Follower kesayangan

Showing posts with label JalaN2. Show all posts
Showing posts with label JalaN2. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Cerita akhir tahun 2014

Assalammualaikum semua,

Entry pertama untuk tahun baru. Sibuk memanjang. Walapun macam2 happened ujung tahun lepas tapi memang tak sempat nak update blog ni. 

Macam tahun2 sebelum ni, bila hujung tahun, pekerja sambilan yang guna budget project mcm CC ni memang akan 'dicutikan'. Kebetulan family CC buat family day kat Cameroon Highland. Jadi memang sesuai sangat lah kan.. =) So rombongan Mak Kiah berkumpul kat sana. Bila 60 orang berkumpul hmm boleh takbayangkan betapa meriahnya? happening gila! Sepanjang 3 hari kat CH, kitaorg memang dah ada tentatif. Tapi aktiviti melawat2 sikit aje sebab sepanjang hari hujan. Tapi untuk entry ni CC tak nak cerita pasal CH atau xtvt kat sana sebab nak post entry simple and short je k.


Kalau nak tahu, sebenarnya CC ni cucu pertama, jadi tak hairanlah kazen2 ada yang belum sekolah. kalau jalan sama memang dah macam mak dengan anak! tapi kadang2 rasa syok pulak sebab rasa muda je bila dorang panggil kakak.. ahaks!  Untuk kazen-kazen tersayang, family day tahun ni CC buatkan pin felt untuk diorang.

Pin felt in d making. cer teka cer teka~

Untuk saudara-saudara kita yang mengalami banjir tahun lepas, CC doakan semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,, tapi percayalah Allah hanya menguji hambanya mengikut kemampuan mereka.
Semoga tahun baru 2015 akan lebih berkah untuk kita semua

Itu je, tak macam simple dan short pon.. hehe terlebih suda... =P
nanti sambung lagi

With love, 
Ct Cucubi

Thursday, April 18, 2013

Merayau-raya di Pulau Jawa [2]

Assalammualaikum

Hari ni nak post sambungan ini dan ini

Mcm dah citer sblm ni
Dari Malaysia kitaorg mendarat kat Airport Jogja
Kemudian ke Ponorogo
terus ke Malang
Dan last sekali ke Surabaya




Peta perjalanan

Sgt lah jauh dr Bandung.. huhu
Nama pon lawatan ilmiah
jd x delah shopping2 sgt
Tp yg pasti seronok bila dpt pergi ke negara org lain
Byk benda baru yang dpt tgk
Haishh kan best kalau $ berkepok
Boleh travel oversea salu.
tak pe, x  pe, yg ni pon bershukur jugak di beri peluang dtg ke sini
sygnya x semua dpt snap dlm gambar..
huhuhu
Jadi layan kan aje beberapa gmbar2 yg sempat snap ni k..


 Papan tanda di tempat kediaman, Pondok Moden Ponorogo

Di kawasan ni kebanyakkannya bercucuk tanam padi dan jagung
Cantikkan dorang susun jagung ni? :)
kalau x silap ini utk mknan haiwan.

Pintu gerbang ke pondok

Comel x?
Langsir kat bilik kami mendgr taklimat
Pondok Moden Darussalam Ponorogo

 Pemandangan unik
Kalau kat Malaysia kita guna tiang2 besi / kayu untuk panjat2 / sokong bangunan
Dorang fully menggunakan bamboo
Jimat!

 Pondok kunci yg Kawaaiiiee!!
muat2 je utk sorang  duduk.

 First time mkn kulit lembu

tp org kata nak proses kulit lembu ni mkn bulan jugak.

kenyal2
sdap jugak. :)
k, itu saja..
Daa..


,

Sunday, April 7, 2013

Ke Gontor apa yg kau cari?

Ini adalah post smbungan 'Rayau-rayau kat Pulau Jawa"

Apa yg kau cari Neng?
Telkung murah? No
kain batik? Nono
Jamu gendong? Nonono
Cowok ganteng?.. uopss 
jgn bg tahu encik tunang tau..

Ingat x hari tu ada ckp kiteorg pergi melawat kat Pondok Moden Darussalam Gontor?


 Pondok Moden Gontor ni ala2 sekolah pondok kat Malaysia
agaknya lah sbb sy x pernah pg melawat sekolah pondok kat sini
yg kiteorg pergi ni yg lelaki semua. 
Yang perempuan 100km dr sini
Dulu2 masa ada permintaan nak buat sekolah untuk perempuan mmg ditetapkan syarat mcm tu.

Asalnya pondok ni dimilik oleh 3 saudara KH Ahmad Sahlal, KH Zainuddin Fananii & KH Imam Zarkasyi 
(K kalau korang nak tahu sejarah korang boleh baca kat wiki ni :P)
pastu dorang wakafkan sekolah ni
Dan yang mentadbir sekolah ni kiranya yg teratas sekali adalah bdn wakaf.
Tapi skrg sekolah ni dorang bukan setakat blajar alif ba ta,
baca quran atau hafiz je.
Subjek math, english semua pon ade bljar
sbb tu dinamakan Pondok moden.

Since dorang mmg x dpt bantuan dr goment,
dorang ni buat mcm2 business untuk cover expenses
mcm:
buat air RO sendiri
kilang roti
kilang cetak
kilang mee
kilang letrik
kilang selipar
gerai makanan
kedai buku
Kilang percetakan

byk lagilah
semua produk ni menggunakan brand "La Tansa"
yg bermaksud : Tidak lupa
sbagai mengingati tujuan utama buat business ni bukannya tuk dpt keuntungan tetapi unutk mencari duit untuk perbelanjaan pondok.
Moto dorang
"Kamu berbelanja , kamu beramal.."
Jadi sila shopping byk2 ye kat kedai dorang.

Bebudak sekolah ni mmg dilarang mbeli brg/ mknan etc dr luar hatta eskrem
Eskrem mcdonal?
Harommmm
hehe tu saje nak bg effect dramatik
Dilarang keras mbeli brg dr kedai luar kalau x nak kne hukum
Semua mesti dibeli dr kedai Pondok. 
Supaya $ yang dorang beli boleh digunakan untuk pondok dan
memajukan pondok, menmbah baik fasiliti etc.
pendek citer duit mak pak hang bg duit poket akan digunakan untuk kegunaan dorang jugaklah. 

Selain dr tu
Cikgu2 yg ajar dorang ni pon pelajar jugak
fhm? x  fhm? plus minus mcm ni
form 1-3 diajar oleh student degree kat u
form 4-5 oleh student senior degree
student degree diajar oleh student master
dan seterus seterusnya..
So x de lah gaji pon dibyr..
namapon wakafkan diri
sambil beramal sambil prektislah kirenya..

Pak guru yang muda + ganteng
Pembelajaran fully arab ye adik2..

Hanya guna meja kayu lama dan kerusi panjang..
no individual chair kecuali pak  guru
itupon kerusi die tggi smcm mcm referee badminton jerk..
Shukur alhamdulilah utk kita.

Sesi bersama sebahagian dr student malaysia yg belajar kat sini

Skrg sekolah ni dah ada universiti sendiri.
Universiti Darussalam
pon semua lelaki. 
So mcm cuci mata skitlah ms dtg sini..
hahaha
Sejuk mata memandang uols tgk ustaz2..
automatik rs nak labuhkan tudung .. 
Shegan~
Amboi2.. segan dgn tuhan lebih AFDHOL !

Dewan kami diberi taklimat

Cikgu & lecturer kat sini diberikan keperluan asas mengikut keperluan
kereta, rumah, mknan
mengikut budi bicara bdn wakaf.
Gaji?
dorang x de gaji tetap..
x de sapa pon tahu gaji satu sama lain melainkan dorang sendiri
dan gaji hanya dpt kalau ada duit lebih
Bak kata guru kat situ
"kalau diberi, kami bersyukur, kalau x dpt pon x ape"
mmg tabik spring toing toing toing!!
korang hade?
baru lambat dpt gaji beberapa hari dah menggelupur! 
(hehe tunjuk diri sendiri)
balik pd konsep td..
"mewakafkan diri"
 Diri anda adalah milik pondok.

 masjid kat sini.

K, tu je kot
korang ni kalau byk sgt bg input berat byk2 ni sure x sbr2 nak klik pangkah blog ni
kan? kan? kan?
K, nanti smbung lagi. Daa..

Wednesday, April 3, 2013

Rayau2 kat Pameran kasut

Assalammualaikum semua
Arini nak update psl pergi pameran kasut kat PWTC


Event ni start dari hari Jumaat sampai ahad.
So masa pergi nak hari last, banyak jugaklah diskaun2 dorang bagi
dah ada target ni nak cr kasut di hari spesel nanti
ehem-ehem.. hehe

Pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
sampai sakit rs nak tercabut tumit kaki
tpi x de satu pon berkenan.. huhu..
Tapi enjoy jugak pergi sini
sbb dpt tgk kasut Jimmy Choo 
dan dpt tgk hasil kretif peserta2 yg join pertandingan kasut2 ni. 
:)
K, enjoy the picta k.. 

kasut gedabak..
comel kan?

Yg ni menang 1st prize..
unik guna bhn dr kayu yang di nipiskan.
apa namanya x tahu.

 Ini adalah kasut

 Kasut jugak 


Mcm2 ada

Close up skit

 Lagi..

wuyoo

Glamour..  

 Boleh pakai ms thn baru cina :P

Ada brani?

Puaslah nak cr bulu burung ni.. hehe

K, da.

Thursday, March 28, 2013

Merayau2 kat Pulau Jawa [1]

Assalammualaikum
Slamat pagi..

Arini dpt idea nak update blog psl trip pergi Pulau Jawa dulu
Punyalah dah lama..
La ni br terfkir nak sharing2.
Tedetot punya olang!!!
:P

Actually trip ni trip ilmiah bebudak maktab
Tapi adelah minah sumbang tu dah menyelit kat situ..
alkisahnya sbb mak die jd pengiring. 
Since trip ni trip ilmiah 
kitaorg pergi melawat ke skolah dan universiti kat sana
Kiteorg mendrt kat Jogja. 
Flight yg patutnya pkl 9 delay pkl 11
jadi sampai sana dah lewat, 
tentatif pergi ke istana Keraton dan jln2 kat jogja terpaksa kene slash 
sbb nak direct pergi Gontor yg agak jauh.

Info sikit:
Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat @ Keraton Yogyakarta merupakan istana rasmi Kesultanan Nyayogyakarta Hadiningrat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh tgk kat wikipedia ni


Sempat menye-nap kat airport Jogja

On d way sampai sana
Ktaorg singgah kat restauran Nasi Padang
Sape yg pernh pergi sana maesti tahukan mcm mne dorang serve Nasi Padang
Dorang buh bykk2 jenis lauk, pastu korang mknlah apa yg korang nak mkn
Nanti dorang akan cas ikut pinggan yg korang mkn tu
Ala Shushi pulak bunyi nya kan.. :P
X tahulah org jepun yg tiru org Indon, atau org Indon tiru org jepun
pepandai je aku

Manyak x?
Dari pemerhatian sy, setelah beberapa tempat kami singgah kat Restauran NAsi Padang
Makanan setiap kedai tu lebih kurang sama je.
Makanannya pulak lebih kurang mcm makann Malaysia
Namapon serumpun kan. B-)

Sbnrnya tujuan pergi Gontor ni
kiteorg nak melawat Pondok Gontor Moden
Perjalanan kiteorg smkn masa 4 jam jgk dlm bas
x de singgah mana2 selain mkn tau
Boleh bisul montot dibuatnya.. :P

Tapi enjoy tgk pemandangan2 unik yg rasanya x de kat Malaysia

 Nampak tak tu?
"Bakso Urat, Mie cakar ayam"
Kau hade? :P

No plat motor tu letak kat depan. :)

Kiteorg sampai kat Gontor dah lewat malam
Diberi bilik tetamu.
2 org sebilik.
Masuk je bilik tgk ade ni...

Sweet jer

Atas meja ada nasi dan lauk pauk,
Ada roti brand La tansa
Air mineral
Shampoo, shower gel, berus gg & ubat gg.
Kiteorg mkn jugak walaupun dah sgt lewat sbb mmg dah SANGAT kelaparan.

Sblm tido smpat lg terfikir
agak2 pelah yg nak buat kat Gontor ni ye?

Bilik econ + penat + kenyang =
zzzZZZ


Wednesday, July 18, 2012

My first expedition.. [Part 1]

AWSOME!!!
seriesly..
sy x sangka mcm mn sy yg lembek ni boleh survive hidup dlm hutan selama 9 hari!!!!
NO phone!
NO internet!
NO shopping!
impress x?
hahaha
Actually pd 30 June hingga 9 Julai hari tu
saya sgt beruntung sbb dpt join satu XPDC
XPDC Saintifik Selai~Peta
XPDC ni sbnrnya MOU antara Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)
dan
Universiti Tun Hussein Onn.
Tapi byk jugak pihak yg dijemput turut sama dlm XPDC ni mcm
LKIM, FRIM, UPM....
Kiranya XPDC ni as a student lah..
hehe...
Lebih kurang pkl 2 kami berkumpul di UTHM,
mendgr sedikit taklimat dari Dekan FCAS
dan bacaan doa memohon kepada ALLAH melindungi kami sepanjang XPDC.
6 buah 4WD bergerak konvoi menuju destinasi.
Leka berborak sampai  x perasan kami dah sampai ke pekan Bekok,
bahagian timur di daerah Segamat
Sementara menungggu pendaftaran di PTNJ,
sempat lagi membeli lada hitam, bawang putih sebagai langkah perlindungan dr 'bende2' pelik. hahaha...
so lah penakut!
Maklumlah nak masok utan..
lalalala.

Sampai di Kem Merekek (Kompleks Pelawat)
kami disajikan minum petang
ahhh rasa lega tekak..

Buat org yg first time mcm sy mg giler rasa xcited + takut2...
Jadi sebagai persediaan utk hadapi kemungkinan2 dlm jangkaan atau yg luar
Korang kenalah membuat persediaan secukupnya
Kene pastikan :

1. Bersedia fizikal dan mental!
2. Peralatan lengkap
3. Kenderaan ada dan dlm keadaan baik
4. Pre survey kawasan sebelum nak masuk betol2
5. Peta kawasan
6. GPS (berguna bila sesat atau bila nak amil sample)
7. No tel kecemasan (no telephone police etc)
8. Sudha melaporkan diri pada pihak2 yg berkenaan (PERHILITAN/JAB. PERHUTANAN)
9. Pastikan kakitangan perhilitan / JPSM turut sama. 
10. Menjaga etika dan tingkah laku
11. Bekerja dlm kumpulan.
12. Dilarang merosakkan kawasan persekitaran (cth: ukir nama kat btg pokok)
13. Tidak minum minuman keras
Checklist ni dapat dari cik presenter dr FRIM. TQVM.

Since dis is my first time masuk utan..
memang blur.
kalau ikutkan nak bawa baju 9 helai bersamaan 9 hari
tapi bile try angkat mcm semput2 jek.. terpaksalah membuat pertimbangan dgn wajar
Kdg2 walapun kite rs sesuatu tu kecil je tp brg tu sbnrnya x berapa penting
(cth miniture parfume)
tapi bila setiap bende kecik tu bergabung..
trylah korang mengangkat nya! ;-)

mak oiii memang xlarat..
daripada pengalaman dah pergi
rasa2nya senarai kat bawah ni dah ok kot untuk korang bawa
cuma x boleh bawa dlm kuantiti yg byk je.
Checklist pakaian: 
1. Bj lengan panjang (seeloknya bwarna cerah supaya boleh nampak dr jauh), supaya x kene gigit nyamuk etc. jgn pakai yg tebal sgt sbb susah nak kering kalau erkena hujan atau nak cuci.
2. Seluar panjang, seeloknya jenis kain tebal - cotton (saya bw tracksuit je sbb ringan tp kene hati2 sbb mudah koyak)
3. Stokin (stokin bola yg jenis kalau tarik tu lubang die kecik je.. supaya elak pacat)
4. stokin tido?
5. stokin pacat atau bhs ompituh Leech socks. This is the first thing yg sy fikir.. mn nak cari.. tp alhamdulillah ada jual kat Taman Negara sebanyak RM12 / sepasang. Tapi The Malaysian Nature Society pon de jual jugak dengan harga RM20. [kedai kat area Bukit Persekutan, KL]

Stokin pacat RM12


stokin pacat RM20
sumber: The MNS


6. Kasut getah. x yah beli mahal2... beli yg kasut org gi toreh getah tu.. atau org panggil Adidas kampung. Paling elok yg tapaknya mcm kasut bola ada benjol2. harga murah aje x sampai pon RM10, tapi kalau nak pakai but pon boleh.. cuma kalu dah termasuk kat paya tu susah sikitlah nak tarik kaki. 
7. Slipar. untuk kegunaan harian cth : pergi mandi
8. Skaf dan tudung bw 2 je cukup kot (bagi muslimah)
9. kain telkung (jenis yg boleh renyuk2 tu sbb ringan.. x tahu pe nama kain tu)
10. Undergarment (mmm kalau de disposable, I think better yg disposable punya.. tp pasti kan buang di tempat yg sepatutnya)
11. Towel mandi yg nipis
12. kain batik (boleh guna utk bersalin pakaian atau pakai ms dah xde suar.. huhuhuhu)
13. Disposable rain coat (mcm plastik beli brg kat kedai sbb ringan).

ok, tu je.
Semoga ape yg saya share ni dpt memberi manfaat pd org lain. 
Daaa...

Tuesday, June 26, 2012

Trip to Taman Negara Jerantut

Dah nk dekat 2 bulan x update blog... 
ni bukan lagi bersarang labah2.. 
pak mak ular semua dah buat sarang.. 
Sehingga suatu hari seseorg telah mengomen kat blog saya.. 
Just a simple tapi membuatkan sy terfikir.. 
oO ade lagi yg mbaca blog ni walaupun lama giler kot x update.. pastu tetiba mcm dpt semangat baru.. 
TQ to Hasrina.. 
Anda membuatkan hidup saya lebih bermakna..muahaha 

 Dunia kerja dan student mmg buat hidup mcm kelam kabut sikit.. 
no no no.. bukan x pandai agih masa


26-28 hb May..
Sempat juga mencuri masa untuk trip ke Taman Negara Jerantut.

Pagi Sabtu 26hb kami berkumpul di ruang legar Grand Season Hotel.
Dalam pkl 9 bas sewa mula bertolak ke destinasi....
Alhamdulillah petang tu kami selamat tiba...
Setelah mdgr talimat terus menikmati minum ptg.... alhamdulillah..


Teresek View Motel tempat kami tinggal untuk 3 hari 2 malam.

Best dok sini sebab motel tu menyediakan makanan yg sedap2..
Menu malam pertama tu sy cuma ingat ada ayam masak merah yg sgt sedap..
dan hidangan pon mantop2..

Kat Teresek View Motel ni korang boleh pilih nak bilik ekon atau kipas...
Kebetulan dpt bilik yang share ber3
tapi spoil sbb dpt katil tingkat atas..
sebab kipas dinding tu langsung x bertiup ke arah ku
memang panas giler lebih2 lagi bilik tu mmg x de tingkap atau ruang saluran udara.
Huhuhu...
2 male tersekso kawe wehhhh!!!

Aktiviti pertama kat sana is Night jungle trekking
Mula-mula kami di dipertontonkan video mengenai Taman Negara
Lepas tu barulah start aktiviti menjejak haiwan di malam hari.
menyeronokkan tapi
kebetulan time tu ujung minggu + cuti sekolah..
hutan pon dah mcm pasar malam..
terang dgn lampu suluh tourist2
Nothing scary
kiteorg terserempak dengan 2 ekor tapir dkt tempat berasingan
sempat juga bebudak ni bergambar dengan 'dorang'
dan dapat tgk rusa yg berkeliaran kat situ..
syok!!

The jungle trekking mmg best..
dan mcm coOL utk org2 yang x masuk utan mcm saya..

Pagi Ahad tu hujan renyai..
so time jungle trekking tu lecak2 sikit
kebetulan trek jalan tu ada bhgn yg x siap lg..
Rasa coOL bila dpt lalu lecak2 dan becak2..
pacat? lege sebab x de seekor pon brani dtg dekat..
tak sia2 tawaf d mall gara2 nak cari stokin yg x tembus pacat...
hihiii

Lepas jungle trekking kiteorg pg canopy walk
Mula2 time tunggu turn kat tmpat mnunggu bwh canopy walk tu
mmg salute giler ah tgk ayah2 mak2 yg bawa anak2 dorang yg msh cinonit2 (kecik)
naik canopy walk.
tp bila dah sampai turn kiteorg baru tahu.. x de lah seram sgt pon canopy walk tu..
ihik..

Dr 500 m pjalanan cuma separuh je yg kitaorg lalu
sebab separuh lagi ditutup atas sbb renovation
Jalan pon lurus je dari satu pokok ke satu pokok..
x berapa adventure sgt.. tapi so far oklah kalau nak menikmati udara segar hutan.
[lgpon dorang boleh guna short cut x payah ikut trek jalan kaki
Guna bot lebih senang untuk yg bawa kanak2.]

Time balik tu bebudak ni dah x larat nak lalu jalan becak2 yang sy rs coOL tu..
kitaorg decide naik boat je balik guna short cut..
so hampeh mereka2 ini..
tp ngenangkan yg ikut2 tu pon ada yg umo makcik2 dan boleh jadi nenek..
maafkan mereka.. [lagu Jamal Abdillah bkumandang]

Petang tu xtiviti paling BEST
kiteorg ada boat shooting..
naik bot menyelusuri sungai tembeling tu ke kawasan perumahan orang asli.
sgtla AWSEM U!
akiviti ni mmg lenjun dan lencun
Semua bot2 yang lalu gerenti akan membasahkan korang dgn air..
seronok.. mungkin dorang mmg berpakat2 kot sekampung buat mcm tu
nak bg tourist rasa fun2 gitu..

Then kami singgah ke Perkampungan Orang Asli Kaum Bateq
Untuk pengetahuan korang satu kampung org asli ni, penduduknya dlm 15-20 orang  je
Masa kami sampai tu punyalah ramai tourist yg dtg melawat.
sampai dah x mcm kampung org asli dah!


Korang rs apa agaknya dalam pemikiran org2 asli ni bila kita dok berduyun dtg tgk tempat dia?
Sampai pakaian dia, rumah die, sumpit die semunya kite nak try dan ambik gambar?
" eeee u ols ni sooooo bandar!

Bagi kaum Bateq, org lelaki hanya boleh berkawen kalau dah pandai berburu..
tp org perempuan pulak kalau dah pandai buat atap rumah baru layak kawen..
jadi sesiapa yg berminat untuk dok kat area yg amna damai mcm ni
dan mengamalkan cara hidup simple boleh lah belajar2 buat atap k.. hikhik

On d way balik, kami sempat bermandi manda kat tepi sungai tu..
syok giler walaupun seram2
Bila tgk warna sungai yg mcm teh susu...
terbayang mcm2.. eeeee
well.. who knows what inside..?? huhu




Pedulikan tudung yg senget benget..
because natural is beauty.. B-)

Kalau korang nak tahu, sungai ni sgt deras tau.. dan dalaaaaaaammmmm
sampai rs terambung2 je naik.
tapi jgn risau sebab safety jaket disediakan utk setiap org.

Keseluruhannya BEST..
Dengan RM300
cover transport dr KL - Taman Negara Jerantut- KL
makanan yg sedap2 cover sepenuh nya
(barbeque + Masak Tempoyak Ikan Patin? TERBAEK)
bekalan air mineral & revive diberikan setiap org
Tempat tinggal yang dekat dengan jeti  + kedai runcit
Video presentation + Night trekking
Jungle Trekking
Canopy Walk
Boat shooting
Lawatan ke perkampungan orang asli kaum Bateq
Minum2 kat kedai mkn terapung
kedai souvenior
free towel kecik kaler pink
menghidu udara segar
+
menenangkan fikiran

Dgn  baki dari $ collection,
kami sempat menyinggah kat Pusat Konservasi gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang.
Disebabkan kami ni staf goment dan kakak yg incharge rombongan tu ade 'kontek' kat situ..
Alhamdulillah kami dpt 10 tiket FREE rides elephant
yippie!!!
Suke sebab saya dpt salah satu dr tiket tu..

Untuk maklumat sape2 yg berminat nak dtg sini, tiket masuk adalah free..
cuma untuk naik gajah dan mandikan gajah dikenekan bayaran hanya RM10 sahaja...
Kalau pakai kain tu x yah jelah naik.. kang terselak2 sape yg susah..
kat sini x de kerusi disediakan kat belakang gajah mcm cerita omputih dlm tv..
So korang mmg duduk betul2 atas gajah yg perkasa tu...
kalau korang nak tahu gajah tu x rata.. mcm blkg unta tp x de bonggol..
jadi nanti supaya x jatuh,
korang mmg akan disuruh berpaut pada pengembala gajah..
Alah yg mcm Tarzan and Jane tu B-)
lucky me dpt Tarzan hencem
Emm.. ekceli not good... not good...
maybe next time kene buat kerusi atas gajah
barulah Gajah + agama pon terkonservasi kan..
sejak bila plak jd ustajah ni

Bila2 ada masa free + budget korang pergila bercuti ke sini..
Tapi kalau pergi memerap je dlm motel baik x yah
Pastikan menggunakan peluang sebaik mungkin kat sana k..

K, sekian cerita panjang sy hari ini.. daaa
:)

Sunday, April 29, 2012

When a shopaholic went to book fare...

Sgt cuak sbb tinggal 2 hari je tarikh tamat kupon 1 Malaysia
Sedangkan kupon sy msh tak bersentuh lg...
Nak x nak walaupun x de teman, gagahkan jugak kaki ini ke PWTC
semata2 nak habiskan kupon kat International Book Fare
Dlm hati rs syukur sgt2, sbb umah sewa mmg x jauh dgn PWTC
so kalau ada apa2 event mcm ni, x de lah rs mcm rusa masuk kampung sgt kan jln sorang2
Tapi dlm sorang2 pon.. habis semua kupon tu tanpa baki
PLUS
$$$ sendiri terbang jugak :P

Utk makluman bakal suami sy, 
kalau x nak cepat papa kedana tolong jgn bw sy pg shopping kat
Kedai buku
Farmasi
Kedai jahit
Sebab kompem korang balik dgn $ cukup2 je tambang balik.. :))

Book fare ni akan tamat 6 hb Mei..
Untuk peminat2 buku, jgn lepaskan peluang ni k..
sure x menyesal punyala!!! :)

k,
Hasil shopping therapy hari ni :

 sikit jer tuh.. :P

Buku Study:
1. Pregnancy, Childbirth, Postpartum and Newborn Care: A Guide for Essential Practice. WHO, UNICEF etc : RM84.80
2. Alternative Medicine The definitive Guide. The Burton Goldberg : RM45.90
3. Traditional Malay Medicine Plants. Muhamad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd.: RM20
4. Bimbingan, doa2 Ibu mengandung serta Amalan Menjelang Bersalin. Nurwadani S. : RM12.50
5. Tumbuhan Ubatan Liar di Sekeliling Anda. Sii Fuziah Yusof: RM37
6. History Taking and Physical Examination in Obestrics and GYnaecology. Unimas: RM14.40
7. The Practical Labour Suite Management. Adibah Ibrahim: RM18.40

Buku Agama:
8. Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah. Syeikh Abu Malik dan Kamal... : RM45
9. Rahsia Khusyuk Doa. A. Yazid: RM6.50
10. Antara Dosa Paling dibenci ALLAH oleh Wanita. Ahmad Mokhtar: RM15
11. Mari Belajar Solat. Muhamad Ali Imran: RM4.50

Buku Novel etc:
12. Men are from Mars Women are from Venus. John Gray. RM28.90
13. A Long Came a Spider. James Patterson: RM4The Silent Cry. Kenzaburo Oe: RM40 
14. A Time to Kill. John Grisham : RM4
15. Cradle and All. James Patterson : RM4 
16. Diary Hamil : RM rahsie
(nak adiahkan kat adik ipor)


Kupon : RM200
Poket: lu kira la sendri.. huhu

Semoga buku2 yang dibeli dpt memberi manfaat kpd saya..
Amin.. :)
 

Sunday, April 1, 2012

Sepetang bersama...

21 March
sehari sebelum meeting gempaq bersama Pengarah
Sempat lagi dgn Jajan berjimba2di JS Professional Hair Studio
kiteorg sesat
tapi nasib ade En. Papago tolong kami
akhirnya kami sampai juga pd pkl 5.45 petang
Terlewat 15 minit dr waktu appoitment :P  hihi

Kiteorg pg kat sini sbb ms tu ada promotion kat 'Milkdeal' yg sgt murah 


Murahkan? :)
 Saja pilih hari bekerja spya x ramai org ...

Ekceli ni first time sy pg salon..
 Dr kecik abah yg salu potong kan rambut..
redha jer walapun pesyen sama je
pastu ms belajar, member2 yg potongkan
Sebelum ni mmg pernah potong rambut dan buat hair treatment.. 
tp cuma buat kat Spa je bukan 'Salon'
dan Spa tu sgtla jauh kat Hulu Langat
dan dah lama x pg..
Selepas sekian lama menyurvey salon yg dekat2 dan affordable
Alhamdulillah
akhirnya jumpa jugak salon yg ada
area tertutup khas utk gadis2 pemalu mcm sy..  :P
teruja sgt pg sana :)

Cina yg tolong buatkan rambut tu ckp rambut sy x rosak..
tp kalau nak chantek, dia suggest buat hair dressing sbb sy mmg refuse buat rebonding
I love my original hair walaupun salu kene kutuk dgn adik : Rambut Singa!
Jahat giler (T..T)
Untuk rebonding/ dressing cuma RM150
ni harga untuk rmbut sy.. 
x pasti pulak samada harga akan berubah ikut kepanjangan rambut.
dan untuk sesiapa yg nak buat hair treatment cuma RM40 untuk rambut normal
dan kalau untuk rambut rosak cuma RM80/90 
Saya rs harga kat sini  agak murah mungkin sbb produk yg digunakan x glemer
tp sy x kesah asalkan x merosakkan rambut sy.  

 JS Professional Studio ni kecik je... 
tp sy enjoy sbb cina tu sgt ramah 
dan dia buatkan hair styling yg comel utk sy .. hikhikhik
Walaupun hakikatnya x de sape pon yg nampak rambut kita
Tapi this kind of thing mmg boleh buat kite rs lebih chantek dan konfiden
tryst me! :)
Utk sesapa yg nak pg sini,
lokasi kedai ni dekat je dgn Festival city dan uptown Setapak.
Kalau x nak pg salon pon korang boleh jalan2 cari makan kat situ
Anyway, sy dah try mkn Char Kue Tiaw kat Mali corner.. best!
Sesiapa yg x try lg, boleh try :)

sebelum balik kiteorg sempat g melantak kat Seoul Garden
Orang tamak selalu untung :)

Ekceli pg sini sebagai tanda trimas kat Jajan sbb die bertungkus lumus 2-3 hari ajar sy matematik ms nak exam SPA dulu. 
http://www.emoticonizer.com
Kesian die sampai tension2 nak mengajor org tua yg otak dah separa karat ni.. hihii tapi yg lawaknya ms exam tu br prasan sbenarnya x de paper matematik.. :P
~TQ Jan~


Jajan yg br pandai pegang chopstick.

Tuesday, July 26, 2011

BPTK's Family Day

Rasa cuak bila Makcikku ajak temankan die pergi Opis die punya family day
mmmm pesal nak cuak?
Sebab tatot dgn BOS die; En.KetotTapiGarang itu..
Masih terngiang2 ayat pedas yg pernah dilemparkan
"Apa yg kamu buat 2 bulan ni?"
"En. KetotTapiGarang, sy x buat keje pon..
main tenet setiap hari sbb x de sapa nak guide saya apa sy perlu buat!"

Lempang laju2 muka sendiri..
o rupanya hanya khayalan saja..
Hakikatnya cuma diam terkaku di dlm bilik mesyuarat itu
Keesokannya slps tarikh itu saya terus 'ditarik' ke opis skrg...
hanya sempat 2 bulan saje sempat sy kerja kat opis En. KetotTapiGarang
CISSdale!!!
En. KetotTapiGarang
sapa kata sy x reti buat keje? kalau x reti xdelah org asyik2 nak renew kontrak sy..
(budget org penting)

Sms kpd Makcikku itu :
"En. KetotTapiGarang ada join tak?"
Apa punya soklan daaa.. dah die pengarah kat situ..
kompem2 lah die join!
tapi nak tanya jugak utk menyenangkan hati sendiri
"ada.. tapi dia yg suruh bawa family supaya nak lagi meriah"
mmm... x sampai hati pulak nak kecewakan makcikku yg sorang ni...
" k, lah ..ikut.."
-------------------------
Rasa pelik sebab join xtiviti tempat kerja lama sdgkan dah x kerja kat sana...
Rasa mcm parasites
menumpang family day org lain sambil dpt mkn free
YEA suke free2
-------------------------

Ini adalah pertama kali dorang buat family day..
Dan pertama kali sy join family day dorang.. op kos..
Lokasi kat DARC, Denai Alam Recreation & Riding Club Selangor
Riding?
Yup... sebab kat sini sebenarnya tempat org main kuda..
uopps sebut betul2.. menunggang kuda! :P
terletak kat Seksyen 16, Denai Alam, Shah Alam.
Selain dari xtiviti berkuda, dorang ada sediakan jugak :
Archery & ATV
Kat sini jugak ada open gym, spa n pool utk bebudak2..
kira oklah kalau nak bawa bebudak dtg sini..
Cuma kat sini panas skit..
x byk pokok.. kalau ada pon species2 pokok palma..
ala2 texas la kan.. nama pun xtiviti berkuda..

Club ni antara club yg termurah kat Malaysia
(bukan saya yg kata, diorang kata...)
dgn yuran RM180/setahun utk 1 family..
Kalau korang mmg minat riding.. kira oklah tu..
kalau jd member bolehlah dpt diskaun utk xtiviti2 yg sediakan..

Disebab my kazen kemaruk nak naik kuda 2-3 kali..
so terpaksa berkorban kupon naik kuda tu kat die..
Kalau naik pun kompem kuda tu sakit pinggang seminggu x sembuh2...
(T..T)

Senep2 yg diambil oleh husband of my friend..
euuwww sooo dagu berlemak.. anak sapo lah ni?

Hey, dats me!
. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Menunggu my prince charming dgn kete kuda..
Hey ko ingat ko senderela ke?
. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Monday, July 25, 2011

2 days 1 night trip to Kuantan

9.30 pagi : bertolak dari Stesen bas pekeliling.
mmg x ramai org..sbb weekdays
punyalah x de org, sampai abg driver tu bg pilihan nak duk mana2..
tempat duduk bwh x penuh lagi tp masing2 buh beg kat tempat duduk sebelah..
Duduk atas? x mau.. sebab salu tgk bas eksiden mesti belah atas tu nampak mcm terok jer..
So pilih tempat duduk belakang sekali sit bawah..
3 kerusi tu kongker.. siap baring2 kat belakang.. sambil layan movie kungfu..
Abg bace surat khabar tu asyik toleh belakang..
Ala nak ngorat lah tu...
Soriah bang sy dah berpunyer.. erkk berpunye ker? :P

Plusliner 2 tingkat berharga Rm21.90 (kalau x silap :P)

1.00 tgh hari : sampai kat Kuantan..
check in kat Hotel Luxury yg berharga RM60/day x jauh dr Eastern Coast Mall
Makan kat Papa chop Mama grill - Eastern Coast Mall
x shopping apa2 sbb x de $

Petang lepak kat sini :
Malam sempat pekena tomyam kat Sara Thai Kitchen nyum nyum
berbulu je mata tgk couple kat depan tu mkn suap2..
sbenarnya jelessssssssssszzz
mmm kan best ada abg macho yg suapkan jugak (T..T)
Mangkuk medium rm10.00...
udang & sotong besau besau..
Rasa oklah.. tapi boleh dpt kat KL jugak.
Tapi suka dgn environment kedai ni besar dan lapang...
(sory x de gambo)

Hari ke 2 : lepak sekejap di Pantai Telok Cempedak sambil menikmati chocolate shake...Pastu beli souvenior skit....
Ternampak ni :Comel tak?
hiasan gantung2 ni dibuat dari kulit2 siput dan kerang2
pastu diwarnakan dgn warna2 striking
bila kene tiuup angin nanti ada bunyi2 yg best..
sukerrrrrrrrr~~~
Tapi x beli pun sbb x de budget..
Kalau korang nak, boleh cari kat kat Pantai Telok Cempedak
harga : RM50.00/satu

Kina, len kali boleh tak nak kirim beli bende alah ni? B-)