Showing posts with label noxxa. Show all posts
Showing posts with label noxxa. Show all posts

Friday, October 18, 2024

RESEPI KARI DAGING PERIUK NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Cuba untuk kembali rajin semula ya, kita kongsikan resepi kari daging yang mantap. Sangat sesuai untuk orang yang malas macam aku ni. Masak dengan periuk noxxa untuk  hasil yang cepat dan sedap. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

500-750gm daging, potong nipis

1 sudu kecil rempah 

2 kotak santan

1/2 bekas kecil serbuk kari

4 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang besar, kisar

1 sudu besar biji ketumbar, kisar

1 sudu kecil jintan manis, kisar

2 inci kunyit, kisar

1 inci halia, kisar

2 batang serai ketuk

1 biji kentang potong dadu

1 batang lobak merah, potong besar

air secukupnya

garam dan serbuk perasa

Cara masak:

- Tumiskan serai dan rempah biji dalam periuk noxxa, masukkan bahan-bahan kisar dan serbuk kari. 

- Masakkan hingga pecah minyak, masukkan daging, kentang, lobak merah, santan dan 1 cawan air. Hp untuk 20 minit.

- Selepas 20 minit tambah air, garam dan perasa. Biarkan masak beberapa minit masukkan daun sup. Dah siap.







masuk je semua senang kerja kan

dah siap... 



dijamin sedap dan empuk

Thursday, February 21, 2019

photo diary #6/2019

As salam semua kwn2,

Selamat hari kamis kwn2, 

Berjumpa kita semula di hari yang penuh cerita, cerita bergambar gitu... jgn lupa baca kt caption setiap gambar utk tau cerita nya ya kwn2


si abg pengakap kita dh lengkap dh uniform dia ngn segala lencana yg ada

time ptg mama amik, dh rupa gini heheheh
itu topi keledar papa dia, tp dh ngam kt kepala dia dh... aduhai

lama betul tak rebus kacang kuda... aritu rebus lah guna noxxa HP 45minit je dh empuk

sri hijauan tu umah sewa, sri wira umah skrg... dekat kan?

masa mil dtg umah kami, saja bt vc ngn mak kt kampung... muka teruja je dua besan tu
disebabkan aku tak jumpa bekas peniti aku yg lengkap semua color, aku bedal je peniti pepel ngn semua tudung
anak syurga aku ni, bila baca kt buku dia boleh mengeja perkataan tu tp kalau suruh dia tulis sendiri, mcmni lah jadi nya...
katak jd kata, cicak jd cicat

bila nampak tersusun gini semua lipstik, baru sedar dh banyak sgt dh lipstik aku 

ni semalam aku suruh dia lukis, gambar 3 lipas berkelah tu...
ada iras2 tak ngn lukisan yg belah atas tu?
selalu aku mmg dh bekalkan dia air sebotol tp geram lak bila dia kata beli air ni kt kantin,
rm2 tau
mahal wei


Wednesday, January 30, 2019

Resepi nasi goreng noxxa

As salam semua kwn2,

Maaf lambat bt ntry, pagi td ada meeting, ingatkan kejap je tp sampai ke jam 12 lebih lak.  Jumaat ni kn cuti, wilayah cuti jadi aku tukarlah resepi harini. 

Disebabkan dapur masih tak ok lg, n tak tau berapa lama lagi baru kami dpt tukar dapur baru. Alternatif yg ad adalah aku akan gunakan noxxa utk masak.  Sabtu lps aku masak nasi goreng noxxa utk sarapan.  Lps subuh tu mata takmo tidur lak tu yg tryla msk nasi grg, mudah n jadi sedap lak tu

Bahan2:

3 cawan beras - cuci n toskan
4 setengah cwn air
3 ulas bwg putih- tumbuk
2 biji bwg merah- tumbuk
1 biji bwg - di mayang
5 biji cili api- ketuk je
2 biji telur
sedikit serbuk ns grg 
minyak utk menumis

Cara masak:

- gunakan fungsi stir fry utk menumis bahan2 yg ditumbuk, bwg hiris n cili api tumis hingga naik bau
- lepas tu masukkan telur n kacau2 hingga masak masukkan beras, kacau sebati
- masukkan serbuk ns grg
- masukkan air td, kacau2 n matikan fungsi stir fry
- tekan fungsi HP selama 8 minit
- bila dh 8 minit tekan off dan kuarkan stim tu sampai habis
- gaulkn nasi tuh dlm periuk n perasakan ngn garam, kacau2 dan siap




tumis2 kejap beras nih ngn bumbu dia

masukkan air ikut ukuran beras tu, takmo lebih takut nnti lembik lak

setkan 8minit

nasi dh masak, kita gaul2kan utk perasakan ngn garam

siap elok je nasi grg kita nih... tak melekat nasi nya