27 January 2012

kalau suka, like kan?

Pertandingan Poster Dakwah de Facebook





first poster <-------klik sini untuk like.

second poster <--------klik sini untuk like.

third poster <--------klik sini untuk like.
fourth poster <----------- klik sini untuk like.


terima kasih!

19 January 2012

suka


"kakak,ibu ada belikan susu...ibu taw kakak suka minum susu kan?"
"hehe.terima kasih ibu.."


"fatin,kita ni...kita dah ada kat bawah.."
"aqlely dah sampai..? sekejap yea fatin turun skrg.."

"nih..kita bawakkan fatin cornflakes,kita taw fatin suka makan ni kan?"
"eehh...haaa!mana taw? huhu.terima kasih!"


"fatin! aku ada bawakkan makanan fav ko...meh la dtg bilik aku.."
"sekrang? okey..okey..kejap..kejap!"


"nih...cik intan bagi coklat...dalam peti sejuk tu.banyak..."
"woaahh..bu banyak nya?"

"dia baru balik dr london...itu kan coklat2 yang kakak suka?"
"yehehe..."


...

"fatin,kalau kau jadi lelaki kan?.."
"aha.."

"erm.prempuan mcm mana yang ko cari or..suka la?"
"aku?"

"aah.."
"hmmm...mungkin aku suka perempuan yg nampak simple,tp sebenarnya dia tough,pandai,matang,aktif....macam...sekali pandang...ada terlalu banyak benda yang aku nak tahu tentang orang tu..."

"oohh.."

...

"saya tahu awak suka melukis...knape...awak tak jual je drawing2 awak?"
"erm..sebab...drawing yang pertama tu la yang paling bernilai bagi saya..hehe"


"fatin,fatin suka maen watercolor kan?"
"aah.."

"boleh ajar kan?"
"inshaAllah"


percaya tak? banyak perkara yang kita suka tapi kita tak sedar, sampailah sampai satu masa orang lain sedar apa yang kita suka, dan kita mula menghargai. kadang-kadang barulah kita sedar akan minat, kesukaan dan kecenderungan kita di mana.

bila dihargai . dipuji.. itu bermakna ada sesuatu tentang diri kita yang kita perlu belajar menghargai kerana tak semua orang miliki apa yang kita miliki, dan kita mungkin tak punyai apa yang mereka ada.

saya cuba, untuk manfaatkan apa yang ada pada diri.
saya akan cuba hargai mereka yang tahu makanan kegemaran saya.
saya akan cuba kasihi mereka yang kasihi saya.
saya akan cuba berkawan dengan mereka yang ingin mengenali saya.
saya akan cuba.
dan cuba
sedaya mampu saya.

saya cuba.
inshaAllah !


18 January 2012

i wish ..i could




Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love
when I'm afraid To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow.

a thousand years-CP



16 January 2012

rasa pertama



mengenalinya sedikit sebanyak telah banyak merubah corak hidup ku

mengenalinya juga telah membuat kan diriku yang 'baru' tercipta
secara rahsia, aku merungkai satu per satu tentang dirinya
dari orang yang aku kenal, hinggalah yang tak pernah aku kenali
mungkin..tak banyak yang aku tahu tentangnya
tapi sedikit sebanyak aku cuba men'jadi' dirnya

jalan ini,
tak semudah yang disangka
aku cuma bertahan selagi ada daya
memang aku tak pernah meletak harapan setinggi gunung,
mahupun lebih tinggi dari langit!

mungkin..

kerna.. aku bimbang kecewa?
atau.. aku yakin bahagia?

namun ku tahu
keyakinan ku hanya pada Allah
Dia lah pengatur segala.
dan usaha ku tak pernah sia-sia

kerna..
aku banyak belajar dari nya
maka lahirlah rasa redha
yang mana
masa pasti sembuhkan luka


dan rasa yang kedua?
adakah ia ilusi atau realiti?


"surely Allah knows what is in the hearts"
al-Quran 3:119



teguran


kadang-kadang , saya tak tahu mcm mana nak tegur adik-adik. ada yang kalau ditegur, baran plak die. adakalanya andai ditegur, diam tanpa respon. tp, bila lihat cara ibu mendidik dengan penuh kesabaran, saya tahu, hati anak2 sebenarnya sedang mendengar dan menerima, cuma bila dalam usia remaja, mereka cepat memberontak.

bila ibu balik, saya akan kongsikan kerenah adik-adik semasa ibu tiada. ya lah, kakak ni dianggap kawan-kawan saje. lain bila ibu ada. bila bercerita dengan ibu, ibu akan cakap, "lain kali kakak tegur je adik-adik tu..."...."tapi bu, dalam keadaan macam tu..nanti lagi die jadi celaru.."

"kakak..semak kan hafazan ammar?"
"adik? kenapa baru sekarang..?"

saya tegur dengan nada lembut. tak mahu mengganggu emosi nya yang sekejap lagi akan ditasmi' kat sekolah. dan...dengan harapan, dia sedar sepatutnya dia tak boleh buat last2 minute. kalau ikut kan hati, memang rasa nak tinggikan suara je. nak marah-marah masa tu. nak leter memanjang. tp...saya bagi ruang untuk dia menghafal tanpa emosinya terganggu.

"takpelah...."

dia masuk ke bilik. menghafal dengan laju.haih..adik ni. saya sedikit marah dengan sikapnya. saya sabar dan menahan. tak mahu prestasinya jatuh di kelas gara-gara dimarahi kakak nya di rumah. tapi saya tak tahu apa tindakan saya ni, betul atau tak? patutkah aku mengurnya waktu ini? atau...serahkan nya pada ibu? nt malam-malam pandai lah ibu nasihat dan tegur?

"takpe. meh sini. kakak dengar..."

subhanallah. sukarnya mendidik. mcm mna ye? kita..mesti mahukan yang terbaik buat adik-adik kita. mahupun anak-anak kita kelak. dan...pendekatan dan cara mana yang terbaik? sedangkan setiap dari kita, mereka, engkau dan aku...semuanya lain-lain.

Allahuakbar.


slideshow tutorial


bismillah.
okey, kali ni saya akan ajar mcm mana nak buat slideshow mcm kat atas ni. actually, saya tak tahu kalau ade cara lain yang lebih mudah atau bagaimana. masa mula2 upload template ni, anda akan lihat slideshow tu dah ada gambar asalnya. so, saya pun pergi lah explore html2 code dalam setting and i found it!

so, nak share kat sini. sebelum tu, kalau dah baca post yang ini. so,tinggal nak edit slideshow pulak. kalau tak faham boleh tanya. ye

mula-mula, pergi kat dashboard > design > edit html > expand widget templates >




dan kemudian search caption salah satu gambar yang ada pada slide. nak mudah tekan CTRL + F dan taip kan di ruangan 'find' tu. okey bila dah jumpe, next step agak complicated sket. so, kemungkinan kalau salah coding boleh menyebabkan blog anda tak bleh nak preview. so, sebelum apa2 jangan terus save template, tp preview dlu.okey?



okey, perhatikan betul2 link image kat atas ni. sila rujuk background tutorial sebelum ni yang menggunakan image hosting dan link mana yang perlu di copy paste. so, replace je link asal dengan link yang anda dapatkan dari image hosting. and nanti, yang belakang tu die akan jadi okey? done? sebelum apa2 preview dlu yea. dah berpuas hati, baru save. dan masa preview tu, katakan if size tak menepati kehendak so edit semula photo anda dan upload semula menggunakan image hosting td.

done?

okey . next untuk tukar caption. just gantikan caption anda dengan caption seperti dalam ruangan yang dah di highlight kan di bawah ni. pastikan coding die tak terganggu. okey





so,alhamdulillah selesai semuanya dan dah berpuas hati? boleh save template anda. dan untuk next image, ulang balik cara yang sama untuk photos seterusnya di bawah code yang sama. if nak tambah gambar lagi, just copy paste code ini dan gantikan dengan link image serta caption anda.

okey. till next time! insha-Allah!


13 January 2012

cinta terbahagi


ahah. saya nak merasmikan tumblr yang saya pernah buat satu masa dulu, tp tak active langsung. sampai lah satu masa, di musolla kulliyyah saya, seorang junior menegur saya, dan kami berborak sedikit,katanya ..

"kak fatin..akak kan kreatif? akak buat la tumblr?..."
"ahah..kreatif tang mana tu..?akak biasa2 je...akak ade blog lagi, nt semua tak terjaga..."

"alaa...akak...."

tiba-tiba, belek2 folder gambar lama2.terasa nak beri nafas baru. namun, saya tak pandai berkata-kata dengan menggunakan ayat yang best2 kalau ilham tak datang. saya teringat, saya suka baca blog seorang sahabat saya, umairah shafie.kata-kata dia, sangat terkesan dan membuatkan manusia berfikir. mungkin ilham yang Allah kurniakan terhadap seorang penulis yang minat menyampaikan sesuatu.kenyit

makanya,dengan cuti yang ada ni, saya manfaatkan perkongsian penulisan umy, idea si adik junior, dan minat saya pada photography. harapnya, semoga perkongsian ini bermanfaat, dan inshaAllah sedaya upaya saya cuba update blog ini dengan konsisten (if ada cerita yang ingin dikongsikan).

dengan ini saya merasmikan, tumblr saya. http://petitemawaddah.tumblr.com/
sekadar perkongsian minat saya terhadap photography dan editing.

till next time! insha-Allah.


12 January 2012

belajar menerima


bila ku pandand ke langit,
seolah2 awan itu satu ukiran 'dunia' yang berbeza



Dalam hidup ni, ada terlalu banyak perkara yang kita perlu belajar. tak kisah lah tentang apa pun. tentang hati, perasaan, manusia, kegagalan, kejatuhan, hormat, sopan, berdikari, seni, matematik, everything. semua nya!

kita belajar, bukan sebab kita mahukan satu pembalasan mahupun satu penghargaan, tapi sebab kita nak bentuk dalaman diri kita. supaya kita boleh jalani hidup dengan senang, tenang, bahagia...

ibu selalu pesan,
"kakak,
kakak kne belajar 'menerima' orang lain"


saya terdiam.tunduk. memikir kan sesuatu. tentang bagaimana seharusnya kita menerima orang lain? kalau... mula lah perkataan 'kalau' bermain2 di fikiran. tapi kali ni, saya padamkan perkataan tu dari fikiran. celaru. keliru.

seringkali kita mahu jadi baik. terbaik. tapi....baik yang bukan dibuat2. baik yang macam..diniatkan kerana Allah. dan...perbuatan baik yang dilakukan, tanpa kita sedar,tanpa kita ingat. jadi, bila ada sesuatu yang kita tak dapat terima, kita tak akan mengungkit. kita tak akan teringat kembali.



kenapa kita yang harus menerima?

erm. bagi saya. sebab... dalam hidup ni kita harus belajar mengalah. kalau hati kita keras, susah nak terima, lama-lama ia akan membusuk dalam hati kita. ish! tak nak lah! saya nak hidup bahagia tanpa ada noda-noda hitam dalam hati. dengki,riak,iri hati, kedekut, tamak, benci...semuanya...mampu menjadikan hati kita kotor. jadi....tak tenang.



jadi, apa kata, kita yang belajar menerima orang lain?kenyit


kalau kita rasa iri hati dengan orang lain, atas kejayaan atau pencapaian atau kekayaan yang seseorang miliki, just cakap dalam hati.

"itu rezeki dia" , sambil senyum

kalau kita rasa kita nak memiliki sesuatu 'macam' orang lain, dan hakikatnya kita tak mampu. kita kena fikirkan dan muhasabah lah diri kita untuk lebih prihatin pada mereka yang kurang daripada kita. tahu tak? kalau kita sendiri tak positif dengan kehidupan sekeliling yang kita miliki hari ini, kita akan hidup dalam keresahan.

jadi, belajar lah untuk menerima, memaafkan, dan banyakkan belajar dari orang lain.


kita hidup ni, setiap langkah kita...kita sedang belajar sesuatu. sesuatu yang saatnya sangat bernilai. cuma...kadang-kadang kita terlepas pandang. kurang mengambil berat dan selalu saja sambil lewa. kita belajar untuk menerima untuk diri kita sendiri. inshaAllah,kita takkan rugi apa-apa.

alhamdulillah, sepanjang sem yang terlalu banyak ujian dan mehnah manusia mahupun faktor dalaman sendiri, pesanan ibu ini terlalu banyak menjadi sumber kekuatan untuk tangani hidup dengan lebih bijak walaupun ada langkah-langkah tertentu yang silap pilih jalan akibat terlalu emosi.

tapi, bila diteliti semula. bila ada hubungan yang tak baik dengan manusia, kita harus semak semula hubungan kita dengan Allah. ya. sememangnya terlalu banyak cacat cela. luka-luka yang parah, yang perlu diubati dan memakan masa untuk sembuh. tapi, saya selalu yakin Allah itu ada. tak cukup dengan sekadar, hubungan sesama makhluk yang 'visible' ini, perlu saya hadapi. tapi...ada perkara-perkara tertentu yang saya berdiam diri. kerana saya sedang bersabar dan belajar menerima.

biarlah masa yang sembuh kan segalanya.


dan, peristiwa2 yang berlaku sepanjang semester lepas, sebenarnya telah banyak mengajar diri saya untuk lebih matang. saya tak pernah menangis. bukan nak membuktikan saya kuat, tp...nilai air mata ini saya simpan untuk bertaubat pada Nya.

sesungguhnya, andai ada masalah ttg diri, saya terasa seperti.....saya dah jauh meninggalkan Allah. saya dah jarang beramal...saya kurang amalan sepanjang sem lepas. terlalu kurang hingga Allah beri ujian untuk saya bangkit dari lena kesibukan hidup..belajar yang menarik saya untuk jauh dari berlama-lamaan atas sejadah. untuk sesekali membaca Al-Quran berbelas muka. saya tahu. saya dah leka.

mujur saya tahu.

sem depan, moga semangat baru datang.




Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(surah Ar-Rahman: ayat 18)

10 January 2012

background tutorial

salam ,
kepada yang bertanya mcm mana nak buat background blog. sebenarnya tak payah buat pun, just download n upload design sedia ada. cuma nya nak masukkan gambar and edit2 html tu lah yang pening sket. so, ini serba sedikit langkah2 untuk edit layout blog anda!

1. mula-mula,pergi ke link ini . dapatkan pilihan layout yang menepati citarasa anda ye.



2. kemudian klik pada layout yang anda gemari dan klik pada download. dah selesai download....




3. dah selesai download, pergi ke dashboard dan klik pada 'design'.



4. kemudian, klik pada "edit html".


5. dan upload layout yang anda dah dowmload tadi.simple je. tp sebelum save, pastikan anda 'preview' dulu,takut2 ada problem dgn html error dsb.




untuk tambahan, kalau layout mcm saya ni, anda perlu edit gambar anda sendiri. so, nak dapatkan url gambar yang ada dlm folder pc anda, boleh gne mana2 image hosting untuk edit2 dalam html nt. so,selamat bermain dgn coding2 ;)



pastikan url yang diambil seperti yang telah dibirukan di bawah. if,ada pertanyaan boleh tinggalkan comment di bawah. inshaAllah mana-mana yang boleh dibantu saya akan cuba.


dalam erti kata mudah, anda mungkin boleh juga rujuk pada link ini.
okeh ye. selamat mencuba!

p/s: sebenarnya design blog ni was inspired by his blog.hehe

09 January 2012

sudden attack


cuti dah bermula. dan belum sampai seminggu.

"kakak...jom la SA..SA.."
"okey2....kejap..."
(hahah..i told you.kalau balik rumah MEMANG akan KENA main)

dah lama tak maen benda alah ni since duk uia. maen CS pun tym zaman2 matrc dlu. pendek kata mmg dah lama tak sentuh game tembak2 ni. once main,"mcm" best. lepas dah main memang "addicted". dan game ni kne maen online. login gne password bla..bla...bla....then,tgk sape online!

perghh....bila dah maen online mmg tough giler (ke...diri sendiri yg tak pandai maen)

"aaaa....akak dapat killed 7 orang je...."
"alaa....okey la tu.dalam tu semua dah expert2 punye orang...lama2 akak terer laa..."

"huh?"

okey,realitinya maen game online ni... ya lah...kita tak tahu diorang2 ni kaki game or beginner2 mcm saya ni kan...haha.tapi sungguh, terasa keseriusan bermain tu mcm lebih, since kita tahu yang sedang bermain tu adalah "orang" yang sdg mengawal. dan bukan computer.

syok main sampai tak sempat masa habis...

"kakak.....tolong basuh sotong ni...."
"headshot!sama itu sotong....hahahaha......."

okey ibu!



mood:cuti yang awal.
yeehaa!



06 January 2012

coming soon


hehe.alhamdulillah.selesai sudah exam jam 4.30ptg td. even,mcm soalan makin tough n jawapan semakin critical thinking punye style, rasa mmg susah nak jawab. dan masa tak mencukupi..huh..ini bukan alasan,ini fakta yang ramai pelajar kne tanggung. haha. but....so far, alhamdulillah, lepas usaha kita kne tawakal n yakin kan?

memandangkan dah berakhir sem 1, dan....boleh dah cuti kot.hehe. so,tak mahu tulis end of semester tp 'konon' nya sdg smgt menantikan season2...eahh...sem 2....haha.wink buat kawan2 yang masih struggle,selamat berjaya diucapkan. teruskan usaha dan semangat anda untuk menghabiskan baki sem 1 ni ye.


okeehhh...short post je untuk malam ni.
selamat menduduki peperiksaan dan bercuti buat yang takde paper langsung tuu...tak taw la nak wish ape...haha. *jealous mood

till next time,inshaAllah!:70:




maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.