30 September 2012

because i'm KAEDians



"Ya Allah ngantuk nye akak...huuu..x qawiyy nyer..heh!"
"akak...ktrg baru tengah membincangkan psal akak.."

"ha?bincang apa?.."
"akak kan KAED, akak x busy ke?"

"ahah... knape tanya..mesti lah busy...every week ada presentation...tp nak buat mcm mana, kalau diikutkan busy tu, memang akak tak ke mana...lagipun, belum tentu akak akan isi masa-masa akak dengan kerja aje... so, akak pilih la ntuk dtg sini.. "

"wooahh... bagusnya.."
"takde lah, akak fikir bila diorang minta akak jadi naqibah... akak kne tambah ilmu jugak.sebab akak rasa akak tak mampu.. dengan cara mcm ni, dpt la tambah keyakinan akak ntuk bawak usrah... kwn2 akak dah tny bila nak mula .."



daurah muayyid- qaidah sulbah
masjid asy-syakirin,gombak


#inshaAllah, mulakan dengan niat untukNya!
thisissunnah

29 September 2012

hadiah masa depan.

I want to take photographs of my sons so that they will be able to feel something when they grow up. These photos will be like gifts to my family in the future. - via@tumblr



Subhanallah!


sangat2 tersentuh saat membaca ayat-ayat di atas. saya juga punya impian menjadi ibu seperti dia. sebab dalam setiap gambar tercatat 1001 memori yang mungkin kita terlupakan. pada gambar itu ternukil nya sebuah cerita perubahan. pengalaman yang tak mungkin terulang lagi!

moga Allah kurniakan umur dan kesihatan yang berpanjanganuntuk punya zuriat sendiri, dan lihat mereka terus membesar musleh!
perkenankan Ya Rabb!




26 September 2012

doa itu penguat kita


bila dah bergelar isteri, bicara nya berubah. bukan seperti remajanya dia dulu. tanggungjawab nya bukan seperti kita-kita. tumpuan nya jauh berbeza daripada kita. ada banyak hati yang perlu dijaga. hati suami. keluarga semakin bertambah, dan perlu banyak belajar tentang semua itu.

kita yang masih keanak-anakan adakalanya berbicara tentang masa depan yang belum pasti. bercita-cita itu ini, mengidamkan yang indah, tapi kita masih di sini. apa yang menguatkan, ialah doa. walau sepasang hati mengharap di satukan, Allah lah yang Maha Kuasa menyatukan. walau masih belum punya mahupun bertemu pasangan, ingatlah takdir Allah itu Maha Indah! bersabar, dan pasti suatu masa nanti ia akan hadir menyerikan hidup kita.

seorang demi seorang teman mendirikan masjid. gembira bila mendengar berita gembira mereka bakal disatukan. bermacam-macam kisah bermulanya detik perkenalan. ada kisah nya senang sekali, ada juga yang berliku.rata-rata akhirnya semua bertemu jodoh bila benar-benar tiba masanya. dan mereka adalah antara sahabat-sahabat yang sangat-sangat menjaga 'hati'. sabar dalam penantian bertemu jodoh.

secara jujurnya, saya juga ingin begitu. menjaga hati sebaiknya, mohon doa dari sahabat-sahabat yang solehah. mohon doa dari kedua orang tua. ingin mencontohi yang terbaik. tidak tergesa-gesa dan memudahkan kedua-dua belah pihak. mohon Allah permudahkan dan satukan hati kita pada ikatan yang sah dan pada jalan cerita yang baik.

teruskan berdoa.
saya setia menunggu mu di sini,
namu mu ku selitkan dalam tahajjud ku.

love,
me 


Allah, jadikan setiap harap agar tak berlebihan, agar setiap rasa selalu dalam kadarnya, agar tiap cita tetap terbingkai dalam niatnya..”- via@tumblr




bila berbicara soal politik,perlu



ibu selalu pesan, kakak jangan obvious sangat psal politik dalam kampus. ibu x nak anak ibu jadi mcm pelajar-pelajar lain. saya pegang nasihat ibu, tp since blog ni dah private, saya kira saya dah bebas menulis. untuk 'generasi' yang bakal saya bentuk suatu hari nanti. agar mereka faham politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

hakikatnya, ramai pelajar lantang bersuara sekrang. tak kira dalam kelompok kecil atau besar. dalam kelas, usrah, atau di meja makan. pensyarah, tukang sapu atau pelajar.  tudung pendek , labuh atau berkopiah.semua mereka dah celik. minda mereka lebih terbuka, mereka tahu dan pandai membezakan pemimpin mana yang seharusnya mentadbir negara. dan saya sedih pada mereka yang masih tenggelam dalam janji-janji manis serta disogok dengan berbagai-bagai perkara dari segi material. kami student, tahu apa yang sedang kami lalui.

even, dalam realiti alam kerjaya kami juga, politik masih membusuk untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak yang terlalu rakus. tanya saja arkitek landskap terkenal negara, fikiran yang sama, pengalaman yang lebih hebat telah membuktikan. even dalam lecture2 pun, kesedaran ini telah disuntik dalam diri kami. moga yang belum celik terus berfikir apa yang terbaik. jangan biarkan yang zalim terus menguasai dunia.kita tak mahu yang itu.

saya tak pandai bercakap tentang politik. tp saya selalu ambil tahu hal-hal semasa. selalu diingatkan jangan ambil cerita/berita pada sebelah pihak, maka saya mengkaji berita dari seluruh persepsi, dari ilmuwan-ilmuwan dan ulama' yang bersuara dan mengeluarkan pendapat ttg ini, malah dalam perbualan seharian, selalu menjadi topik bualan. mahasiswa skrg semakin berani, bersahaja dalam memberi pendapat, kerana mereka tahu hak mereka.

uia, sebuah universiti yang saya kira ditakuti menjadi sarang membiak manusia2 yang ingin ISLAM membangun. ya, kami dapat bezakan calon2 yang sepatutnya menjadi pemimpin dan calon yang 'tangkap' muat. tak perlu sebarkan berita atau berkempen, kami tahu menilai. ramai yang semakin mengambil tahu, sebab kami melihat, kami menilai dan kami mahukan ISLAM.

dan sememangnya kita perlu mengambil tahu. kalau bukan kita yang termasuk dalam rantaian2 yang membangunkan ISLAM, siapa lagi?bukan jemaah yang mempengaruhi keputusan, bukan kawan-kawan yang mengaburi mata, bukan disebabkan pensyarah yang berkongsi isu semasa, bukan sebab bahan2 internet video dan sebagainya yang menguatkan hati untuk memilih siapa, tp...


didikan ibu ayah dari kecil yang mendidik hati saya untuk memilih. kini, tugas kita untuk menyedarkan kawan-kawan kita untuk turun mengundi, tak kira PRK atau PRU. kebenaran yang tidak tersusun akan dijatuhkan oleh kebatilan yang tersusun, ingat kata-kata ustaz pahrol. sekarang, tugas kita untuk persiapkan diri kita, dengan ilmu dan alert dengan isu-isu semasa yang bukan hanya merangkumi subjek yang kita ambil tapi hal dunia juga. ia adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

wallahualam
PRK uia kali ni mendesak hati untuk mencoretkan sesuatu.

kotak suara


"okay fatin, perkenalkan diri.."

"bismillah,
nama fatin nadia rusli...errm...dari kaed, majoring landscape architecture,
tahun 4 semester 2, mahallah asma...n....asal selangor,lagi apa ye? haa..binatang yang ditakuti, kucing and lipas...huhu... buah-buahan kegemaran...erm...semua lah rasanya hehe"
"umur!!..umur!!?"

"hah?! umur?erm....teka?hehe... umur akak 23 dah"
"haaa....status?!..status akak..?!"

"alamak! status?....eheh...rahsia"

- - -

"so fatin,
lepas ni boleh mulakan usrah?"
*gulp...

"err... fatin.. x bersedia..hehe...inshaAllah2"
"fatin mesti boleh"

- - -

"kak fatin, bila nak mula usrah ye?"
"ktrg nak kak fatin... malu laa dengan orang lain.."

"hmm... nnt kak fatin tgk dlu mcm mana...
kalau kita buat dengan junior nak tak?"

"ehh...boleh!boleh!"


- - -

 "kak fatin free?futsal jom!"
"jom! nnt jumpe junior first year ajak diorang skali"

- - -

"fatinnnn!! ya Allah...kat sini lagi ke?"
"haah2...!! kita lagi satu sem inshaAllah. sem ni n lagi satu...doakan!"

"fatin..rindunya...ya Allah!lama tak jumpe kan?"
"itulah..haha... ika, ni kawan sek ren agama kak fatin.."

"ohyeke..."

"haha...dlu fatin ni......"
"haaa.... kita taw kita nakal !!"

"ye..dlu kak fatin suka buli anak ustaz, kak fatin anti-lelaki...teruknyaaaa..haha...astaghfirullah"
"ya Allah kak fatin! serius?"

"hmm.. tp k ftn rasa semua orang lalui masa tu..haha!"
"betul2..."

- - -

"fatin! ya Allah, saya nak tegur td..dr gaya jalan mcm awak..tp nampak lain sket?"
"dayah! haa..apa yang lain nya?"

"entah nampak mcm awak dh matang sket..haha"
"haha..dayah ni...ye ye je..eh dayah sihat?"


"alhamdulillah...haa fatin,minta maaf la saya kol awak tym awak demam hr tu.. tengok drawing awak kat gallery terus rasa rindu kat awak.."
"laa...takpe la dayah, ftn lg suka dayah kol..ftn pun rindu sgt2 taw..itulah ftn tak berapa sihat awal sem hr tu... "

"skrg ok dah ke?"
"hehe..alhamdulillah..."

"study mcm mana dayah? okay?"
"boleh la ftn... saya baru 2nd year taw...haaa..."

"alaa..takpe la dayah... perlahan2 belajar.. Allah aturkan semua ni yang terbaik ntuk dayah, buat yang terbaik taw"
"thanks fatin, inshaAllah doakan saya taw..."

- - -

"kak fatin! keciknya lahai....kalau form 5 pun saya percaya.."
"haaaa...sedihnya..knape kecik sgt?"

"laaa...akak comel sgt..."
"haha..ye la awak ni... eh dah lama ke start program ni?"

"belum lagi, baru je... ramai akhawat yang register tak sampai lagi"
"ohh..nasib baik... akak ingat2 lupa nak ke econs ni... redah je semua kulliyyah.."

"haha.. dr asma jauh tu..."
"takpe, exercise pagi-pagi... keluar awal sket.. tu yg ingat dah lambat,
akak jalan-jalan ikut instinct je...hehe.."

- - -

"fatiiiinnnn... semangat nya tengok ftn pun join jugaaakk!!"
"eheh..kak mast ni... ftn ingat ahli usrah kita takde yg join... ftn pun redah je lah.."

"laa..kak mast ingat xde yg pergi..."
"ftn kan komiti.tp tulah meeting asyik x dpt pergi... ftn bgtaw syaimaa nak jd ajk multimedia...tolong jd photographer.."

"wuaaahh..."
 "heh kak mast niiii..."

- - -

"wani..haha..semalam aku nangis... rasa tak boleh nak bawak final year ni... rasa nak study leave pun ada..tp pujuk hati..heh!bru first stage pun dah down ke? aku tak nak putus asaa... tp...hmmm.."
"fatin.... mungkin kau dah biasa kat atas, sesekali terjatuh, rasa down..."

"mungkin... Allah nak bg aku rasa kat bawah..mana tau satu hr nnti, bila ada anak-anak usrah yang rasa down, kita boleh share apa yang kita rasa n motivate diorng kan?"
"haah..betul fatin! mcm tu lah... fatin taw, aku tgk pencapaian kau, aku jealous sgt... semua orang mesti nak jd mcm kau... tp ye lah... rezki orang lain2 kan..."

"astaghfirullah... ye ke wani... mungkin lah... bila kita ada kat bawah baru kita tahu apa perasaan orang yang sma dgn kita kan? subhanallah.. rasa berat sgt ujian ni..."
"inshaAllah fatin mampu... Allah rindu kat tangisan kau tu...hehe.."

"mungkin.... Allahuakbar..."
"dah-dah! berusaha fatin! buat yang terbaik...aku doakan kau.."

"wani pun, praktikal elok2 yeah.."

 - - -

"kak fatin..nnt bile2 kak fatin nak pegi talk kat masjid ke...bgtaw lah kita ye...hehe.teringin nak jalan malam2 ke masjid... dah final year ni.. "
"ya Allah..inshaAllah boleh sgt2... sorry la... kak fatin tak ajak pun korang... selalu k ftn loner je.. redah sendiri2 pastu jumpe la kawan baru kat sna.."

"ya Allah ftn, ktrg nak sgt2.. tp kdg2 xde masa..."
"itulah , kalau kak fatin nak ajak korang fikir dua kali...huhu.. teruknya kak fatin...inshaAllah lepas ni kak fatin ajak ye... dah lama kak fatin teringin nak kita satu studio sma2 pegi program mcm ni.. huhuuu..."

"thanks kak fatin! takpe, kak fatin ajak je.. nnt kita nak pegi, kita pegi sma2"
(subhanallah, Allah perkenankan keinginan ku selama ni, untuk teman-teman studio sma2 berada pd jalan tarbiyyah ni..even dah tahun akhir..moga satu hari nnt mereka menjadi landscape architect yang punya fikrah yang baik. pasti! biizdnillah)

- - -

"fatin..akak tak faham la awak sebenarnya.."
"ha? x faham mcm mana?"

"ye lah..."
"hmm..fatin x sma mcm kak shidah,
kak shidah nampak keras, tp dalam hati ade taman...huhu
fatin, nampak je lembut..tp ftn tough sebenarnya..heh! hahaha..."

"ye la tu... akak teringin nak jd feminin mcm ftn...."
"erkk..kak mast...pleaseeee laaahhhhh"
 



*sengaja saya catatkan perbualan dengan teman di sini. andai satu hari nanti jasad saya tiada lagi di bumi uia ini, saya akan terkenang kembali jalan cerita dan kisah hidup di universiti ini. sungguh, suasana, penghuninya, takkan pernah ada di tempat lain. dan cerita yang Allah aturkan ini, bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup. satu di antaranya adalah tarbiyyah di taman ilmu dan budi ini. (garden of knowledge and virtue)


mahallah asma,iium
hujan pagi turun membasahi bumi uia

23 September 2012

akademi murabbi

jalan dakwah ni panjang,sangat panjang.
tapi ia menuju pada kemenangan yang hakiki, abadi



"best atau tak best, kita tetap perlu jadi murabbi!"

*gulp

Best ke jadi murabbi? 

Hari ni, menghadirkan diri ke program AM(akademi murabbi) yang bertempat di kulliyyah of economics. phew- jauh jugak dari mahallah, but, keluar pagi-pagi, jalan dengan rileks, ambil masa, lihat uia yang tanpa manusia = sunyi amat! heh. demi mencari ilmu, dan persediaan untuk jadi seorang naqibah inshaAllah, saya korbankan masa lapang saya untuk menghadiri program ni. mohon Allah permudahkan kerja-kerja lain selepas ni.ameen

Best sebab :-
  • kita melaksanakan tugasan yang diwarisi Rasulullah s.a.w
  • pahala mengalir bagai sungai yang tak putus sehingga hari kiamat
  • mendapat ramai sahabat yang bagus-bagus (soleh)
  • meningkatkan keyakinan diri ( bila menyampaikan)
  • meningkatkan kemahiran diri (communication, management etc.)
  • persediaan ke arah kehidupan yang 'satu lagi' :) (muwajih tersenyum)

kehidupan yang satu lagi, kehidupan alam berumah tangga nanti. masa tu lah kita perlu gunakan skill kita mentarbiyyah anak-anak kita sepertimana anak-anak usrah kita. kepelbagaian sikap pada anak-anak usrah kita, nanti kita akan aplikasikan pada anak-anak kita. sebab setiap anak itu sifatnya berbeza-beza. sebenarnya, tarbiyyah ini juga mematangkan kita. usrah adalah tempat yang terbaik untuk jadi ibu bapa yang terbaik.

Ciri-ciri murabbi yang sukses?
  • menguasai asas-asas Islam dengan baik
  • memiliki asas-asas akhlak Islam dengan baik
  • memiliki kualiti yang lebih tinggi dari mutarabbi
  • mampu mentransformasikan apa-apa yang dimiliki
  • mampu memimpin
  • mampu memutabaah
  • mampu mentaqyim(penilaian)
  • mampu membina hubungan emosi

"kerana setiap peribadi yang hebat pasti punyai seorang murabbi"

murabbi melaksanakan proses tarbiyyah dengan tujuan untuk 3 perkara iaitu melahirkan 'abid, dai'e dan khalifah. kata syeikh Abdullah al-Adal "tidak dapat tidak setiap akh mesti menjadi seorang murabbi" - tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi murabbi, tetapi perlu kita berusaha memurabbikan diri kita. *pheww...mendalam.



catatan akademimurabbi
SLOT 1- Langkah bermula!(kak sumayyah)
SLOT 2- Sang murabbi (akhi marwan)
SLOT 3- Bulatan Gembira Kita 
SLOT 4- Ada apa dengan BG? (ustaz mazrul)


so, apa rasa sekarang? tahap mana semangat antum?ikhwah? akhawat?
"super sayya..."

*hehe



ceritaku pada ayah



Saat-sata begini, ingin sekali aku duduk bersama ayah dan berkongsi cerita kedewasaan ku. betapa dewasanya aku kini, dari saat ayah pergi dulu. catatan yang lama sudah terbiar, bukan bererti aku melupakan ayah, tapi saat aku bahagia, saat aku jatuh, sebenarnya hati terlalu merindu ayah.

Ingin sekali aku berkongsi cerita dengan ayah tentang dia. dia yang merupakan satu anugerah buat puteri ayah ini. satu hadiah dari Allah untuk aku selami dan mengenali nya. saat kaki ku melangkah pergi meninggalkan pusara ayah, dalam diam aku membisikkan namanya.  "semoga ayah dengar...." ingin sekali aku kenalkan dia pada ayah. supaya ayah juga dapat menilai keikhlasan dan kesungguhan nya untuk mengambil dan menjaga puteri ayah ini.

ayah, kakak berharap dapat seorang 'ayah' yang juga seperti ayah. kakak dah lama tak sebut panggilan 'ayah' pada sosok tubuh seorang lelaki yang juga sefikrah dengan ayah. semoga dengan pertemuan yang telah aturkan ini, harapan dan doa ibu terkabul. yang juga ingin dia seperti ayah. dapat menjaga kakak dengan baik.

masa terlalu cepat berlalu.



22 September 2012

"futsal petang ni please?"

"kak fatin tengah buat apa? jadi tak futsal petang ni?"
"erk.kak ftn tgh makan... dah ade team ke?"

"alah...kita main kita2 je lah..."
"orait..budak2 ni ade presentation isnin.."

"tulah...okay ika pg studio jap amek bola.. kat tempat kak fatin ye?"
"haah..okay, after siap2 kak fatin turun.."


*sem ni memang bawak baju skit je, then, pakai je lah apa yang ada.

alhamdulillah cuaca pun baik. hari ni turun riadhah. disebabkan first week demam, then second week dah boleh aktif sket. unfortunately, tak semua dapat turun. then, main je lah kita-kita.




female sport complex,iium
kita-kita pun 'fun' jugak.


bersangka-baik.


Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.- ustaz pahrol

alhamdulillah-bila kita diuji



Alhamdulillah for whatever Allah has given to us. Dia kawan saya dari matrik lagi. kami satu studio sampai sekarang, alhamdulillah. banyak perkara yang kami lalui..dan...sekarang dah final year. seems like 'susahnya' belajar tak sama macam dlu. Allahurabbi...permudahkan urusan kami.

Hari ini usrah pertama kami berlangsung. Rindu sangat pada usrah bila hampir 3 bulan praktikal, terasa dahaga kan jiwa yang ditarbiyyah. tapi, kak sumayyah kata, bila kita ditarbiyyah, kita dicampak ke mana-mana pun, kita mampu untuk mentarbiyyah. dan tarbiyyah itu 'mengajar' kita tanpa kita sedar sebenarnya.

Banyak perkara dalam diri yang telah mengalami perubahan. even, belum cukup baik tapi harus sentiasa berniat untuk jadi yang terbaik. itulah keinginan semua orang. tadi, kak sumayyah tanya, kalau orang tanya kita apa khabar iman kita hari ini? kita nak jawab apa?hmm.

Macam mana nak tahu tahap iman kita? 

Lihat bila kita diuji, apa respon kita? mengeluh atau masih mampu mengucap alhamdulillah?bagaimana tawakkal kita pada Allah? cara menujunya terletak pada ibadah kita pada Allah. dalam....lima kali sehari kita solat, berapa kali kita khusyuk dalam solat? Allahuakbar. tersentak-

"Bila kita diuji, jangan cepat mengeluh", pesan kak sumayyah

Sebenarnya, untuk sem ni, naqibah bulatan cinta kami telah bertukar. kak sumayyah jadi naqibah kami. entah kenapa, rasa sedih..tapi teruja pada masa yang sama. kak sumayyah adalah seorang daie yang sgt saya kagumi. hanya mengenalinya dari jauh, dari gaya penyampaiannya dalam mukhayyam lantas terasa teringin ingin mengenali dengan lebih rapat pada sosok tubuh ini. dan, hari ini, malam ini, Allah takdirkan kak sumayyah untuk jadi naqibah kami. subhanallah! Allah beri sekadar lebih untuk mengenali. Kak sumayyah berkongsi banyak cerita pada anak-anak usrah nya. dan sungguh, kisahnya sangat menjadi penguat dan sumber inspirasi pada diri.

Bila...

Allah datangkan ujian yang melemahkan, Allah gantikan sesuatu dengan 'hadiah' yang sangat istimewa.... menjadikan lebih jatuh hati pada bulatan cinta.


"apa khabar semua hari ni?"

"penat.."
"sakit perut.."
"sedihh..."


Saya tahu kak sumayyah graduate new zealand. dia memang hebat dari zaman persekolahan. tp, kak sumayyah kata, tarbiyyah lah yang banyak 'mengajar' tanpa dia sedar. 

"...naqibah mak akak masa kat US dlu, nak dtg usrah yang sejam, ambil masa 5 jam pergi n 5 jam balik... tp dia selalu pesan pada anak-anak usrah dia, apa yang menguatkannya, dia berpegang pada firman Allah ( Surah al Baqarah ayat 208) 'masuklah Islam secara keseluruhannya', dan ingatlah lima perkara sebelum lima perkara...   ...sekarang, anak-anak usrahnya dah jadi daie yang hebat2.... ..lihatlah kekuatan dakwah... ... pada setiap naqibah itu, kita akan lihat sifat yang berbeza-beza.. .. ada yang garang, sangat menepati masa, ada yang sangat2 pemurah... .. kitalah qudwah itu... .. anak-anak usrah akan contohi kita, tiru gaya kita, cara percakapan kita... apa yang dia lihat yang terbaik, itu lah yang akan dia contohi... .."

Malam tu, saya share apa yang dah saya lalui seharian dengan kak sumayyah n teman usrah. saya penat. fikiran saya agak serabut sem ni. trying to be good enough for the first stage of design thesis studio for the first proposal, but then.. terasa mcm... 'gagal'.  i lost something. atau... i'm not good enough in delivering and convincing my idea. something missing...atau....i need to change my topic of interest. * saya kurang pergantungan pada Allah agaknya. terlalu busy dengan benda-benda lain. atau.. hilang concentration on... mana satu priority.atau mood belajar belum masuk sepenuhnya.heh

"kak sumayyah... fatin rasa... mcm down sket hari ni. lepas maghrib td, ftn mengaji, cuba tenangkan diri.. akhirnya fatin menangis... memang, bila kita diuji, kita tak nak mengeluh... ibu selalu pesan, takde orang yang perfect, ada jatuh,ada bangun.. tp bila kita tengah lalui ujian tu... terasa mcm.. hmm.... 

sebnarnya kak sumayyah, dr first year... smpi 2nd-3rd year... alhamdulillah... ftn perform dlm study..ada lah jugak stuck2.. but then,bila ada something yang buat kita down... fatin akan terfikir...'eh layak ke aku dpt DL selama ni..' rasa mcm lost sgt2... ...tp ftn taw, at the end, mesti ada something yang Allah bagi.."


kak sumayyah dengar cerita saya. kadang-kadang cerita yang dikongsikan masa kita jatuh, boleh jadi inspirasi pada orang lain, yang bukan selamanya kita di atas. dan bukan selamanya orang yang kita kagumi, tak pernah melalui masa susah. bukan semua cerita yang tertulis akan nampak indah semuanya. ada masanya, kita perlu merasa berada di bawah. hidup ni mcm roda, kata kak sumayyah.kak sumayyah cerita kan pahit manis nya belajar di malaysia sampailah ke nwe zealand. sungguh, dengan berkongsi pengalaman yang beri motivasi, mampu menaikkan semula semangat. bahawa ada orang lain juga yang Allah uji, lagi hebat ujiannya dr kita.

saya suka bila kak sumayyah kongsikan:-

"dlu, masa akak asyik jatuh je dalam subjek ni... akak selalu mengadu kat ayah akak... pastu ayah akak cakap..' Allah nak bagi kita rasa apa yang orang lain rasa apabila berada di bawah...' masa tu..baru lah akak refleks diri. akhirnya, bila final akak lulus dan antara best student n pelajar malaysia muslim yang terpilih... fatin, gagal tu sifatnya sementara je..hidup ni mcm roda. sekarang baru first stage kan? alah... boleh punyer! inilah namanya belajar, kalau dah pandai tak delah kita kat sini..."

Banyak lagi yang kak sumayyah kongsikan. Alhamdulillah bila senang. Alhamdulillah bila diuji.terasa kne 'refresh' sekjap. esok kebetulan ada program tepi sungai. hopefully dpt tenangkan diri sekejap,then continue on my research. moga Allah kurniakan ilham, kesenangan dan kemudahan dalam menghadam ilmu.

*Preparation untuk akademi murabbi. moga Allah beri kesempatan untuk pergi.kemudahan dan kelapangan masa untuk terus berada dalam dunia mencari ilmu, tarbiyyah dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. buat masa ni, ini keutamaan nya.akan bertambah lagi kelak. dan inshaAllah, bila niat kerana Nya, semua benda akan jadi mudah. tetaplah pada jalan Allah.inshaAllah

Kawan-kawan yang baik itu rezki. jagalah silaturrahim. cari lah kenalan seberapa ramai di bumi uia ini. semoga ukhuwwah ni, kekal hingga ke syurga. ameen



Fatin,
Jatuh bangun tu perkara biasa dalam hidup. teruskan bersemangat dalam belajar!




mahallah asma'
22nd September 2012


17 September 2012

kita sama?



pada persamaan itu, adakalanya mendatangkan satu keinginan dan kehendak yang sama. cuma, akal akan berkira-kira untuk meluah ataupun tidak.apa..perempuan itu sememangnya terlalu memikir bila ingin bertindak? tp,kenapa?


bila duduk bersama teman-teman, teringin sekali bertanyakan sesuatu. mcm mana.. pergaulan mereka dengan ibu?ayah? adik-beradik? erm.. kawan2 'special'? pada orang tua? mcm mana ye..? "kak fatin, hari tu banyak kan kak fatin borak-borak dengan mak kita?... kak fatin pandai layan orang tuaaa..."... "eh? kenapa pulak? laa.. borak-borak biasa je... kak fatin suka bercerita dengan orang tua-tua... diorang banyak pengalaman... kak fatin, bila orang suka bertanya, suka lah bercerita ..huhu.." apa definisi 'pandai melayan orang tua'?hmm

kita, duduk di antara. ada teman-teman yang sangat ramah, lebih dr kita. ada teman-teman yang terlalu pendiam, kurang berbicara. sifat atau karakter mcm mana yang.. sesuai untuk semua manusia? yang boleh masuk pada semua golongan? hmmm. rasanya, belum tentu semua manusia mampu untuk menyesuailan diri pd semua keadaan, situasi, golongan tertentu, etc. then, ntuk pndai menyesuaikan, kita perlu banyakkan bersosial. berkawan dan bermasyarakat dengan semua lapisan masyarakat, itu pentingnya membina self-confidence.but no one's perfect, sedikit sebanyak, mesti ada kekurangan pd diri.tp inshaAllah boleh develop.

"skemanya awak!"..."hmm?skema?yeke?tp... kita just type apa yang terlintas, then huruf2 tu yang keluar" apa yang kita bermonolog berbisik2 dalam hati-type-dan keluar pada skrin... adakah itu melambangkan diri kita?hmm..wondering. gaya bahasa kita, itulah diri kita. bagi saya, bahasa yang kita guna pakai sgt penting, sebab gaya bahasa itulah yang menunjukkan sama ada kita menjaga hati orang lain atau tidak, kematangan dan serius bila berbicara, lawak yang bukan keterlaluan, ekspresi2 yang kne pada tempat,etc. dan pada bahasa itu dinilainya kematangan seseorang dan tahap pemikirannya. 

dan apa pun yang kita lakukan, saya percaya, ia terletak pada hati.niat

pada niat itu, pasti ada harapan untuk mesej dihantar dengan baik. intonasi penulis,mungkin berbeza dengan pembaca. pentafsiran pada gaya bahasa mungkin berbeza. tp bila ia disandarkan pada niat yang betul, inshaAllah perbualan akan lebih disenangi, dan mesej mudah disampaikan dengan baik.

manusia akan tahu kedudukan mereka bila ada perbandingan. di situ kita dapat nilai, mana letaknya diri kita. tahap tertentu, atau sekadar sini sahaja. bukan untuk meninggi diri, bukan untuk merasa cukup, tapi untuk perbaiki kelemahan diri,untuk selalu belajar dari manusia lain. punya akhlak yang baik, bahasa yang indah. dan nilai itu terletak pada hati yang bersih dan ikhlas serta niat yang baik.

wallahualam


erm.
tiba-tiba jemari ingin menaip.
monolog pada intonasi "entah kenapa"




15 September 2012

final year chapter



first day check-in room(at mahallah)
"hye!kita zaza..", room-mate
"hai..fatin."
(berjabat tangan,taaruf)

"new intake ke?"
"aah. eh...eh.... tak..tak... erm.actually, final year dah. kaed..huhu"


first day at cafe mahallah (at the counter)
"freshie ke??"
"uh?..eh tak lah.....err...mm   final year dah"


first day studio
"fatin!", Dr. Ramzi
"ye bro.."

"u...bila nak naik upper year nih??"
"haishhh..bro ni.. saya dah final year dah..(alhamdulillah)"



oh.come on! dah besar laa..
"itulah, ibu suruh pakai heels x nak, hand bags.. tudung lipat bulat2...bagi nampak besar sket..", ibu

ibu... kakak nak menapak ke kuliah, kne kasut tapak rendah. nnt sakit kaki. kalau lambat ke kelas boleh lari. tudung bulat? hmm... hand bags?tak adventure la bu... 

*(terngiang pesan ibu)haha

nanti bila dah berkerjaya, boleh la bergaya ala-ala professional-muslimah sket. sekarang, tym blaja biar adventure sket. haha. wuteva. yang penting, syukur sangat2 dengan pemberian Allah. hadiah yang tak ternilai, usia yang masih Allah kurniakan dan kesihatan tubuh badan ntuk terus menerus beribadah dan beramal.alhamdulillah - nikmat yang Allah beri ni, jaga sebaik2nya..jangan sia-siakan kpd bnda2 munkar. nauzubillah - minta dijauhkan.


design thesis-studio

first week kuliah, nikmat kesihatan ditarik sekejap :) subhanallah. ujian yang hebat untuk prepare design thesis proposal. tatkala yang lain masing2 sedang buat research,badan yang lemah tak mengizinkan untuk bergerak n berfikir. mohon ibu doakan supaya cepat2 sembuh supaya sempat present. dan, alhamdulillah, dapat present pada hari jumaat, even... kurang puas hati, but alhamdulillah, my third proposal was accepted by the lecturers and they find that it is interesting ntuk buat research ttg memorization for the huffaz and how does the landscape contribute to school of tahfizs' punye surrounding. hopefully, ilham yang pertama Allah gerakkan ni,(tp saya letak option terakhir at the last minute) semoga ini yang terbaik, dan ada 'something' yang boleh diberikan untuk ummah termasuk diri sendiri.

"ada certain cara untuk memorise al-Quran.... . . ."
Dr. Rashidi..atau...kami lebih senang memanggilnya Br. Rashidi atau 'bro'..seems macam... explain serba sedikit ttg kaedah2 hafalan al-Quran ni. dan saya fikir, sebab kan ilmu yang ada, pensyarah saya interested ntuk saya buat research on this topic. wow... challenging.

tp..saya cuba yang terbaik. buat yang terbaik, termampu, dan sentiasa perbaharui niat. untuk apa..dan apa...saya buat ni... apa kesan untuk jangka masa panjang...etc2...fuh! *eheh...bru first week.chill!

dan alhamdulillah, rezeki lagi untuk last semester, inshaAllah rabu depan,(19/9/2012) masa KAEDFEST'12 ada majlis penyampaian anugerah students KAED.. untuk dean's award.ibu bapa dijemput hadir, tp.. hari kerja, mmg untuk golongan yang dah bersara lah.huhu..ape pun, kejayaan ni, semoga menjadi suntikan untuk buat yang terbaik pada masa skrg, dan akan datang. dan semoga menjadi pendorong untuk adik-adik, kawan-kawan untuk turut sma2 berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. inshaAllah. teruskan berdoa dan berdoa.

dan, good news, untuk last semester ada pertambahan dean's award dalam studio (my batch). hampir half of my studiomates dpt dean's award. inshaAllah, cita-cita saya untuk kami sma2 dpt DL. ameen! sem2 sebelum cuma 2 orang, dan inshaAllah out of 13...dah 5 orang bakal terima anugerah. semoga bertambah dan terus bertambah! semoga kita mampu cemerlang, biar susah dlu, inshaAllah, dengan izinNya, tiada apa pun yang mustahil!biar berjaya sma2.doa dan terus saling mendoakan. Allah musta'an!

wallahualam.


*coretan yang sambil-sambil 'usha' website maahad tahfiz untuk banat.
sebarang cadangan dan pengalaman ttg sekolah tahfiz boleh lah share  ^.^ 


love,
nadia
mahallah asma,iium
semester 1 2012/13

06 September 2012

a gift.




"kakak...dah betul2 bulat hati dengan keputusan ni..?"
"inshaAllah bu, kakak rasa lebih tenang dengan pilihan ni..."


Alhamdulillah. selama doa diutus. selama dalam sujud selalu memohon. selama hidup selalu bermimpi. selama hati selalu terdetik. adakalanya rasa keliru selalu menjengah. perempuan, punya hak untuk memilih. tp, untuk melafazkan, sesuatu yang amat payah. aku elak.

Maka, terdiam, membisu. segalanya tersimpan bertahun-tahun lamanya. dan sesungguhnya, pada hal itu, ada hikmah yang subhanallah, amat bernilai. it's a gift. Ramadhan itu menjadi titik tolak untuk istikharah semula. juga satu bulan yang amat sukar untuk ku. tersepit antara banyak perkara yang merumitkan.

Jawapan yang terbaik ialah, bergantung sepenuhnya pada Allah.ibu, naqibah, teman rapat, selalu menjadi tempat untuk menilai, mana yang terbaik untukku.


Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang ulang permintaan , janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan doa sesuai apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yang engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki,bukan pada waktu yang engkau ingini

 Ibn Athailah dalam Al-Hikam

semoga yang terbaik itu,
semua kerana-Nya.

ameen.

nadia



03 September 2012

perubahan

Kalau, Allah bisikkan sesuatu dalam hati tentang sesuatu yang kita pernah angankan, cuma disampaikan dalam doa, kemudian Allah makbulkan. Rasa sujud syukur beribu kali pun takkan pernah gambarkan betapa Allah itu Maha Mendengar, keinginan dan harapan kita.



Bila kamu berdoa & memohon sesuatu kpd Allah maka mohonlah dgn penuh keyakinan bahwa do’amu akan terkabul.” (HR Ahmad)” 



Allahurabbi,

Masih jauh sebenarnya kaki ini perlu melangkah. ya, perlu. sebab masih ada sisa-sisa pengalaman dan pengajaran yang perlu dikutip, dinilai satu demi satu. dalam menambahbaikkan diri, dalam menutup kelemahan, dalam me"master" kan diri pada erti hidup untuk memberi. banyak. ya, sememangnya banyak.

Tapi,
Manusia itu tak pernah perfect. Bila saja ditimpa ujian, sisi gelap nya mungkin nampak, mungkin tidak. pada tahap lemah itulah, manusia diuji. syaitan mula bermaharajalela. Tapi, bagi manusia yang celik mata hatinya, takkan semudahnya tersungkur. malah, dicari2nya hikmah disebalik ujian itu. Hebat kan manusia mcm tu?

Untuk semester2 yang telah berlalu, dah terlalu banyak pengalaman yang dikutip kan. dan, cuba membina dan menilai keupayaan diri. dah enjoy belajar. dah pernah tertekan belajar. masalah yang pelbagai dan komitmen2 yang sering cuba mematangkan diri. then, apa kelainan ntuk next sem?

Harus ada kelainan, dan kelainan itu harus menjadikan semester depan lebih baik dr sebelumnya. tak kira besar atau kecil, perubahan itu perlu ada. inshaAllah, semoga yang terbaik untuk semester akan datang. Mohon Allah permudahkan segalanya. untuk kita semua.ameen


#inipostwajibntuknaikkansemangateverysemester
huhu


regards,
nadia



maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.