ayah
subuh itu, ayah pergi meninggalkan kami. panggilan terkahir buat ayah. kucupan terakhir buat ayah. sentuhan terakhir untuk ayah. dan, ayah pergi buat selamanya. meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah remaja. kini, usia ku 23. aku bakal menjadi seorang anak yang berdikari tanpa seorang murabbi, ayah di sepanjang perjalanan usiaku. di saat aku perlukan belaian dan jagaan seorang ayah. penjaga yang gagah untuk aku. seorang penasihat yang bakal memilih imamku. yang bakal memberi nasihat untukku. di saat itulah Allah telah membawa ayah pergi. namun, ini jalan takdirku. akhirnya, aku perlu belajar memilih jalan ku. aku harus belajar membuat keputusan terbaik untukku.
hampir, 11 tahun jam pemberian ayah semasa UPSR ku, masih ku pakaikan di pergelangan ku hingga ke hari ini. tanda ingatan kasih dan rindu ku pada ayah. tiada ganti. hanya ini. walau orang sangkakan aku ketinggalan zaman, walau orang katakan aku perlu ganti yang baru, bagi ku jam ini adalah pemberian terindah dari seorang insan yang amat aku sayangi!
ayah pergi tanpa sebarang pesan. namun,ayah pergi dengan senyuman. ayah pergi dengan melengkapkan pakaian terindah pada anak-anak. ayah didik kami untuk bekalan sewaktu ketiadaan ayah. nasihat ayah, akan kami ingati sampai bila-bila. jasa ayah, pemberian ayah, material, kasih sayang, semuanya tak berbelah bagi untuk kami. dengan kasihnya seorang ayah, ayah menanam sifat pemurah dalam hati kami .sejujurnya, aku ingin katakan bahawa aku bangga dengan ayah, kerna ayah berjaya mendidik kami.
buat ayah, moga ayah tenang di 'sana'. moga Allah merahmati roh ayah. jauh kan ayah dari azab kubur. terangi dan lapangkan lah kubur ayah, Ya Allah....ameen
ibu
cincin di jari ini pemberian ibu. meningkatnya usia remaja ku, ibu membelikan aku sebentuk cincin. ibu dan ayah sangat faham, aku adalah seorang anak perempuan yang paling tak suka dengan hiasan dan barang kemas. namun, bila usia ku mula meningkat, ibu melatih aku menjadi wanita. banyak yang telah ibu ajarkan pada aku tentang hidup. ibu ajarkan aku untuk bersopan, untuk punya adab yang paling cantik! untuk punyai akhlak yang paling indah! ibu ajarkan aku untuk punya hati, belas kasihan dan berbuat baik pada orang lain.
ibu ajarkan aku untuk berdikari. tahu mengemas, memasak, membasuh, menguruskan rumah, adik-adik dan diri sendiri. dari kecil aku di didik. untuk menjadi seorang perempuan yang miliki sifat sempurna seorang perempuan harus ada. ibu ajarkan aku tentang melayan seorang ayah dengan baik, adab terhadap adik beradik lelaki ku. ibu ajarkan aku tentang confidence. dari pakaian yang kemas , bersih dan langkah kaki yang betul sewaktu berjalan.
pilihan, minat dan kesukaan aku dan ibu sangat berbeza, tp ibu tahu apa yang aku suka. ibu tahu apa yang terbaik untukku. ibu cuba penuhi hampir kesemua keinginan ku. ibu cuba sedaya upaya bertanya jika aku punya apa-apa masalah, kerna cuma aku satu2 nya teman perempuan ibu di rumah. kami masak bersama, shopping bersama, menguruskan hal dalam rumah bersama.
meningkat nya usia ini, menjadi kan aku semakin rapat dengan ibu. ibu banyak bertanya tentang diriku. hal-hal 'dewasa' yang adakalanya malu untuk ku berkongsi. yang kadang-kadang aku sangat lah blurr...tp, jauh di sudut hati aku, ibu dah semakin memandang aku sebagai seorang dewasa. mungkin.... ibu dah bersedia untuk 'melepaskan' aku.
di raut wajah ibu, tergambar betapa bahagia nya ibu jika aku punyai seorang...... erm...seorang suami yang bisa mengambil alih peranan seorang ayah (abang) yang mana mungkin ibu lebih senang melihat diri ku lebih terpelihara, dan lebih terjaga. aku tahu, sejak kecil, mmg ayah tatang aku seperti minyak yang penuh. bila ayah pergi, abang pula yang mengambil alih. hidup ku, jauh berbeza seperti perempuan2 di luar sana. aku bukan jenis wanita yang mudah untuk keluar sini sana. aku bukan jenis perempuan yang mudah untuk berdamping dengan lelaki. kerna aku terdidik dengan perasaan malu yang sangat tinggi. dan aku punya prinsip yang teguh.
namun, aku berani. boleh bercakap dan bekerja bersama mereka. kerna aku tahu, suatu hari nanti aku pasti menjadi penggerak dan pendokong seorang 'lelaki' dari belakang. aku perlu bersedia dalam banyak perkara. aku tak boleh menjadi seorang perempuan yang lemah. aku harus tahu banyak perkara. dan, semuanya aku belajar dari ibu, untuk seorang perempuan belajar berdikari.
dan..
inilah aku pada hari ini. tak lagi cemburu pada mereka yang masih punya ayah. kerna aku tahu, kisah hidup yang berbeda, menjadi kan kita manusia yang berbeza kekuatan dan didikan. aku dah bersedia untuk menjadi bidadri dunia seorang lelaki. inshaAllah syurga juga
sambil aku cuba untuk perbaiki diri, aku harap kau di sana juga sedang mempersiapkan diri mu untuk menuntun aku dalam hidup ini.menjadi permaisuri terbaik dalam hidup mu, selepas ibu mu dan adik perempuan mu.
sincerely,
me