Maid untuk mertua aku dah sampai, dah seminggu lebih, oleh kerana banyak ada lagi urusan yang tak settle, buat sementara dia duduk dengan family aku..
apa yang best…
1. Balik kerja rumah dah kemas, sejuk mata memandang.
2. Bilik air semua dah dicuci bersih.
3. Kain baju berjemur dan terus dilipat.
4. Ada orang boleh tolong aku memasak, tolong siang ikan atau potong sayur, aku boleh suruh dia tumbuk cili guna lesung batu, siapkan rencah memasak, tapi yang memasak aku ler, aku tak lalu kalau dia masak he..he..cerewaet aku ni.
5. Kadang2 minta tolong dia gosok baju.
Apa yang tak best..
1. Macam ada orang asing dalam rumah, tak best aaaa, macam tak ada privasi.
2. Tak boleh nak manja2 dengan hubby, sebab ada orang tengok, bahaya!!! Nanti dia teringat husband dia kat indon sana.
3. Tensen kalau kadang2 tengok dia lebih2 pulak, satu lagi kalau tak bagi arahan tak buat..,
4. Perbelanjaan increase, kalau makan kat luar kena ada peruntukkan untuk maid, kalau beli jajan, ais krim kena beli untuk dia juga..(aku dah ikhlas kannya) tak baik ungkit pasal makan..itu rezeki dia kan..muga Allah memurahkan rezeki aku sekeluarga.
5. Oleh kerana dia bukan bibik aku, aku tak tread dia macam bibik lah, tapi rasa menyesal pulak bila tengok dia ..contoh..tengok tv suka tengok cite indon tak kira masa.Macam tak ada rules..
6. Sebelum ni aku jarang masak, tapi sejak ada dia, kalau aku tak masak aku susah hati..nanti dia ni nak makan apa.., aku dan anak2 serta suami, tak pa..kita orang on diet he..he…
7. Alissa kata dia tensen..bibik tue suka gelak dan cakap kuat.
8. Terpaksa cakap indon, dahlah kat sekolah banyak indon, kat rumah pun ada..adehlah..
So kesimpulannya, aku tak nak ambik maid lah tak best, kalau nak pembantu aku akan cari yang boleh datang kerumah untuk berkemas saja, siap berkemas dia balik umah dia…barulah privasi hidup aku..
Btw, izzmi yang manja ni pun, tak nak kat bibik tue, dia lepuk2 jer, apalah adik ni tak baik tau…