31 March 2012

jawapan untuk kamu


Teringat waktu zaman sekolah dulu, ustaz pernah tayangkan video tentang palestine. kekejaman tentera zionist terhadap rakyat palestine di bumi palestine. lantas, tertera satu part di mana seorang kanak-kanak kecil hanya membaling batu ke arah kereta kebal besar di hadapannya. subhanallah! jika mahu dibandingkan size kedua-duanya, mmg terlalu kecil kanak-kanak itu.

jika kita lihat sendiri, di media massa, merata-rata gambar mereka diseksa dengan kejam, dikasari. Allahuakbar. tak dapat bayangkan jika kita berada di tempat mereka. jika Allah letakkan diri kita di situ. kanak-kanak, pemuda2 sekdar membaling selipar, botol, batu atau apa sahaja yang ada pada mereka ke arah tentera yang bersenjata lengkap. agaknya, kita pun begitu juga kah?

mampu ke pemimpin kita nak hulurkan senjata seorang satu atau sekurang2 nya satu keluarga satu senjata berserta bekalan peluru untuk sebulan. fikir-fikirkan?

pada cerita tayangan tadi, ustaz berkongsi bahawa dia pernah sampaikan satu kuliah di sebuah tempat dan video yang sama ditayngkan, lalu berkata seorang pak cik "...apalah!baling batu nak lawan dengan kereta kebal???!! haha..." logik? tak logik? masuk akal? Allah knows best!

"Ibarat burung pipit yg bantu Nabi Ibrahim apb dibakar. Paruh mereka kecil, tp krn kasih pd Nabi..dia nk juga guna paruh kecil nye isi air & padamkan api. Kita tidak melihat pd result tp kita lihat pd usaha..."


"At least bila Allah tanye, amalan blh jwbkn di dlm kubur. drpd ditanye 'kosong jek - xde ape"- S Aminah

hari ini,

kata mereka, Global March To Jerusalem hanya acara bulanan, takkan membawa apa-apa perubahan. kita perlukan, kedudukan ekonomi yang lengkap, senjata yang betul2 mantap.yang boleh lawan 'kereta kebal'. ohh...tak sama sekali. hari ini, sebenarnya mereka bukan nak lihat dr jauh, tp mereka ingin memasuki bumi Palestine!

"GMJ ialah satu usaha yg SERIUS utk masuk ke Jerusalem. mrk bkn datang utk menjerit2 di sempadan, mrk dtg utk masuk ke tanah suci yg sebenarnya milik kita semua, bkn milik Zionis. lebih 50 ribu org berkumpul di sempadan Jordan, menunjukkan bahawa masyarakat dunia menyokong perjuangan Palestin. kalau Israel tak rasa terancam dan bimbang dgn perkembangan ini, masakan 50 ribu org itu dihalang dgn kereta kebal dan askar2 hingga terpaksa pulang dlm kehampaan? "

"ya, mungkin thn ni kita tak berjaya masuk ke jerusalem, tp sbhgn dr objektif dr GMJ berjaya dicapai. yakni: masyarakat dunia dah mula buka mata dan sedar dgn apa yg berlaku di palestin. ada kalangan org yg tak pernah tau apa2 ttg palestin pun dah mula dpt info sikit2 disebabkan besarnya promo yg disuluhkn oleh media seluruh dunia kpd pergerakan global ni.dlm program myGMJ di stadium melawati smlm pun, kira2 lapan ribu rakyat malaysia sanggup turun dr seluruh negara, (serius, bus banyakk) utk ke 1 program yg durasinya hanya berberapa jam, sampai la after 11pm mrk masih setia di stadium."

"itu menunjukkan tahap seriusnya kita dlm menyokong prog ini. dan kalau ada 1 benda yg israel patut takut, itu ialah meluasnya kesedaran dan bangkitnya dunia menentang segala kezaliman yg selama ni mrk sorok dan didiamkan. maka, altho of course tak semudah tu utk kita terus berjaya, tp ni adalah antara langkah2 ke arah kejayaan.betul kita perlu kekuatan ekonomi dll. tp lebih ramai org sedar, lebih ramai org sokong, keadaan akan lebih menyukarkan pd zionis. dlm masa sama, kita kuatkan juga aspek ekonomi dll. wallahu'alam
" - Fatimah Muhammad

dan..
ini jawapan untuk kamu, untuk diri ku juga.

"Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muh...ammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman."

(Al-Anfaal , 19)


Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; (4)

(Surah Ar-Rum: 1-4)


Dan apa yang telah menimpa kamu pada hari bertemu dua kumpulan (angkatan tentera - di medan perang Uhud) itu, maka (adalah ia) dengan izin Allah, dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan orang-orang yang (sebenar-benarnya) beriman.

(A-li 'Imraan , 166)




“Atau apakah kamu sangka bahwa kamu akan masuk ke syurga, padahal belum datang kepada kamu seperti yang datang kepada yang sebelum kamu, mereka itu dikenai oleh kesusahan (harta-benda) dan kecelakaan (pada badan diri) dan digoncangkan merek...a (oleh ancaman-ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman besertanya, ’Bilakah akan datang pertolongan Allah itu?, ‘Ketahuilah bahwa pertolongan Allah itu telah dekat.’”

(2:214)



"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang s...erta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun"."

(An-Nisaa' , 77)



sebab kite tak nak jadi macam

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda... dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."

(At-Taubah , 81)



"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (b...erdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)"."

(An-Nisaa' , 75)


beritahukan padanya

"Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar"."

(A-li 'Imraan , 168)



sebab kita orang beriman jadi kita percaya

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana memperta...hankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)."

(A-li 'Imraan , 13)

"Kesimpulannya. amal dan pahala manusia terletak pada usaha. kerana natijahnya hak mutlaq Allah swt. jangan jadikan alasan lemah macam orang musyrik sebagai alasan untuk tidak berjihad (bersungguh-sungguh dalam beramal) kerana orang beriman,... yakin SEMUA PERKARA ADALAH TIDAK MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH. hatta dengan usaha-usaha kecil yang tidak efektif sekali pun. :) kalau dengan usaha kita, kemenangan belum datang, maka mungkin belum rezeki kita untuk mendapat kemenangan itu. tapi semoga amal usaha kita, mampu menjadi mahar penebus syurga." - Nadhirah Abd Rahman


"orang mukmin ni ada benda yang ajaib sekali iaitu iman. ibrah perang badar, logik ke nak serang army 1000 vs 313 je? siapa yang sanggup percaya rom yang ibarat AS sekarang boleh dikalahkan? siapa yang sanggup percaya terkorbannya ghulam men...yebabkan seluruh penduduk memeluk Islam dan dihumban dalam parit mendidih? history will repeat itself again. believe Allah's word my friend! semua orang boleh bagi alasan, tapi takutlah untuk memberi semua alasan itu di depan Allah pada hari pembalasan.." - Kak Maryam



Wallahualam
"from the river to the sea, Palestine will be free!":f:

syahdu


"syukur aku ditempatkan dalam kalangan mereka. walau takde sumbangan besar, tp semangat tu masih terasa tempiasnya pada diri. dan niat ku untuk juga mengajak teman yang paling rapat dengan ku. sesungguhnya membawa teman ke suatu perubahan yang baik adalah sesuatu yang sangat 'manis' dalam perkenalan."


"syahid impian kita semua"


sayu bila mana melihat ikhwah dan akhawat bersemangat semalam. it was GMJ event. you must know about it. it's a global issue. isu umat Islam.satu peristiwa yang paling bersejarah. last night, mereka persembahkan flash mob, dan beberapa persembahan dr pensyarah dan pelajar uia dan uitm. semangat! ribuan orang yang hadir. ada beberapa bas dr universiti tempatan. tak kurang juga yang dah berkeluarga, anak kecil yang kukira, semangat mereka masih ada walau dah berkeluarga. dan sememangnya itulah yang kita mahukan dalam masyarakat kita. kesedaran akan seorang manusia atas nama Islam yang bersaudara.

satu kata-kata yang saya tertarik smlm,pada persembahan pensyarah dr uia, kata nya, mereka di tanah arab terasa seperti dah tiada harapan. seperti mahu putus asa, tp..bilamana melihat kebangkitan dan semangat pemuda pemudi dari semua tanah arab mempunyai semngat juang dan jihad yang tinggi menentang zionist!keyakinan mereka pulih kembali. ada sinar harapan yang menanti! mereka sanggup berjihad di bumi palestin! air mata saya menitis.


"doakan kami tak kembali"


"3 ikhwah kita akn ke palestin termasuk dalam 25 delegasi dr malaysia yang akan ke sana".."ana dapat message mlm tu...sayu bila baca, semua dapat serentak , mereka kata..doakan kami tak kembali" tiba-tiba angin petang tu berhembus kuat. sementara menunggu bas, saya berborak dengan naib presiden kelab. subhanallah. kuat nya semangat jihad mereka.

salah seorang drpd ikhwah tu, pernah travel dengan saya masa kami ke syria. tak sangka dia antara insan yang terpilih. sememangnya dia sgt aktif dan semngat juang nya tinggi. semalam masa di GMJ tertera gambarnya di skrin. mengatakan khabar mereka dan beberapa delegasi lain di sana. terkejut. tersentak. terharu. cemburu.

syahdu.

bila fikir balik. usia kita ni, mmg dah terlalu perlu untuk memikirkan perkara yang lebih jauh. isu yang lebih besar. sedih bilamana melihat anak-anak muda masih melepak di pusat karaoke. masih melepaskan tension di panggung wayang. masih membuang masa menghisap shisha bersama kawan. seolah belum ada satu kesedaran untuk sama-sama berjuang. at least untuk diri sendiri.


wallahualam.
peringatan untuk diri jugak.
berkawan lah dengan pemuda pemudi yang mempunyai masa depan yang baik. inshaAllah, kita juga akan tergolong dalam kalangan mereka. alhamdulillah, perasaan di pilih Allah ini untuk mengenali, bersama dan bergerak bersama mereka, mmg awesome!wink


"moga redha Allah bersama kalian"




"from the river to the sea, Palestine will be free!"
ameen





29 March 2012

mid break






"inilah mid
'break' tahun 3 saya. sekadar duduk di bilik, pergi library, siapkan research, makan petang-petang bawah pokok. haha wink cute kan? and bukak cuti ni, mulalah first paper english writing . exam ntuk pertama kalinya sem ni. so wish me luck!

sementara yang lain tengah bercuti bersama keluarga, pulang ke kampung halaman, saya masih disini, menjalani rutin2 harian. cuba ntuk memberi semangat untuk diri sendiri. dan...saya tahu orang lain pun tengah struggle.

buat teman-teman yang sedang bercuti. manfaatkan masa bercuti bersama keluarga. dan jangan lupa assignment2 yang diberi mrgreen hehe. so buat diri yang sedang keseorangan di bilik selama 4 hari berlalu ini, semoga terus kuat bermujahadah, dan dapat buat yang terbaik untuk diri dan keluarga. lillahi ta'ala!"

yosh!!










sendirian.
iium gombak.



with love:t:
nadia.

ibu, kawan-kawan, doakan saya ye.

28 March 2012

kau yang berpurdah


"Kalau kau berpurdah kerana Allah SWT,
Untuk penyucian hati,MasyaAllah,
tabarakallah!Aku kagum dgn kekuatan
dan langkah yg kau ambil."




kakak tu dulu, tak seperti sekarang. perubahan pada dirinya sangat ketara. dia berubah sebelum melangkah ke tahun akhirnya. siapa tahu , hidayah akan datang pada bila-bila masa sahaja. saya tak pernah kenal dia. saya tak pernah bertegur sapa, tapi bila diceritakan tentang nya seolah kami pernah bersua.

sebab itu, bila lihat kawan-kawan yang kurang menjaga pemakaiannya, kadang-kadang selalu didoakan supaya dia berubah. berubah kepada yang lebih baik. supaya dia boleh menilai mana yang lebih baik. adakalanya, mereka akan berubah lebih baik dari kita. lepas sorang, sorang kenalan saya berniqab. kekuatan apa yang mendatangi mereka? saya kagum. saya juga bercita-cita. tapi bila?



dia pula, berubah dari tudung 3 segi kepada tudung labuh. happy-go-lucky. suka bercerita. mengenalinya cuma dari kawan kepada kawan. tapi kerana keramahannya kami senang bersama. ceritanya, takut bertudung labuh sebab bimbang lelaki takut untuk mendekatinya. tapi, sebaliknya, lelaki yang baik mendatanginya.

pendek kata, pemakaian kita mungkin tidak 100% menentukan siapa kita. tp percayalah, luaran kita sedikit sebanyak memberi ruang untuk orang lain ingin mendekati kita dengan cara paling terhormat. supaya dihargai dan dipelihara maruahnya.

ada sebab kenapa Islam meletakkan garis panduan dalam pemakaian. pakaian kita melambangkan diri kita. aurat harus dijaga sebaiknya. bila kita menjaga, pasti orang lebih menghormati kita. percayalah.


wallahualam.

entah angin apa yang datang. saya teringat saat2 sebelum saya berangkat ke bumi syria. 2-3 lipatan niqab saya tersusun kemas dalam beg. tapi, saya tak menyentuhnya langsung. saya belum kuat. cry


blog walking


selain minat dalam menulis blog, saya juga suka jalan-jalan di blog penulis lain bila terasa lapang atau nak 'lari' sket dr kerja wink atau...nak mencari sumber inspirasi, sumber kekuatan, nak cari makanan rohani dan nak belajar drpd perkongsian cerita orang lain :u:


ini blog kegemaran saya , penulisnya umairah shafiee. http://umairahshafei.blogspot.com/

blog yang berjaya memberi sumber kekuatan spiritual. merupakan pelajar uia dalam jurusan bahasa arab. mengenalinya bermula dari blog dan dalam program-program di uia. seorang daie yang cukup hebat dalam menyampaikan.



penulisnya asma amatullah. juga merupakan pelajar uia jurusan economics. pernah merantau di bumi syria bersama. she's great. and good in speaking arabic. mashaAllah. semangat nya dalam berdakwah sgt tinggi!
http://imanismile.blogspot.com/

bila nak jadi mcm asma :a2:



ini blog yang memberi sumber insprasi kepada saya, penulisnya kak shwa
http://syanashwa.wordpress.com/

seorang dentist dan ibu yang berkerjaya. mempunyai kisah hidup yang mampu memberi sumber inspirasi pada orang lain. mengenali kak shwa hanya melalui blog,tp mcm dah knal lama.


blog ini juga. penulisnya kak aimie habban.
http://aimfordsky.blogspot.com/

tak pernah mengenali penulis, tp kisah perjalannya merantau, dan menjadi seorang ibu memberi sumber inspirasi untuk juga berjaya sepertinya.



blog ini pula, selalu mengajar diri supaya selalu bersyukur atas ujian yang Allah berikan, kerna ada insan lain yang lebih berat ujiannya. juga sudah berkeluarga, dan berada diperantauan dalam membina kekuatan untuk study, menjadi seorang ibu dalam membesarkan anak-anak dan isteri solehah.
http://dinoor.blogspot.com/2



blog untuk pengisian rohani. banyak cerita dan perkongsian penulis penulis yang boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
http://muharikah.wordpress.com/




saya suka barang-barang vintage, pertukaran 4 musim, lebih2 lagi musim luruh, saya suka gambar-gambar yang dikongsikan oleh jurukamera dalam blog ni.so let's take a look!hehe
http://loretablog.blogspot.com/



wallahualam.
till next time! insha-Allah!wink

27 March 2012

perempuan kecil

“Allah selalu memberikan
Jawaban atas doamu .
Terkadang dengan sesuatu yang terduga.”






















“Orang lain tak akan pernah tau apa
yang sedang hatimu rasakan.
Orang lain bukan juga penentu kebahagiaan
dan kesedihanmu. hanya kamu yang Tau
hanya kamu yang rasakan dan
Hanya kamu yang menciptakan kebahagiaan itu.”





















“Aku selalu punya mimpi
tapi tak semua mimpi itu menjadi kenyataan
dan terbaik untukku.Dan aku Harap
Kau mimpi yang akan menjadi
nyata dan terbaik untuk Kita.”




















"aku tidak mencari yang terlalu sempurna
tetapi cukup bagiku
yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan
imannya"


























“Kita disini untuk saling memperjuangkan,
jadi jangan pernah menyerah
sebelum kita sampai pada
tujuan kita dan raih kebahagiaan .”





















“Jarak adalah cara Allah agar kau
tetap bisa menjaga Hati, Mata, Telinga
dan
Cintamu Hanya Untuk aku.”




















“Kita harus terbiasa dengan angin
Kita harus terbiasa dengan Hujan,
Kita harus terbiasa dengan Petir
Karena Semua itu akan Menghantarkan Kita Pada Pelangi.
Dan Sekarang Bagaimana Kita Berjalan
tanpa terpisah untuk menuju pelangi BerDUA.”




















“Kebahagiaan ada didalam dirimu,
Ikhlaskan apa yang membuatmu menangis,
Syukuri apa yang kau dapatkan,
berikan kedamaian dalam
hatimu dan tersenyumlah.”



















“Hanya Perlu Pikiran yang positif ,
kepercayaan dan hati yang tetap tenang .”


















“Tak perlu kau menjadi sesorang
yang romantis untuk mencintaiku,
jadilah dirimu apa adanya
untuk tetap mencintaiku
karena itu lebih romantis untukku.”





















"bukan harta yang banyak,
paras rupa yang menawan atau
ketertinggian status dalam sosial ;
tapi dua jiwa yang mempunyai satu titik persamaan
yang dipertemukan oleh Tuhan.
itulah cinta.
sekurang-kurangnya."

















“Suamimu bukan pesaingmu
tapi ia imammu.
Dialah yang menjadi Surgamu kelak.
"

















“Aku sudah terlanjur mencintaimu
dan tidak hanya itu di setiap sujudku
pun selalu ada terselip doa
untuk kau agar menjadi imamku kelak.”




















“Tuhan…Yakinkan aku Dia
yang terbaik untuk menjadi Imamku
dan Ayah dari anak-anakku.”


















“Hanya bisa bersabar dan
tetap berdoa untuk
selalu di berikan yang terbaik.”






















“Tuhan jadikan Aku yang terbaik untuknya
dan Dia yang terbaik untukku,
Tunjukkan jalan yang terbaik untuk
Menujunya dan menjalani kehidupanku
selanjutnya bersama
Dia dan bidadari-bidadari kecilku nanti.”



















“Aku bahagia punya Orang tua,
Keluarga, Sahabat, dan teman yang sayang aku.
Tidak ada alasan lagi untuk tidak bersyukur
padaMU ya Allah. Semua menjadi begitu indah
aku jalani bersama Mereka.”


















“Allah sedang membisikkan sesuatu,
Kehidupan ini bukan Hanya Untuk Aku dan Kamu
tapi masih ada Dia dan Mereka .”








perempuan kecil




kota ini



aku duduk lagi mengadap komputer ku di atas meja. jari jemari ku menggenggam erat tetikus yang bukan wireless. kekuatan menulis belum hadir lagi. menunggu mood yang entah bila.

bukan mudah untuk melawan sifat malas. untuk melawan rasa rindu pada kampung halaman. sesekali ku selak langsir yang tersemat kemas di jendela. adakalanya, suara burung lebih menarik pendengaran ku dari lagu yang terpasang di komputer tanpa ada siapa yang mendengar.

esok. janji hanya tinggal janji. esok,seharusnya lebih baik dari hari ini. esok, sepatutnya lebih bermatlamat dari hari ini.

perasaan , jangan selalu dilayan. angan-angan jangan hanya tinggal igauan.
impian. adalah sesuatu yang harus dijadikan realiti. harus menjadi kayu pengukur untuk semangat esok.

aku membuka folder lama dalam sebuah hard disk yang bersarung putih. di dalamnya tersimpan segala khazanah kenangan yang menyimpan seribu kenangan yang...juga mampu mengalirkan air mata ku.

gambar. satu kenangan yang mengecas semula spirit yang lemah. ada satu nafas baru pada setiap gambar yang tersenyum. seolah ingin sekali lagi aku merasainya. ingin sekali lagi aku melaluinya.

Allah..









:121::103:
i wish i could travel again with the one that i love


ameen



26 March 2012

tentang












di situ ada impian. cita-cita. harapan. :n:
lakaran sebuah lukisan di atas kanvas kehidupan.


SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!wink



pensyarah


"i'm very dissappointed guys!...this is the works that you have submitted to me!??"


"fatin!..i thought u're matured enough?!!.."



"your teammates are all good. you all have ability to do..but....this is all what you've gave to me??!!"


pensyarah saya buka satu-per-satu gulungan kertas bersize a1. kelihatan di wajahnya sangat kecewa. is it my fault? ya. jauh di sudut hati, mmg 'ada' perasaan bersalah sebab tak bersungguh dalam melakukan assignment. sejujurnya, mmg ada niat dalam hati "aahh..asalkan siap dulu..." sikit pun saya tak rasa nak berpaling wajah saya dari kedudukan pensyarah saya saat itu. saya akur, memang salah saya. bukan salah ahli kumpulan atau sesiapa.

"out of 20...i'll give you only 5...or 0!!"

nada nya marah sungguh. dalam hati saya. "aaaahhh..habislah pointer saya jatuh. .." kawan-kawan saya yang lain semua tertunduk ketakutan. saya tahu itu silap kami. dalam menyiapkan kerja pada waktu yang singkat berserta komitmen dan 'alasan' kelas ni cuma 2 credit hour, maka....kami sambil lewa. dan, atas sebab pensyarah yang disangkakan baik dan kelakar, kami 'ter'ambil kesempatan atas kebaikannya.

kasihan.


saya teringat pesan ibu, selalu amalkan "ya latif..ya latif...". mohon lembutkn hati pensyarah. sambil merenung wajah pensyarah yang terlalu marah dan kecewa, saya bacakan ya latif dalam hati. harapan saya moga kerja-kerja kami tak dikoyakkan. akhirnya, dia pulangkan semula sebelum kelas berakhir.

"i don't mind. if u deserve C for this subject, i'll give you C..."

tertelan air liur. "aahhh..lagi skali C? nightmare!dush!" mood berubah dalam satu hari. kami terasa sngat kasihan pada pensyarah kami, atas sikap kami yang dah '3rd year' tp .....urghh....tp....tp.....banyak nya tapi, tp....mcm alasan pulak. hmm


saya teringat peristiwa sem lepas. gred C yg saya dapat. sejujurnya saya bukanlah pelajar yang suka membodek lecturer. saya suka jadi diri sy sendiri. terima apa adanya. even,kawan-kawan pun takde yg jenis kaki bodek. cerita-cerita yg sy dgr sebelum masuk U adalah mitos semata...yeke?heh..cuma, bila kita perform well, people will put their eyes on us.honestly, saya tak suka bila pensyarah terlalu 'suka' saya atau membandingkan saya dengan pelajar lain. saya rasa kami semua sama. sedang dan masih belajar.

akhirnya, satu hari, bila dia kecewa dengan kelas kami. lagi sekali, saya jadi aim. urghh! saya teringat peristiwa tu sampai ke hari ini. and i still remember one of my friends told me, "aku tak suka jadi tumpuan orang lain ni...once kita buat silap...once kita perform..ada je yg tak kena". and what he said is true. sooooo true.

tp, nk buat mcm mana. kita tak minta. untuk situasi tu jadi mcm ni. untuk redha, dengan takdir,ujian cabaran dugaan atau...apa saja namanya, kita kenalah sentiasa positive dan berlapang dada. dulu, saya sukar nak faham dengan situasi ni. saya terlalu negative. mudah makan dengan kata-kata orang. mudah terpengaruh fikiran dengan khabar-khabar angin. sebabnya, nak tak nak, situasi mcm ni...rasanya akan berlaku di mana-mana. cuma, kita yang melaluinya, atau tak, dan cara kita menghadapinya dan jalan yang kita pilih.

bila positive, belajar pun jadi best.wink

haaah...tinggal setahun lagi. sem depan practical. terasa cepatnya masa berlalu. lepas ni, samada nak sambung belajar, atauuu.......nak travel?


hmmm.
jom kita berjalan-jalan sambil belajar!mrgreen
saya nak pergi ke satu tempat yang takde orang kenal saya.



ohye,akhir cerita ni, akhirnya, memang Allah lembutkan hati pensyarah saya. dia suruh kami redo kerja kami semula. kami diberi peluang selama seminggu. dan kami melakukannya dengan bersungguh-sungguh. apakah kesudahannya? adakah beliau berpuas hati? adakah ada peluang untuk kami dinaikkan gred? let us pray for the BEST!

apa yang Allah dah aturkan, itulah yang terbaik!
till next time. inshaAllah!wink

23 March 2012

“aku yakin Kau akan permudahkan segalanya untukku”




"saya tak mampu nak lakukan semuanya sendirian. kalau saya mampu, dah lama saya buat sendiri. cuma, saya kena selalu2 bersabar dan didik hati untuk belajar melakukan sesuatu tugasan berjemaah, secara berkumpulan....cuma nya....setiap orang itu, lain cara nya,hati nya,fikiran nya....hmmm...mcm mna ni....." sad

"fatin... tak boleh dengar benda-benda mcm ni...fatin cepat rasa 'down'. rasa beban tu terletak kat bahu kita. sebagai ketua, ftn takut ada silap kat mana-mana yang fatin tak sedar. kadang, memang senang nak mengungkapkan maaf, tp kita tak tahu, maaf kita tu ....sebenarnya diterima dgn ikhlas...? atau terbuka kah hatinya?"


"dalam sibuk-sibuk dan masing2 ada komitmen terhadap tugas sendiri, susah nak memahamkan bahwa orang lain pun ada tugasan masing-masing. mcm mana lagi nak kurang kan rasa beban anak-anak buah? macam mana lagi nak bersikap adil? perlu ungkit satu-satu apa yang dah kita korbankan..?"

"Allahuakbar.
saya jadi takut nak jadi pemimpin. memimpin. tapi... "

"harus macam mana lagi? kudrat saya tak kuat. saya tak mampu nak lakukan semua. saya cuma manusia biasa. apalah sgt jika mengaku kesilapan. apalah sgt turunkan ego mohon bantuan. apalah sgt berterus terang sesama sendiri. dunia...oh dunia....apa ada padamu sehingga kami gelisah dan takut dengan mu???!"



mungkin. saya tak pandai nak bertegas. mungkin saya selalu membawa sikap berlemah lembut dalam memberi arahan. mungkin. saya takut nak terlalu mendesak kerana takut memberi tekanan pada anak-anak buah. mungkin. saya kurang keyakinan pada mereka. mungkin juga sebenarnya saya tak boleh jadi pemimpin?

"entah lah fatin, masing-masing dah besar dan sepatutnya boleh berfikir sendiri"

ingat lagi guru kaunseling saya ajar kan, sebenarnya masalah tu, berpunca dr dalam diri kita sendiri.BUKAN orang lain. ada kunci yang belum kita temukan. ada persoalan yang belum terjawab.pasti ada.

dalam pada masalah sendiri belum selesai, masalah lan datang. kawan saya mengadu masalahnya pada saya. sampaikan saya tak macam selalu. tak pandai memberi pandangan. fikiran saya penat.

apa yang boleh,
saya hanya mampu berdoa untuk nya. moga urusannya dipermudahkan.
dan, Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang, urusannya selesai. masalahnya hilang.


dan saya? masih di sini.
mohon kalian doakan, everything will be fine soon:t:



Jangan persoal bila Allah bagi dugaan,ikhlaskanlah sesungguhnya Allah senantiasa menguji hambaNya dengan pelbagai jenis dugaan

Firman ALLAH dalam Hadith Qudsi :
” Wahai hamba-hamba-KU ! Aku telah berikan kurnia kepada kalian dan Aku telah meminta hutang, pinjaman dari kalian. Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu kepadaKU dari apa yang telah AKU kurniakan itu dengan taat, nescaya Kusegerakan(membalasnya) dalam waktu singkat(dunia)dan Kusimpan baginya untuk waktu mendatang(akhirat). Tetapi barangsiapa Kuberikan itu secara paksa, namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana ALLAH, nescaya Kuwajibkan pemberian hadiah dan rahmatKU baginya, dan KUcatatkan bahawa termasuk orang yang dapat petunjuk dan Kuperbolehkan dia mendapat nikmati pandangan kepadaKu. “

(H.R Rafi`i dari Abu Hurairah R.A.)





22 March 2012

learn to love it


pernah kita terbaca atau menonton mana-mana kisah berkenaan orang-orang yang hidupnya susah. tp pernah kah antara kita yang pernah melalui kesusahan2 itu? atau..pernah kah kawan-kawan atau masyarakat sekeliling kita yang mengalaminya?


tak pernah saya memikirkan situasi yang saya lalui, sehinggakan kebelakangan ini, banyak pula kawan-kawan yang berkongsi cerita ttg hidup mereka, waktu kecil,zaman persekolahan. kadang, kita rasakan, hidup kita dah ckup susah..rupanya,tak. sedang ku rasakan zaman kecil ku seolah terlalu mewah.neutral

saya bukan dilahirkan dalam keluarga kaya. miskin pun tidak. sederhana cuma. alhamdulillah. tapi, bila mendengar kisah mereka yang pada satu masa dulu pernah hidup dalam kemiskinan, rupanya, kesenangan mereka hari ini, bukan semudahnya dikecapi sedari mereka dilahirkan.


"dulu..kita kecik2 mak ayah kita beli mainan dr pasar je.."

mendengar kan perbualan mereka, saya terdiam untuk mencelah. saya teringat masa arwah ayah sambung blaja di perancis dlu, lepas balik kuliah, mesti ayah belikan mainan. at least anak patung barbie yang berpasang-pasangan. bukannya ayah belikan satu kotak, tp dua, malah tiga kadang-kadang. tak ckup dgn sekadar patung ayah tambah lg dengan aksesori Barbie. bila tiba cuti krismas, ayah pasti bawak kami ke GIANT, sebuah kompleks permainan yang sgt besar. subhanallah! memang mainan nya tersusun dr aras lantai hampir ke syiling. rambang mata dibuatnya. itu pun, bagi ku dah terlalu ckup.




"kalau pergi shopping complex, ummi ckp brg sorang satu je..."

saya terbayang ibu dgn ayah. apa-apa yang anak mahu kan,tiada had. lebih-lebih lagikan makanan. jika dirasakan barangan itu terlalu mahal dan bukan keperluan, ibu ayah akan menolak dengan tanpa ada perkataan yang mengguris hati kami, lalu mereka gantikan dan pujuk dengan barangan lain.




"ayah aku dah berhenti kerja, sakit. mak aku tiap-tiap minggu kne hantar ayah aku ke hospital. dah la mak aku tak kerja...pendapatan dia jual kuih hantar sana sini....aku kesian la dgn mak aku...kne jaga nenek lagi....yang lain semua tak nak bertanggungjawab"

sejak ketiadaan ayah, ku sangka kan ibu lah wanita yang paling berdikari dalam dunia. rupanya selain ibu, ramai lagi yang lebih susah dr ibu malah perlu lebih bekerja keras demi keluarga. hasil didikan ibu ayah, abang telah banyak berjasa dalam keluarga bagi ku. saya amati sikap abang yang terlalu prihatin dalam memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. abang tahu mana yang perlu diutamakan. dan seolah kasih sayang abang tak pernah berbelah bagi, dan abang tak pernah hitung penat lelah nya dalam menjaga kami sekeluarga.




"dulu kecik-kecik...mmg abah aku didik ktrg style tali pinggang je..."

saya terdiam. hampir mengalirkan air mata mendengar kisah mereka adakalanya. sedangkan waktu kecil, sepanjang hayat ayah, seingatku, ayah tak pernah memukul saya, ckup sekdar memarahi, dah ckup membuatkan aku menyesal dan mengalirkan air mata. lain dgn abang yang sedikit nakal, ayah hanya rotan di tapak tangan. ckup memberi pengajaran pada diriku juga.




"ayah aku bukan jenis tunjukkan kasih sayang kat anak-anak...tp mungkin dia tunjukkan kasih sayang dgn kerja keras dia....ktrg jarang spend time bercuti sekeluarga.. bukannya aku tak terngin...teringin jugak...tp nak buat mcm mana...aku tak boleh nak sama kan parents aku dgn orang lain..."

saya hnya mampu tersenyum kecil. tak tahu nak ungkapkan apa. mungkin ajarkan dia erti bersyukur. dan betapa besar pahala ayah nya dalam membanting tulang besar kan anak-anak sehingga masuk university. mungkin bila dia dah berjaya, boleh bawa parents nya berjalan-jalan. arwah ayah pula, hujung minggu selalu bawak kami jalan-jalan. seronok memang seronok. memang kami suka melakukan aktiviti luar. barbeque, memancng, berjalan kat taman, cuba masakan restoran-restoran tertentu, dan sekali sekala kami bercuti luar selangor. begitulah bagaimana ayah memberi ruang untuk anak- anak belajar ttg kehidupan luar. supya fikiran lebih terbuka,supya pndai bermasyarakat.



kawan-kawan yang saya kenal hari ini, mereka semua dah membesar matang. boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. adakalanya, jika kita tahu sejarah dan latar belakang mereka, kita tahu hr ini, kenapa mereka bersikap sedemikian. kenapa mereka memberi reaksi tertentu pada situasi2 tertentu. kenapa adakalanya mereka lebih agresif, lebih sensitif, lebih cepat bertindak atau mungkin juga mereka tidak memberi respon.

sesungguhnya, kehidupan yang lampau sedikit sebanyak telah banyak memberi kesan terhadap setiap individu. cuma kita, yang tidak tahu, dan tidak kenal kisah mereka dan diri mereka. maka, kita mudah judge orang lain, yang sebenarnya diri mereka dan situasi yang banyak memberi influence.

didikan ibu ayah amatlah penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. mengajar anak memahami hidup susah, hidup berdikari, bg rewards atas kebaikan dan kejayaan mereka. kasihi dan sayangi mereka dan didik serta memberi pesan pada mereka selagi nyawa dikandung badan. dengan harapan mereka boleh berfikir bila mereka dewasa.

jangan sesekali kita fikirkan, kita yang paling susah dalam hidup. dan, even kita tak mampu nak kecapi hidup seperti yang lain, lantas kita jadi hipokrit. sesuatu yang kita tak mampu, jangan lagak seperti kita mampu. be yourself. treat yourself sepertimana kehidupan yang sdg kita lalui ini. ingatlah , hanya nilaian Allah yang perlu kita utamakan. adakalanya, kita hidup tak mewah, tp buat-buat mewah. sedangkan mereka yang hidupnya mewah pula, pandai berjimat2 dan menyimpan demi masa depan. ingatlah, setiap dr kita, pernah merasakan kesusahan. jangan malu bila keluarga kita orang susah. susah itu lah yang sebenarnya menjadikan kita manusia andai kita benar-benar belajar dan redha dengan ketentuanNya.





“As I grow to understand life less and less, I learn to love it more and more”,Jules Renard




terima kasih ayah :h: ibu,
kalian telah mengajar erti hidup yang sebenar untuk jadikan aku manusia


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.