekotak RM35 isinya 9 biji je tapi memang besar buah nya. Manis dan berjus. Minggu depan kita cuba yang lain pulak hehehehe.

Limau Mandarin Papagan (耙耙柑) atau dikenali sebagai Chunjian ialah sejenis limau premium yang sangat berair, manis, dan mudah dikopek, menjadikannya pilihan popular semasa musim perayaan. Ia terkenal dengan kulitnya yang lembut, sedikit kasar atau berkedut, serta saiz vesikel jus yang besar di dalamnya.
Ciri-ciri utama limau Papagan:
  • Rasa: Sangat manis dan berair, dengan sedikit rasa asid.
  • Kulit: Lembut, tebal, berkedut, dan sangat mudah dikupas.
  • Isi: Tidak mempunyai biji atau sangat sedikit.
  • Tekstur: Lembut dan tidak keras.
Limau ini sering dianggap sebagai simbol tuah dan kemakmuran, terutamanya kerana ia menandakan ketibaan musim bunga.




beza kan dengan limau yang biasa dapat belah kanan tu

camni isinya sedap manis

Friday, January 30, 2026

RESEPI LAKSA GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat kalau tak buat resepi memang sunyi lah blog ini. Sebab tu rajinkan diri jugak untuk masak beberapa resepi supaya boleh kongsi kat sini. Jumpa laksa beras yang basah dekat pasaraya Giant, kita pun beli lah. Laksa ini sesuai juga untuk jadikan laksa lemak cuma malas nak mengerjakan ikan jadi kita buat laksa goreng. Sedap jugak kenyal-kenyal gitu.

Bahan-bahan:

1 pek laksa beras

5 ulas bawang putih, cincang

5 biji cili bangla, cincang

1 batang sawi

2 biji telur

10 ekor udang

Kek ikan

3 sudu besar sos cili

2 sudu sos tiram

4 sudu besar kicap

Garam secukupnya

air secukupnya

Tauge dan daun sup

Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan kekuningan.

- Masukkan kek ikan dan udang, gaul-gaul

- Masukkan semua sos tu, masukkan garam sikit tambahkan 1/2 cawan air

- Tambah telur, sawi kacau kejap pastu masukkan laksa

- Gaul-gaul hingga sebati, masak untuk 10 minit akhir sekali masukkan tauge dan daun sup. Siap











Thursday, January 29, 2026

PHOTO DIARY # 04/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi mengantuk sangat, rasanya sebelum pukul 8 aku dah terlelap masa hd tadi. Lepas tu mula la malas nak buat entri , sibuk dok main game sebab mata masih lagi mengantuk. Tak boleh nak membebel panjang ni masa mencemburui kita. Jom layan cerita bergambar.

Adik-adik nurse dok komplen cakap jangan pakai lipstik warna ini lagi sebab nampak pucat. Biasakan aku pakai warna merah

Bekal pagi ini... menu yang mudah dibuat dan mengenyangkan

Beli pulasan dekat tiktok lagi

Tema bunga hidup minggu ini, warna merah jambu

Adik nurse belikan karipap pusing, isi kembong 

harga pulak murah, sebiji baru 0.75sen

Bila boss takde, memang jadi tempat melepak la bilik aku sambil sesi meluahkan perasaan

Nurse lain biasa 2 pen je tapi yang ini sampai 5

Sekarang panas betul, setiap petang wajib siram. dah 2 minggu tak hujan di Ukay Perdana

Geng makcik-makcik, spek letak bawah bila buat kerja sebab rabun dekat

Sesi cari baju contoh untuk hantar ke mak mentua untuk jahitkan baju raya

Monday, January 26, 2026

KISAH PULASAN

 Assalamualaikum semua,

Sekarang tengah musim pulasan kan, aku suka pulasan ni . Tapi aku baru tahu pulasan ni cepat kering kulitnya, kalau dah kering tu kulitnya jadi sangat keras sampai nak potong kulitnya tu pun payah. Kalau rambutan takde lak macamtu. 


order dengan tiktok 2 kilo RM17

hari ke empat dah kering dan memang tak boleh nak pulaks keras sangat

Friday, January 23, 2026

RESEPI PUNTEN

 Assalamualaikum semua,

Ingat tak 2 minggu lepas aku ada kongsikan resepi sambal hijau kan. Ini dia punya regu lah ye. Punten. Ada yang kenal atau tak kenal ke punten ni? Ini makanan belah jawa Selangor dan ini antara menu baru aku jual kat kedai. Punten sambal hijau. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

2 cawan beras, cuci dan toskan

1 kotak kecil santan

5 cawan air

sedikit garam

2 sudu minyak masak

1 helai daun pandan

Cara Masak:

- Masakkn nasi dengan santan, cawan sedikit garam, minyak masak dan daun pandan .

- Bila dah masak, keluarkan daun pandan dan kita lenyek nasi tu sampai halus. Macam buat nasi impit tu.

- Biasa orang buat punten tu lonjong, aku guna senduk nasi je 

- Kene buat masa dia panas tau, kalau sejuk dia dh keras.

- Lawankan dengan sambal hijau memang ngam










rupa punten tak berapa comel tapi tetap sedap bila di makan dengan sambal hijau

Thursday, January 22, 2026

PHOTO DIARY # 03/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa santai je ke pejabat sebab boss aku cuti rehat hehehehe. Kalau tidak tak sempat aku letak beg dia dah panggil menghadap. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Dah habis dah kordial mulberi yang aku buat... mana la nak jumpa orang jual buah mulberi kat sini

Dah jemu bekal cucur kita tukar roti dengan mentega dan gula pulak

Aku takde sekodeng sesiapa pun... tapi itulah kene ketumbit pulak

Panaskan roti prata inti kentang yang emak bekalkan aritu... sedapnya

Semalam Edy cuti jadi dia la yang ambil Aiyan balik sekolah, suka lah dia dapat makan kat kedai mamak

Menu lunch mama nya semalam ubi rebus sambal hijau

nama dia claire matin rose

hari selasa lepas hd aku ke sekolah Aiyan untuk ambil duit bantuan, suka la dia dapat balik awal

Bukan cuma ubi kayu, manggis dan jagung tapi pulasan pun aku beli kat tiktok 

elok buahnya

biasanya pukul 8 pagi dia akan panggil dulu, kalau tak panggil dia akan duduk depan aku tanya pasal kerja

entah apa yang dia suka kat kasut lama atoknya tu... penuh bulu dah tu