30 June 2012

storY










Everyone has a story. Everyone has gone through something that changed them.
My life. my story.


nadia




aisyah humaira




Alhamdulillah,
 abang dah pun bergelar ayah 3 bulan yang lalu.Anak buah pertama saya , namanya aisyah humaira. cita-cita abang untuk aisyah membesar dan menjadi seperti isteri nabi , 'A'isyah'.

Sekarang humaira menjadi penyeri keluarga kami. Oh! dah lama tak mendengar tangisan bayi dalam rumah. sekarang humaira dah 3 bulan. Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ayah dan ummi!



p/s: ini catatan yang tertangguh selama 3 bulan..

Terima kasih kepada mereka yang selalu tanya khabar humaira even dia masih dalam perut ummi nya! know what? orang yang sayang dia masa dia masih dalam kandungan, bila bertemu dengan humaira, mereka seakan sangat serasi ! zahidah, it's youuu.....huhu!

 

Improvement



Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

opick



"There's always room for improvement"... itu pesan sahabat saya dulu, umy.

Pernahkah kita fikir untuk perbaiki diri kita? dan pernahkah kita terfikir... usia kita semakin meningkat hari demi hari? Dan... apa amalan-amalan kita yang bertambah itu sedari usia kita mula melangkah masuk tadika sehingga di usia ini?

Dalam satu ceramah yang saya hadiri, ustaz kata, 

"...tuan-tuan, takkanlah usia kita dah meningkat 40 tahun..amalan kita masih sama seperti masa usia kita 20 tahun dulu..? tingkatkanlah amalan diri kita, jika dulu solat fardhu cukup 5 waktu, tambahlah dengan amalan-amalan sunat yang lain..."

Begitu juga naqibah saya pernah berpesan, sebelum solat, lakukan lah solat sunat rawatib. yang lebih baik, solat sunat sebelum subuh. kadang-kala dia memperingatkan kami melalui sms. sungguh manusia itu pelupa, dan perlu sering diperingatkan. lama-kelamaan, inshaAllah, amalan itu akan berterusan.


saya cuba sedikit sedikit mengamalkan sunnah nabi, antaranya sekarang, bersugi. Alhamdulillah, sekarang semakin konsisten berbanding dulu. dan saya lihat, ramai yang telah menggunakan kayu sugi berbanding berus gigi biasa beserta ubat gigi berpudina. pada awalnya, saya mula menggunakan ubat gigi kayu sugi, dan... bila di kedai buku di uia, ada membekalkan serta menjual kayu sugi, lebih mudah untuk saya membelinya dan menggunakan. jadi saya berazam untuk menggunakan kayu sugi berbanding berus gigi biasa untuk kegunaan harian.

* tiap kali bau kayu sugi, teringatkan tatkaln Nabi SAW bersugi, pasti dia mencium bau yang sama. :')

dan alhamdulillah, fadhilatnya sungguh banyak. setiap kali bersugi.. niatkan untuk ikut sunnah nabi. inshaAllah dapat ganjaran pahala. 

teringat ustaz cerita, seorang sahabat nabi (saya tak ingat namanya) beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan berwudhu, dan kerana amalan sekecil ini lah dia dimasukkan ke dalam syurga. then, ustaz pesan, buat lah apa-apa amalan yang berterusan, walaupun ia kecil pd pandangan kita, siapa tahu, amalan itu yang bakal menjadi bekalan kita kelak.. wallahualam.

Wudhu jugak menjadikan kita berbeza dari manusia yang lainnya ketika di akhirat kelak. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W,
“Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu. Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebarkan basuhan wudhunya)”

Cubalah improve diri kita sedikit demi sedikit, inshaAllah bila kita berusaha untuk berubah, Allah akan mendatangkan kita teman-teman yang baik serta persekitaran yang mendorong kita untuk berubah.

Wallahualam

Till next-time inshaAllah!


27 June 2012

apa lagi yang kakak mahu?




Sementara praktikal dan duduk di rumah, hujung-hujung minggu selalu menghabiskan waktu bersama ibu di dapur. masak memasak mengikut lauk yang di request, (hihi) so, secara tak langsung dpt beri idea pada ibu nak masak apa...heeehhehe...

...

"ibu, senior kakak 6 orang dapat further study kat aussie..."
"yeke...ramai.."

"hhaah, satu studio. tajaan mara...seronok kan bu?"
"ohye...rezeki masing-masing..kan?"


...

"ibu..... emmm...kalau kakak nk blaja kat oversea... .. .err..."
"kakak... . kakak dah pergi mcm2 buah negara dah kan? kakak dah rasa apa yang orang lain belum rasa... . .syukuuuurrr..."

"erm, yelah..
tp bu, ni blaja... . ."

"kakak...syukuuurrr.."


kakak tak faham maksud ibu. er, saya. dulu abang dpt further study kat UK, pun ibu berat hati. tapi, waktu tu, ayah baru saje pergi. jadi, sebab tak mahu biarkan ibu keseorangan, abang melepaskan peluang nya. tapi.... mungkin ada ganjaran yang lebih besar untuk dia. Kalau... abang akur pada ibu, takkan aku mahu berdegil... heh

"kakak taw...? ibu dulu, kawan2 baik ibu ramai yang sambung blaja luar negara...tinggal ibu sorang2 kat malaysia. akhirnya ibu masuk maktab, kenal dengan ayah....

.. ...lepas ibu kahwin dengan ayah, ayah dapat tawaran sambung belajar kat perancis. masa itu, ibu fikir, Allah nak bagi sesuatu pada ibu, tp 'lebih' baik, sebab ibu berteman. sebab ibu redha, sabar... . .Allah bagi ibu 'fly' laaagi jauh, dengan seseorang yang boleh menjaga ibu... .. ."

saya tersenyum

dalam hati, tentu ibu terkenang kisah ibu dengan ayah. membawa dua orang cahaya mata, dan yang ketiganya anak kelahiran negara Eropah itu. Bahagia nya ibu... . tapi, terpaksa tinggalkan keluarga di tanah air.


...

Dan..

saya punya cita-cita. 
ingin menjadi seorang pendidik... . pensyarah mungkin, atau... apa sahaja kerjaya yang boleh menyampaikan. sebab.. .  dalam setiap penyampaian, saya ingin ....



berdakwah



ya.
dakwah
saya mahu itu. mahu semahunya. saya mahu menjadi seorang pensyarah yang boleh memberi inspirasi dan contoh yang baik pada anak didik. ini cita-cita saya. berbeza mungkin? sebab... masa mula-mula ditanya ingin jadi apa? saya memilih untuk menjadi doktor. itu... waktu usia saya 9 tahun. namun, Allah tak memberi itu pada saya. mungkin saya boleh score biologi , tapi... fizik dan kimia saya....err...hemmph..tp jari jemari saya berseni...eh!



haha.
itu cerita dulu. sekarang, segalanya berbeza. ya,saya ada..impian yang lebih bermakna. saya lebih jelas dengan tujuan hidup dan erti hidup ini pada memberi. HOYEAH!! alhamdulillah, syukur lillah...Allahuakbar... . 

terima kasih pada nikmat akal dan kematangan.
nikmat ilmu, tempat belajar dan kawan-kawan..
dan semuanya!

semuanya lah!



err... cita-cita nak sambung blaja di luar negaraaa?
we'll wait n see. ada rezeki, inshaAllah
apa yang Allah beri n aturkan, pastilah itu yang terbaik!
apa pun, redha Allah terletak pada redha ibu bapa.


perbaharui niat setiap masa,
pastikan ia lillahita'ala!

till next-time!
inshaAllah


love,
nadia





23 June 2012

sekian lama.

Bismillah
Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah swt. kerana masih memberi ruang dan nafas yang cukup untuk terus menulis dalam blog ini, walaupun hari demi hari ada sahaja halangan yang menagguhkan jari jemari ini untuk terus menaip, inshaAllah saya akan menulis.. . hingga ke nafas yang terakhir 

Hari demi hari yang berlalu, terlalu banyak perkara berlaku yang mendidik hati ini. sekali sekala terasa rebah, namun sentiasa meyakinkan diri Allah itu sentiasa bersama kita. and ...yes! He is near. Exam, semester tahun 3, research paper, semua kepayahan, kesusahan... akhirnya berakhir. ooh! tak, ujian baru pula tiba. nikmat pun ujian bukan? selagi namanya hidup di dunia, sebagai hamba, memang kita akan sentiasa diuji. sebab itu nak naikkan iman, bukan dengan angan-angan, tp perbuatan dan amal yang berterusan. wallahualam.

Alhamdulillah, result dah pun keluar. baru seminggu berlalu. wahai masa... cepatnya berlalu. walaupun jatuh sedikit, tp kata-kata ibu terasa semua nya ada hikmah. apa yang saya bimbangkan semester lepas, apa yang saya rasakan saya tak mampu hingga terfikir untuk drop subject, akhirnya saya dapat keputusan yang baik. sederhanalah dengan usaha yang diberikan sepanjang semester lalu.

Sekarang, dah 2 minggu masuk practical. Alhamdulillah, walau penat sedikit, tapi banyak yang saya belajar. abang saya jadi supervisor saya. katanya, abang ajar semua ni, penting untuk final year. know what? ini nikmat yang paling berharga sepanjang practical training. yang, mungkin tak dirasai teman-teman lain, jadi, saya berazam, untuk kongsikan ilmu ni selepas tamat practical. setiap dr kami melalui pengalaman yang berbeza. ada yang belajar lebih, ada yang belajar benda lain..apa pun, teruskan belajar dan mendalami ilmu yang bermanfaat. inshaAllah


rindu uia.

Cuti-cuti mcm ni, even dalam waktu practical..entah kenapa, uia sentiasa dirindui. environment, teman-teman, everything!
buatkan hati saya tertaut pada sebuah ma'thurat kecil. buku kumpulan2 doa ni, diberi masa taaruf week, tahun pertama di uia. ingat lagi dulu, saya tak pernah tahu jika bacaan ni bagus diamalkan pada waktu pagi dan petang. sampailah join halaqah anjuran universiti, dan kami perlu menghafal, baru saya tahu fadhilat nya. Alhamdulillah. di bumi uia ni, banyak yang saya pelajari.

Lantas, waktu2 merindukan suasana di uia begini, mathurat dan pengakhiran doa rabitah menjadi pengubat rindu. Allahuakbar. bila Allah tautkan hati-hati kita kerana-Nya, walau di mana kita berada, ukhuwwah ini lah yang menjadi penguat diri kita untuk terus berada dalam dakapanNya, dan berada di jalan yang benar.- iman itu naik dan turun- Kadang-kala, kita bimbang, diri kita hanyut. mutabaah 'amal entah ke mana, kerja pun tak produktif. tp, sekali sekala kita terasa lemah, baru terasa Allah sangat2 merindukan tangisan kita. indahnya nikmat Islam dan iman.


hadiah sebuah buku

ohye :) sebelum bermula praktikal. sebuah sampul comel berbalut kemas sampai di peti surat rumah. subhanallah! rupanya hadiah buku dr seorang teman, kakak. yang sekadar mengenalinya di alam maya. saya teringin nak jumpa akak, one day.. .  inshaAllah. di dalamnya terselit sebuah surat, sebagai permulaan perkenalan kami.

akak,
terima kasih untuk bukunya. sangat suka dan inshaAllah, lepas habiskan buku tu dan hadam betul2, saya akan share dalam blog saya. semoga bermanfaat untuk akak dan semua.


hmm. rasanya sampai sini dulu lah.
inshaAllah ada kesempatan saya akan menulis lagi. cuma sekarang, agak busy.

maklumlah nak pilihan raya-ohoh!


till next-time! inshaAllah

nadia-

maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.