Category Archives: buku

Projek Belanja Buku

Ada orang minat nak beli buku agama, tapi tiada bajet.

Ada orang tak terfikir nak baca buku agama, tapi kalau orang bagi, dia baca je.  Malah dia hargai dan memanfaatkan ilmu tersebut. 

Ada orang sibuk dan leka dengan urusan harian, sampai tak peduli pasal agama dan ilmu agama.

Ada orang tak tahu nak baca buku agama yang mana sebab terlalu banyak dalam pasaran.

In shaa ALLAH, kami merancang untuk berjumpa masyarakat di jalanan, di kedai/gerai, di sekolah, di masjid/surau, di taman rekreasi dan kawasan sekitar bandar Dungun untuk meningkatkan kesedaran beragama dan mempertingkatkan pengetahuan agama dengan cara memberikan buku-buku agama yang sesuai dan baik kepada mereka.

Kami mengajak tuan/puan memberikan sokongan kepada projek kecil ini dengan menampung harga buku-buku yang akan diagihkan.  Tuan/puan belanja harga buku, kami agihkan.

Moga dengan Projek BELANJA BUKU yang diadakan ini bermanfaat kepada semua yang tersenarai di atas dan lain-lain golongan juga.  

Ramadhan dah dekat.  Semoga usaha ini dapat menyedarkan masyarakat umum akan kepentingan beragama dan kepentingan meningkatkan ilmu agama di samping sibuk dengan urusan penting harian yang lain.  

Ayuh! Semoga keterlibatan anda menyumbang dalam projek ini memanfaatkan diri sendiri dan masyarakat.  Semoga ALLAH terima ia sebagai amalan soleh yang dapat memberatkan timbangan amal kita kelak pada Hari Akhirat.  Aamiin…

Maklumat lanjut:

https://ilannur.onpay.my/order/form/belanjabuku

Terima kasih atas sokongan tuan/puan untuk merealisasikan usaha ini.  Semoga ALLAH berkati.

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

019-3826408

Dungun, Terengganu Darul Iman.


Laporan:

Alhamdulillah, telah selesai apa yang cuba diusahakan oleh projek kecil ini.  Walau tak dapat mencapai skala yang diharapkan, namun ia berjaya juga dilaksanakan dengan kadar yang ada.  Terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang dan menyokong hasrat projek ini.  Semoga ALLAH balas semuanya dengan kebaikan.  Aamiin…

Sebanyak 36 buah buku dan majalah tajaan para penyumbang yang budiman telah disampaikan kepada orang ramai dalam rangka bertemu masyarakat awam menyebarkan risalah khas berkaitan Ramadhan. Jelas terpancar keterujaan mereka apabila diberitahu ada orang belanja mereka buku agama.  Tentu seronok dapat hadiah buku kan?  Semoga ia bermanfaat buat merancakkan lagi semangat, ilmu dan iman mereka semua.

In shaa ALLAH, jika ada sokongan yang lebih besar, usaha ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang.  Hubungi saya jika tuan/puan ingin berkongsi idea bagi menambahbaikkan lagi usaha ini.  Harapnya lebih banyak buku dapat diberikan dan lebih ramai akan tersenyum gembira apabila dikhabarkan bahawa ada orang belanja mereka buku agama.  :)

Semoga ALLAH berkati kita semua.

Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakam.


Tanggapan Kepada Jin Terus Berubah Setelah Baca Sirah

Ada banyak iktibar yang saya perolehi dari membaca buku Sirah Nabawiyyah ar-Rahiq al-Makhtum. Terutama dalam usaha nak memahami jiwa dan perasaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Tanggapan saya kepada golongan jin juga berubah ketika membaca buku ini. ALLAH memberitahu Nabi bahawa ada segolongan jin menyahut seruan Nabi (tanpa pengetahuan Nabi). Sedangkan ketika itu segolongan manusia mengejek dan membaling batu kepada Baginda. Berita ini dapat menjadi penawar kepada sakit dan penat Nabi setelah dihambat oleh manusia. Manusia tak terima. Jin terima.

Jin adalah saudara makhluq kepada manusia. Ramai manusia bersangka buruk kepada mereka disebabkan oleh tindakan sebahagian jin yang nakal dan degil. Saya tak anggap mereka golongan jahat yang mengusik manusia. Mereka adalah seperti kita. Yang juga ditaklif atas mereka akan perbuatan pahala dan dosa. Bermasyarakat dan bermuamalah juga. Tapi dengan cara mereka. Pengalaman di Makkah baru ni ketika buat haji pun ada dapat pendedahan baharu pasal sikap jin sesama mereka. Sebahagian mereka bukan sengaja nak kacau manusia, tapi kadang-kadang muamalah mereka sesama mereka ada melibatkan manusia terutama jin yang melangkaui batas peraturan agama.

Terlalu banyak ibrah dapat kita keluarkan dari sirah Nabi Muhammad ﷺ. Kadang-kadang apabila datang sesuatu situasi dalam masyarakat dalam negara dan seluruh dunia, kita dapat mengaitkannya dengan sirah. Apakah perbuatan Nabi dan sikap para Sahabat dalam berhadapan situasi seumpama itu. Sekurang-kurang kita ada sedikit sebanyak panduan untuk diri sendiri.

Menariknya baca buku sirah ni, ia disusun ikut kronologi. Mudah faham konteksnya berbanding membaca potongan-potongan kisah. Apatah lagi kalau buku sirah tu meletakkan sekali ayat al-Qur’an dalam Bahasa Arab bukan sekadar terjemahan. Itu lebih memberi kesan yang syahdu ke dalam qalbu.

Bacalah sirah Nabi di samping lain-lain bahan bacaan penting. Baca sirah bukan sekadar nak tahu kisah, tapi yang lebih penting ialah ibrah yang diceduk buat bekalan menjadi hamba ALLAH yang 100% menyerah.

KLIK: http://www.wasap.my/60193826408/Nak+Buku+Sirah+Nabawiyyah

Sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri – Penulis Kitab ar-Rahiq al-Makhtum

Di sini saya kongsikan catitan ringkas mengenai latar belakang sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri, iaitu penulis kitab sirah yang masyhur iaitu kitab ar-Rahiq al-Makhtum.  Saya rakam catitan ini dari majalah Solusi Isu 67.  Semoga bermanfaat.

image

image

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum tulisan beliau dalam terjemahan Bahasa Malaysia boleh didapati di sini:


Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i

Continue reading


Harga Turun Sempena Ramadhan!

Promosi buku-buku agama pilihan berbahasa Melayu dengan harga turun sepanjang Ramadhan

1] Sirah Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum terbitan YADIM, Malaysia.
Harga biasa: RM65
Harga sepanjang Ramadhan: RM50

2] Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah terbitan Kemilau Publika, Malaysia.
Harga biasa: RM42
Harga sepanjang Ramadhan: RM35

3] Riyadhus Solihin (2 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM145
Harga sepanjang Ramadhan: RM123

4] Mukhtasar Sahih al-Bukhari (2 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM140
Harga sepanjang Ramadhan: RM119

5] Mukhtasar Sahih Muslim (2 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM140
Harga sepanjang Ramadhan: RM119

6] Al-Lu’lu’ wa Al-Marjan terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM98
Harga sepanjang Ramadhan: RM83

7] Atlas Rasulullah SAW terbitan PTS Islamika, Malaysia.
Harga biasa: RM85
Harga sepanjang Ramadhan: RM72

8] Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq (6 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM380
Harga sepanjang Ramadhan: RM323

9] Al-Fiqh Al-Manhaji (5 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM250
Harga sepanjang Ramadhan: RM212

10] Israiliyyat & Hadith Palsu Dalam Kitab2 Tafsir terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM25
Harga sepanjang Ramadhan: RM21

11] Diskusi Isu Aqidah & Pemikiran Semasa di Malaysia terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM30
Harga sepanjang Ramadhan: RM25

12] Irsyad al-Qari Bi Syarhi Mukhtasar Sahih al-Bukhari (2 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM50
Harga sepanjang Ramadhan: RM42

13] Syarah Aqidah Tahawiyyah (2 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM50
Harga sepanjang Ramadhan: RM42

14] Hukum2 Dalam Al-Quran oleh Ibnu al-`Arabi (6 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia
Harga biasa: RM160
Harga sepanjang Ramadhan: RM136

15] Ayat2 Larangan & Ayat2 Suruhan (2 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM60
Harga sepanjang Ramadhan: RM51

16] Pendidikan Anak2 Menurut Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan (3 jilid) terbitan JAKIM, Malaysia.
Harga biasa: RM85
Harga sepanjang masa: RM65

17] Asbabun Nuzul terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM65
Harga sepanjang Ramadhan: RM55

18] Tafsir Ayat2 Hukum oleh Muhammad Ali as-Sobuni (2 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM140
Harga sepanjang Ramadhan: RM119

19] Umdatul Ahkam terbitan Kemilau Publika, Malaysia.
Harga biasa: RM22
Harga sepanjang Ramadhan: RM18

20] 100 Sunnah Rasulullah SAW Yang Dilupakan terbitan Kemilau Publika, Malaysia.
Harga biasa: RM20
Harga sepanjang Ramadhan: RM17

21] Ar-Roh Kehidupan Selepas Mati terbitan Kemilau Publika, Malaysia.
Harga biasa: RM28
Harga sepanjang Ramadhan: RM23

22] Himpunan Hadis Dhaif & Palsu (2 jilid) terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM115
Harga sepanjang Ramadhan: RM97

23] Jin & Syaitan Dalam Kehidupan Manusia terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM48
Harga sepanjang Ramadhan: RM40

24] 400 Kesalahan Dalam Solat terbitan Al-Hidayah, Malaysia.
Harga biasa: RM48
Harga sepanjang Ramadhan: RM40

25] Hisnul Muslim terbitan Telaga Biru, Malaysia.
Harga biasa: RM17
Harga sepanjang Ramadhan: RM14

26] Anda Bertanya Rasulullah Menjawab terbitan Pustaka As-Sunnah, Indonesia.
Harga biasa: RM90
Harga sepanjang Ramadhan: RM76

27] Al-Adab Al-Mufrad (2 jilid) terbitan Griya Ilmu, Indonesia.
Harga biasa: RM120
Harga sepanjang Ramadhan: RM102

28] Al-Muwattha’ Imam Malik (2 jilid) terbitan Pustaka Azzam, Indonesia.
Harga biasa: RM160
Harga sepanjang Ramadhan: RM136

29] Talbis Iblis terbitan Pustaka Arafah, Indonesia.
Harga biasa: RM79
Harga sepanjang Ramadhan: RM67

30] Kisah-Kisah Masyhur Tapi Tak Sahih Dalam Sirah Nabawiyyah terbitan Kiswah Media, Indonesia.
Harga biasa: RM40
Harga sepanjang Ramadhan: RM34

*In shaa’ ALLAH, senarai akan ditambah lagi…

___________________________
Hubungi Shahmuzir di 019-3826408 (SMS/WhatsApp)
Atau boleh juga PM di Facebook.
Harga2 yang tertera belum masuk harga pos.

Pembelian secara online melalui akaun berikut:

  • Maybank: 162272504827
  • CIMB Islamic: 12770006681202
  • Atas nama: Shahmuzir bin Nordzahir.
  • Email: shahmuzir@yahoo.com

Biar harga buku turun sepanjang Ramadhan ini, tapi usahakanlah agar iman kita semua naik, amin… :)

muzir.wordpress.com


Buku: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Set Fiqhul Manhaji
Continue reading