Bismillah
Semoga dengan penulisan kali ni, akan menambah kan keceriaan blog ni dengan update terbaru. ohye, walaupun dalam mood busy menyiapkan research paper. doakan saya sempat siapkannya dengan baik ye!
.....
ceritanya bermula begini,
"fatin, kita pergi pukul 1 (a.m.) boleh?"
"boleh, takpe..knape wani?"
" nak kne siapkan jahit jubah ni..submission hari ahad"
"okey. nanti nak siap2 bagitaw ye"
12.54 a.m.
"fatin jom siap2"
Beg, saya isikan telekung, comforter nipis, mathurat, al-Quran kecil, berus gigi, ubat gigi. siap! saya berdiri depan pintu bilik wani. Pagi itu, dua orang sahabat berjalan menuju ke mahallah asiah.Its Grand Qiamullail. weekly Qiamullail terakhir untuk sem ni. Oh! boleh dikira dengan jari, berapa kali je berqiamullail bersama akhawat.
Sambil berjalan kami bercerita. nak tahu topik apa yang kami bicarakan? okey, biar saya kongsikan sesuatu. sebelum tu, wani pesan,
"fatin, ko kena tulis dalam blog! kne share dgn orang..."
Maka tergerak lah hati saya malam tu untuk post sesuatu. ia tentang, apa yang sedang umat kita hadapi sekarang. saya.. tak tahu perkara ini normal atau tak dipandang serius bagi sstgh pihak. takpe, berhenti menuding jari kepada sesiapa, yang penting, didikan itu penting untuk kita membezakan mana yang betul, mana yang tak.
Malam tu, wani tekun mendengar setiap patah bicara dari mulut ku, seolah kata-kata yang keluar betul-betul lahir dan keluar dari hati yang terpendam selama ni, tentang......kenapa saya kurang gemar menonton movie. penulisan ini cuma biasa sahaja dan terbatas pada ilmu yang ada. cuma nya, bila sesuatu perkara tu salah, kita dapat rasakan yang hati kita tak selesa untuk menerimanya.
Pertamanya, antara sebab saya kurang gemar menonton movie, bukanlah kerana jalan ceritanya, tp disebabkan pendedahan aurat oleh pelakon-pelakon dan adegan-adegan yang kurang 'menyenangkan'. saya yakin anda semua faham kan? tanpa perlu explain lebih ttg ini. walaupun bukan semua movie dan setiap babak mempamerkan adegan ini, tapi, takkan setiap kali terpampang gamabarn ttg itu, kita perlu tutup mata dan cepatkan perjalanan cerita. ada yang konon2 nya, "geli" atau..."eeee....", tp mata masih memandang aksi tertentu. ada yang... tanpa bersalah cuba menghayati nya. dan ada jugak yang...." eh...kena tengok, nt tak faham jalan cerita tu." ada jugak yang...cuba sedaya upaya elak untuk tengok, kalau agak-agak aksi "tertentu" akan berlaku.
Persoalannya, perlu ke kita buat semua tu? sejauh mana hati dan mata kita akan terjaga walau cuba menutup mata dengan tangan untuk cuba mengelak daripada "tertonton". dan selepas itu, ia memberi kita gambaran serta bayangan-bayangan yang tidak baik. nauzubillah. (maaf jika berbicara tentang ini) tp inilah hakikatnya zaman kita.
Sedikit-sedikit, lama-lama perkara maksiat ini akan melemahkan iman. percayalah.
Futur itu bermaksud, lemahnya iman kerana maksiat.
"fatin...aku pun dah kurang tengok movie.."
"erm. baguslah wani, bukannya apa. mungkin... banyak "pengajaran" yang kita boleh amek dr movie tu. tapi... ada "something" yang lebih penting untuk menjadi penyebab kenapa benda ni tak berapa elok sangat untuk di layan. berapa ramai orang yang ada hard disk yang beratus-ratus GB just untuk buat simpanan movie? tak cukup dr tu, siap share and bagi-bagi pada orang lain...agak-agak berdosa tak orang yang share benda tu?"
"aku pernah terbaca orang share dalam facebook. berdosa kalau kita share gambar-gambar wanita yang mendedahkan aurat, even...dia non-muslim.err..lebih kurang mcm tu lah... belum termasuk mata yang memandang. uhh.nauzubillah. kalau ikutkan banyak benda yang kita tak jaga kan... sebab tu lah iman kita lemah...lemah sangat2"
"aaa...fatin...."
"wani, sebab tu lah aku tak layan sangat movie2 ni. kalau orang ckp cerita ni best sangat2, aku akan tanya dlu, based on true story ke? atau... berkenaan dengan family life ke? etc?...dan apa pengajaran yang betul2 boleh bagi manfaat kalau tengok movie ni?...then, baru aku akan usaha cari and dapatkan"
"tapi kan wani, kalau kita tengok skrg, setakat adegan-adegan yang kurang menyenangkan tu kita usaha untuk "tutup mata" , elak dripada tengok.... tp....dulu, kalau ada perempuan pakai skirt pendek, pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan and.*&^^%$#, dah cukup malu untuk tengok. cepat2 tukar channel kalau kat tv... kalau dekat rumah dengan adik beradik..cepat-cepat suruh tukar, biar benda tu nampak salaaaah sangat!....mcm tu la ktrg dididik..."
"then, dari situ, maka tayangan2 lain yang lebih tak elok tu, lagi lah rasa tak baik, n timbul rasa bersalah. nak wujudkan rasa bersalah untuk buat bnda tak baik dalam diri tu yang penting.dari kecik lagi...tapi tak semua orang faham kan wani.. ?"
"dunia skrg ni, media banyak pampang kan iklan2, artis2, sedutan2 drama, movie, dalam dan luar negara, orang kiss, perempuan separuh *&^%$, aksi-aksi yang menggoda dan merangsang hawa nafsu tu, free-free je. sedih la wani.... kadang, kita syukur sebab kita faham dan sedar, mcm mana dengan orang yang kurang sensitiviti? di suap dan dilalaikan dengan hiburan yang buat diorang hanyut... tak hairanlah banyak gejala sosial yang kadang tak boleh diterima akal sekali pun... (nauzubillah)"
" benda yang..... kita cuba elakkan sebaik mungkin selama ni, sekarang.. dah semakin berleluasa dlm kalangan umat kita hari ini. tak termasuk dengan unsur2 lucah dalam politik. menghighlight kan khalwat sipolan. jadi muka utama akhbar, jadi berita utama kat tv... bnda mcm ni , pada pendapat aku, tak elok untuk generasi muda, budak2 sekolah rendah, sek menengah.. apa yang diorang nampak, boleh bagi "idea" pada mereka untuk cuba buat benda yang sama... diorang tak kan peduli berita ni palsu, benar atau fitnah.."
"apa yang ditonjolkan pemimpin, itulah yang akan mempengaruhi rakyat. kalau pemimpin meng"halal" kan hiburan yang melalaikan jiwa dari mendidik jiwa, maka rosaklah jiwa-jiwa rakyatnya... dari situ, senang lah dia nak memperkotak katikkan rakyat nya, yang secara tak langsung lebih mementingkan hal duniawi berbanding ukhrawi..."
Kesimpulannya, perkara yang seharusnya kita "jaga" dengan baik. dah tiada apa pada pandangan masyarakat kita. sedih kan? cukup lah untuk kita nilai pada persekitaran terhampir kita.tp, jangan pernah mengabaikan hal dunia, isu semasa yang lebih besar. kita lah yang akan mencorakkan masa depan anak-anak kita, generasi akan datang, berilah makanan jiwa yang mendidik pada mereka. apa yang dirasakan baik untuk diri kita dan Islam, berusahalah untuk mencapai ke arahnya, dan menyediakan alternatif yang terbaik untuk itu. Umat Islam harus lebih ke depan, dan mendominasi semua medium dalam menyampaikan dakwah kerana masyarakat kita sekarang tengah "kering" dan dahagakan tarbiyyah yang mampu membasahkan jiwa.
Akhirnya, kami sampai di musolla asiah. Menyediakan tempat tidur beralaskan lantai musolla dan melelapkan mata untuk qiamullail esok pagi. Dan, mendengar tazkirah subuh dr kak sumayyah yang best!
[tonton lah video di bawah ni, kita akan sedar dan semakin faham dengan apa yang sedang menyerang fikiran kita hari ini, apa sajian2 yang sedang dihidangkan pada kita hari ini. Mohon Allah terima taubat-taubat kita sebagai hambanya yang hina, tapi amat mendambakan syurga-Nya!]
Wallahualam
Till next-time! inshaAllah.